Anda di halaman 1dari 6

Tema : Queen Margrethe II of Denmark

Tahun : 1985
Pengkarya : Andy Warhol
Aliran : Pop Art

Karya ini merupakan edisi ke-4. Karya ini hanya menggunakan campuran 4 warna iaitu merah
muda, teal, ungu dan putih. Karya ini menunjukkan Ratu Margrethe II of Denmark. Karya ini
memaparkan komposisi bentuk Ratu yang sama. Perbezaan antara keempat-empat hanyalah
dari segi warna sahaja.
Dari analisis, karya ini terdapat banyak unsur garisan terutama di bahagian rambut dan rantai.
Kombinasi warna keempat-empat wajah Ratu itu dapat memperlihatkan kehebatan dan
ketelitian pengkarya. Pengkarya menggunakan warna kontra untuk menimbulkan wajah Ratu.
Karya ini juga mempunyai unsur keseimbangan bersimetri, yakni karya ini sama dan seimbang
serta berat sebelah.
Dari interpretasi pula, disebabkan pengkarya ini terkenal dengan aliran pop art dan beliau suka
merakamkan watak-watak yang popular, maka kemungkinan karya ini hendak menunjukkan
kewibawaan Ratu yang amat popular pada masa itu, pengkarya ini mungkin mengagumi dan
hormat Ratu ini.
Kesimpulannya, pengkarya ini dapat menyampaikan mesej iaitu kehebatan tokoh dan popularity
Ratu di Denmark itu.

Tema : Blue/ Red


Tahun : 1983
Pengkarya : Victor Vasarely
Aliran : Pop Art
Karya ini menunjukkan sebuah hasil seni yang hanyak menggunakan rupa geometri iaitu rupa
bulatan sahaja dalam membentuk sebuah hasil seni yang dinamakan sebagai blue and red.
Karya ini terdapat pelbagai saiz bulatan, ada yang besar, ada yang leper, ada yang kecil dan
titik-titik bulatan.
Dari segi analisis,pengkarya ini pandai menyusun rupa bulatan iaitu daripada bulatan-bulatan
yang pelbagai disambung dan dibentukkan sehingga menjadi satu bulatan yang besar. Bulatan
yang dihasilkan seumpama dalam bentuk yang bergerak atau dikenali sebagai ilusi pergerakan.
Tambahan pula, karya ini menjadi lebih unik dan bertenaga dengan adanya kombinasi warna
merah dan biru. Kedua-dua warna ini memberi kesan kontra, Ini kerana kedua-dua warna ini
melambangkan suhu warna yang berbeza yakni warna sejuk dan warna panas. Selain itu,
kebijaksanaan pengkarya mengaplikasikan bentuk yang sama dan disusun dengan teratur juga
dapat menimbulkan kesan harmoni dalam karya ini.
Dari sudut interpretasi , karya ini hendak menyampaikan mesej iaitu penyusunan kombinasi
warna dan rupa amat penting untuk menentukan kejayaan seorang seniman, seseorang
pengkarya tidak semestinya melukis padat dan banyak objek dalam satu karya sahaja, tetapi
pengkarya hendaklah tahu mengaplikasikan unsur seni dan prinsip rekaan dalam sesebuah
hasil seni.
Dari sudut penilaian pula, kebijaksanaan pengkarya ini yang menggunakan rupa segi bulatan
dan dikombinasikan dengan warna sejuk dan warna panas telah berjaya menyampaikan
mesejnya. Keperihatinan dan ketelitian pengkarya ini telah berjaya menghasilkan suatu karya
yang istimewa.

11

Tema : The Great Wave of Kanagawa


Tahun : 1832
Pengkarya : Katsushika Hokusai
Aliran : Japanese Artist
Karya ini merupakan karya yang amat terkenal sama ada di Jepun atau di seluruh Asia. Karya
ini menunjukkan 2 buah perahu yang dinaiki oleh sejumlah orang yang sedang mengharungi
ombak yang besar. Manakala datar belakang karya ini terdapatnya Gunung Fuji yang dapat
melambangkan kejadiaan ini berlaku di Jepun.
Segi analisis pula, karya ini mempunyai komposisi yang cantik dan seimbang kerana pengkarya
menggunakan sepenuhnya ruang yang ada. Garisan-garisan yang berulang pada ombak yang
besar ini dapat menimbulkan kesan ilusi dan sekali gus dapat memberi kesan dramatik pada
karya. Warna yang digunakan pada karya ini agar minimum tetapi ia dapat menimbulkan kesan
harmoni dan selesa dipandang.
Sudut interperetasi pula, pengkarya ini hendak menyampaikan mesej bahawa dalam kehidupan
kita, terdapatnya pelbagai cabaran, kerjayaan dan kegagalan seseorang itu amat bergantung
kepada keupayaan dan kemampuan seseorang itu dalam menempuhi cabaran atau rintangan.
Ombak besar ini seumpama satu cabaran, sekira kita dapat menempuhi cabaran itu, maka kita
dapat berjaya dalam kehidupan.
Sudut penilaian pula, karya ini berjaya menyampaikan mesej, iaitu untuk mencapai sesuatu
kejayaan perlulah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran dalam hidup.

12
Tema : The Kiss
Tahun : 1897-1898

Pengkarya : Edvard Munch (1863 1944)


Saiz: 59 x 45.7 cm
Aliran : Ekspressionisme

Karya ini menunjukkan percintaan antara sepasang figura lelaki dan perempuan yang sedang
mencium (kissing) dengan tidak mengira suasana di persekitaran. Aksi mereka berdua ini yang
mesra dan dapat menunjukkan bahawa mereka sedang mengelamun percintaan dan
percintaan ini adalah tulus.
Segi analisis pula,karya ini terdapat unsur penegasan iaitu subjeknya berada ditengah-tengah
dan kelihatan seimbang dengan sekelilingnya dipenuhi dengan garisan-garisan yang
membentuk tekstu. Selain itu, imej iaitu anatomi yang dicetak dalam bentuk 2 dimensi yang
menyerupai rupa atau imej yang tidak mempunyai bentuk yang lengkap dapat dilihat menerusi
karya ini. Karya ini lebih berunsurkan alam khayalan kerana rupa figuranya yang bengkangbengkok.
Sudut interpretasi pula, pengkarya ini hendak menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan
kemuliaan percintaan. Percintaan yang mulia adalah kesanggupan dua pihak saling berkorban.
Mereka perlu saling bantu membantu tanpa mengira tempat dan situasi.
Segi penilaian pula, karya ini memang berjaya menyampaikan mesej iaitu percintaan antara
sepasang kekasih.

Tema : Eight Heads


Tahun : 1922

Pengkarya : Maurits Cornelis Escher ( pelukis grafik)


Saiz : 32.5 x 34 cm

Karya ini menunjukkan lapan muka manusia yang terdiri daripada empat lelaki dan empat
perempuan. Selain itu, dalam karya ini juga terdapat watak sampingan sama ada muka
manusia dibuat secara dalam bentuk menegak atau terbalikkannya. Tetapi watak sampingan
yang dihasilkan oleh pengkarya ini adalah sama dan yang berbaza adalah posisi kedudukan
sahaja.
Karya ini merupakan satu karya yang rumit dan terdiri daripada pelbagai elemen garisan.
Pengkarya ini menggunakan ruang secara maksimum dan efisien. Selain itu, rupa manusia
yang disusun pada jarak yang sama dan rupa menghala ke arah yang sama juga dapat
menghasilkan keadaan harmoni pada karyanya. Di samping itu, karya ini juga terdapat unsur
keseimbangan. Unsur keseimbangan yang ada ialah imbangan tidak simetri. Hal ini kerana
kedua-dua bahagian rupa yang diukir adalah berlainan atau tidak seimbang.
Interpretasi pula, karya ini hendak menunjukkan bahawa dunia ini terdapat pelbagai bangsa dan
budaya serta kuasa yang terdapat pada manusia juga adalah berbeza. Ada yang amat
berpengaruh yang dilambangkan dengan bahagian muka yang besar, manakala juga terdapat
rakyat biasa yang tidak ada kuasa yang dilambangkan dengan rupa manusia yang kecil.
Walaubagaimanapun, kedua-dua pihak ini seumpama satu ayunan pergerakan, kedua-dua
pihak ini memainkan peranan yang penting dan perlu saling tolong menolong demi mancapi
hasratnya.
Penilaiannya, karya ini merupakan karya yang menarik tetapi terdapat banyak isi tersirat
dalamnya. Ia bergantung kepada pemerhati untuk mentafsirkannya.

Anda mungkin juga menyukai