Anda di halaman 1dari 2

Di dalam sebuah lautan, ada dua ekor ikan yang bernama Cik Kembung dan Cik

Tamban sedang mencari makanan. Kedua-dua ekor ikan ini memakan alga dan
organisma kecil lain.Sewaktu makan, Cik Tamban terlihat seekor burung
camar berlegar-legar di angkasa.
Cik Kembung!
Cik Kembung! Lihat burung camar itu berlegar-legar
di angkasa sambil memerhatikan kita berdua, kata Cik Tamban.
Lebih baik kita berenang ke dasar laut. Jika tidak, kita pasti menjadimangsa Si
Camar, kata Cik Kem
bung.
Di mana kita nak makan? Hendak makan pun susah kalau ada SiCamar, rungut
Cik Tamban.Cik Kembung, bagaimana jika kita bunuh kesemua burung camar itu
supaya tiada sesiapa lagiyang mengganggu kita mencari makan, Cik
Tamban memberi cadangan kepada Cik Kembung.
Bagus juga cadangan itu, Cik Tamban, sokong Cik Kembung
sambil mengangguk-angguk.Perbualan mereka didengari oleh Sang Penyu yang
kebetulanberenang berhampiran mereka berdua.
Siapa yang awak hendak bunuh, Cik Tamban? Kenapa marahsangat?
tanya Sang Penyu.
Oh, Sang Penyu. Terkejut saya tiba
tiba sahaja awak muncul, kata
Cik Tamban.
Kami sedang berbincang bagaimana hendak membunuh haiwanyang mengganggu
kami mencari makanan, Cik Kembung pula bersuara.
Si Camar sering berada di tempat k
ami mencari makanan.Bagaimana kami hendak makan kerana takutkan Si Camar
menangkap
kami pula? terang Cik Kembung.
Jadi awak hendak bunuh Si Camar? tanya Sang Penyu.
Cara paling mudah ialah memberi racun kepada kaum camar,
jawab Cik Tamban.
Jika awak
memberi racun kepada Si Camar, awak akan turutterkena racun. Racun itu akan
mengalir ke dalam ekosistem laut kita. Kita
juga yang susah, kata Sang Penyu.

Mungkin kita akan sakit atau lebih teruk lagi kita mungkin mati,
sambung Sang Penyu lagi.
Cik Tamban dan Cik Kembung terdiam mendengar kata-kata SangPenyu. Mereka
tahu apa yang dikatakan oleh Sang Penyu adalah benar.
Adakah awak tahu Si Camar yang membolehkan kamu mendapatmakanan? tanya
Sang Penyu pula.
Kami makan alga. Apa kaitan alga dengan Si Camar? kata Cik
Kembung.

Anda mungkin juga menyukai