Anda di halaman 1dari 15

Pergi..

Sumbangan rebana pada Sabtu, 09 Oktober 2004 @ 21:36:56


hasil terbaru aku masa cuti semester 2..kisah benar lagi..aku ubah sikit2
saja..semoga terhibur..

Genap tiga hari aku baru pulang dari universiti yang berada nun jauh di
seberang laut.Penat bukan main.Namun , hati ini terasa begitu lega dan aman
sekali apabila tiba sahaja ke tanah airku.Terasa begitu gembira
sekali.Ternyata aku begitu happy sekali..

“Sunyi pulak hari ini…” getusku apabila menyedari bahawa aku seorang sahaja
dirumah usang ini.Maklumlah , anak tunggal.Beginilah.Tiada adik.Tiada kakak
jauh sekali abang..akulah adik , akulah abang dan aku jualah kakak…
oppss..silap.aku lelaki !!

“Argh…bosan.”ucapku perlahan.

Mengapa ini selalu terjadi dalam hidup aku.Kebosanan.Tiada keceriaan.Dan ini


membuatkan aku tercabar lagi dengan kebosanan dan kesepian hidup.Mungkin
sudah waktunya aku mencari teman.Untuk pengisi sepi dan laraku ini..

Ya.Terlalu derhaka aku ini jika aku terlupa akan EmakJika ada emak , baru
terasa hidup ini bermakna.Emak yang membesarkanku sejak ayah pergi
meninggalkan kami ketika aku berumur empat tahun.Masih hijau.

Kawan.Bukan bermakna aku tak ada kawan atau teman rapat.Namun , siapalah
aku.Kalau ada pun kawan seuniversiti atau ketika sekolah dulu.Hidup nun di
pelusuk kampung.Kawan pun malas nak datang.Kalau datang pun bersebab.

Selalunya petang-petang begini emak selalu pergi ke kebun.Memungut hasil


kebun pusakanya yang amat diusahakan sejak arwah abah pergi.Itulah harta
yang ditinggalkan oleh ayah.Dengan berkat kebun itu jugalah aku berjaya ke
universiti.Bukan calang-calang orang di kawasan kampungku ini yang berjaya
menjejakkan kaki ke tangga gading.Sukar.Dan akulah antara insan yang
memecahkan tradisi itu.
“Baik aku pergi check emel.Mana tau ada yang nak bermesej dengan aku..”
ajak otakku yang ligat berfikir mencari idea untuk menghilang kebosanan
tahap melampau ini.Yang penting , petang ini aku kena buat sesuatu untuk
menghilang bosanku.

Sambil menunggu komputer peribadiku itu membuka menunya , aku ke dapur


untuk membuat air kopi kegemaranku.Selalunya pada waktu begini , emak
sudah siap sedia menyediakan pisang goreng atau keledek goreng cicah gula
untuk santapan petang kami , tapi petang ini ada kelainan sedikit.Biarlah..

“Mak ada hal penting agaknya..”

Lambat pula komputer aku ini.Maklumlah komputer dah season.Lama tapi


masih bermutu.Bukan calang-calang komputer.Komputer yang sudah masuk
tiga tahun setengah ini aku hasil dari hadiah daripada kejayaanku memenangi
pertandingan reka cipta sains peringkat sekolah dulu.Tapi sudah aku update
computer ini setanding dengan kehendak pasaran kini.

“Yes…ada emel !!” jeritku keriangan.Tapi apabila aku mengetahui siapa yang
menghantarnya , aku diam.aku teliti akan isi mel elektronik itu.Tak kusangka
perkara ini akan terjadi.

*****

“Sudahlah tu.Takkan kau nak bersedih lagi.” Suara Emak memecahkan sedihku
malam itu.Kiranya emak sudah tahu lebih awal dariku.Cuma sengaja tidak
mahu aku ketahui dengan lebih awal.

“Itu Nel faham..tapi.”sekat suaraku meneruskan bicara kata.Kelu lidahku


menyatakan perkataan yang tidak mampu aku butirkan. Kesedihan yang tidak
kusangka.Berita buruk yang tidak ingin kudengar.Bencana yang tidak ingin
kutimpa.

“Nel…” suara emak mengeluh.Perlahan.Tanda bimbang dan simpati.

“Mak…”
“Benda dah berlaku..”

“Mak…”

“Em..?”

“Nel nak pergi rumah Ikmal.”ucapku pendek.

‘Pergilah.Mak rasa Ikmal sudah tahu lebih awal..” Sambung emakkku.

“Nel pun rasa begitu.”

aku melangkah keluar dari rumah usangku ini.Walaupun sudah berusia lebih
sepuluh tahun tetapi masih utuh lagi binaannya.Malah , masih mampu
memberikan perlindungan hujan dan panas buat penghuninya.Masih berjasa
untuk mengelakkan sebarang bencana yang tidak diingini.

Setibanya aku di rumah Ikmal yang terletak hanya lebih kurang enam
kilometer dari rumahku, terus aku memanggilnya.Seperti yang
diduganya.Ikmal pantas keluar mendengar suaraku.Seperti mengetahui akan
kehadiranku.

Dia kawan baikku dunia akhirat.Sahabat sejati yang mengenal mana intan dan
manikam.Saudara yang sama-sama menahan lapar ketika kekeringan saku dan
kedahagaan tekak.Teman yang mampu bersedih dan bergembira
bersama.Ahh…terlalu banyak kebaikkannya !!

“Mal…” pandanganku penuh erti.

“aku dah tahu..” jawabnya pantas memotong isi hatiku berbicara.

“Temankan aku esok..?” soal dan ajakku penuh erti lagi.

“Pukul berapa ?” jawabnya dengan rasa kesahabatan yang rapat.

“Jam 9 tepat.Tunggu aku kat stesen bas.Kita bertolak ke Melaka.”

“Balik hari ?” Tanya Ikmal pula memastikan waktu.


“Tak.Barangkali lebih..”jawabku dengan penuh keyakinan.

*****

“Mal…”

“Em..ada apa ? tanya Ikmal padaku.

“aku rasa hati aku berubah buat kali kedua.”ucapku penuh bermakna padanya
pada suatu pagi yang aman.Bicara yang sepatutnya aku mulakan dari mula
lagi.Terasa terlalu kejam pula jika tidak berkongsi cerita hati ini
kepadanya.Ikmal.Orang yang sudah ku anggap seperti saudara kandungku
sendiri.

“Woo….hebat ! Hebat !!”

Senyum sahaja aku melihat gelagatnya.”

“aku rasa kau kenal orang itu.Tapi agak sukar juga aku hendak
mendapatkannya.Orang itu agak dingin.” Bicaraku tanpa segan silu.

“Siapa ? Mungkinkah dia berjaya memerangkap hati kau yang terlalu ketat itu
? Bukankah hati kau itu sudah hilang kuncinya ? Adakah sudah kau jumpa
kunci itu ?” Tanya Ikmal satu persatu sambil meletakkan komik yang
dibacanya itu.Adakah aku menganggu ketenteramannya dengan menceritakan
kisah hatiku ?

“Entahlah.Mungkin juga dia adalah kunci yang aku cari.Ya..mungkin.Tapi aku


tidak berani berfikir sejauh dulu.aku hanya mampu berharap dan terus
berharap.”

“Mungkinkah dia mampu menggantikan apa yang telah hilang dulu.Apakah kau
juga mampu berlaku selayaknya dengan dia ? Sudah kau fikirkan baik
buruknya perhubungan ini ?” soalnya penuh gaya.Tersenyum.Memang Ikmal
bijak berbicara dan aku banyak belajar darinya.Erti kehidupan.Terlalu banyak
yang aku dapat dari insan seperti Ikmal ini.
“aku tak berani berkata aku mampu atau layak.Tetapi aku yakin bahawa aku
pasti berusaha ke atasnya.aku mesti cuba.Dan berusaha bahawa percubaan
aku itu bakal memastikan kelayakkanku ke atasnya.Yang pasti dia agak serupa
dengan seseorang.

“Siapakah orang itu.aku rasa dia benar-benar menguji daya kelakian dan
keteguhan kau.aku pasti orangnya pasti unggul !!”

“Ya.Dia memang unggul.Apakah benar kau hendak tahu ?”

“Hei , nak bagi tahu atau tidak ni..” geram Ikmal apabila aku acuh sahaja.

“Her names is Nurin…”

*****
“Nel.Kau mengelamun apa lagi.Bawak sini kayu api tu.Api ini dah malap sangat
ini.Nanti banyak pula nyamuk datang.” Suara Ikmal.

“Nah…” balasku lemah sambil menghulurkan kayu yang dipintanya itu.

“Hei..sudahlah tu.Kalau nak tidur , tidurlah.Nanti aku kejut pukul tiga pagi
nanti…” ucapnya sambil terus asyik melihat api yang semakin marak memakan
kayu.

aku pun tak tahu.Mengapa selepas sahaja kami mengadakan BBQ tadi , aku
semacam hilang semangat.Mungkin teringatkan dia.Tapi bila aku teringatkan
dia , aku teringatkan sesuatu yang telah lama tiada.aku cuba juga untuk
melupakan namun semakin erat ia merapat.aku masih tak tahu.Mungkin hanya
perasaan tetapi yang pasti ianya kerapkali muncul dalam kepalaku.

“Nel.Kau nak aku bakarkan ayam tak ? Lapar aku datang balik ni..nak tak ?”
suara Ikmal sambil membakar dua kepak ayam untuk santapan perutnya
itu.Tidak aku ragui , memang Ikmal agak kuat makan.aku juga apa
kurangnya.Cuma di tempat begini,aku kurang gemar untuk menyedapkan
perutku.Cukuplah sekadar rasa..

“Boleh jugak..biar garing sikit ye ?” jawabku sambil berdiri.Ikmal hanya


tersenyum tanda faham.
Suasana malam itu agak senyap.Tiada bunyi yang tidak sedap
kedengaran.Diam.Mungkin semua unggas di tempat ini tidur
barangkali.Biasalah , manusia pun tidur juga di malam hari.Hanya aku dan
Ikmal sahaja agaknya yang lain sikit.Spesis burung hantu orang
kata.Mungkin.Ahh..peduliklah apa orang kata , yang penting aku bahagia.

aku hairan.aku pelik.aku rasa aneh dan curiga.Mengapa?aku hairan melihatkan


kehidupan manusia.aku pelik dengan kehidupan binatang dan tumbuhan.aku
rasa aneh dan curiga tentang manusia dan kehidupan.Kita lihat sekarang
pelbagai kejadian berlaku.Pelbagai bencana berlaku.Begitu banyak peristiwa
yang menyayat hati berlaku.Suasana yang sedih dan pilu semakin banyak
tercipta.

Kita lihat zaman sekarang.Peperangan dan kemusnahan. Peperangan yang tidak


dapat dielakkan.Kecurangan.Kita lihat tentang kekejaman seorang ayah
terhadapnya anaknya sehingga ada yang sanggup merogol anak sendiri.Yang
lebih aib , mangsanya berumur 9 tahun pun ada.Kejatuhan empayar sesebuah
Negara.Kejatuhan maruah seseorang manusia.Banyak lagi peristiwa yang tidak
dapat diwartakan.Yang pasti ianya sudah tersurat dimuka bumi ini.Puncanya
adalah manusia dan kehidupan.Inilah jawapan.Inilah jua soalan..

aku berjalan bertemankan angin hutan.aku bergerak anak-anak kawasan


sekitar khemah-khemah kami.Teringatku akan peristiwa Perang Khandaq pada
zaman Rasullah saw yang aku dengar dari Ustazah Masita ketika umurku baru
sahaja 10 tahun.Masih segar dalam ingatanku.Mungkin khemah-khemah
tentera muslimin ketika itu tidak khemah kami tetapi lebih besar dari
khemah-khemah hijau ini.Entahlah aku meneka sahaja.Tapi yang pasti ,
tentera muslimin menang besar ketika melawan tentera musyirikin ketika
itu.Kenangan dan ingatan yang pasti tidak dapat aku lupakan…

“Mal..aku nak pergi jalan-jalan kat kawasan ni.Kau tolong tengok-tengokkan


budak-budak ni ye ?” suaraku agak teriak sambil bergerak meninnggalkan
Ikmal keseorangan.aku tahu Ikmal mampu menjaga mereka.aku menaruh
kepercayaan kepadanya walaupun sepatutnya aku turut sama memegang
kepercayaan tersebut.
“Ok.Tapi jangan lama-lama sangat.”balasnya pendek tapi jelas buat
telingaku.0

aku lihat pokok-pokok yang berbaris megah dihutan belantara ini.Tersusun


indah dengan lindungan kanopi hijaunya.Tercipta indah dengan tumbuhan dan
haiwan yang melengkapi tempat ini.Ahh..betapa indahnya ciptaan Ilahi.aku
akur bahawa aku insan lemah.Insan kerdil.Yang tidak mampu berbuat apa-
apa.aku bersyukur aku dijadikan sebagai seorang manusia.Punya emak dan
ayah Cuma , ayah dah pergi.Tapi aku masih ada kawan-kawan.

“Ahh..aku terlalu berfikir lagi perkara itu.” Tegas suara hatiku


menegah.Khuatir aku akan berfikir sehingga pening atau menyebabkan badan
dan otakku sakit lagi.

“Tolong !”

aku dengar satu suara.Meminta tolong.

“Tolooongg !!”

aku dengar lagi.Kali ini lebih kuat dan lebih panjang.

“Tolong.”

Kali ini lebih pendek dan nadanya seperti kecemasan.Sudah , siapa pulak
tengah-tengah malam ni bersuara meminta tolong.Tak syak lagi mesti ada
sesuatu yang tak terduga berlaku.Mesti ada orang curi-curi keluar dari
khemah.aku dah cakap , kalau nak keluar bagitahu aku dengan Ikmal.Degil.

Lantas aku mencari arah suara itu.Dan yang aku pasti apabila aku tiba ,
manusia yang aku jumpa itu ..perempuan !! Patutlah degil !!

“Awak ?!!” cuakku menjelma apabila lampu suluhku tepat mengenai


mukanya.Kelihatan seperti menahan sakit yang amat.Patutlah terkena
perangkap pelanduk.

“Tolong.Kaki saya.Sakiit..sangaat !!” suaranya menahan sakit.Menahan


derita.Menahan diri dari menangis..
“Itulah.Orang dah kata , jangan merayau.Tengok , apa dah jadi.Kaki dah
luka.Besar pulak tu.Yang degil sangat ni , Kenapa ? Tak boleh bagitahu saya
dengan Ikmal ke?” bebelku.Bukan apa , aku memang tak suka perkara-perkara
begini berlaku.Mana tidaknya , aku ketua dalam hal ini.Apa aku nak jawab
kalau orang tanya aku ? Mak budak ini tanya aku?Tak pun apa aku nak jawab
kalau mak aku sendiri tanya aku?

“Sakiit..”keluh suaranya perlahan.Hampir menangis.

“Padan muka.Yang gatal-gatal keluar tadi , siapa suruh !” geramku.aku memang


geram.

“Masalah..” bisikku perlahan apabila tanganku memeriksa kakinya.Nak tak nak


aku kena angkat dia.

“Awak..awak tolong saya, ye ?”jawabnya sambil memegang tanganku yang


sedang asyik melihat kakinya yang terkoyak itu.Agak besar.Harap-harap tak
tempanglah budak ini.

“Tapi sebelum saya tolong awak , awak kena tolong saya dulu.”

“Nak saya tolong apa ? Saya tak fahamlah ?”jawabnya sambil menahan
kesakitan.

“Awak tak kesah kalau saya angkat awak ? Nak papah awak susah sikit.Nasib
baik awak tak berat sangat.” Jawabku sambil terus mengangkatnya dan
berjalan kea rah khemah kami.Ini pertama kali aku angkat perempuan yang
beratnya hampir 50 kilogram.Nasib baik aku larat.

“Awak dah angkat pun.Buat apa tanya saya..aduh.Angkat tu , elok-


eloklah.Sakit tau !!” bising mulutnya yang tipis itu.

“Ahh..diamlah.Kira dah untunglah saya tolong awak..”jawabku keras.Geram


dengan bebelannya itu.Sudahlah tercedera.Koyak pulak itu.Parah.Boleh lagi
merapik rapu dalam hutan ni.Boleh lagi berceloteh.Tak sakit ke kaki tu..
“Aduh !!” jeritku apabila kakiku tersepak batu.Tak sampai 10 minit dah jadi
benda lain.Sumpah , aku memang tak nampak batu itu.Punya besar batu , aku
boleh tak nampak !! Apalah yang aku fakir sampai jadi mc mini.

“Ahhh…awak..!!”jerit budak perempuan ini.Itu saja yang dia tau.Menjerit.

aku tak tahu macam mana nak cakap.Yang pasti aku terjatuh.Dan yang tak
berapa sesuainya aku terjatuh betul-betul kat atas badan dia.Betul-betul
jatuh.Baru aku perasan.Budak ni tak pakai tudung.Selalunya pakai.Baru aku
perasan rambut hitamnya itu pendek.Macam tomboy.Tapi comel.

“Awak..sampai bila awak nak landing kat atas saya ni.Sakitlah.Awak tu berat ,
berat !! Tau tak ! Ni saja ambil kesempatanlah ni..” jeritnya lagi.Penuh geram
dan malu.

Sumpah ! aku tak sengaja.Cuma nasib baiklah otak jahat aku tak
datang.Untunglah kau perempuan.Syaitan dengan iblis pun tak hasut
aku.Syukur..

“Tang !!”

Aduh.Kurang ajar betul.Dia ketuk kepala aku dengan lampu suluh pemberian
mak aku.Lampu pusaka tu.Janganlah buat main.Ketuk-ketuk pulak !! Rosak
nanti..

“Wei..bangunlah mangkuk !!”

“kejap..” suaraku perlahan sambil mengeluh geram dalam hati.

“Hei..nak pergi mana tu.Saya ni..”ucapnya apabila melihatkan aku macam


hendak meninggalkan dia keseorangan.

aku hanya berdiri terdiam sahaja.Ikut hati mahu saja aku tinggal sahaja
budak perempuan ini.Tapi mengenangkan bahawa dia seorang
perempuan.Lemah pulak tu.aku turutkan juga perasaan kasihan aku kat dia.

“Awak..siapa nama ?” Tanya budak perempuan itu kepada aku apabila kami
selamat sampai ke khemah kami.Ikmal kelihatan seperti terkejut apabila
melihat keadaan kami.aku lihat jam ketika itu pukul 3.30 pagi.Amboi..lama
jugak aku date dengan budak perempuan ni.Dalam hutan pulak tu..

“Kenapa Nel.Apa dah jadi dengan Nurin ?”Tanya Ikmal cemas apabila
melihatkan keadaan kami.

“Kakinya cedera.Kena perangkap.Kau tolong tengok-tengokkan dia.aku nak


rehat.Ayam aku mana ? aku dah lapar ni..kau handle budak ni..siapa
nama..haa..apa nama dia Ikmal ? Nurin ?” jawabku acuh tak acuh sambil terus
ke unggun api tanpa memperdulikan pertanyaan budak yang bernama ‘Nurin’
itu.

aku terus berjalan.Dan yang pasti , tak sampai lima minit , Ikmal dah Nurin ke
tempatku.Aik ? sakit-sakit pun nak bergerak.Berehatlah cik adik oii..Si Ikmal
ini pun satu tak tahu nak suruh si Nurin itu berehat.Nanti parah luka kaki tu ,
siapa yang
susah ? aku jugak..

“Macam mana ni , Nel.Apa kita nak buat ? Kaki Nurin ni dah teruk sangat ni.”
Tanya Ikmal meminta kepastian tanda kerisauan tentang keadaan Nurin yang
sememangnya membingungkan aku.

“Nurin..awak boleh tahan tak lagi sakitnya ? Kalau boleh , kita sehari lagi kat
sini.Kalau tidak , pagi esok kita kemas dan pulang.”

“Gila..ingat sakit macam ini boleh tahan-tahan lagi ke?Sakit sangat ni..” suara
Nurin.

“Ok.Deal..Ikmal , esok bagi tahu budak-budak kita yang lain.Kita balik awal
kali ini.Kita sambung kerja kita ni lain kali.Ok ?”

“Ok..”jawab IKmal senyum dan pasti.

“Kau orang berdua pergilah tidur.Nanti subuh aku kejutkan semua orang.”Mal
, aku kejut kau kul 5 nanti.Ok ? aku nak berjaga sebentar.” Perintahku kepada
Ikmal dan Nurin.

“OK..” jawab Nurin dan Ikmal hampir serentak.


“kejap..nama awak apa ?”

“Daniel.Panggil sahaja Nel !”

*****

“Emak.Kenapa mak nak datang tak bagi tahu Nel ?” ucapku kesal.Bukan
menyesal dengan kehadirannya.Tapi kasihan mengenangkan kesihatannya yang
semakin di makan usia.Terlalu jauh untuknya untuk bergerak ke universitiku
ini.Bukan dekat.Terasa aku berdosa pulak…

“Laa..bertuah punya anak.Orang datang nak tengok dia.Dia tak bagi pulak..”
balas emak pulak.Orang panggil dia Mak Nab.Nama penuh Zainab.Orangnya
rajin dan peramah.

“Tak adalah.kasihan tengok mak.Nun , jauh-jauh jalan sampai sini.”Bicaraku


pantas menyusun kata.Bukan apa.Memang aku tak berapa gemar mak berjalan
jauh.Apatah lagi sejauh ini.Dan satu sebab lagi kerana waktunya agak kurang
sesuai…

“Ini emak awak Nel ?”Tanya satu suara yang duduk dipondok berehat
berwarna biru tua ini.Tempat di mana aku selalu lepak bersama dengan
Ikmal.Tapi hari ini terdapat tiga orang yang berbeza pendapat.aku , emak dan
dia.

“Ya…” jawabku perlahan.

“Anak ni siapa ? Siapa nama dia , Nel ?” Tanya emak.

Sudah.Mak sudah muka bertanya siapa budak perempuan ini.Memang tak


senang duduklah aku lepas ini.Tak dapat larilah aku kali ini..

“Inilah anak menantu emak nanti.Cantik tak ? Nama dia Nurin!” jawabku
selamba tanpa memperdulikan Nurin apabila aku berkata sedemikian.

“Ya ke ? Amboi..sejak bila dah pandai bercinta ini.Kenapa tak bagi tahu emak
awal-awal Nel.Bertuah punya budak !!” gembira emak.Sambil Nurin pulak terus
bersalam dengan emak dan tersenyum kambing dengan seranganku.Sporting
habis !!

“Awak memang saja nak cari nahas ye..” ucapnya perlahan yang hanya kami
berdua sahaja yang dengar.aku hanya mampu tersenyum kambing selamba
sahaja.Malas nak cakap banyak.

Sebenarnya pertemuan aku dengan Nurin hanya berkenaan dengan kertas


projek yang bakal kami bentangkan esok.Kami hendak membuat lawatan ke
Universiti Z pada masa terdekat ini.Tapi , kami sebenarnya tengah berperang
kerana masing-masing tak sependapat.Bercanggah idea dan berbeza
fikiran.aku nak lain dia pulak nak yang lain.

“Nel , Nurin.. mak ingat mak nak balik dulu.Dah lama sangat ni.Kau orang
berdua buatlah kerja tu.Malas mak nak ganggu kamu berdua.” Jelas emak
sambil berdiri dan mengemaskan apa yang patut.

“Eh , takkan cepat sahaja mak Nab.Baru sahaja nak kenal Mak Nab.”suara
Nurin menghalang emak dari pulang awal.aku pun sebenarnya tidak mahu emak
pulang awal.Tapi memang dah nak petang.Nak buat macam mana..

“Tak apalah.Mak tumpang rumah mak Kiah kamu ini.Anak dia si Razak itu akan
ambil mak nanti.rasa-rasa dia dah tunggu mak kat sana agaknya.” Jelas Emak
lagi dengan panjang lebar.

“Em.macam itu.Tak apalah.Biar Nel tunggu Razak sekali.” Nurin nak ikut ?”
jawabku pantas.

“Nak..” jawabnya ceria.

Selesai sahaja Razak datang menjemput mak kira-kira pukul 6.00 petang tadi
aku dan Nurin terus ke pondok berehat tadi untuk mengemas.aku perlu
pulang.Tak solat Asar lagi.

“Awak…”

“Apa ?” balasku apabila Nurin memangilku apabila aku berjalan di


sebelahnya.Nampak padan pulak aku dengan dia.Walaupun tak tinggi macam
aku , tapi nampak macam merpati dua sejoli apabila beriringan
begini.Betullah.Macam budak Ikmal itu bagi tahu aku.Baru aku perasan.

“Sejak bila saya jadi makwe awak? Sejak bila saya tunang dengan awak ?”
jawabnya sambil memandangku tersenyum.

Satu soalan cepu emas hari ini.Datangnya dari bidadari kolej asrama puteri
ke-5 , universiti tak.aku rasa cuak bila dengar soalan ini.

“Kenapa ? Awak tak suka jadi menantu mak saya ?” jawapan yang aku rasa
cukup sesuai untuk dia.Tapi bila fikir balik.Lawa jugak budak Nurin ini.Adalah
sikit-sikit yang sesuai dengan citarasa emak aku.Kalau aku , aku suka time dia
marah saja…yang lain..bolehlah..

“Kalau saya suka macam mana ?”

“Ahh…sudah.Serius ke ?”tanyaku pantas.Sambil memandangnya sekilas dan


melihat wajahnya ceria seketika.

“Tak adalah..saja.” sambil terus sahaja berjalan meninggalkan aku.

“Tapi saya serius..saya sukakan awak Nurin !” balasku pantas.Satu pengakuan


yang agak bercelaru bagiku ketika itu.Yang aku tahu ketika itu aku sedang
cuba menarik perhatian Nurin untuk tidak pulang awal ke kolejnya.aku harap
dia toleh ke arahku sebentar.aku mahu melihat wajahnya seketika.Wajah
yang memakai tudung berwarna biru muda itu.

Yes.Dia pandang kebelakang akhirnya.Makbul jua doa aku petang-petang


begini.Tak kusangka.Macam ada peluang sahaja.Masin agaknya mulut aku
tadi.Silap hari bulan betul-betul Nurin jadi menantu emak aku.Emak pun
macam percaya saja cerita aku dengan Nurin tadi..

aku pandang dia dengan pandangan penuh makna.Makna yang penuh tanda
tanya.Tanda tanya yang belum pasti terjawapnya persoalan dihati.Yang pasti
jawapannya pada Nurin.

Nurin senyum.Penuh makna.Penghilang persoalan dan tanda tanyaku.Jawapan


hati yang sudah terungkai.
aku dan Nurin hanya berpandangan.

“Malam nanti saya call awak..” jawabku perlahan apabila kami berpisah ketika
aku menghantarnya pulang ke kolej kediamannya.Dia hanya membisu malu
sahaja disepanjang perjalanan pulang itu.aku tahu dia malu.Tak aku sangka ini
yang terjadi.Masin betul..

“Em..”dia tertunduk malu.Setujulah tu..

*****

“Nel…Nel..sudahlah..” suara IKmal sambil menepuk bahuku tanda faham


tentang peristiwa yang telah berlaku.Ikmal berdiri setia dibelakangku
menemaniku di hadapan pusara seorang insan yang amat aku sayangi.Nurin.

Nurin pergi meninggalkanku di saat aku menyayangi dan merinduinya.Pergi


kerana penyakit yang dihidapinya sejak dua tahun lepas.Dan yang paling
menyedihkan aku hanya ketahui tentang penyakitnya itu seminggu selepas
pemergiannya.

aku lambat untuk mengetahuinya.Nurin pula begitu pantas


menyembunyikannya.Namun aku tiba pantas dalam hatinya apabila dia begitu
perlukan sebuah kasih sayang.aku hadir dikala ayahnya meninggal dunia.aku
tahu betapa peritnya kehilangan orang tersayang.Kini , aku sendiri
menghadapinya.aku harap aku tabah.

“Nel , ini surat yang emak Nurin bagi kat aku.Dia suruh aku beri pada kau
apabila kita ke sini..aku tunggu kau dekat kereta.Nel..aku tahu betapa kau
sayangkan Nurin.aku juga sayangkannya.Begitu juga keluarganya..dan orang
lain…

“aku faham..thanks Mal.”

Ikmal meninggalkan aku sendirian.Membiarkan aku bersendirian bersama


Nurin.Bersama insan yang aku cintai.Bersama tunang yang amat aku kasihi
sepenuh hati.
aku buka perlahan sampul surat putih itu.Membaca akan warkah terakhir yang
pastinya amanat Nurin padaku.

Buat Daniel

Abang.Maafkan Nurin jika warkah ini lambat tiba pada tangan


Abang.Ampunkan juga dosa Nurin jika warkah ini membuatkan abang marah
pada Nurin.Ya..Nurin terasa terlalu bersalah tidak memberitahu Abang
tentang penyakit Nurin ini.Pernah seketika Nurin berfikir ingin kongsi
bersama Abang pada sehari sebelum pertunangan kita , tapi tidak Nurin tidak
sanggup melihat Abang bersedih..maafkan Nurin.

Yang penting.Nurin hendak Abang tahu sejak Mak Abang datang buat kali
pertama hari itu , Nurin sudah mula menyayangi Abang.Walaupun pertemuan
kita agak singkat namun Nurin bersyukur kerana dipertemukan insan seperti
Abang.Yang Nurin pinta , jagalah diri Abang dan Mak dan inilah hadiah Nurin
yang tidak seberapa untuk Abang Daniel tersayang…tanda kasih suci kita..

Abang…Assalamualaikum.

Nurin

Terjatuh sebentuk cincin dari sampul surat putih itu.Hadiah dari Nurin.Tanda
kasih antara aku dan Nurin.Walaupun tidak sempat kami disatukan tapi aku
harap satu hari nanti aku tetap bersamanya. Semoga Nurin berbahagia di
sana..

“Terima kasih Nurin..”

Anda mungkin juga menyukai