Anda di halaman 1dari 2

Pentomin hari guru

Scene 1

Pada suatu pagi di kelas tahun 5 di sekolah kebangsaan sungai danga. Murid - murid sedang berada
di dalam kelas. Keadaan kelas tersebut bising .

Setelah itu, datang guru besar ke kelas tersebut dengan seorang guru baharu.

Ketua kelas : semua bangun !!!

: selamat pagi cikgu.

Guru besar : selamat pagi

Murid - murid dibenarkan duduk. Guru besar mula memperkenalkan guru baharu tersebut kepada
kelas tahun 5. Guru besar meminta murid - murid memberikan kerjasama yang baik kepada guru
baharu.

Guru besar keluar kelas meninggalkan guru baharu di dalam kelas tersebut. Sedang guru tersebut
sedang mengajar. Terdapat 3 orang murid nakal bermain di belakang kelas. Salah seorang murid
telah membaling kertas kepada guru tersebut.

Guru shahrina mengambil kertas tersebut dan menanyakan kepada 3 orang murid tersebut.

Guru sahrina : siapa yang baling ni.

Tiada murid yang mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Guru shahrina membuka kertas tersebut dan membaca kandungan kertas tersebut. Alangkah
terkejutnya guru tersebut apabila membaca kandugannya yang memaki guru tersebut.

Scene 2

Pada hari yang lainnya, sedang murid tahun 5 berada di dalam kelas, 3 orang murid nakal telah
melakukan pelbagai kesalahan. Mereka membuli pelajar yang lain, menconteng dinding , dan suka
ponteng kelas.

Pada suatu hari, 3 orang murid tersebut melakukan kesalahan yang biasa mereka lakukan. Mereka
telah ditangkap oleh guru besar ketika melakukan kesalahan . Mereka telah dibawa ke bilik guru
besar untuk diberikan denda dan amaran

Setelah diberikan kaunseling oleh guru besar, 2 orang murid mula menunjukkan perubahan yang
positif dan berubah menjadi murid yang baik. Namun berbesa dengan adif yang tetap berkeras
dengan sikapnya. Dia terus melakukan pelbagai kesalahan dan melanggar peraturan sekolah.

Akhirnya murid tersebut telah dibuang sekolah . Malang baginya apabila keluarganya juga tidak
menerima dia di rumah. Dia telah dihalau daripada rumahnya.

Pada suatu hari, guru shahrina sedang berjalan - jalan dengan 2 orang muridnya. Ketika mereka
berjalan - jalan , guru shahrina telah terpandang adif sedang berjalan seorang diri. Mereka terkejut
melihat keadaan adif pada masa tersebut. Ketika itu , Adif sedang berjalan di kaki lima sambil
memegang tong untuk meminta sedekah. Cikgu shahrina telah mengintip adif dan mengikutnya dari
belakang.
Scene 3

Setelah beberapa minit mengekori adif selama beberapa minit. Cikgu shahrina melihat adif sedang
bercakap dengan 2 orang pemuda. Rupanya mereka bercadang untuk memeras ugut orang yang
berjalan di kawasan tersebut.

Pada hari lainnya, cikgu shahrina mendapat perkhabaran bahawa adif telah ditangkap oleh polis.
Tetapi 2 orang pemuda tersebut telah berjaya melarikan diri. Adif kini ditahan di balai polis. Setelah
mendapat berita tersebut, cikgu terus bergegas ke balai dan menjamin adif untuk dibebaskan.

Adif menangis teresak - esak dan menyesal dengan semua perbuatannya. Dia berjanji untuk tidak
mengulangi perbuatannya lagi .

Cikgu menghantar adif kerumah dan berharap agar die kembali ke sekolah sebagai seorang murid.
Sekolah telah menerima adif untuk terus belajar di sekolah tersebut sampai habis tahun 6.

Scene 4

Selepas 20 tahun ,sedang cikgu suraya bertugas di sekolah ketika pendaftaran murid baharu, cikgu
tersebut ditegur oleh 3 orang pemuda . Mereka memperkenalkan diri mereka .

Rupannya mereka bertiga adalah murid nakal yang pernah menjadi anak murid cikgu shahrina.

Mereka kini telah bekerjaya

Seorang menjadi polis

Seorang menjadi pilot

Dan adif merupakan seorang anggota bomba.

Cikgu shahrina aamat terharu dengan mereka bertiga. Beliau berasa bangga dengan pencapaian
mereka. Mereka bertiga berterima kasih kepada cikgu shahrina.

Tamat

Anda mungkin juga menyukai