Anda di halaman 1dari 1

CINTA ITU BERKORBAN

Cinta Allah sumber segala cinta. Bayangkan semua yang kita cinta, tentulah asalnya daripada ibu,Allah
yang mencipta ibu untuk kita.Cinta kita pada suami atau isteri,mereka juga diciptakan Allah untuk
kita.Begitu juga dicipta kepada anak-anak , semuanya bermula dengan cinta.Maka, cinta yang paling
utama dan berharga ialah cinta kepada Allah .
Jika kita memiliki Allah, bererti kita memiliki segala-galanya.Sebaliknya , jika kita kehilangannyakita akan
hilang segala-galanya.Ini kerana Allah Pencipta dan Pemilik segala-galanya. Apabila Allah cintakan
seseorang, Allah akan sentiasa bersamanya.Ketika itu hamba yang miskin akan berasa kaya,yang hina
akan berasa mulia, yang jahil akan berasa berilmu, yang lemah akan berasa kuat dan yang sedih akan
berasa bahagia.
Imam Ghazali menegaskan :Jika Allah bersamamu,maka jangan takut pada sesiapa pun, akan
tetapi jika Allah sudah tidak ada lagi bersamamu, maka siapa lagi yang boleh diharapkan olehmu?
Cinta Allah wajib dimiliki oleh setiap manusia demi kebaikan dunia dan akhirat. Oleh sebab itu cinta
Allah sangat berharga, maka cara untuk mendapatkannya sangat sukar sekali.Sudah menjadi
sunnatullah, sesuatu yang berharga pasti sukar untuk mendapatkannya. Sukarnya untuk mendapat cinta
Allah kerana ianya terpaksa melalui pengorbanan.Cinta dan pengorbanan tidak dapat dipisahkan. Ia
umpama dua sisi wang syiling. Jika dipisahkan, wang syiling tidak bernilai lagi! Begitulah cinta tanpa
pengorbanan. Tidak bernilai.Itu cinta pura-pura.
Dalam hidup, untuk mendapatkan sesuatu kita mesti sanggup kehilangan sesuatu.Kita tidak akan
mendapat semua dan segala pada satu masa. Apabila kita memiliki sesuatu , kita akan memiliki
sesuatu , kita akan kehilangan sesuatu yang lain.
Hakikat inilah yang dipaparkan oleh sejarah generasi al-sabiq alawwalun ketika mereka rela berpisah
dengan ibu, bapa, anak-anak mereka
EDISI
( 18 )
SERUAN
KIARAMAS

Anda mungkin juga menyukai