Anda di halaman 1dari 24

Tajuk 3

Masyarakat
Pluralistik Alam
Melayu
Muhammad Faris Hafiy bin Abdul
Haris
Muhammad Faizal bin Abdul Jalil
Muhammad Adib bin Mohamad
Isa

Konsep
Pluralisme

kepelbagaian/majmuk.
Masyarakat pluralisme merujuk
kepada masyarakat
majmuk/kepelbagaian bangsa/kaum
yang mendiami sesuatu wilayah/negara
mengamalkan kepelbagaian tradisi dan
budaya.

Pluraliti:
istilah yg digunakan untuk merujuk
kepada masyarakat pelbagai bangsa di
alam Melayu sebelum kedatangan
kuasa-kuasa penjajah (Eropah) yg
terbentuk melalui proses semula jadi
tanpa sebarang rancangan pemaksaan
di sebaliknya.

Masyarakat Plural:
Terbentuk selepas zaman kedatangan orang-orang
Eropah. Penjajah membawa masuk pendatang asing
dari China dan India ke Asia Tenggara untuk
kepentingan ekonomi.
Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal
berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan
sistem sosial-politik-agama yg wujud di Asia Tenggara.
Kesannya wujud kelompok-kelompok masyarakat yg
hidup terasing daripada kelompok yg lain walaupun
tinggal di tempat yg sama (Masyarakat Majmuk)

Pembentukan Masyarakat
Pluralistik di Alam Melayu
1. Hubungan dengan Cina dan India.
Hubungan antara alam Melayu dengan Cina dan
India telah lama berlaku.
faktor perdagangan- alam Melayu menjadi
persinggahan para pedagang dari kedua-dua
benua tersebut.
Abad ke-7 Masehi - kewujudan institusi pengajian
agama di alam Melayu pada zaman kerajaan
Melayu Sri Vijaya. Alam Melayu terkenal sebagai
pusat pengajian dan penyebaran ilmu
pengetahuan.

2. Zaman Hinduisme dan Buddhisme.


Hinduisme dan Buddhisme tidak memberi kesan yg
besar dalam kehidupan rakyat biasa berbeza
dengan pengaruh Islam (menurut Syed Muhammad
Naguib Al-Attas).
Bukti: tidak terdapat kitab-kitab yg membincangkan
idea-idea besar seperti falsafah, ketuhanan dll yg
berasaskan Hinduisme & Buddhisme di alam
Melayu, yg ada Cuma kitab-kitab yg bersifat
kesenian.
Hinduisme & Buddhisme diterima baik di kalangan
pemerintah alam Melayu sebelum kedatangan
Islam. Mitos Hinduisme mengukuhkan institusi raja
di alam Melayu. Kebesaran raja-raja juga
digambarkan menerusi candi-candi yg didirikan

3. Penjelmaan dari segi material dan non-material.


Dapat dilihat dan difahami berdasarkan perubahan
yg bersifat epistemologikal yg dibawa oleh penjajah
Inggeris.
Epistemologikal: iaitu asal mula sesuatu ilmu
pengetahuan.
Perubahan epistemologikal: perubahan dari segi ilmu
pengetahuan yg melibatkan cara berfikir dan cara
melihat sesuatu yg seterusnya akan melibatkan
perubahan terhadap cara memahami sesuatu.
Sebelum kedatangan penjajah Inggeris, ilmu
pengetahuan di alam Melayu banyak berasaskan
epistemologi yg bercorak metafizik atau ilmu yg
bersumberkan alam ghaib.

Amalan

perubatan perdukunan dan perbomohan yg


menggunakan jampi mantera dalam berinteraksi
dengan pihak alam ghaib adalah manifestasi yg
jelas mengenai ilmu metafizik alam Melayu.
Kedatangan Inggeris mengubah epistemologi yg
bersifat non-material ini kepada epistemologi fizikal
yg bersifat rasional saintifik. Asasnya ialah
pembuktian sesuatu material menerusi panca
indera dan kemudiannya dipertingkatkan menerusi
alat-alat saintifik.
Kesannya muncul pelbagai ilmu dan institusi moden,
pengenalan kepada ekonomi kapitalis yg
berorientasikan pasaran dan birokrasi politik.
Kesemua ini kemudiannya dikenali sebagai ilmu
kolonial.

Zaman Pluraliti Kesultanan


Melayu Melaka
Zaman

empayar Melaka: zaman keemasan dan


kemuncak keagungan kerajaan Melayu.
Melaka menjadi tempat pertemuan para
pedagang dari seluruh pelosok dunia sehingga
digelar The Venice of the East.
Dari segi pemerintahan

Para pegawai istana terdiri drp campuran orangorang Melayu tempatan dengan bangsa-bangsa
asing yg datang berdagang dan menetap di istana.
Perkahwinan campur di antara pemerintah Melaka
dengan anak pemerintah China dll.

Pemerintah

Melaka mengambil kira keharmonian


di antara kaum.
Perlembagaan Melaka yg berasaskan ajaran Islam
(Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut
Melaka) menyumbang kepada kemakmuran dan
kemajuan sistem pemerintahan Melaka.
Dari

aspek perdagangan.

Perdagangan Melaka berjalan dengan lancar hasil


daripada sistem pemerintahan terbuka dan
pentadbiran pelabuhan yg cekap.
Pelaksanaan Undang-undang Laut Melaka menjamin
tahap keselamatan yg tinggi kepada ribuan kapal
pedagang.

Kecekapan kawalan terhadap hasil rempah-ratus yg


menjadi tarikan kepada kedatangan pedagang asing.

Kependudukan.

Zaman empayar Melaka zaman pluraliti. Berlaku


penghijrahan secara alamiah tanpa ada paksaan
daripada mana-mana pihak, mereka tidak memerlukan
pasport dan visa untuk memasuki sesuatu kawasan.
Pedagang Arab, Cina, India dll telah berasimilasi dengan
penduduk tempatan dengan baik sekali dan telah
mewujudkan kategori masyarakat yg tidak pernah wujud
sebelumnya iaitu masyarakat Baba dan Mamak.
Empayar Melaka memperlihatkan wujudnya interaksi
aktif di kalangan pelbagai kaum dan bangsa di Melaka

Kebudayaan.

Keterbukaan pemerintah empayar Melaka menerima


kehadiran para pedagang daripada seluruh pelosok
dunia tanpa syarat-syarat yg menyulitkan
memungkinkan pelabuhan Melaka berkembang sbg
pelabuhan penting dunia.
Kemajuan perdagangan dan kemajuan sebagai kota
metropolitan memungkinkan Melaka wujud sebagai
kota multi-budaya, setiap budaya mempunyai
tempat masing-masing.

Pluralisme

budaya bukanlah suatu fenomena


baharu dlm alam Melayu. Interaksi antara
pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam,
Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah
(Portugis, Sepanyol, Belanda & British) dgn
budaya alam Melayu telah berlaku sekurangkurangnya sejak abad ke-5 Masihi lagi.
Pertemuan & pertembungan budaya-budaya
besar dunia tersebut telah melahirkan satu ciri
fenomena sosial yg istimewa dlm alam Melayu,
iaitu fenomena kepluralitian budaya.

KUIZ
KOTAK BERACUN

Soalan 1
Secara

ringkas, nyatakan maksud


masyarakat pluralisme.

Soalan 2
Kesan

wujudnya kelompok-kelompok
masyarakat yang hidup terasing
daripada kelompok yang lain walaupun
tinggal di tempat yang sama. Apakah
faktor yang menyebabkan perkara itu
berlaku?

Soalan 3
Bagaimana

pembentukan masyarakat
plural terbentuk?

Soalan 4
Alam

Melayu terkenal sebagai pusat


latihan ketenteraan.
Betul ke salah? Jelaskan jawapan anda

Soalan 5
Pada

abad ke berapakah wujudnya


institusi pengajian agama di alam
Melayu pada zaman Melayu srivijaya?

Soalan 6
Mengapakah

zaman Hinduisme dan


Buddhisme tidak memberi kesan yang
besar dalam kehidupan rakyat biasa?

Soalan 7
Penjelmaan

dari segi material dan nomaterial disebabkan pembentukan


masyarakat pluralistik di Alam Melayu.
Yeke?

Soalan 8
Zaman

empayar Melaka dikenali


sebagai zaman apa?

Soalan 9
Bagaimana

keselamatan ribuan kapal


pedagang di Melaka dijamin?

Soalan 10
Pertemuan

dan pertembungan budayabudaya besar dunia tersebut telah


melakukan satu ciri fenomena sosial
yang istimewa dalam alam Melayu iaitu
fenomena kepluralitian budaya.
Agak-agak korang betul ke tak?

Anda mungkin juga menyukai