Anda di halaman 1dari 2

ULASAN ARTIKEL

Berdasarkan artikel pendidikan yang telah saya baca disebelah ini antara rumusan
yang boleh saya simpulkan disini ialah sebagai seorang guru yang bakal mendidik
anak bangsa di Negara ini kita hendaklah lebih peka dengan keadaan semasa dan
juga trend terkini. Sebagai contoh, pada masa kini ilmu pengetahuan teknologi
terkini amatlah dituntut dalam kalangan masyarakat sama ada masyarakat itu
masyarakat yang tidak berpendidikan terlebih kepada mereka yang bekerja di sektor
kerajaan dan sektor swasta. Hal ini, kerana untuk menghadapi era globalisasi terkini
ilmu seperti ini amatlah dititikberatkan dalam masayarakat global. Disamping itu,
sebagai seorang guru ilmu ini amat penting untuk menyalurkan sebarang maklumat
kepada pihak umum dengan cepat dan pantas.
Hal ini ditambah penting lagi apabila seorang guru mengajar dengan lebih
menarik dengan menggunakan teknologi terkini. Sekiranya seseorang guru
berkenaan tidak mempunyai kepakaran dalam perkara-perkara seperti ini. Maka,
pembelajaran yang lebih menarik tidak dapat dikembangkan dalam kalangan pelajar
disekolah. Pengetahuan ilmu ICT ini amat penting dipelajari dalam kalangan guru.
Hal ini kerana sekiranya, guru berkenaan di tempatkan disekolah kluster guru
tersebut tidaklah berasa ganjil dengan pelajar.
Hal ini bermaksud, sesetengah pelajar di sekolah pada masa kini mempunyai
ilmu teknologi yang tinggi. Adakalanya, pelajar itu lebih banyak ilmu pengetahuan
daripada guru yang mengajar. Oleh sebab itu, para guru dituntut agar sentiasa
menimba ilmu pengetahuan dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini.
Sekiranya tidak maka guru tersebut akan ketinggalan dalam perkara-perkara ini.
Guru merupakan pembentuk masyarakat, oleh itu guru hendaklah membentuk
acuan yang baik kepada kanak-kanak agar mereka dapat dibentuk dengan nilai-nilai
yang baik.

Anda mungkin juga menyukai