Anda di halaman 1dari 11

Laman Utama

Falsafah Pendidikan

Profil Kumpulan

Tugasan

Galeri

Teknologi Dan Inovasi


Dalam Pendidikan
BLOG INI AKAN MEMFOKUSKAN KEPADA TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN
SERTA MATA PELAJARAN PERDAGANGAN TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5. DIHARAPKAN
ANDA SEMUA DAPAT MEMANFAATKAN BLOG INI DENGAN SEBAIK-BAIKNYA..TERIMA
KASIH.
Tuesday, 1 January 2013

Kemahiran, guru dan pelajar abad ke-21


Dalam meniti abad ke 21, kemahiran pedagogi menuntut seseorang guru memiliki kemahiran
pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills), kemahiran maklumat, media dan
teknologi (Information, media and technology skills) dan kemahiran hidup dan kerjaya (Life and
career skills). Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai
kemahiran abad ke-21 ini. Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut;
Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
Literasi Maklumat (Information Literacy)
Literasi Media (Media Literacy)
Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,
Communications and Technology) Literacy)
Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and
Adaptability)
Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)
Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada bagi seorang guru, penting juga kita mengetahui
ciri-ciri guru abad ke-21. Antara ciri-ciri guru yang diperlukan bagi memenuhi kehendak Falsafah
Pendidikan Negara adalah seperti berikut;
menguasai subjek (kandungan kurikulum)

mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)


memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
memiliki kemahiran kaunseling
menggunakan teknologi terkini
Manakala ciri-ciri pelajar abad ke-21 pula merangkumi pelbagai aspek iaitu;
Berupaya membuat hubung-kait
Bijak menyoal
Yakin berkomunikasi
Mengambil risiko
Dahagakan ilmu
Ingin tahu
Menjana idea
Fleksibel
Tidak berputus asa
Mendengar dan membuat refleksi
Berkemahiran kritis
Menguasai kemahiran literasi
Berani mencuba
Mampu berfikir sendiri
Membuat inisiatif
Mampu bekerja dengan orang lain
Membuat perubahan
Berintegriti
Berkeperibadian tinggi

Posted by Kumpulan Kami at 3:05:00 am 0 comments


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Kemahiran abad ke-21 dan cabaran guru dalam abad


ke-21
Profesion perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem
pendidikan perlu berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN). FPN itu sendiri iaitu
suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian, rumusan dapat dibuat, bahawa yang

dimaksudkan dengan kemahiran adab ke-21 (21st Century Skill) ini telahpun disimpulkan di
dalam bait-bait falsafah pendidikan itu sendiri.

Kemahiran abad ke-21 ini adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi,
kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), kemahiran sains dan teknologi, kemahiran
interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya. Bagi mencapai hasrat negara untuk
membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru perlu
menguasai pelbagai bidang, mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan, mahir
dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), menggunakan teknologi terkini dan
menerapkan nilai-nilai murni bagi tujuan pembentukkan akhlak dan sahsiah yang baik.

Memandangkan guru adalah agen perubahan maka profesion perguruan tidak terkecuali
daripada terlibat dengan perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi. Rentetan
daripada perubahan tersebut terdapat beberapa cabaran yang perlu ditangani antaranya
cabaran dalam bilik darjah bila mana para pelajar perlu diperkembangkan potensinya.

Seterusnya cabaran di sekolah seperti masalah sosial dan disiplin yang berleluasa yang
berpunca daripada ledakan maklumat dan ilmu yang berbentuk global. Tidak kurang juga
dengan cabaran yang datang daripada bilangan pelajar yang semakin meningkat hingga wujud
kelas terapung. Hal yang sama juga perlu ditelusi bila mana terdapat sekolah yang masih tidak
lengkap dari aspek kemudahan yang diperlukan dalam membantu melancarkan lagi proses
pembelajaran dan pengajaran berlaku. Bukan itu sahaja, malah pengurusan dan pentadbiran
sekolah yang berasaskan teknologi memerlukan guru yang mahir IT dan peka dengan
perkembangan terkini.

Cabaran dalam sistem pendidikan perlu diambil kira. Sejajar dengan matlamat negara untuk
melahirkan modal insan kelas pertama dan tahap pendidikan yang bertaraf dunia kurikulum terus
mengalami perubahan dari masa ke semasa. Cabaran dalam masyarakat pula melihat kepada
perspektif masyarakat yang menganggap guru sebagai sumber maklumat, berpegetahuan,
kemahiran dan ketrampilan, sumber kebudayaan dan ilmu, sumber pemupukan kerpercayaan
dan sistem nilai dan sebagainya. Hal ini merupakan cabaran yang menuntut guru perlu sentiasa
bijak dalam memperkayakan ilmu di dada disamping memenuhi tuntutan Wawasan 2020.
Posted by Kumpulan Kami at 2:56:00 am 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

web 2.0

Aplikasi Perangkaian Sosial Web 2.0 dalam Pendidikan


Posted by Kumpulan Kami at 1:59:00 am 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Friday, 21 December 2012

Infografik Langkah Keselamatan Ketika Banjir

Disediakan oleh:
Zainal Bin Osman
(PT122293CT)
Posted by Kumpulan Kami at 5:13:00 pm 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Sunday, 7 October 2012

APA ITU METAFIZIK? EPISTOMOLOGI? AKSILOGI? LOGIK


DARI SUDUT PENDIDIKAN.
Ruangan sebelum ini,saya telah membawa anda explorasi tentang rupa pendidikan
dari pelbagai sudut pandangan. Untuk kali ini,saya akan membawa anda semua
mendekati falsafah dalam sudut pendidikan. Kriteria kriteria asas falsafah seperti
metafizik, epistimologi, aksilogi dan logik atau singkatannya M,E,A,L.
Metafizik dari segi maksud falsafahnya adalah nature of realibility. Epistomologi
pula bermaksud 'nature of knowledge, aksiologi nature of values dan logik nature

of reasoning. Bagaimana mengaitkan falsafah itu dengan pendidikan? Saya akan


menggunakan analogi seorang guru perdagangan dalam memudahkan kefahaman
kita.

1. METAFIZIK

bercerita tentang sebenarnya kepada pelajar.

Contoh: Guru bercerita perihal akan pentingnya perdagangan dalam kehidupan.

2. EPISTOMOLOGI
3. AKSILOGI

-cara kita nak sampaikan maklumat kepada pelajar.


-nilai-nilai kita pelajari tentang tajuk kita ajarkan.

Contoh: Guru memberitahu akan kelebihan atau nilai yang dapat diambil setelah
mempelajari sesuatu tajuk
4. LOGIK

-kita hendaklah menyampaikan contoh-contoh yang

Logik dan relevan dari sudut pandangan pelajar.


Read more

Posted by Kumpulan Kami at 8:58:00 pm 0 comments


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Older Posts Home

SEKALUNG BUDI
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan yang mengunjungi blog
kami. Tujuan blog ini diwujudkan adalah sekadar untuk perkongsian maklumat dan
memenuhi keperluan kursus pengajian Diploma Lepasan Ijazah 2012/2013 bagi
program DTT5212 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN. Segala
maklumat yang dikongsikan ini tidak lain hanyalah sekadar untuk berkongsi
maklumat semata-mata. Sekian. Terima kasih.

GAMBAR

DIP.EDU.2012

GEOGRAFI KUMPULAN 1

GEOGRAFI KUMPULAN 2

GEOGRAFI KUMPULAN 3

PERDAGANGAN KUMPULAN 1

PERDAGANGAN KUMPULAN 3

PERDAGANGAN KUMPULAN 4

PJK KUMPULAN 5

SEJARAH KUMPULAN 1

SEJARAH KUMPULAN 2

PERKONGSIAN MAKLUMAT

2013 (3)

January (3)

Kemahiran, guru dan pelajar abad ke-21

Kemahiran abad ke-21 dan cabaran guru dalam abad k...

web 2.0

2012 (12)

POPULAR POST

Kemahiran abad ke-21 dan cabaran guru dalam abad ke-21

PERBEZAAN MODEL ASSURE DAN MODEL ADDIE

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kemahiran, guru dan pelajar abad ke-21

Model Motivasi ARCS

CARI TERJEMAHAN

Translate

Powered by

HSP PERDAGANGAN

Huraian Sukatan Pelajaran Perdagangan Tingkatan 4 Dan Tingkatan 5 KBSM

LAIN-LAIN CAPAIAN

Edmodo

CIMB Clicks

Maybank2u

Bank Rakyat

Bank Islam

Youtube

Facebook

AirAsia

Malaysia Airlines

ANDA PENGUNJUNG KE -

MASA ITU EMAS

CAPAIAN VIDEO

powered by

PENGUNJUNG ONLINE
1 ONLINE

SLIDESHOW

SEARCH THIS BLOG


Search

RAKAN
Subscribe To
Posts
All Comments

Copyright 2013 Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan. Designed by photography website builder

Anda mungkin juga menyukai