Anda di halaman 1dari 35

Al-Hubb Fillah (Cinta kerana Allah)

Rujukan utama:

Ceramah Ad-Din (09/06/2012) oleh Ust. Pahrol Md. Juoi www.youtube.com/watch?v=BAMTM4tgS18

Objektif-objektif

1. Cuba memahami makna cinta kerana Allah.


2. Hubungan cinta kerana Allah dengan tugas kita.

Cinta? Apa ke benda tu..??


Susah utk define cinta. Cinta tidak bisa didefinisikan dengan jelas, bahkan bila didefinisikan tidak menghasilkan (sesuatu) melainkan menambah kabur dan tidak jelas, (bererti) definisinya adalah adanya cinta itu sendiri
[Ibn Qayyim al-Jauziyyah dari http://www.alakadarnya.net/arti-cinta-dalam-islam/]

Pada hakikatnya: Cinta ialah amalan hati yang akan terwujud dalam amalan lahiriah.

Cinta kenapa ia penting?

1. Tidak kurang dari 80 kalimah yg berkaitan dgn al-hubb (cinta). mesti penting sbb Allah sebut banyak kali dlm Al-Qur'an.

Dan diantara manusia ada orang yg menyembah tuhan selain Allah sebagai tandingan, yg mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orangorang yg beriman sangat besar cintanya kepada Allah. [Al-Baqarah, 2: 165]

2. Menentukan kesudahan kita dan siapa teman kita di Hari Akhirat nanti.

Kisah dlm Ihya Ulum Ad-Deen oleh Imam Al-Ghazali tentang cinta:

Seorang Arab Badwi bertemu dgn Rasulullah SAW, lalu bertanya:


Ya Rasulullah, bila berlakunya Qiamat? Rasulullah SAW bertanya pula, apa yang telah engkau siapkan untuk menghadapinya?

Jawab Arab Badwi itu, aku belum menyiapkannya dgn banyak solat dan banyak puasa. Tapi, aku menyiapkan dgn hati yg sangat mencintai engkau Ya Rasulullah.
Lantas, Rasulullah SAW bersabda, seseorang itu akan bersama di Hari Akhirat dgn siapa yg dicintainya.

Tanda-tanda cinta~~~
1. Ada perasaan rindu.
2. Banyak menyebut yg dicintai. 3. Ingin untuk bertemu / berjumpa. 4. Bertindak selaras dgn siapa yg kita cintai. [Al-Hujurat, 49: 13-17]

Oleh itu, cinta bukan soal pinggiran..! Kenapa?

Pepatah Arab: Seseorang itu menjadi hamba kepada apa yg dicintainya. Kenapa sedemikian?

sebab cinta adalah soal hati.


manusia bertindak atas apa yg dia rasa, bukan atas apa yg dia fikir.

Fakta tentang kita - 1


Di Malaysia, 80% daripada muslim tidak solat.
[Dato Dr Md Fadzillah Hj Kamsah] Kenapa?

tahu/fikir solat itu memang baik tapi belum rasa kebaikan solat.
---> sebab belum dapat kuasai hati, utk memandu hati kearah melakukan perkara-perkara yg diredhai Allah SWT.

Disinilah kepentingan hati dimana cinta bertapak.

Abu Hurairah r.a. berkata:


Hati adalah raja sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka buruk pula lah tenteranya. Oleh itu, kalau cinta pada perkara yg baik2 dan diredhai Allah SWT, pancaindera/anggota tubuh badan akan terarah kearah kebaikan. And vice versa.

Terima hakikat:

UMAT ISLAM SUDAH JATUH KE TAHAP PALING BAWAH..!! bila kita sedar dan terima hakikat ini, baru lah kita mula untuk bangkit kembali.

Fakta tentang kita 2


Di Malaysia, hasil kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagaimana yg disampaikan oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Timb. Menteri Jab. Perdana Menteri) pada tahun 2009,
1. Perceraian berlaku sekali setiap 15 minit. 2. Seorang bayi luar nikah dilahirkan setiap 18 minit. Dimana silap kita? Kenapa ada perpecahan?

1. Kita percaya adanya Allah tapi kita tidak yakin kepadaNya. percaya Allah SWT Maha Melihat tapi tidak mempunyai sifat ihsan susah utk tinggalkan kemungkaran.

2. Kita percaya adanya Hari Akhirat tapi kita tidak yakin akan adanya Hari Akhirat itu. tidak ada sense of The End. tidak merasa bahawa dunia ini hanyalah persinggahan.
Ust. Pahrol Md Juoi:

Perjalanan menuju kematian bermula sejak kita dilahirkan. Birthdays?


SELAMAT PENDEK UMUR

3. Pentingkan diri sendiri, tidak fikirkan orang lain.

tiada/ kurang ukhwah fillah. refer to cinta. Iman berkadar terus kepada cinta.

sepatutnya menumbuhkan cinta kpd org lain.

Wahai orang-orang yg beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yg kasar, dan keras, yg tidak derhaka kpd Allah terhadap apa yg Dia Perintahkan kpd mereka dan selalu mengerjakan apa yg diperintahkan. [At-Tahrim, 66: 6]

Iklan untuk anda..!!

Fokus tentang cinta dalam rumahtangga dan keluarga. keluarga:

negara kecil yang berperanan sebagai benteng kepada anasiranasir luar.

Baitul muslim

Kata-kata sebilangan ulama/hukama: Jangan cari kebahagiaan dalam rumahtangga,

TAPI
BAWA lah kebahagiaan ke dalam rumahtangga.

Nak satukan kayu, kena pakai paku.

Nak satukan batubata, kena pakai simen.

Tak nak bercinta macam org kat luar sana tu, tapi macam mana nak bina baitul muslim dgn org yg kita belum kenal lagi?

Dengan IMAN & KEYAKINAN kpd Allah S.W.T.

Dan Dia (Allah) yang Mempersatukan hati mereka (orang yg beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yg berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah Mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

[Al-Anfal, 8: 63]
hak dan ketentuan Allah utk satukan hati-hati kita.

Allah cipta cinta yg dirasakan sangat indah kerana Allah itu Maha Indah. tapi banyak yg lupa siapa yg anugerahkan perasaan cinta itu.

Banyaknya nikmat..!!
Siapa yg bagi ek..??

Oleh itu,

sebelum cinta kerana Allah, kena cinta pada Allah dulu. kena selalu ingat tujuan hidup kita di dunia ni: 1. Beribadah kpd. Allah S.W.T. [Adz-Dzariyat, 51: 56] 2. Jadi khalifah di bumi. [Al-Baqarah, 2: 30]

Menjadi khalifah adalah amanah yg sangat berat.


Sesungguhnya Kami telah Menawarkan amanat kpd langit, bumi dan gunung-gunung; tetapi semuanya enggan utk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh,

[Al-Ahzab, 33: 72]

Oleh itu, Allah ciptakan kita sebagai makhluq yg sosial, yg beramal dgn amal jama'ie. pikul tanggungjawab bersama-sama.

Allah ciptakan cinta utk satukan hati-hati kita.


Cinta adalah alat untuk mencapai tujuan, BUKAN sebagai matlamat hidup kita.

Peraturan-peraturan cinta
1. Ikhlas dlm bercinta kerana Allah. ikhlas maknanya dlm hati kita cuma ada 1 tuhan, iaitu Allah SWT. perjuangan Rasulullah SAW adalah membanteras syirik [Dr. Yusuf Al-Qardhawi] cinta kpd suami/isteri etc. supaya dpt bersama-sama berbakti dlm usaha meraih keredhaan Allah SWT. anggap cinta sebagai keperluan hidup, bukan sebagai tujuan hidup.

BETULKAN NIAT SEBELUM BERNIKAH.

2. Syari'at jadi sumber rujukan utk menjalankan cinta.


[compare to cara bercinta kebiasaan/kebanyakan orang sekarang]

Rujukan utama: 1. Al-Qur'an. 2. As-Sunnah. Utk. menyelamatkan org yg bercinta, percintaan dan masyarakat dan seterusnya. 3. Dahulukan Allah dlm apa jua perkara, terutama sekali bila terjadi pertembungan. [Surah Luqman, 31: 13-15]

Anda mungkin juga menyukai