Anda di halaman 1dari 10

NAMA: CHARLES MAHAT

NO MATRIK: HT2006-4660
TAJUK: PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ELEKTRONIK (E-LEARNING) DI MALAYSIA

PENGENALAN
Perkembangan ilmu sains dan teknologi pada masa kini, telah memberikan
banyak sumbangan kepada kemajuan taraf hidup manusia. Hari demi hari, segala
sesuatu dalam kehidupan manusia tidak lari daripada menggunakan kemajuan
teknologi untuk memudahkan kehidupan. Begitu juga dengan sistem pendidikan
di Malaysia, kita memerlukan satu anjakan paradigma untuk memajukan lagi
sistem pendidikan di negara ini, sejajar dengan kemajuan teknologi untuk
membuat reformasi terhadap sistem pendidikan di negara kita. Salah satu
daripadanya adalah, dengan penggunaan kaedah pengajaran berbantukan
komputer haruslah diperluaskan lagi di sekolah-sekolah agar ia dapat menyaingi
perubah-perubahan pendidikan masa kini, iaitu melalui pembelajaran elektronik
(e-learning).
Integrasi teknologi informasi ke dalam dunia pendidikan telah menciptakan
pengaruh besar. Dengan memanfaatkan kecanggihan teknologi informasi ini,
mutu dan efisiensi pendidikan dapat ditingkatkan. Salah satu produk integrasi
teknologi

informasi

ke

dalam

dunia

pendidikan

adalah

e-learning

atau

pembelajaran elektronik. Saat ini, e-Learning mulai mengambil perhatian banyak


pihak, baik dari kalangan akademik, profesional, perusahaan maupun industri. Di
institusi pendidikan tinggi misalnya, e-Learning telah membuka cakerawala baru
dalam proses belajar mengajar. Sedangkan di lingkungan industri, e-Learning
dinilai mampu membantu proses dalam meningkatkan kompetensi pegawai atau

sumber daya manusia. Dari dunia akademik pula, gaya pembelajaran ini sudah
mulai banyak diterapkan dan dikembangkan. ( Aneh Deh, 2008).
Secara

umumnya,

e-learning

adalah

sebarang

pengajaran

dan

pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik iaitu LAN, WAN atau


internet, untuk menyampaikan isi kandungan, maklumat dan juga berinteraksi
melaluinya. Antara contoh media eletronik yang mempraktikkan e-learning
adalah internet, intranet, satelit, pita audio atau video, TV interaktif dan CD
(Kaplan, 2000). Pengajaran boleh dijalankan pada waktu yang sama iaitu secara
synchronously atau pada waktu yang berbeza iaitu secara asynchronously.
Bahan pengajaran dan pembelajaran boleh disampaikan melalui media ini
mempunyai ciri-ciri multimedia seperti teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan
video. Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk perbincangan kumpulan
serta membolehkan bimbingan dijalankan dalam talian (Learnframe, 2001).
PERKEMBANGAN E-LEARNING DI MALAYSIA
Perkembangan e-learning di Malaysia masih baru jika dibandingkan
dengan negara-negara barat dan Singapura. Di Malaysia, ianya terarah kepada
pembelajaran jarak jauh dan on-line yang kebanyakannya ditawarkan di
peringkat universiti serta kolej swasta yang mempunyai usahasama dengan
universiti luar negara dimana yuran yang dikenakan agak mahal dan tinggi.
Tujuan pelaksanaan e-learning pada mulanya adalah, bagi memenuhi keperluan
individu-individu yang bekerja dan mempunyai hasrat untuk menambahkan ilmu
pengetahuan untuk mengembangkan serta membangunkan bidang kerjaya
masing-masing.

konsep pendidikan jarak jauh ataupun pembelajaran elektronik (e-learning)


ini pada awalnya, telah dimulakan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) pada
tahun 1971. Pada tahun 1994, Kementerian Pelajaran Malaysia mengumumkan
bahawa semua universiti tempatan di Malaysia perlulah menawarkan kursus
secara jarak jauh. Dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1999-2000), isu
pendidikan jarak jauh telah menjadi satu agenda utama kerana ia bersifat kos
efektif dan efisien. Universiti tempatan di Malaysia khususnya Institusi Pengajian
Tinggi Awam seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti
Putra Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia sudah
mula menawarkan program Sarjana Muda dan Diploma melalui kaedah jarak jauh
ini. Selain itu, teknologi yang digunakan dalam menjalankan kursus Sarjana Muda
dan

Diploma

menerusi

pendidikan

jarak

jauh

semakin

dipertingkat,

ini

termasuklah melalui sidang video, internet, perpustakaan maya dan video-ondemand (Md. Noor, 2000).
Bagi Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Malaysia, Universiti Tunku Abdul
Rahman (UNITAR), merupakan universiti pertama menjadi universiti maya (virtual
university) pada tahun 1998. UNITAR menawarkan perkhidmatan kurikulum dan
pembelajaran secara online, termasuklah sesi tutorial face-to-face, yang wajib
dihadiri para pelajarnya. Ia menawarkan persekitaran pembelajaran hybrid
(hybrid learning environment). Perjalanan akademik dibahagikan kepada kursus
secara online, pengurusan kursus dan perjumpaan-perjumpaan akademik. Pelajar
boleh menghantar laporan atau masalah di pusat-pusat panggilan (call centre).
Kursus online mencakupi pembentangan multimedia seperti pembentangan video
dan audio. Pengurusan kursus ialah di mana pelajar menghantar tugasan,
membaca buletin atau terlibat dalam perbincangan. (Mohd Koharudin 2004).
Perkembangan e-learning ini juga dapat diperhatikan dalam pembinaan
sekolah-sekolah bestari di Malaysia. Seperti Projek Rintis Sekolah Bestari sebelum

ini dilaksanakan oleh Telekom Smart School Sdn Bhd (TSS). TSS ditubuhkan pada
Jun 1999 untuk menerajui Projek Sekolah Bestari Koridor Raya Multimedia, MSC.
Dua aspek penting yang perlu ada bagi sesebuah sekolah yang akan dinaik taraf
menjadi Sekolah Bestari ialah kemudahan infrastruktur IT dan latihan guru.
Sehingga 31 Januari 2003, terdapat 7,498 buah sekolah rendah dan 1,881 buah
sekolah menengah di seluruh negara menjadikan jumlah keseluruhan sekolah di
negara ini ialah 9,379. Dalam jumlah itu, bilangan Sekolah Bestari ialah 387 iaitu
87 yang sedia ada dan 300 buah lagi yang bakal diwujudkan. Mengikut
perancangan sebanyak 100 buah Sekolah Bestari pada tahun 2004 manakala 200
pada 2005. (Utusan Pendidikan, 11 November 2003).

KELEBIHAN E-LEARNING DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Pembelajaran

elektronik

(E-learning)

mempunyai

kelebihan

ataupun

kekuatan yang dapat kita perhatikan. Pembelajaran jenis ini, membolehkan


pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Bahan pengajaran
dan pembelajaran e-learning yang dirancang, disediakan secara profesional dan
baik. Mengunakan ciri-ciri multimedia untuk menyampaikan isi pelajaran dengan
berkesan dan menarik. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta mengikut
kesesuaian mereka.
Pelajar tidak perlu rasa malu untuk bertanya dan berpeluang belajar tajuk
yang susah berulang kali sehingga pemahaman mereka tercapai. Pertanyaan
juga boleh dibuat dalam talian. Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan
teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia ada. Elearning yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran
yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar, guru, mentor atau fasilitator.

E-learning membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih


berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran
mereka. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga
pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam suasana yang selamat
tanpa berasa malu untuk bertanya. Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam talian
(Jaya Kumar, 2001).
Bahan pengajaran dan pembelajaran e-learning yang dirancang dan
disediakan secara profesional dan baik akan menggunakan ciri-ciri multimedia
untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik. Segelintir
pelajar-pelajar sekolah di Malaysia sudah mula menggunakan internet sebagai
sumber maklumat yang penting. Mereka juga sudah didedahkan kepada bahan elearning yang ada di pasaran tempatan. Ada juga pelajar yang sudah mula
mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh mereka melalui rakan
sebaya di dalam chat groups' atau 'bulletin boards'. (Alam Pendidikan Bulletin
Board, 2001; Tan, 2001).
Dengan ciri-ciri menarik yang ada pada e-learning serta minat pelajar
terhadap fungsi-fungsi di dalam Internet, maka sudah tiba masanya ianya
digunakan dengan meluas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Tambahan
pula kejayaan agenda e-learning kebangsaan banyak bergantung kepada
pelaksanaan ICT di selolah. Jika pelajar dapat dibimbing umuk menggunakan elearning

dengan

cara

yang

berfaedah

maka

ianya

akan

membantu

mengurangkan penggunaan negatif yang lain.


Strategi pelaksanaan e-learning boleh dijalankan dalam tiga peringkat iaitu
peringkat asas, pertengahan dan tinggi. Peringkat asas meliputi penghasilan
bahan interaksi mudah dan penggunaan bahan mudah seperti projektor LCD
(Liquid Crystal Display) dan sistem komputer. Peringkat pertengahan melibatkan
penambahan multimedia dan pemindahan bahan persembahan ke dalam laman

web. Manakala peringkat tinggi melibatkan penghasilan bahan kursus berbentuk


modul

yang

diubahsuai

daripada

nota

kuliah

ke

bentuk

hiperteks

dan

pemindahan modul elektronik dalam pelayan pusat untuk disalurkan ke


rangkaian kawasan setempat.
Bagi melaksanakan e-learning, pengajar mengikuti latihan membina dan
menggunakan bahan dan perkakasan elektronik. Bengkel reka bentuk dan bina
bahan serta tunjuk cara penggunaan peralatan teknologi komunikasi perlu
dianjurkan berpandukan peringkat dan fasa yang telah dikenal pasti agar dapat
diterima oleh semua pelaksana dan pengguna inovasi pendidikan ini.
PERLAKSANAAN E-LEARNING DI MALAYSIA
Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
Di Malaysia, kebanyakan IPTA awam dan swasta pada masa kini telah
menyediakan kemudahan rangkaian komputer dan internet untuk menggalakkan
persekitaran e-learning bagi kegunaan masyarakat kampus. Universiti Tun Abdul
Razak (UNITAR) merupakan universiti maya yang pertama di negara ini. UNITAR
telah menawarkan pelbagai perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran melalui
teknologi e-learning. Antara universiti lain yang membangunkan sistem elearning dengan pesat sejak Malaysia membangunkan Koridor Raya Multimedia
(MSC) ini Universiti Multimedia di Cyberjaya pada tahun 1999. Universiti ini
menggunakan rangkaian komputer dan Multimedia untuk menyampaikan kuliah,
penilaian dan peperiksaan. Universiti lain juga sedang giat mempertingkatkan
kemudahan

rangkaian

e-pembelajaran

bagi

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran, contohnya Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Putra


Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Sains Malaysia
(USM), (Mohd Koharudin 2004).
Secara keseluruhan, tahap penerimaan dan aplikasi e-learning di IPT
sebagai alat pembelajaran berada pada tahap yang memuaskan (Zailan & Azmi

2006). Ini adalah kerana perlaksanaan dan pembangunan MSC di Malaysia pada
tahun 1999 telah mewujudkan kemudahan rangkaian bagi penggunaan computer
dan multimedia dengan lebih murah, mudah dan lebih pantas. Ia mewujudkan
kemudahan

bagi

kebanyakan

IPT

untuk

membangun

dan

menyediakan

kemudahan kepada para pelajar, di samping merealisasikan matlamat menjadi


negara maju menjelang Wawasan 2020. Merujuk kepada beberapa kajian yang
dijalankan jelas menunjukkan bahawa kesan penggunaan dan kemampuan
pelajar dalam mengoptimumkan kelebihan teknologi di IPT amat menggalakkan.
Jika gaya pembelajaran seperti ini berterusan, e-learning akan menjadi antara
pemangkin utama sistem pendidikan pada tahun-tahun mendatang.

Penubuhan Sekolah Bestari dengan e-learning


Istilah Sekolah Bestari menjadi begitu popular di Malaysia kerana ia

merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi perdana MSC. Pembangunannya


dirancang mengikut peringkat nasional, bukan semata-mata untuk memenuhi
keperluan MSC tetapi juga untuk mewujudkan generasi baru rakyat Malaysia.
Menerusi perkembangan sekolah bestari, tenaga kerja di Malaysia amat
berharap untuk menerima kemasukan pekerja baru yang lebih kreatif dan inovatif
dalam pemikiran mereka, mahir dengan teknologi baru, dan dapat mencapai
serta menguruskan ledakan maklumat yang melahirkan masyarakat berilmu.
Tentu sekali ia memerlukan cara yang baru dan lebih baik bagi pembelajaran dan
pendidikan, sementara mengambilkira kemajuan teknologi. Justeru, matlamat
sekolah bestari bukan sekadar membina infrastruktur semasa menyokong
pertumbuhan MSC tetapi menyediakan masyarakat bagi era maklumat (Mohd
Koharudin 2004).
Rancangan Malaysia untuk maju ke zaman maklumat merupakan satu lagi
langkah utama ke arah masyarakat kaya maklumat, iaitu satu langkah yang
membolehkan Malaysia mencarta pencapaian yang meluas dalam bidang

pengetahuan, Sains dan Teknologi. Untuk mencapai objektif ini, semua sekolah
perlu dilengkapkan dengan computer peribadi (PC) dan disambungkan dengan
internet. Dijangkakan bahawa sekolah dapat disambungkan dengan internet
menjelang tahun 2000 dan berpandu kepada kurikulum yang mengutamakan
pemupukan kemahiran IT dan memperkenalkan budaya pembelajaran yang baru.
Sebagai permulaan, Kementerian Pelajaran telah memilih 90 buah sekolah
sebagai perintis bagi aplikasi perdana Sekolah Bestari yang bermula pada 1
Januari 1999.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN E-LEARNING DI SEKOLAHSEKOLAH MALAYSIA


Wahyu
pelaksanaan

Idrus

(2001),

e-learning

di

telah

mencadangkan

sekolah-sekolah.

beberapa

Pemilihan

model

bergantung

untuk
kepada

infrastruktur telekomunikasi dan perkakasan yang ada di sekolah. Model yang


dicadangkan terdiri daripada Selective Model, 'Sequential Model', 'Static Station
Model' dan 'Laboratory Model'.

Selective Model

Jika bilangan komputer di sekolah adalah sangat terhad maka model ini sesuai
digunakan. Di dalam model ini, guru terpaksa memilih salah satu alat yang paling
berkesan untuk menyampaikan pelajaran beliau. Jika guru dapat atau terjumpa
bahan e-learning yang berkualiti maka ianya hanya dapat ditunjukkan kepada
pelajar sebagai bahan demostrasi sahaja. Jika ada lebih dari satu komputer, maka
pelajar harus diberi peluang untuk mendapat sedikit pengalaman hands-on. Kelas
di mana pengajaran dilaksanakan tidak semestinya bilik darjah tetapi boleh juga
di bilik simulasi, bilik sumber atau bilik khas lain yang ada komputer.

Sequential Model

Jika bilangan komputer di sekolah adalah kecil maka model ini sesuai digunakan.
Pelajar dalarn kumpulan kecil bergerak dari satu set sumber maklumat ke sumber
yang lain. Pelajar menggunakan bahan e-learning sebagai bahan rujukan atau
untuk mencari maklumat baru. Jika ada beberapa komputer, maka pelajar harus
diberi peluang untuk mendapat pengalaman hands-on.

Static Station Model

Jika bilangan komputer di sekolah adalah kecil maka model ini sesuai digunakan.
Di dalam model ini, guru mempunyai beberapa sumber berbeza untuk mencapai
objektif pengajaran yang sama. Bahan e-learning digunakan oleh satu atau dua
kumpulan pelajar untuk mencapai objektif pelajaran berkenaan. Kumpulan
pelajar yang lain menggunakan sumber yang lain untuk mencapai objektif
pelajaran yang sama.

Laboratory Model

Jika bilangan komputer mencukupi untuk semua pelajar, maka bahan e-learning
dapat digunakan oleh pelajar sebagai bahan pembelajaran kendiri. Model ini
dapat digunakan jika sekolah yang mempunyai makmal komputer yang
dilengkapi dengan talian internet.
KESIMPULAN
Kemampuan institusi pendidikan dalam memanfaatkan teknologi internet
menuju e-learning perlu kajian dan rancangan mendalam. E-learning bukan
semata-mata hanya memindahkan semua pembelajaran pada internet. Hakikat
e-learning adalah proses pembelajaran yang dituangkan melalui teknologi
internet.

Di

samping

itu

prinsip

sederhana,

personal,

dan

cepat

perlu

dipertimbangkan. Untuk menambah daya tarik dapat pula menggunakan konsep


permainan dalam pembelajaran. Oleh itu, prinsip dan komunikasi pembelajaran
perlu dilaksanakan seperti layaknya pembelajaran konvensional. Di sini, perlunya

model e-learning ini dikembangkan mengikut keperluan dan kesesuaian supaya


lebih berkesan. Walau bagaimanapun, peranan guru sepatutnya tidak diabaikan
dalam e-learning ini, kerana peranan guru masih diperlukan sebagai pemudah
cara serta menjadi fasilitator .

BIBLIOGRAFI
Aneh Deh. 2008. E-learning Sebagai Sarana Pendidikan Masa Kini . Di akses pada
Feb 2, 2010 dari http://fajarituaku.blogdetik.com/2008/06/15/tugas-uaskupak/
Buletin Board (2001). Di akses pada Jan 30, 2010 dari
http://www.ppk.kpm.my/wwwboard/multipageboard.html
Md Noor. 2000. Pendidikan Jarak Jauh. Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors Sdn Bhd.
Mohd Koharudin, M.B. 2004. Perkembangan, Pembangunan dan Penerimaan e
pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Jurnal Teknologi. 41(E)
Disember 2004: 55-72.
Utusan Pendidikan: 11 Oktober 2003: Sekolah Bestari 2004: Chan Foong Mae

Wahyu Idrus, Yahya B. 2001. Aplikasi E-Learning Dalam Pengajaran &


Pembelajaran
Di Sekolah-Sekolah Malaysia : Isu dan cadangan
perlaksanaannya. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Anda mungkin juga menyukai