Anda di halaman 1dari 5

CALON SOLEHAH.

Usai berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib
menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk
sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih
dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang
bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya
bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya.
Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak
habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru
kehitaman. Kakinya hampir saja kejang. Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku
pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran.

Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik
rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan
kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah
bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya.
Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu.

“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada
Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”

Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk


ini, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku.
Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah
persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan.
Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON
SOLEHAH.

“Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai
mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk
kita dapatkan. Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih
mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan
seru,”

“ Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ker?” eh, tetiba pula Tok Ayah
mengutarakan soalan cepu mas ini. Pengajian memang sudah tamat namun
hajat di hati ingin menyambung ke peringkat sarjana masih segar.
“Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar
dunia tidak berat sebelah,” harap-harap inilah alasan yang agak kukuh.
“Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak
yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran,
menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz..alamat, sampai Tok
Ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajat..”
“ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada la jugak jumpa…”sempat juga aku
melontarkan idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng.

Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-


sama Tok Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi
lemak air tangan ibu saudara Raihanah.

Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya
itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian
gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang
tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut
dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang
istimewa sangat!

Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu
bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai
mutiara wangian syurga ini.
“calon isteri yang solehah…orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi
kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betul,” ngomel seorang gadis
ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan
mengenai topic tersebut. Aku sekadar tersenyum.

Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan


muda bersama-sama meluahkan pendapat.
Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian.

“Raihanah ada sebarang pendapat?” soal tok ayah apabila gadis bertelekung
putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu.
“sekadar pendapat tok ayah…jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang
solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips,”riuh seketika.
“sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita paling afdal kita telek diri kita
dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,” aku sedikit terkelu.
Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran
kosong aku, tidak terluah.
“nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan
dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah
untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan
sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh.

Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu.


“tapi, ada jaminan ker kita akan mendapat bakal isteri yang solehah?” ada
qariah muda berani untuk mengutarakan soalan.
“Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada
diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah
peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah.
Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah
ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang
mukmin untuk perempuan yang mukminat.” Raihanah melepas lelah barangkali.
Lalu dia tersenyum.

“ teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama
tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam
DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu
tinggi,”
“Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian juga?
“bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. insyaAllah
jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan
tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih
dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata
daripada laman Kemudi hati dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan
meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan
piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.”

Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku


tersenyum. Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di
sebalik semua ini.

“hafiz, ada surat untuk anta daripada Malaysia…”kenyitan mata Syahid


sewaktu menyerahkan surat bersampul ungu itu diikuti dengan gelak tawa
rafiknya yang lain mematikan lamunannya. Senyuman yang berbunga di bibir
Syahid seolah-olah memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya
daripada tunangannya, Raihanah.. calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya
yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat sarjana Undang-undang di
Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, gadis inilah yang telah
menemukannya titik noktah pencarian calon solehah. Syukur Ya Allah.

-----------------
.:Belajar Menyayangi Diri Sendiri:.

Anda mungkin juga menyukai