Anda di halaman 1dari 6

Diminta para guru dan murid untuk masuk ke dalam dewan.

Majlis kita pada petang ini


akan bermula sebentar sahaja lagi.
Hadirin semua diminta bersedia untuk nyanyian lagu kebangsaan iaitu Negaraku.
Terima kasih kepada semua atas nyanyian itu tadi. Hadirin dijemput duduk.
Mesra pelajar bersifat peramah
Cikgu patrick jet berjiwa pemurah
Jadi tulang belakang SKLA bertuah
Selaku PK Pentadbiran amanah diserah
Sentiasa kemas dalam berpakaian
Hobinya berkebun pada setiap petang
Cikgu hamlet manis senyuman
Menjadi PK HEM jawatan disandang
Legasi kokurikulum tanggungjawab diberi
Subjek bahasa inggeris kepakaran diri
Cikgu sirai setia berbakti
Sentiasa ceria dan baik hati
Sireh berlipat sireh pinang
Sireh dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara.
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Yang dihormati, En. Patrick Jet Anak Kadom, Penolong Kanan Pentadbiran, Yang
dihormati, En. Hamlet bin Hj Jaraee, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Sirai Anak
Sanggin, Penolong Kanan Kokurikulum, rakan-rakan guru yang diraikan, AKS-AKS
serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita diberikan
luangan waktu dan kesempatan untuk bersama-sama berkumpul di dewan ini bagi
meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Lubok Assam bagi
tahun 2013.
Hadirin sekalian,
Merdu teramat suara bergema
Dendangan puteri sungguh memikat
Mohon rahmat kita bersama
Moga majlis mendapat berkat
Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa
syukur

dengan

mengaminkan

bacaan

doa

yang

___________________________. Majlis mempersilakan.


Terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin hadirat sekalian,
Kalau dilipat sebesar kuku
Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik kata
2

akan

diketuai

oleh

Untuk makluman semua, tema Hari Guru pada tahun ini adalah, Guru Malaysia : 1
Aspirasi 1 Agenda. Intipati tema hari guru ini akan lebih difahami kerana seterusnya
adalah bacaan perutusan Hari Guru tahun 2013 oleh Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi Malaysia yang akan disampaikan
oleh ______________________________, PK Pentadbiran / PK HEM / PK KK Sk
Lubok Assam. Majlis dengan berbesar hati mempersilakan.
Jutaan terima kasih diucapkan atas perutusan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat,
Majlis

diteruskan

lagi

dengan

menjemput

______________________

untuk

menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Terima kasih di atas ucapan yang telah disampaikan.
Seterusnya, majlis menjemput adik __________________________ sebagai wakil
murid untuk menyampaikan ucapan khas sempena Hari Guru. Dipersilakan.
Terima kasih kepada adik ______________________ di atas ucapan itu tadi.
Mengajar mendidik penuh semangat
Tak kenal jemu mahupun penat
Biar cabaran datang mendekat
Keikhlasan guru mendapat berkat
Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar Hari Guru yang akan dipimpin oleh
_________________________. Majlis mempersilakan.
Terima kasih atas laungan ikrar yang penuh bersemangat itu tadi.

Hadirin yang dihormati,


Harus beringat hidup di bumi
Kalau berhibur usah melalaikan
Tamatlah sudah majlis merasmi
Arena persembahan kami mulakan
Persembahan pertama adalah nyanyian lagu tema Hari Guru 2013 iaitu lagu Guru
Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara, diikuti dengan lagu Kami Guru
Malaysia dan lagu Pendidik Bumi Kenyalang oleh semua guru Sk Lubok Assam.
Dipersilakan.
Terima kasih atas nyanyian yang bersemangat itu tadi.
Seterusnya adalah persembahan tarian daripada murid-murid Sk Lubok Assam di
bawah pimpinan En. Harnaharniya. Majlis dengan ini mempersilakan.
Terima kasih atas persembahan yang penuh bertenaga hasil bimbingan daripada En.
Harnaharniya.
Hadirin sekalian,
Dengan ini majlis menjemput En Patrick Jet sselaku PK pentadbiran Sk Lubok Assam
bersama-sama dengan PK HEM dan PK KK untuk upacara memotong kek sempena
sambutan Hari Guru 2013. Majlis mempersilakan.
Majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian hadiah Hari Guru. Dipersilakan
kepada murid-murid untuk naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah kepada guruguru. Dipersilakan.

Hadirin dan hadirat,


Majlis kita pada hari ini telah sampai ke penghujungnya. Semoga inti pati majlis pada
petang ini menjadi ingatan buat kita bersama.
Madah diungkap santun bicara
Pantun dilantun mengusik hati
Salah dan silap tutur bicara
Pohon diampun seikhlas hati
Majlis kita pada hari ini diakhiri dengan nyanyian lagu Ibu Pertiwiku. Hadirin dijemput
berdiri.
*

Sebelum bersurai, murid-murid boleh beratur mengikut barisan untuk berjabat


tangan dengan guru-guru. Selepas sesi berjabat tangan, semua staf dijemput
untuk menghadiri jamuan di dewan makan.

LAGU TEMA HARI GURU 2013 : GURU


INOVATIF MELONJAKKAN
TRANSFORMASI PENDIDIKAN
NEGARA

LAGU TEMA HARI GURU 2013 : GURU


INOVATIF MELONJAKKAN
TRANSFORMASI PENDIDIKAN
NEGARA

Lagu: En. Rosman bin Adam


Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)

Lagu: En. Rosman bin Adam


Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)

Kita berbicara tentang inovasi


Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Kita berbicara tentang inovasi


Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun, beranikan terima seruan


Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

Bangun, beranikan terima seruan


Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta

c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta

Kita berbicara tentang inovasi


Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Kita berbicara tentang inovasi


Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada pernah jemu tiada putus asa


Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan

Tiada pernah jemu tiada putus asa


Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan

ulang c/o x2

ulang c/o x2

Anda mungkin juga menyukai