Anda di halaman 1dari 5

PemikiranMoralNaturalis,Emotivis,Intuitionis,dan

Rasionalis
Pemikiran Moral Naturalis, Emotivis, Intuitionis, dan
Rasionalis
Pemikiran Naturalis
Definisi dan ciri-ciri :
Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang
sebenar. Menurut Peter R.S. dalam Ethnics and Education, tabii (nature)manusia perlu diketahui
sebelum memahami cara bagaimana mereka harus hidup. Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa
manusia adalah rasional secara tabii atau semulajadi berbanding dengan haiwan yang lain. Manusia
jauh berbeza dripada haiwan kerana manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bertindak
secara rasional dengan menggunakan akal. Manusia juga boleh menaakul serta meletakkan batasanbatasan terhadap kehendak-kehendak mereka.
Secara tabii, manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan mengekalkan hubungan
peribadi, jadi mereka dapat menggalakkan pembentukan hubungan yang baik sesama sendiri atau
dengan ahli-ahli yang lain. Persahabatan ini tidak terdapat di antara haiwan yang lain. Haiwan lain
memang tidak dapat menghormati antara satu sama lain. Ini bermakna mereka menganggap
hubungan seperti hubungan kekeluargaan sebagai hubungan yang biasa dan bermoral manakala
hubungan atau kelakuan seperti hubungan seks sebagai kelakuan yang tidak bermoral.
Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar dapat dikatakan
berfikiran naturalis. Pemikiran ini dikritik kerana dianggap sebagai falasi naturalistik iaitu tanggapan
bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah sahaja dan lelaki adalah yang memberi nafkah
kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada
zaman moden.
Secara logik, sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan berdasarkan sesuatu
situasi sahaja.

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran
sedemikian ialah:

Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan
percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan
itu dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu juga prestasinya. Dia
tidak berusaha untuk mencari alasan-alasan yang menyebabkan dia mendapat markah yang rendah.

Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak takkan jadi
segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau pun negara telah merdeka 47 tahun
yang lalu.

Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya percaya
bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak padang
tekukur. Dengan kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya
usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir.

Pemikiran Emotivis
Definisi dan ciri-ciri :
Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi.
Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira
mahupun sedih.
Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk kepada kebangkitan perasaan. Emotivis
menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah mengikut pernyataan fakta seperti yang
dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah mengikut emosi, sikap atau perasaan.
Menurut golongan emotivis,individu-individu tersebut hanya menyatakan perasaan mereka
dan pada masa yang sama mungkin menimbulkan perasaaan yang sama di kalangan orang-orang
yang mendengar pernyataan-pernyataan itu. Dengan kata lain, golongan emotivis berpendapat
bahawa pentafsiran-pentafsiran moral tidak menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dunia ini
tetapi hanya merupakan pernyataan mengenai emosi atau perasaan orang yang membuat
pentafsiran atau pernyataan-pernyataan moral.
Berdasarkan pertimbangan moral, seseorang itu mula-mula menyatakan perasaannya dan
kemudian akan cuba mengajak orang lain berkongsi perasaan itu.
Menurut pandangan emotivis, pertimbangan moral adalah subjektif, dan tidak memerlukan
sebarang teori asas yang istimewa atau yang boleh mendukung perlakuan moral. Pandangan
emotivis memberi sumbangan dengan memperkenalkan satu dimensi yang penting yang bukan
sahaja berfokus kepada pemikiran rasional, malah emosi moral. Golongan emotivis cuba
menganalisis apa yang salah dari segi emosi, sikap atau perasaan yang tidak dipersetujui. Tetapi
konsep tidak dipersetujui mengandaikan terlebih dahulu penanggapan salah. Pentafsiranpentafsiran seperti ini mempunyai unsur emosi atau perasaan. Jelaslah bahawa kelemahan teori
emotivis ialah ia tidak mempunyai konsep emosi yang lengkap.
Kritikan terhadap pandangan ini adalah kerana terdapat tindak balas emosi berlainan
terhadap situasi yang sama. Ini memungkinkan keputusan dibuat secara sewenang-wenangnya dan
tidak dikaji terlebih dahulu.
Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian
ialah:

Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat letak kereta
Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita tersebut enggan menyerah keretanya kepada perompak
tersebut.

Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir panjang lalu
menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya.

Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan murid tersebut

Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar

Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan

Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di muka keluarga.

Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh salah seorang
daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.

Lupin berasa marah apabila didapati tugasannya telah diberi markah yang rendah oleh
pensyarahnya. Mengenai markah yang rendah itu, Lupin mungkin berkata , Pensyarah itu aneh
betul! Adakah dia membaca dan meneliti tugasan saya dengan rapi? Mungkin tidak. Pemalas!

Pemikiran Intuitionis
Definisi dan ciri-ciri :
Adakalanya, kita tahu kita boleh mempercayai seseorang walaupun kita baru pertama kali
menemui orang itu. Setengah-setengah orang merasakan mereka tahu perkara-perkara seperti ini.
Pengetahuan ini diperoleh melalui intuisi. Perkataan intuisi berasal daripada perkataan
Latinintueor yang bermakna saya memandang tepat kepada sesuatu. Ia merupakan satu proses
melihat atau memahami secara intelek. Menurut pandangan intuisionis, pengetahuan ini boleh
diperoleh melalui fahaman atau pengertian langsung.
Aliran pemikiran ini merujuk satu proses melihat dan memahami secara spontan. Aliran ini
ada kaitannya dengan gerak hati. Dengan itu, tindakan seseorang individu yang berfikiran intuisionis
adalah berlandaskan apa yang dirasai di dalam hatinya. Orang tua yang bijak telah mengalami 1001
pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu masalah atau isu, mereka dapat
membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. Bak kata pepatah Melayu terkilat ikan di air
sudah tahu jantan betina.
Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan
berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan
pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan
tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini. Maka berkatalah
Munsyi Abdullah, intelek Melayu dalam bahasa indahnya, lagi kutebas pohon di hutan, baru kutahu
luasnya bentara.
Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah intuisionisnya
berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki don juan atau kasanova lantaran
pengalaman hidupnya yang masih hijau; sebab itulah mereka mudah diperkotak-katik dengan janjijanji manis lelaki hidung belang.

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran
sedemikian ialah:

Gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan timbunan
pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor usia.

Gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki don juan atau kasanova lantaran pengalaman
hidupnya yang masih hijau kerana mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki
hidung belang.

Sekiranya Vinod, seorang pelatih, berfikiran intuisionis, mungkin akan berkata sedemikian
mengenai markah yang rendah diperoleh bagi kerja kursusnya, Cis! Pensyarah itu memang tidak
suka pada saya, sebab itulah markah saya rendah. Lain kali, saya tak akan bekerjasama dengannya.

Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan


peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar
tersebut mengeluh dan menerimakeputusan itu dengan mengatakan
memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu juga prestasinya.
Dia tidak berusaha untuk mencari alasan-alasan yang menyebabkan
diamendapat markah yang rendah

Pemikiran Rasionalis
Definisi dan ciri-ciri :
Rasionalis berasal daripada perkataan ratio yang bermakna reason atau sebab. Segala
tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotik
perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik.
Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan menggunakan akal
fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak, menyelesaikan masalah,
merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat. Kes-kes bunuh diri, menggunakan
keganasan untuk mendapat sesuatu, bukanlah berpunca daripada pemikiran rasional.
Ahli-ahli falsafah yang menekankan penaakulan atau pemikiran sebagai faktor utama dalam
pengetahuan sebagai rasionalis. Golongan rasionalis mempunyai pendangan bahawa kita
mengetahui sesuatu hasil daripada pemikiran kita; bahawa fikiran kita berupaya menemui kebenaran
dengan dirinya sendiri. Mengikut pandangan ini, pengetahuan diperoleh dengan cara
membandingkan idea dengan idea-idea lain. Golongan rasionalis berpendapat bahawa pancaiderapancaidera dengan sendirinya tidak dapat menghasilkan pentafsiran-pentafsiran yang sah.
Pengalaman-pengalaman yang diperoleh melalui pancaindera kita seperti penglihatan,
pendengaranm sentuhan, bau dan rasa hanya merupakan bahan-bahan mentah pengetahuan.
Pengalaman-pengalaman yang diperoleh itu perlu disusun oleh pemikiran kita supaya membentuk
satu sistem yang bermakna sebelum ia menjadi pengetahuan. Bagi golongan rasionalis, pengetahuan
itu diperoleh daripada konsep-konsep, prinsip-prinsip dan hukum-hukum, bukan daripada deria fizikal
sahaja.
Menurut golongan rasionalis lagi, manusia mempunyai keupayaan untuk mengetahui dengan
pasti, pelbagai kebenaran mengenai kebenaran bumi yang tidak dapat diberikan oleh pacaindera
semata-mata.

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran
sedemikian ialah:

Kalau Abu lebih berat daripada Lupin dan Lupin lebih berat daripada Seng Hui, maka Abu
adalah lebih berat daripada Seng Hui.

Dua tambah dua bersamaan dengan empat.

Jumlah tiga sudut dalam bagi sebuah segitiga ialah 180 atau dua sudut tepat.

Siti, seorang guru pelatih, telah menyempurnakan kerja kursus alat pandang dengar dengan
baik tetapi markah yang diperolehnya adalah rendah. Siti, yang menunjukkan aliran pemikiran
rasionalis mungkin berkata, Apakah sebab-sebabnya tugasan saya kurang elok? Mungkinkah
gambar-gambar yang saya gunakan itu kurang jelas? Elok saya tanya pensyarah saya supaya saya
tidak mengulangi kesalahan-kesalahan itu pada masa yang datang.

Anda mungkin juga menyukai