Anda di halaman 1dari 1

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah sebuah prinsip ataupun undang-undang


dalam semua aspek yang berkaitan pendidikan di Malaysia. Sebagai bakal guru,
kita perlu menghubung kait dan merealisasikan kandungan dalam falsafah ini.
Saudari ada menyatakan bahawa untuk menghubung kaitkan seorang bakal guru
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah dengan memahami unsur-unsur
penting yang ada pada falsafah tersebut. Saya bersetuju dengan pendapat
saudari kerana FPK ada menyenaraikan panduan yang perlu dipatuhi dan
dilaksanakan dalam pendidikan di Malaysia. Panduan ini menjamin keberhasilan
dalam sistem pendidikan yang melibatkan guru, pentadbiran, bahan pengajaran
dan sebagainya. Oleh itu, memahami setiap unsur yang ada pada FPK oleh bakal
guru mampu menghubungkaitkan diri bakal guru secara tidak langsung dengan
FPK. Dengan itu, bakal guru dapat mengetahui segala unsur dan prosedur dalam
pengajaran dan menjadi tanggungjawab bakal guru untuk melaksanakan
pengajaran berprinsipkan falsafah ini. Dapat diambil contoh melalui unsur yang
dinyatakan iaitu memperkembang potensi individu secara menyeluruh yang
mana unsur ini menerapkan kepada setiap guru untuk mencungkil potensi
pelajar seterusnya memperkembangkannya secara menyeluruh. Ini perlu
dilaksanakan oleh setiap guru dan menjadikannya sebagai satu tanggungjawab
penting. Masih banyak unsur-unsur lain dalam FPK yang perlu diterapkan ke
dalam diri setiap guru. Pemahaman terhadap unsur-unsur ini akan
menghubungkaitkan bakal guru dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai