Anda di halaman 1dari 14

PENDAHULUAN

Pada

era

globalisasi

hari

ini,

Malaysia

jelas

kelihatan

telah

berkembang pesat dari sudut teknologi dan pembangunan yang maju.


Teknologi yang berkembang pesat termasuklah kecanggihan alat-alat
komunikasi, mesin-mesin utama di kilang-kilang yang tujuan utamanya
dicipta kecanggihan ini adalah semata-semata untuk memudahkan
manusia

mengeratkan

memudahkan

manusia

hubungan
untuk

silaturrahim

lebih

efektif

sesame
dalam

mereka

dan

melaksanakan

tanggungjawab seharian yang mana dalam pada masa yang sama boleh
menghasilkan hasil produktif yang berkualiti serta dapat menjimatkan
tenaga manusia. Selain itu, dengan berkembang pesatnya sesebuah
Negara itu terbukti bahawa Negara tersebut mengalami perkembangan
dari sudut ekonomi dan naiknya bangunan-bangunan utama serta majoriti
kawasan pedalaman dan kampung telah dibangunkan untuk menjadikan
bandar-bandar utama adalah bertujuan untuk kesenangan manusia.
Namus sedarkah kita bahawa setiap perkembangan dan kemajuan
yang dihasilkan ini juga ada kesan baik dan buruknya. Baiknya ia memberi
kemudahan kepada manusia dan bukti kepesatan sesebuah Negara.
Manakala kesan buruknya pula adalah terhadap alam sekitar. Sebagai
contoh, kestabilan hutan di Negara ini semakin terancam kerana banyak
kawasan hutan diterokai untuk rancangan pertanian dan pembalakan.
Hutan penting untuk kawasan tadahan hujan yang mana pokok boleh
menolong memegang air dalam tanah. Sekiranya pokok ditebang, tanah
tidak lagi berupaya memegang air yang mana air yang mengalir di atas
permukaan tanah boleh menyebabkan hakisan dan secara tidak langsung
menyebabkan

pemendapan

di

muara-muara

sungai.

Selain

itu,

pembinaan bangunan-bangunan di lereng bukit juga boleh mengakibatkan


tanah runtuh dan ekosistem di kawasan tersebut turut terjejas. Menurut
sumber Utusan Malaysia Online yang bertarikh 22 Mei 2011, kejadian
tanah runtuh yang berlaku sekitar Kuala Lumpur di Highland Towers pada
11 Disember 1993 dan Bukit Antarabangsa pada 6 Disember 2008 itu
0

adalah antara dua kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 16 nyawa


di negara ini. Terbaru satu lagi kejadian tanah runtuh yang membabitkan
Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di
Batu 14, Hulu Langat dan dalam kejadian yang bertarikh 21 Mei 2011
pada pukul 2.30 petang itu, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim,
penuntut, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus.
Jika dilihat daripada beberapa peristiwa yang telah berlaku ini, jelas
menunjukkan bahawa usia bumi kita semakin hari semakin tua. Oleh yang
demikian, sebagai khalifah di muka bumi ini, wajib bagi kita menjaga bumi
dan alam anugerah Allah sebaiknya. Tetapi apa yang berlaku hari ini,
tangan-tangan kita sendiri yang memusnahkan alam sekitar untuk
kepentingan masing-masing tanpa memikirkan kesannya kepada alam
dan

generasi

akan

datang

tanpa

merujuk

pada

landasan

yang

disyariatkan Islam.
Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 30;
Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana
perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka
merasakan

sebagian

dari

(akibat)

perbuatan

mereka,

agar

mereka kembali (ke jalan yang benar)


Islam itu sebuah agama yang lengkap dan syumul yang telah
diajarkan semua perkara, dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar
perkara. Tidak terkecuali garis panduan yang telah diajarkan kepada kita
bagaimana untuk memelihara alam sekitar perspektif Islam yang terdiri
daripada beberapa sudut tertentu, iaitu sudut Aqidah, sudut Syariah dan
sudut Akhlak.

KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM


SUDUT : AQIDAH

Perkataan

aqidah

bermaksud ikatan

berasal

dari

Bahasa

Arab

aqada

yang

atau simpulan atau janji yang kuat. Manakala

pengertian dari sudut istilah pula ialah bermaksud kepercayaan dan


keimanan yang kuat kepada Allah yang tidak akan terurai dan terputus
dalam apa jua keadaan. Pentingnya setiap individu yang dilahirkan
sebagai khalifah mempunyai Aqidah yang sebenar.
Kepentingan Aqidah dalam soal penjagaan alam sekitar ialah kerana
kepercayaan kepada Allah merupakan teras kepada ajaran Islam yang
menjadi dasar kepada seluruh tindak tanduk manusia dalam urusan
kehidupan seharian. Selain itu, melalui Aqidah yang kukuh serta dengan
bersumberkan Al-Quran (wahyu) menjadikan seseorang itu berfikiran
lapang serta dapat memandu jiwa mereka untuk bertindak seperti yang
disarankan oleh Al-Quran. Sebagai contoh, terdapat banyak dalil Al-Quran
yang menerangkan secara jelas mengenai alam sekitar bumi ini seperti
perintah untuk tidak berbuat kerosakan di bumi, kesan dan akibat dari
perbuatan manusia, balasan bagi orang yang menyombongkan diri serta
balasan bagi orang yang berbuat kerosakan.
Antara surah-surah dan ayat-ayat Al-Quran yang disebut tentang
semua yang berkaitan alam sekitar adalah seperti yang berikut:
1) PERINTAH UNTUK TIDAK BERBUAT KEROSAKAN DI BUMI

Surah Al- Baqarah ayat 11;


dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah
kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi",
mereka menjawab: " Sesungguhnya Kami orang-orang
Yang hanya membuat kebaikan".
2

Surah Asy Syuaraa ayat 183;


"Dan janganlah kamu mengurangi

hak-hak

orang

ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan


kerosakan di bumi
2) KESAN DAN AKIBAT DARI PERBUATAN MANUSIA

Surah Ar-Rum ayat 41;


telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di
darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah
dilakukan

oleh

tangan

manusia;

(timbulnya

Yang

demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka


sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk
Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali
(insaf dan bertaubat)
3) BALASAN BAGI ORANG YANG BERBUAT KEROSAKAN

Surah Ar-Rad ayat 25;


dan
(sebaliknya)
(mencabuli)

orang-orang

perjanjian

Yang
Allah

merombak
sesudah

diperteguhkannya dan memutuskan perkara-perkara


Yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, serta
mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka
bumi, - mereka itu beroleh laknat, dan mereka pula
beroleh balasan hari akhirat Yang seburuk-buruknya.

4) PERBANDINGAN ANTARA ORANG BERIMAN DAN ORANG YANG ZALIM


TERHADAP ALAM SEKITAR

Surah Huud ayat 116;


maka sepatutnya ada di antara umat Yang telah
dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang
Yang berkelebihan akal fikiran Yang melarang kaumnya
dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi
3

sayang! tidak ada Yang melarang melainkan sedikit


sahaja, Iaitu orang-orang Yang Kami telah selamatkan
di

antara

mereka.

melarang

itu

kemewahan

dan

telah

Yang

orang-orang

menitik

diberikan

Yang

beratkan

kepada

tidak
Segala

mereka

dan

menjadilah mereka orang-orang Yang berdosa.

Jika setiap individu di muka bumi ini faham dan patuh akan setiap
dalil-dalil Al-Quran yang telah jelas, maka tidak mustahil kerosakan bumi
ini dapat dikurangkan selain daripada faktor usia bumi. Tetapi hakikat
yang sebenar tidak ramai yang mampu patuh akan arahan yang
diperintahkan kerana lemahnya Aqidah tersebut telah memberi kesan
terhadap persekitarannya. Melalui asas Aqidah, manusia mampu untuk
memahami

peranan

mereka

ke

atas

alam

sekitar.

Terdapat

tiga

tanggungjawab yang berkaitan dengan Aqidah yang digariskan oleh


Sayyed Hossien Nasr iaitu tanggungjawab ubudiyyah, khalifah dan
amanah. Ketiga-tiga tanggungjawab ini penting untuk memahami hakikat
Aqidah sebenar dalam diri setiap individu.
Tanggungjawab ubudiah ialah melakukan amar maruf dan nahi
mungkar dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, jika kita mampu
menggunakan

kuasa

untuk

mencegah

penebangan

hutan

secara

berleluasa atau manghalang pembuangan sisa toksik ke dalam sungai, itu


sudah menepati tanggungjawab ubudiah kita dalam memantapkan
akidah dalam kehidupan. Bagi tanggungjawab khalifah pula ialah sentiasa
mengingatkan kita bahawa kita bukan pemilik mutlak kepada alam. Oleh
itu, kita lebih berwaspada dalam melakukan sesuatu yang melibatkan
alam sekitar kita selain dengan memakmurkan dan mengurus bumi
dengan tidak melakukan kerosakan. Manakala tanggungjawab amanah
terhadap alam sekitar pula ialah menggunakan semua yang ada di bumi
menurut peraturan yang telah diperintahkan oleh Allah yang dijelaskan di
dalam Al-Quran.

KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM


SUDUT: SYARIAH

Umum mengetahui, syariah merupakan perundangan hidup Islam


yang berlandaskan alQuran dan asSunnah. Pelaksanaan syariah dalam
konsep penjagaan alam sekitar cukup memberi impak yang amat besar.
Hal ini kerana hanya Islam yang melaksanakan lunas-lunas peraturan
yang berasaskan Islam agar persekitaran alam sekitar di kekalkan dan di
gunapakai mengikut peraturan-peraturan yang telah di tetapkan dan
bukan hanya mengikut hawa nafsu dan kehendak manusia semata-mata.
Alam sekitar merupakan salah satu kurniaan teragung Allah S.W.T
kepada ummat-ummatnya dalam memenuhi tuntutan fitrah manusia.
Malahan, bumi ini hanyalah tanah gersang semata-mata andai tidak
dikurniakan alam sekitar yang indah seterusnya menjadi tempat tinggal
bagi manusia serta makhluk sekalian alam untuk mensyukuri serta
menikmati keindahan ciptaan Allah S.W.T.
Dalam memenuhi tuntutan hidup sebagai manusia serta khalifah
Allah di muka bumi ini, manusia perlu dipandu dan diajar mengikut ajaranajaran yang telah ditetapkan Islam. Pendidikan Islam dalam mendidik
manusia

terhadap

pendidikan

yang

penjagaan
ingin

alam

disampaikan

sekitar
oleh

amat
barat.

berbeza

dengan

Pendidikan

Islam

merangkumi aspek fizikal dan rohani tetapi pendidikan barat hanya


menekankan aspek fizikal.
Saban waktu, alam sekitar sering dikaitkan dengan penerokaan
terhadap sesuatu pembangunan. Manakala pembangunan pula tidak
dapat dipisahkan dengan hakikat kehidupan manusiawi yang memerlukan
pembangunan

untuk

meneruskan

kebelangsungan

hidup

seperti

bangunan-bangunan kediaman, tempat sumber pendapt serta tempat


untuk memperoleh keperluan harian. Namun seiring dengan itu, manusia
seharusnya mengetahui batas-batas serta menjaga kepentingan Islam
dalam

penggunaan

alam

sekitar.

Kepentingan

alam

sekitar

dan
5

pembangunan yang dicipta manusia adalah seiring. Manusia tidak boleh


semata-mata mementingkan pembangunan, sementara alam sekitar
hanya dipandang enteng. Alam sekitar seperti pokok-pokok dan tumbuhtumbuhan yang menhijau merupakan elemen utama dan penting bagi
membekalkan sumber oksigen kepada makhluk sekalian alam. Andai alam
sekitar ini tidak diurus tadbir dengan seeloknya seperti pembalakan yang
tidak terurus serta pencemaran alam sekitar yang berleluasa dikhuatiri
bakal

mengancam

kebelangsungan

hidup

makhluk-makhluk

yang

mendiami. Di sinilah peri pentingnya, syariah dalam mengurus tadbir


penjagaan

dan

penggunaan

alam

sekitar.

Dalam

syariah,

Islam

menggariskan perkara-perkara tertentu agar elemen-elemen penting alam


sekitar dapat diselia dengan rapi dan seimbang untuk menjamin masa
hadapan kepada generasi-generasi mendatang. Sesuai dengan apa yang
telah dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran bahawasanya Allah
berfirnan dalam Surah Ar-Radu:3,
Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan
menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungaisungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia
jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang
dengan

malam

silih

berganti.

Sesungguhnya

semuanya

itu

mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang


(mahu) berfikir

KONSEP PENJAGAAN ALAM SEKITAR PERSPEKTIF ISLAM


SUDUT : AKHLAK

Definisi akhlak dari sudut bahasa ialah berasal daripada perkataan


(al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (al-khuluqu) bererti
tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia
juga bereti agama itu sendiri. Manakala dari sudut istilah pula ialah sifat
yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan
dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.
Akhlak juga merupakan satu fasa yang membincangkan tingkah laku dan
tatacara hubungan manusia terhadap Allah, hubungan manusia sesame
manusia serta hubungan manusia dengan alam sekitar.
Konsep

penjagaan

alam

sekitar

perspektif

Islam

juga

turut

menekankan dari sudut akhlak. Ini kerana, akhlak memainkan peranan


penting yang berkait rapat lahir dari Aqidah yang utuh serta pemahaman
yang terperinci dalam syariah. Melalui akhlak, keperibadian seseorang
muslim dibina dengan sifat-sifat yang terpuji dalam tindakan terhadap
alam sekitar. Empat contoh sifat terpuji dalam Islam yang perlu ada dalam
diri setiap individu yang mampu memberi kesan terhadap penjagaan alam
sekitar ialah Qanaah, Mahabbah, Ihsan dan Taawun.
Qanaah ialah sikap meredai segala kurniaan Allah untuk keperluan
hidup. Dalam erti kata lain ialah sikap yang tidak tamak dan sentiasa
bersyukur dengan kurniaan Allah serta tidak tergolong dalam golongan
pembazir. Individu yang mempunyai sikap ini dalam mengurus alam
sekitar akan menunjukkan rasa tidak puas hati jika melihat hasil bumi
dieksploitasi untuk kepentingan individu lain. Sebagai contoh, mereka
yang mempunyai sikap Qannah dalam diri mereka tidak akan terlibat
dengan pembalakan hutan secara berleluasa dan kurang menyenangi
sesetengah pihak yang sanggup membangunkan Negara untuk mendapat
7

nama tanpa memikirkan akan kesan terhadap alam sekitar seperti tanah
runtuh dan hakisan tanah. Keadaan ini bertepatan dengan ayat Al-Quran
surah Al-Qashash ayat 83 iaitu:
negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu,
Kami sediakan bagi orang-orang Yang tidak bertujuan hendak
mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat
hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan Yang baik adalah
bagi orang-orang yang bertaqwa.
Mahabbah pula ialah sikap mengasihi manusia dan makhluk lain.
Mengasihi manusia dan makhluk lain

termasuklah sayang akan alam

sekitar serta berusaha memelihara alam sekitar sebaiknya. Ini kerana


sikap mahabbah ini mampu melahirkan kepercayaan yang telus bahawa
setiap komponen alam tabii sentiasa berzikir memuji Allah. Komponenkomponen alam sekitar ini termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan dan
sebagainya. Oleh yang demikian, melalui rasa mahabbah yang tinggi
mampu mengawal individu untuk tidak berlaku zalim terhadap alam
sekitar serta sentiasa berjaga-jaga dalam melakukan sesuatu yang
melibatkan sensitivity alam sekitar. Surah Al-Qashash ayat 77;
Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan
Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan
janganlah

Engkau

melupakan

bahagianmu

(keperluan

dan

bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hambahamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan
pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah
Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ".
Sikap manusia yang sentiasa berhati-hati di dalam melakukan
tindakan kerana merasai Allah sentiasa mengawasinya ialah Ihsan. Melalui
sikap ihsan ini, mampu melatih manusia supaya lebih peka akan keadaan
sekeliling. Sebagai contoh yang boleh dikaitkan dengan konsep penjagaan
alam sekitar perspektif Islam ini ialah seseorang yang dalam keadaan
8

marah mampu untuk mengawal dirinya daripada merosakkan tumbuhtumbuhan di sekelilingnya kerana masih ada sikap ihsan di dalam dirinya.
Begitu juga jika seseorang yang hendak mencuri balak-balak di hutan
akan segera membatalkan niat jahatnya jika dalam dirinya masih ada rasa
bahawa sentiasa ada yang memerhati segala tindak tanduknya walaupun
bukan di khalayak ramai. Hakikatnya, melalui sikap ihsan ini jugalah
manusia akan sedar bahawa segala yang berada di muka bumi ini hanya
milik Allah dan akan merasa takut untuk membuat kerosakan di bumi ini.
Surah Yunus ayat 40;
dan di antara mereka ada Yang beriman kepada Al-Quran, dan
ada di antaranya Yang tidak beriman langsung kepadanya; dan
(ingatlah), Tuhanmu lebih mengetahui akan orang-orang Yang
melakukan kerosakan.
Taawun berasal dari Bahasa Arab Taawana, Yataaawuna, Taawuna,
yang ertinya tolong-menolong, gotong-royong, bantu-membantu dengan
sesama manusia untuk memperoleh kebaikan serta menghindarkan
keburukan. Sikap Taawun ini bertepatan dengan ayat Allah dalam surah
Al-Maidah ayat 2, yang bermaksud;
..dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat
kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan
pada

melakukan

dosa

(maksiat)

dan

pencerobohan.

dan

bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha


berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)
Sifat ini mengajar manusia untuk sentiasa bertanggungjawab
sesama manusia dan tidak mementingkan diri sendiri. Islam telah
menggariskan

beberapa

petunjuk

dalam

menjaga

alam

sekitar.

Contohnya, Islam mengajar bahawa membuang duri dan halangan di jalan


sebagai salah satu daripada cabang
iman. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
Telah ditunjukkan kepadaku amal perbuatan umatku, sama ada
yang baik atau yang buruk. Aku dapati di antara amalan kebaikan
9

ialah membuang halangan dari jalan dan di antara amalan buruk,


membuang kotoran ( hingus atau air liur) di masjid lalu tidak
ditimbus.
(Riwayat

Ibnu

Majah)
Sekiranya membuang duri kecil merupakan satu tuntutan , maka
sudah tentu membuang kotoran sisa toksid, asap, kotoran kilang dan lainlain pencemaran lebih dituntut demi menjaga kesejahteraan awam.
Melalui sifat taawun dalam diri sudah semestinya alam sekitar dan
sekeliling kita terjamin dari pencemaran dan harmoni.

10

KESIMPULAN
Alhamdulillah, segala syukur dan puji hanyalah kepada Pencipta
yang Esa yang menghidupkan dan mematikan makhluk-makhlukNya.
Sesungguhnya apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada ummatummatNya hanyalah pinjaman semata-mata dan merupakan satu amanah
kepada kita untuk menjaga dan memeliharanya sebaik-baik kurniaan.
Alam sekitar merupakan anugerah dan penciptaan teragung Maha
Pencipta kepada hamba-hambanya untuk manusia menginsafi diri di alam
yang fana ini. Islam menggariskan hal-hal tertentu bagi menjamin dan
memulihara alam ini agar sentiasa terpelihara seterusnya dapat diselami
oleh generasi-genarasi yang akan datang.
Bermulanya dari aqidah, islam menekankan betapa pentingnya sifat
ubudiyyah iaitu sifat kehambaan yang dizahirkan oleh manusia dalam
memelihara alam sekitar ini. Melalui sifat ini, manusia lebih amanah dan
secara tidak langsung akan menjaga amanah yang telah diberikan dengan
sebaik-baiknya. Apabila manusia mengerti terhadap pengertian aqidah
dan tuntutan-tuntutannya dalam melestari kehidupan seharian, maka
secara langsungnya segala perlakuan tidak bertanggungjawab terhadap
alam sekitar ini akan terpelihara. Begitulah aqidah mendidik dan
mentarbiyah makhluk yang mempunyai akal dan membimbing naluri
kemanusian makhluk.

11

Seterusnya, dalam kefahaman aqidah membimbing manusiawi,


islam

menggariskan

system

perundangan

islam

dalam

membatasi

perbuatan dan perilaku manusiawi dalam mengurus tadbir alam ini. Bagi
menjaga kemaslahatan dan keberlangsungan hidup manusia, maka
syariah perlu ditegakkan dan dipatuhi. Pelaksanaan syariah ini bermula
apabila larangan-larangan Allah di dalam al-Quran jelas dinyatakan agar
jangan membuat kerosakan terhadap ala mini. Dalam hal ini syariah
mengariskan hal-hal tertentu bagi menjaga alam ini, seterusnya memberi
petunjuk yang sewajarnya apabila telah menguna pakai alam ini bagi
tujuan pembangunan dan sebagainya.
Akhlak merupakan salah satu aspek penting dalam penjagaan alam
sekitar mengikut perspektif islam. Manusia yang berakhlak jelas dan
terang-terangan akan memastikan kepentingan alam sekitar ini terhadap
makhluk sekalian alam. Antara akhlak dan tingkah laku mulia yang
disarankan Islam adalah sifat qanaah dalam menerima segala pemberian,
sifat mahabbah terhadap makhluk sekalian alam ini, sifat ihsan yang
merasakan Allah sentiasa memerhati, serta sifat taawun yang saling
bantu-membantu sesame makhluk.
Begitulah keseimbangan etika alam sekitar menurut pandangan
islam. Lengkap dan padat dalam mengimbangi struktur serta elemenelemen penting alam sekitar yang telah diamanah kepada makhluk yang
berakal khusunya manusia yang mendiami. Adat meminjam seharusnya
mengembalikan segala nikmat yang telah dipinjamkan dalam keadaan
elok dan sejahtera tanpa kerosakan dan begitulah alam sekitar ini kepada
manusia harus menjaga dan memulihara seeloknya amanah yang telah
diberikan dan memulangkannya dengan elok. Wallahulam.

12

Sumber Rujukan:
1. Buku: Etika Alam Sekitar daripada Perspektif Islam, Timur dan
Barat oleh Mohd Zuhdi Marsuki dan Amer Saifude Ghazali.
2. Buku: Masalah Semasa Alam Sekitar Malaysia oleh Ismail
Sahid.
3. Buku: Alam

Sekitar

Permasalahan

dan

Pengawalan

oleh

Surtahman Kastin Hasan dan Abd. Ghafar Ismail.


4. Buku: Islam dan Alam Sekitar oleh Zaini Ujang, Seyyed Hossien
Nasr dan Ziauddin Sardar.
5. Internet: http://repo.uum.edu.my/1804/1/7.pdf
6. Internet:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0522&sec=Terkini&pg=bt_24.htm#ixzz2Sljn797m
Utusan Melayu (M) Bhd.
7. Internet:
http://bicarakalbu02.blogspot.com/2007/09/hubungan-syariatdengan-alam-sekitar.html
8. Internet:
http://dakwahsyariah.blogspot.com/2012/01/alam-danlingkungan-hidup-menurut-islam.html

13

Anda mungkin juga menyukai