Anda di halaman 1dari 4

Teater pembaca

Apa itu ?

Teater membaca adalah satu aktiviti drama yang melibatkan sekumpulan pelajar
membaca sebuah cerita dengan intonasi yang betul disertai dengan penghayatan

yang tinggi.
Aktiviti yang dapat menimbulkan suasana cerita yang menarik dan mudah difahami.
Aktiviti yang mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik
muka bagi membantu pelajar memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah

cerita itu sedang berlaku di hadapan mereka.


Mengkombinasikan dengan nada, intonasi, gerak aksi terbatas atau ekspresi pelakon
Sesuai untuk melatih ketrampilan berbahasa kerana melibatkan gaya pengucapan

dan penyampaian yang bersahaja sesuai dengan watak


Guru hanya perlu menyedia prop mudah seperti tanda yang boleh memperkenalkan
identiti watak seperti tanda nama atau pakaian di kepala yang diperbuat daripada
kertas araupun bahan yang terbuang

Bagaimana ?

Semua pelajar adalah penonton


Sekumpulan pelajar dipilih dan diberikan skrip serta masa diberikan untuk mereka

membaca dan menghayati cerita.


Kedudukan pelajar semasa menjalankan teater tersebut boleh dalam kedudukan

satu barisan atau separuh bulatan.


Pelakon boleh membaca cerita dalam keadaan duduk sepanjang persembahan atau

duduk semula setelah selesai membaca.


Pelakaon hanya menggunakan suara gerak badan terhad dan mimic muka . Mereka
tidak boleh melakonkan cerita sepenuhnya.

Bahan bacaan

Merupakan skrip ringkas dan pendek .


Cerita pendek
1. Karya sendiri
2. Petikan
3. Adaptasi
4. Terjemahan
Pencerita akan memulakan cerita dan menyambung apabila diperlukan sehingga

cerita selesai.
Bahan yang dihasilkan mempunyai banyak dialog.
Dialog cerita asal dikekalkan.

Kriteria pemilihan bahan

Bahan yang ringkas dan menarik


Mempunyai isi pengajaran dan nilai murni
Cerita yang bersesuaian dengan peruntukan masa
Jumlah dialog yang seimbang antara setiap watak

Aktiviti pembelajaran

Bacaan senyap
Mencerita semula
Membina dialog
Analisis watak
Tatabahasa
Kosa kata
Membuat cerita
Kefahaman
Analisis skrip

CONTOH CERITA

ARNAB YANG PEMALAS


Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat.
Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan
seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu
hari, tupai berkata kepada arnab,
TUPAI : Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan,
kita ada tempat berteduh.
ARNAB : Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu, .
Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di
bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.
TUPAI : Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,
ARNAB : Ya, betul kata awak, . Pagi esok kita akan buat sarang, .

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang.
TUPAI : Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,
ARNAB : Tapi bukan sekarang, Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita
pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!
Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan
turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh.
TUPAI :Alangkah baiknya jika kita ada sarang, Esok kita mesti buat sarang.
Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.
Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya.
Arnab :Kita tunggu esok sahajalah, .

Anda mungkin juga menyukai