Anda di halaman 1dari 16

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN

BERTUTUR:
KAEDAH DAN TEKNIK
PENGAJARAN

KAEDAH DAN TEKNIK


Kaedah-perancangan P & P secara
teratur, kemas, dan sistematik
Teknik - satu taktik untuk
menyampaikan
bahan kepada murid

Kaedah Terus
Murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan
dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan
tersebut.
Murid belajar bahasa ibunda mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru
dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka
dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa.
Ciri ciri :
1.murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan
konteks penggunaan bahasa tersebut;
2.sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru
akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan,
lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain;
3.aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai;
4.murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang
dipelajari secara induktif,
5.guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar
sebutan dan intonasi yang betul.

Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik


Mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan
menghafaz rumus-rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara
pencilan.
Guru terlebih dahulu, perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-unsur
bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid
sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang
dipelajari itu.
Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun
mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik.
Kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama bunyi
daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu:
coffee
kopi
school
sekolah
radio
radio
bicycle
basikal
biscuit
biskut
Subjek

Kata kerja

Objek

Dia

minum

susu.

He

drinks

milk.

Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama


Saya
pergi
ke sekolah.
juga.
I
go
to school.

Kaedah Audio-Lingual
Menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan
murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur
secara intensif

Prinsip-prinsip:
1.Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan;
2.Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman;
3.Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan
diajar tentang
pengetahuan bahasa;
4.Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif;
5. Bahasa berbeza antara satu sama lain.

Kaedah Komunikatif
Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah:
a. Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa.
-Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan
bahasa
dan komunikatif.
b. Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah
mereka
dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu.
-Murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam
masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain
supaya
mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.
c.Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan
bukan secara ayat pencilan.
- Untuk berkomunikasi dengan berkesan, ayat-ayat tidak dihasilkan secara
pencilan tetapi dalam suatu wacana.
d.Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan
penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya.
- Pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi
atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktivitiaktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal
tersebut.
e.Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa
juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan.

Teknik Teknik
Pengajaran Kemahiran Bertutur

Latih tubi

Bercerita

Bersoal jawab

Perbualan / dialog/ wawancara

Perbincangan

Berbahas/ debat

Main peranan/simulasi

Sumbang saran

Drama atau lakonan

Melapor berita

Permainan bahasa

Pengajaran puisi

Penyelesaian masalah

Tunjuk cara

LATIH TUBI
a. Latih Tubi Pasangan Minimal - menggunakan pasangan kata yang mempunyai perbezaan
bunyi yang paling minimum atau paling kecil dan ia mempunyai makna yang berbeza.
Digunakan untuk melatih murid menyebut dengan betul
Kesulitan Menyebut

Vokal a - i

Latihan Menyebut
rama

rima

akan

ikan

lara

lari

kala

kali

serang

sering

Kesulitan Menyebut

Vokal a e(pepet)

serang
parang
karang
jarang
garam

Kesulitan Menyebut

Vokal o - a

Latihan Menyebut
sarang
perang
-

kerang
jerang
geram

Latihan Menyebut
olah
sorong

alah
sarung

barang
borek
sola

borang
barik
salah

Kesulitan Menyebut
punah

Vokal u - a

cuci

caci

ciku

cika

huru

hara

suku

suka

Kesulitan Menyebut

Konsonan d - l

Latihan Menyebut

ladang
dari
dayang
dagu
daki

Kesulitan Menyebut

Konsonan b - p

Latihan Menyebut
panah

lalang
lari
layang
lagu
laki

Latihan Menyebut

bagi
timba
barang
baba
lobak

pagi
timpa
parang
papa
lopak

Kesulitan Menyebut

Konsonan g - k

Latihan Menyebut

garam
gali
garang
tegak
bagi

Kesulitan Menyebut

Konsonan s - t

karam
kali
karang
tekak
daki

Latihan Menyebut

keras
beras
kesat
surat
ulas

Kesulitan Menyebut

Konsonan t - d

kesat
berat
ketat
tulat
ulat

Latihan Menyebut

tulang
ledak
ladang
utara
tarah

dulang
letak
datang
udara
darah

b.Latih Tubi Memintal Lidah - meletakkan bunyi-bunyi yang sukar dalam ayat atau frasa tertentu.
Kesulitan Menyebut
Fonem / p /

Kesulitan Menyebut
Fonem / r / dan / l /

Kesulitan Menyebut
Fonem
/ l / dan / t /

Latihan Menyebut Ayat-Ayat


Padang pandan tepi pantai depan padang
Cuba pandang kapal-kapal tepi pantai
Pandang pondan-pondan pakai topeng depan padang

Latihan Menyebut Ayat-Ayat


Letak cawan retak atas lantai dekat rantai
Suruh isteri tarik tali hingga sore

Latihan Menyebut Ayat-Ayat


Bila datang petang-petang sila tolong orang seberang
Padang tuan-tuan telah tumbuh lalang panjang

Anda mungkin juga menyukai