Anda di halaman 1dari 2

TAJUK CERITA : MATAHARI YANG INSAF

Pada masa dahulu, terdapat sebatang pokok yang matang di sebuah hutan yang
berhampiran. Si Pokok itu hidup dalam keadaan gembira.
Si Pokok itu menjadi habitat kepada haiwan-haiwan kecil seperti burung, tupai dan
sebagainya. Selain itu, pokok itu juga turut menjadi sumber makanan kepada
haiwan-haiwan.
Pada setiap pagi, Si Pokok itu menunggu ketibaan Sang Matahari. Setelah Sang
Matahari muncul Si Pokok pun berasa sangat gembira lalu menyanyikan lagu
gubahannya sendiri.
Lagu itu berbunyi seperti berikut:
Terima kasih, Terima kasih, Terima kasih, Sang Matahari
Kau yang beri, Kau yang beri, Cahaya Setiap Hari
Saya boleh buat makanan ola..ola
Saya boleh jadi makanan ola..ola
Kami semua ceria Keranamu
Kami semua meria Keranamu
Terima kasih, Terima kasih, Terima kasih, Matahari
Kau yang beri, Kau yang beri, Cahaya Setiap Hari

Pada suatu hari, Si Pokok pun menunggu ketibaan matahari. Waktu pun menjelang
namun matahari tiada kelihatan. Keadaan di hutan menjadi huru hara. Tumbuhtumbuhan dan haiwan menjadi risau dan sedih dengan ketiadaan matahari.
Keadaan ini berlanjutan selama beberapa hari. Tanpa cahaya matahari Si Pokok
menjadi lemah. Ianya tidak dapat memproses makanan. Daun-daunnya menjadi layu
dan mula bergugur.
Si Pokok tidak dapat menahan kelaparannya lalu menjerit sekuat hatinya. Sang
Matahari.. Sang Matahari
Si Pokok! Mengapa anda membuat bising tanya Sang Matahari. Si Pokok pun
terkejut lalu mencari Sang Matahari. Namun wajah matahari tiada kelihatanya. Di
manakah kau!!!!?..... Mengapa kau tidak muncul??? tanya Si Pokok kepada Sang
Matahari.

Saya benci dengan Si Bulan. Dia mencuri cahaya saya dan bersinar pada waktu
malam. Dia tidak mendapat kebenaran saya dengan suara yang lantang matahari
membalas.
Oh. Sang Matahari Kau sepatutnya bangga. Cahaya mu menjadi sumber
cahaya kepada Si Bulan. Ianya tidak boleh bersinar tanpa cahaya anda Kata si
Pokok.
Bukan itu sahaja, kami sebagai benda hidup di bumi ini amat bergantung kepada
anda. Saya tidak dapat menghasilkan makanan. Haiwan-haiwan yang bergantung
kepada saya juga tidak mendapat makanan. Lihat wajah ku yang sayu ini. Si
Pokok menjelaskan keadaan sebenarnya.
Sang Matahari yang dkasihii, munculah di bumi ini, kami menunggu ketibaanmu Si
Pokok merayu kepada Si Matahari.
Sang Matahari yang kesal dengan tindakannya itu lalu memberi cahaya kepada
bumi.
Seperti sediakala, suasana kembali ceria. Haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sang Matahari.
Si Pokok pun berasa sangat gembira sambil menyanyikan lagunya.
Terima kasih, Terima kasih, Terima kasih, Matahari
Kau yang beri, Kau yang beri, Cahaya Setiap Hari
Saya boleh buat makanan ola..ola
Saya boleh jadi makanan ola..ola
Kami semua ceria Keranamu
Kami semua meria Keranamu
Terima kasih, Terima kasih, Terima kasih, Matahari
Mu yang beri, Mu yang beri, Cahaya Setiap Hari

Pengajaran daripada cerita ini adalah setiap benda hidup amat bergantung kepada
cahaya matahari. Tanpa cahaya matahari proses fotosintesis tidak dapat dijalankan
dengan sempurana. Tanpa cahaya matahari tiadalah haiwan, tumbuh-tumbuhan
mahupun manusia.

Anda mungkin juga menyukai