Anda di halaman 1dari 4

Encik Sablee Bin Bagol,

Pengetua SMK Pitas,


Peti Surat 230,
89108, Kota Marudu,
Sabah.
Pengurus Dapur
Dewan Asrama SMK Pitas,
Peti Surat 230,
89108, Kota Marudu,
Sabah
4 Januari 2008
Tuan,
Memohon Sumbangan Makanan Dan Minuman Untuk Majlis Silaturrahim Pelajar
Tingkatan Satu SMK Pitas
Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.
2.
Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas akan menganjurkan satu Majlis
Silaturrahim Pelajar Tingkatan satu pada 7, 8 dan 9 Januari 2008. Sehubungan dengan
ini, pihak sekolah ingin meminta jasa baik pihak tuan untuk menyediakan makanan dan
minuman kepada peserta program iaitu pelajar tingkatan 1 dan guru-guru yang terlibat
sepanjang program berlangsung seperti berikut
2.1
2.2
2.3

7 jan 2008 (Isnin)


- 1.30 Petang
8 Jan 2008 (Selasa) - 1.30 Petang
9 Jan 2008 (Rabu) - 2.15 Petang

3.
Untuk makluman pihak tuan, jumlah pelajar yang terlibat ialah seramai 180 orang
dan jumlah guru yang terlibat seramai 30 orang.
4.
Program ini sebenarnya dapat memberi manfaat yang besar kepada pelajar dan
pendedahan awal ini diharapkan dapat membantu para pelajar supaya lebih terbuka dan
lebih jelas tentang persekolahan menengah yang baru. Di sini disertakan juga tentatif
program untuk rujukan pihak tuan.
5.
Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini, keprihatinan
dan kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang Benar
____________________
(Encik Sablee Bin Bagol)
Pengetua SMK Pitas.

7 Januari 2008 (Isnin)


11.00 Pelajar mengambil tempat
11.15 Ketibaan guru-guru
11.30 Ketibaan pengetua SMK Pitas
Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Sekolah
Nyayian Lagu Sabah Tanah Airku
Bacaan Doa
12.30 Ucapan Perasmian Pembukaan
Encik Sablee Bin Bagol
Pengetua SMK Pitas.
1.30

Rehat

2.15

Taklimat SPBT (Encik Mikson Mogantar)

3.15

Taklimat Guru Disiplin (Encik Maklim Masiau)

4.15

Taklimat Warden Asrama (Cik Maimunah Abdul Rahman)

5.15

Bersurai

8 Januari 2008 (Selasa)


11.00 Pelajar mengambil tempat
11.15 Nyanyian Lagu Sekolah
11.30 Taklimat Pusat Sumber (Ustaz Yahaya Mujir)
12.30 Taklimat Penolong Kanan 1 (En.Galampas Uensai)
1.30

Rehat

2.15

Taklimat Penyelia Petang (Encik Abdul Salam Ahmad)

3.15

Taklimat Penolong Kanan HEM (Ustaz Ahmad Haji Abrian)

4.15

Taklimat Penolong Kanan Ko-Kurikulum (Encik Lauji Subrik)

5.15

Bersurai

9 Januari 2008 (Rabu)


11.00 Pelajar mengambil tempat
11.15 Ketibaan guru-guru
11.30 Nyanyian Lagu Sekolah
Bacaan Ikrar Pelajar
11.30 Taklimat Ujian Penempatan
11.45 Ujian Penempatan
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
2.15

Rehat

3.00

Ceramah Motivasi (Tuan Haji Gasmin Bin Haji Nasib)

4.00

Ucapan Perasmian Penutupan


Encik Sablee Bagol
Pegetua SMK Pitas

5.0

Majlis Bersurai

Pelajar 180 orang


Makanan (kuih 2 biji)
Minuman kotak
Guru-guru
Air mineral
Minuman panas

Anda mungkin juga menyukai