Anda di halaman 1dari 4

Taksonomi Bloom

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), taksonomi ialah kajian


tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma
berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu

Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa


digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Taksonomi Bloom
merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan. Taksonomi ini
pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956.Ia berkaitan
dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti
pengetahuan, sikap dan psikomotor.

Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan iaitu domain kognitif,


domain afektif dan domain psikomotor.

Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar. Domain


ini membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan
dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran. Objektif kognitif
berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan
yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan
idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.

Domain ini juga

membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan,


teori-teori dan kefahaman. Domain kognitif merupakan domain yang utama
berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.

Domain afektif pula melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.


manakala domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal
pelajar.

Dalam pengajaran dan pembelajaran,

ketiga-tiga

domain

sebenarnya saling berkait antara satu sama lain. Sebagai contoh

ini

apabila

seorang guru ingin mengajar seorang pelajar menulis, dia perlu mengajar
pelajar

itu

cara

memegang

pensel

yang

mana

melibatkan

domain

psikomotor, membentuk huruf dan maknanya yang melibatkan domain


kognitif dan seterusnya memupuk minat untuk belajar menulis yang secara
tidak lansung melibatkan domain afektif.
Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
Taksonomi ini juga bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah ke tahap tinggi.
Ini dijadikan rujukan dalam membuat soalan pelbagai aras untuk menguji
tahap berfikir pelajar.

Terdapat enam tahap dalam taksonomi bloom iaitu pengetahuan,


kefahaman, penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian.

Pada tahap pengetahuan, kemahiran yang ingin diuji ialah ingat


kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa
dan maklumat-maklumat lain daripada pembelajaran yang lepas. Bentuk
istilah yang digunakan dalam membina soalan pada tahap ini ialah nyatakan,
terangkan, namakan, labelkan dan sebagainya.

Tahap kedua ialah tahap kefahaman. Item yang diuji pada tahap ini
ialah mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang
lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah,

memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf. Contoh istilah yang


biasa digunakan ialah pilih, terangkan, tulis semula dan sebagainya.

Tahap ketiga ialah tahap penggunaan . pada tahap ini kemahiran yang
ingin diuji ialah menggunakan maklumat dalam situasi yang baru termasuk
menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, dan
formula yang telah dipelajari dan lain-lain. Bentuk soalan yang biasa
digunakan ialah selesaikan, ramalkan, cari kesilapan dan sebagainya.

Tahap keempat ialah analisis. Pada tahap ini, sesuatu yang kompleks
dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat serta
mengenalpasti struktur atau organisasi. Bentuk soalan yang digunakan ialah
bezakan, pastikan, pilih dan lain-lain.

Tahap seterusnya iaitu tahap kelima iaitu sintesis. Tahap ini menguji
kemampuan murid dalam menyepadu, mencantum idea

menjadi satu,

menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi. Pada tahap


ini istilah yang biasa digunakan dalam membina soalan ialah bina, hasilkan,
susun, dan kembangkan.

Tahap terakhir dalam Taksonomi Bloom ialah penilaian. Tahap ini


merupakan tahap tertinggi dan diuji kepada murid-murid yang telah
menguasai kelima-lima tahap sebelum ini. tahap keenam ini menguji
kemampuan murid dalam membuat pertimbangan termasuk memberi
rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik. Pada
tahap ini, murid sudah mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif. Antara bentuk islitah yang biasa digunapakai ialah pilih, berikan
alasan, kritikan, buktikan dan sebagainya.

Dalam membuat penilaian dan pengukuran, rujukan kepada objektif


pengajaran perlu dilakukan. Taksonomi Bloom nyata aspek penting yang
memberi sumbangan untuk mengukur objektif pengajaran dan pembelajaran
dan panduan pembinaan sebuah ujian yang berkesan.

Anda mungkin juga menyukai