Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN EUREKA PERINGKAT NEGERI 2014

Syarat Syarat Pertandingan


1.

Pertandingan EUREKA adalah berbentuk aktiviti yang memerlukan pelajar-pelajar


bekerjasama secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan
oleh penganjur.

2.

Setiap sekolah yang menyertai hendaklah menghantar 4 orang peserta, pelajar


tahun 4 atau 5 (2 lelaki dan 2 perempuan)

3.

Tema projek adalah Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Renewable


Energy and Energy Efficiency REEE).

4.

Tajuk projek ialah Energy Efficient Beach House.

5.

Setiap pasukan dikehendaki membina sebuah model rumah tepi pantai yang
mengaplikasikan konsep-konsep Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga.

6.

Bahan-bahan pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur.

7.

Hanya bahan dan alatan yang disediakan sahaja boleh digunakan untuk
menghasilkan projek yang ditetapkan. Penggunaan bahan, alatan atau apa juga
bentuk bantuan dari luar boleh menyebabkan pasukan tersebut dibatalkan.

8.

Projek yang dihasilkan hendaklah dibuat dan disiapkan di tempat pertandingan.

9.

Buku idea hendaklah dibina oleh peserta di tempat pertandingan sewaktu


pertandingan dijalankan. Kandungan buku idea mestilah hasil kerja / penulisan /
lakaran ahli pasukan. Tampalan keratan dari mana-mana sumber adalah tidak
dibenarkan.

10.

Alat-alat tulis perlu disediakan oleh pasukan masing-masing.


hanya menyediakan kertas A4 sahaja.

11.

Semasa pertandingan dijalankan, guru pengiring boleh berada berhampiran


pasukannya dan membantu pasukannya hanya dengan memberi arahan tanpa
menyentuh bahan atau alatan tersebut.

12.

Setiap kali guru pengiring menyentuh barang atau alatan pertandingan, markah
akan ditolak.

13.

Setiap pasukan diberi selama 2 jam untuk menyempurnakan projek.

14.

Penghakiman adalah berdasarkan kriteria-kriteria berikut;


a)
b)
c)
d)
e)
f)

Kebolehan kreatif
Pemikiran saintifik
Kemahiran saintifik
Kerja berpasukan
Ketelitian
Keunikan/kelainan

Pihak penganjur

25 markah
25 markah
20 markah
10 markah
15 markah
5 markah

15.

Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat atau kriteria pertandingan


dari masa ke semasa demi kepentingan pengursan dan objektif pertandingan.

16.

Keputusan panel hakim / pengadil adalah muktamad.

KEPERLUAN/PERSIAPAN TEMPAT PERTANDINGAN


1 Tempat
Bilik yang cukup luas untuk menempatkan 15 pasukan atau
Dewan terbuka untuk 15 pasukan atau
Khemah sesuai untuk 15 pasukan atau
Kawasan lapang yang sesuai
2 Sistem Pembesar Suara
a. 1 pembesar suara mudah alih untuk kegunaan hakim dan urusetia
3 Hakim
a. Bilangan hakim adalah sama ada 3 orang atau 5 orang.
b. Terdiri dari kalangan individu yang mempunyai pengetahuan berkaitan REEE, Sains
dan Matematik
c. Terdiri dari kalangan mereka yang tidak mempunyai kepentingan dengan manamana pasukan.
4 Persiapan tempat
a. 15 buah meja untuk pasukan yang bertanding (ukuran seperti meja kantin atau
makmal)
b. 1 buah meja untuk menempatkan bahan/alatan yang dikongsi
c. 1 buah meja urusetia
d. 1 buah meja hakim
e. Kawasan hendaklah dipagar dengan tali
5 Keperluan lain
a. Jam / jam randik
b. Mesin kira / calculator
c. Papan klip untuk hakim
d. Borang penghakiman
6 Jawatan Kuasa lain
a. Dibentuk mengikut keperluan dan kesesuaian pertandingan

Anda mungkin juga menyukai