Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan (Teaching Your Young Child Music)

Ketika ini, apa-apa juga budaya yang ada di seluruh dunia sangat berkait rapat dengan
muzik. Muzik telah dicipta sebagai instrumen bersuara dan komunikasi secara universal
dengan merentasi bahasa demi menyatukan rakyat dan masyarakat. Kelebihan muzik ini
dilihat sebagai sesuatu yang dapat mencetuskan kenangan, meningkatkan minat terhadap
sesuatu dan merangsang inspirasi kepada diri sendiri dan orang yang mendengar atau melihat.
Pada hari ini, muzik telah berada di mana sahaja tidak kira di kawasan bandar ataupun
perkampungan. Sama ada berada ketika membeli-belah di pasar raya, restoran makan, radio
kenderaan dan sebagainya. Ia berperanan kepada seluruh peringkat masyarakat termasuklah
kanak-kanak.
Irama dalam muzik merupakan perkara asas dalam kehidupan manusia. Dalam
kehidupan kanak-kanak, irama muzik memainkan peranan untuk perkembangan kanak-kanak
bermula semasa mereka dilahirkan. Irama yang dimainkan adalah mengikut kesesuaian umur
seseorang. Ia nya boleh dilihat melalui pergerakan dan pengucapan kanak-kanak. Kedua-dua
perbuatan ini saling berkait dan mempunyai peranan masing-masing dalam perkembangan
kanak-kanak. Menurut Dr. Lihanna Borhan, Pensyarah Perkembangan Kanak-Kanak di
Universiti Malaya, kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi kerana mampu
memupuk kemahiran menulis, membaca dan percakapan. Tidak ketinggalan juga ketika sesi
pembelajaran, muzik memainkan peranan penting untuk perkembangan kanak-kanak. Hal ini
dibuktikan melalui beberapa keadaan. Contohnya, seorang ibu akan mendodoikan anaknya
untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan sesuatu cerita dan
melakukan aktiviti menyanyi bersama seperti yang dipelajari oleh kanak-kanak sama ada dir
rumah atau sekolah. Bayi dan kanak-kanak akan memperoleh perkembangan yang sihat
melalui rangsangan-rangsangan stimulasi.
Di barat, muzik hanya terhad kepada orang dewasa sahaja dan mereka ini adalah
golongan yang berbakat. Hal ini kerana sifat takut kepada kegagalan, kurang keyakinan dan
merasakan muzik sebagai sesuatu yang tinggi tahap perlakuannya mewujudkan sikap bahawa
muzik hanya untuk golongan elit yang berbakat dan bukan untuk semua orang. Ramai di
kalangan masyarakat merasakan bahawa mereka tidak boleh menyanyi di hadapan khalayak
ramai akan memalukan dan janggal. Sikap ini berlarutan dan tersemai pada diri kanak-kanak.
Keadaan ini dapat dielakkan daripada berlaku dengan adanya aktiviti muzik di prasekolah.
Kanak-kanak dengan semula jadinya tidak mempunyai sebab untuk takut kepada kegagalan.

Malahan mereka lebih bersemangat dan bersedia untuk menghadapi pengalaman baru dan
meneroka dunia dengan semua deria yang dimiliki.
Berdasarkan kepada bab dalam sebuah buku yang bertajuk Teach Your Young Child
Music iaitu bab 2, Why Teach Music To Young Child ?, yang ditulis oleh Vicki Watson,
penulis menerangkan berkenaan keupayaan muzik dalam mengembangkan kanak-kanak dari
pelbagai aspek. Dalam erti kata lain, penulis menerangkan kepentingan muzik sehingga
menjadi salah satu aspek penting yang perlu diterapkan. Skop peringkat umur dikecilkan oleh
penulis iaitu bermula selepas lahir (baby) dan ke atas (kanak-kanak). Muzik yang
dimaksudkan di sini berdasarkan irama yang terhasil dan membantu otak kanak-kanak untuk
berfungsi di samping merangsang kemahiran-kemahiran lain seperti menyanyi dan menari.
Menurut Campbell, P. S., Scott. Kassner, C. dan Kassner, K. (1994), pengalaman
berirama terawal yang dialami oleh manusia adalah sebelum kelahiran iaitu degupan jantung
si ibu. Pada peringkat awal, bayi yang berumur kurang daripada satu tahun, mereka mula
menambah suara-suara berirama yang berada di persekitaran dalam kehidupan. Sebagai
contoh, pergerakan bergoyang dan kata-kata manja yang dihasilkan oleh ibu bapa serta
perubahan yang berada di sekeliling mereka. Ia nya akan menjadi pertambahan dalam jenis
irama yang didengar oleh kanak-kanak dan akan terus bertambah dari masa ke masa seiring
dengan tumbesaran mereka.
Penulis telah membincangkan secara terperinci aspek-aspek yang telah membawa
muzik ke satu tahap yang diminati dan menjadi salah satu pembelajaran yang perlu diketahui
serta diaplikasikan oleh kanak-kanak. Selain itu, beberapa pendapat turut diutarakan tentang
kesan muzik kepada manusia yang membawa kepada penyatuan orang ramai. Banyak juga
manusia yang telah menghasilkan pelbagai jenis lagu dan irama atas tujuan hiburan kepada
orang ramai dan sebagai salah satu instrumen dalam perkembangan kanak-kanak. Perkara
penting yang ingin dikemukakan oleh penulis pada bab 2 dalam buku yang betajuk Teach
Your Young Child Music ini ialah keupayaan sesuatu jenis muzik seperti irama dan lagu
dalam mengembangkan kanak-kanak dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Fokus lain
dalam bab ini menyentuh tentang kenapa muzik dipilih sebagai alat untuk perkembangan
kanak-kanak. Hasil daripada perbincangan mengenai tajuk pada bab ini telah memperlihatkan
kepada para pembaca dan penyelidik sebab utama muzik perlu diajarkan dan didedahkan
kepada kanak-kanak.

Konsep Muzik
Muzik tidak asing lagi dari kehidupan manusia. Semua orang menggemari muzik dan
irama disebabkan ia memberi keseronokan di samping dapat menenangkan perasaan yang
bercelaru. Muzik dapat ditakrifkan sebagai satu cabang seni dan juga sains yang
menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari
persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika,
corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga mencerminkan sesuatu budaya tertentu.
Bunyi-bunyian dari burung, semboyan kereta api, azan dari masjid, bunyi-bunyi lain yang
didengar di persekitaran juga boleh didefinisikan sebagai muzik. Kanak-kanak mudah
mengingati sesuatu dengan nyanyian kerana nyanyian mempunyai rentak tertentu yang
mudah menarik perhatian. Mereka turut berpeluang untuk meluahkan perasaan dengan
nyanyian lagu kanak-kanak seperti lagu Rama-rama, bermain alat muzik dan membuat
pergerakan kreatif (Rohani 2007). Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada
bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen muzik.
Muzik merupakan sejenis fenomena intuisi. Untuk mencipta, memperbaiki dan
mempersembahkannya pula adalah suatu seni. Bagi mereka yang mendengar muzik adalah
sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya merupakan satu bidang disiplin.
Muzik dianggap unik kerana boleh dimainkan dengan beberapa gabungan alatan muzik. Dari
aspek yang lain pula muzik adalah satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan
bunyi-bunyi vokal atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi yang ada di
persekitaran atau rekaan. Kepuasan estetika, corak pemikiran dan emosi manusia dapat
dihasilkan melalui muzik.

Kaitan Muzik dengan Kanak-kanak


Pada usia satu tahun, kanak-kanak mudah untuk bertindak balas secara berirama
kepada muzik apabila mereka bergerak, bergoyang, dan melompat. Mereka akan
mengeluarkan bunyi percakapan yang kurang jelas butirnya dalam bentuk tidak sekata.
Kanak-kanak sebenarnya akan mewujudkan satu perkembangan yang sempurna jika
dikaitkan dengan pendidikan muzik secara langsung atau tidak langsung. Terdapat pelbagai
jenis dapatan kajian yang memberi respon positif terhadap pendedahan muzik kepada kanakkanak. Beberapa sumber daripada blog yang menyatakan sebilangan para saints telah

menemui salah satu faktor perkembangan otak kanak-kanak adalah dari pembelajaran muzik.
Ingatan kanak-kanak bertambah baik dalam jangka masa setahun hanya dengan mendedahkan
mereka kepada muzik. Hal ini hasil daripada latihan muzikal yang memberi tindak balas
kepada otak serta mengubah cara kanak-kanak berfikir. Bagi ujian ingatan, kesan kepada
pengenalan huruf, ingatan lisan, visual ruang, matematik dan tahap kebijaksanaan dapat
dihasilkan.
Kaitan antara muzik dengan kanak-kanak ini ada disebutkan oleh penulis. Penulis
menyatakan bahawa kanak-kanak tanpa muzik sukar untuk menunjukkan emosi mereka.
Secara teorinya kanak-kanak sememangnya belum berkebolehan untuk menunjukkan sesuatu
emosi melalui percakapan dan hanya sebilangan kecil sahaja yang mampu. Mereka ini adalah
kanak-kanak yang aktif dan sangat berminat untuk bersosial. Bagi kanak-kanak yang lain,
muzik menjadi satu saluran yang mana mereka bebas untuk meneroka dan menunjukkan
emosi mereka. Kebergantungan antara kanak-kanak dengan muzik dapat dilihat apabila
muzik akan melengkapi kekurangan kanak-kanak dan membantu mengekspresikan kebolehan
kanak-kanak yang masih terpendam.
Selain itu, penulis juga menyatakan bahawa kanak-kanak yang mempelajari muzik
pada peringkat awal memberi satu perubahan yang besar dalam pemarkahan Intelligence
Quotient, IQ. Ini bermakna muzik dapat mempertingkatkan daya ingatan dan perhatian. Di
samping itu, pembelajaran muzik pada peringkat awal dapat menguatkan hubungan antara
saraf-saraf neurons dalam otak yang baru terbentuk.

Perbincangan
Di awal penulisan ini penulis menerangkan mengenai nilai muzik itu sendiri sehingga
menjadi sebahagian dalam masyarakat dan budaya.

Muzik dikatakan telah dikenali di

seluruh dunia dan terdapat ramai pembuat muzik yang ada pada masa kini mencipta lagu,
irama, dan melodi untuk tujuan perniagaan dan hiburan. Muzik mencetuskan kenangan dan
membangkitkan inspirasi kepada rangkaian emosi manusia. Penulis berpendapat adalah
sangat sukar untuk mewujudkan sesuatu sambutan dan perayaan yang tidak melibatkan
muzik. Dapat dilihat pada hari ini tidak ada satu peristiwa atau sambutan yang dilakukan oleh
manusia tanpa menjadikan muzik sebagai salah satu elemen utama dalam sesuatu peristiwa

tersebut. Malahan, muzik telah pun menjadi aset dalam pendapatan setiap negara melalui
pelbagai jenis persembahan terutamanya dalam industri nyanyian dan persembahan.
Secara ringkasnya, awal penulisan ini memperlihatkan muzik yang telah menjadi
sebahagian daripada masyarakat kini. Tidak kira di mana sahaja bunyi-bunyian dari lagu dan
irama muzik pasti akan kedengaran. Penulis memberi contoh seperti di pasar raya, restoran,
dan radio kereta yang sentiasa kedengaran alunan muzik yang pelbagai rentak. Selain itu,
penulis

mengemukakan satu isu yang berlaku di sesetengah negara barat mengenai

penerapan muzik yang kurang berlaku kepada kanak-kanak. Orang dewasa pula menghadapi
kekangan persekitaran untuk menjadikan muzik sebagai minat dan hobi dalam kehidupan
harian mereka. Ia nya kerana wujudnya sikap takut akan kegagalan, kurang keyakinan diri
dan merasakan muzik adalah untuk golongan elit yang berbakat sahaja. Penulis mengatakan
budaya ini telah menular ke jiwa kanak-kanak menyebabkan mereka tidak berkeinginan
kepada muzik.
Permasalahan ini diredakan oleh penulis dengan menyatakan bahawa kewujudan
prasekolah dapat mengelakkan kanak-kanak daripada tidak terdedah kepada muzik sekali gus
membuang tabiat kurang keyakinan dan takut akan kegagalan daripada diri kanak-kanak. Di
Malaysia wujudnya banyak adanya institusi-institusi pendidikan untuk kanak-kanak seperti
TASKA, TADIKA, dan Prasekolah

Anda mungkin juga menyukai