Anda di halaman 1dari 9

2.

Banding

bezakan

Model

Dreikurs dan Model Kounin


Semasa membuat banding bezakan tentang kedua-dua model ini, kami
didapati bahawa kedua-dua model ini berbeza dari segi tujuan, cara pelaksanaan,
kelemahan dan juga kekuatan dan mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

2.1 Tujuan
Dalam aspek tujuan, model Kounin menurut konsep Riak, iaitu apabila
seorang murid akur kepada arahan, murid lain juga akan ikut bersama. Dalam
model ini guru berperanan sebagai pemerintah ataupun raja dalam bilik darjah
dan murid-murid umpama rakyat dalam kelas itu. Model ini mementingkan
kebolehan seseorang guru dalam kawalan kelas dan bukan memberi peluang dan
hak kepada kanak-kanak untuk membuat sesuatu perubahan dan keputusan
secara bebas dalam mengawal kawalan semasa dalam bilik darjah. Model ini
menekankan kuasa seseorang guru yang tegas dan murid-murid akan mengikut
dan menjaga peraturan kelas di bawah pemerintahan guru yang tegas ini. Selain
itu, bukan guru bertindak sebagai reaksi terhadap tingkah laku murid tetapi cara
bagaimana mereka menangani salah laku yang timbul dalam bilik darjah
berkenaan. Di samping itu, model pengurusan kelompok Kounin menekan
organisasi dan perancangan adalah kunci kepada pengurusan bilik darjah yang

baik. Model juga haruslah seiring dengan tindakan yang proaktif guru dan
penglibatan aktif murid.
Menurut Rudolf Dreikurs, tujuannya meloporkan Model Akibat Logikal
adalah mengutamakan kewujudan suasana demokrasi di dalam sesebuah bilik
darjah. Murid-murid yang di dalam kelas perlulah menekankan autonomi untuk
membincangkan salah laku setiap murid serta mencari cara penyelesaiannya,
iaitu menguatkuasakan peraturan bilik darjah bersamaan dengan guru. Mengikut
model Dreikurs, setiap murid diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif
dalam pemberian idea dan pendapat dalam cara menangani masalah tingkah
laku. Dengan itu, bilik darjah yang bersifat autokratik dan permisif adalah tidak
digalakkan dalam pengurusan disiplin. Hal ini kerana manusia adalah makhluk
sosial dan motivasi asas mereka ialah mendapatkan pengiktirafan. Contohnya,
guru

memberi

peluang

dan

menggalakkan

murid-murid

untuk

memberi

pandangan dan pendapat mereka terhadap sesuatu topik atau peristiwa yang
dikemukakan di bilik darjah. Dengan ini, murid akan berasa mereka adalah
dipandang berat oleh guru dan mereka akan bertindak positif dalam bilik darjah.
Guru memberi kebebasan untuk murid-murid untuk membuat keputusan dengan
kebebasan yang maxima. Malahan, murid diberi peluang untuk belajar
bertanggungjawab atas kelakuan sendiri serta memupuk nilai kendiri berdasarkan
kefahamannya terhadap nilai-nilai sosial yang berada di sekelilingnya.
Kita dapat melihat perbezaan yang besar di dalam aspek ini kerana dalam
model Kounin, guru perlu mengawasi persekitaran bilik darjah pada setiap masa
manakala dalam model Dreikurs murid-murid diberi kebebasan dan kuasa
autonomi untuk menjaga kawalan di bilik darjah bersama-sama dengan iringan
guru.
2.2 Cara Pelaksanaan
Dalam bidang cara pelaksanaan model Kounin dapat megemukakan
bahawa seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi
tingkah laku rakan sedarjah yang berada di sekelilingnya. Saya percaya bahawa
keadaan ini selalu berlaku dalam kalangan murid-murid. Fenomena ini adalah
dikenali sebagai kesan riak (ripple effect). Oleh itu, guru harus sedar semua

aktiviti yang berlaku di dalam seluruh bilik darjah dalam setiap masa. Kesedaran
ini adalah dikenali sebagai withitness, sesuatu istilah yang dicipta oleh Kounin.
Untuk mencapai P&P yang lancar, guru harus sentiasa alert dalam kelas
dan sentiasa memerhati perlakuan setiap kanak-kanak. Guru perlu mempunyai
withtiness iaitu berupaya mengawal dan menyelia lebih daripada satu aktiviti bilik
darjah dalam satu masa. Kebolehan guru melakukan dua tindakan pada satu
masa digelar pertindanan.
Manakala

dalam

model

Dreikurs,

langkah

pertama

yang

harus

dilaksanakan oleh guru adalah mengenal pasti motif murid yang berkelakuan
masalah. Di sini boleh nampaknya pengurusan guru adalah berbeza pada masa
yang serentak. Model Dreikurs menekankan guru hendaklah menganalisis motif
serta mencari punca tingkah laku bermasalah murid supaya dapat membuat
perancangan yang teliti untuk membasmikan tingkah laku bermasalah.
Seterusnya, dalam model Dreikurs mementingkan murid perlu memahami
tingkah laku sendiri yang ditunjukkan. Maka guru berperanan untuk memberi
tunjuk ajar dan kesedaran kepada murid yang menghadapi masalah tingkah laku.
Dalam model Kounin pula, kesan gelombang (ripple effect) adalah kesan daripada
teguran atau tidakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan salah laku.
Kesan gelombang akan lebih efektif kepada murid yang lain sekiranya guru
membuat tindakan dengan jelas, tegas dan serius, maka guru tersebut dikatakan
berjaya menguruskan displin bilik darjah dengan lebih berkesan. Guru haruslah
tegas dan bernada serius dalam memberikan arahan. Contohnya, saya mahu
awak buat kerja sekarang. Mimik muka, intonasi dan nada guru membantu
teguran atau tindakan disiplin dijalankan dengan lebih berkesan. Perbezaan di sini
adalah model Dreikurs mementingkan pemahaman setiap murid terhadap tingkah
laku sendiri, malahan model Kounin pula hanya menyatakan salah laku seseorang
murid dan menjadi amaran sahaja kepada murid lain. Kemungkinan murid lain
tidak juga memahami masalah tingkah laku sendiri.
Guru perlu mengawasi persekitaran bilik darjah pada setiap masa dalam
model Kounin. Keutamaan guru dalam model tersebut ialah kelancaran dan
pelaksanaan

aktiviti

untuk

pengurusan

bilik

darjah

yang

baik.

Walaubagaimanapun, model Dreikurs tetap memberikan fokus kepada murid


supaya menukarkan matlamat salah kepada matlamat yang betul. Perubahan
daripada matlamat salah ke matlamat betul memang memberikan manfaat
kepada guru dan setiap murid di dalam kelas.
Mengikut Kounin, guru harus mengelakkan penerangan yang meleret, iaitu
mengulang perkara-perkara yang tidak perlu dan melakukan fragmentasi.
Fragmentasi berlaku apabila guru memecahkan unit-unit kecil sedangkan
pelajaran itu dapat dijalankan secara menyeluruh. Namun demikian, guru yang
menggunakan model Dreikurs sanggup asyik membimbing murid agar mereka
bertanggungjawab terhadap matlamat baru yang ditetapkan. Maksudnya, guru
perlu meleter dan memberi ucapan-ucapan motivasi kepada murid agar dapat
mengubah tingkah laku murid yang bermasalah ke matlamat baru, iaitu belajar
untuk mematuhi peraturan bilik darjah.
Model Kounin sangat mementingkan kelicinan pelaksanaan pengajaran
dengan perkembangan pengajaran yang lancar daripada satu bahagian kepada
bahagian lain. Momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk
bersedia melibatkan diri dalam aktiviti P&P. Guru haruslah mempunyai kebolehan
memberi peralihan yang lancar antara dua aktiviti dan mengekalkan momentum
yang konsisten di dalam aktiviti adalah penting untuk pengurusan kumpulan
dengan berkesan.Momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan
pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti p&p dengan cekap
dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan
berkesan. Di sebaliknya, Dreikurs tetap tidak memutuskan asa dalam membentuk
disiplin kendiri setiap murid yang bermasalah tingkah laku. Beliau menekankan
bahawa guru berperanan membantu murid-murid supaya mereka dapat melihat
akibat tentang tingkah laku masing-masing. Setiap murid perlulah memahami dan
menerima akibat tingkah laku masing-masing yang ditunjukkan. Guru juga perlu
menggalakkkan murid tersebut komited dan bertanggungjawab kepada matlamat
baharu. Selain itu, Dreikurs juga menekankan akibat tersebut hendaklah memberi
kebaikan dan manfaat kepada semua pihak di persekitaran termasuk sendiri.

2.3 Kekuatan
Kounin dan Dreikurs masing-masing telah banyak memberikan sumbangan
terhadap hubungan antara pengurusan bilik darjah dengan tingkah laku murid.
Kekuatan model pengurusan kelompok Kounin sanggup memberi fokus kepada
pengurusan kelompok yang mewujudkan suasana bilik darjah dan persekitaran
pembelajaran yang kondusif. Persamaannya, guru yang mengaplikasikan model
Dreikurs dalam bilik darjah juga mampu mewujudkan suasana bilik darjah yang
positif atas sebab galakan. Kedua-dua model ini memang memberikan
keselesaan kepada murid semasa dalam proses P&P .
Di samping itu, kedua-dua model Krounin dan Dreikurs tidak berunsur
hukuman. Bagi mereka, dendaan dan hukuman tidak sesuai dijalankan di dalam
bilik darjah. Dalam situasi yang berikutnya, Laurence tidak mencatat nota Kimia
dalam kelas Cikgu Fatin. Dengan mengaplikasikan model Kounin dan Dreikurs,
Cikgu Fatin tidak haruslah menggunakan teknik hukuman, tetapi menggunakan
galakan serta motivasi untuk menjadikan Laurence bersemangat dalam mencatat
nota yang diberinya.

Sebagai tambahan, Dreikurs juga tidak mementingkan

pujian, sebaliknya beliau memandang berat terhadap galakan dan dorongan yang
diberi oleh guru. Memang baiklah murid dilatih supaya belajar secara berdikari
dengan menggunakan pengalaman kendiri untuk membina pengalaman baru
berbanding penolakan dan pujian yang diberi oleh guru.
Selain itu, Kounin menitikberatkan variasi strategi dan teknik pengajaran.Oleh
itu, guru digalakkan menggunankan teknik pengajaran yang berbeza, serta
menggunakan bahan bantu mengajar ataupun media untuk tidak membosankan
murid-murid dalam kelas. Sebagai contoh, guru menggunakan video yang
menarik sebagai set induksi dalam pengajaran untuk menarik perhatian muridmurid menyambung pembelajaran mereka. Walau begitu, murid diberi peluang
untuk

memahami

akibat

tingkah

laku

mereka

dalam

model

Dreikurs.

Perbezaannya, Dreikurs lebih mementingkan disiplin yang bersifat individu dan


lebih spesifik, iaitu disiplin kendiri. Hal ini kerana Dreikurs menyatakan disiplin
kendiri merupakan disiplin yang sebenar dan akan memberi manfaat kepada
persekitarannya. Murid juga boleh belajar untuk berdikari dalam proses
pemerolehan disiplin kendiri. Bagi contoh situasi, Michealle mencatat nota

semata-mata untuk menarik perhatian guru yang menyayanginya supaya guru


akan memujinya. Manakala, Kenny menyalin nota dan membuat peta minda yang
terperinci tentang pembelajarannya semata-mata untuk manfaat sendirinya.
Kenny telah mengenal pasti bahawa akibat tingkah laku itu membawa kebaikan
kepadanya dan galakan daripada gurunya hanya adalah motivasi sampingan
sahaja.
Dalam model Dreikurs, autonomi (*Kamus Dewan Edisi Empat: mempunyai
hak atau kuasa sendiri) dipupuk di mana murid harus bertanggungjawab atas
tindakan dan pilihan mereka. Hal ini tidak disenaraikan dalam model Kounin.
Dengan ini, murid yang mengikut model Dreikurs dapat belajar berdikari dan mula
mengenali tanggungjawabnya terhadap sendiri dan orang di persekitarannya.
Misalnya dalam bilik darjah, Robert yang sebagai ketua kelas bertanggungjawab
untuk mengawal keadaan kelas, menolong guru dalam mengumpul buku latihan,
saling

membantu

dengan

rakan-rakan

yang

memghadapi

masalah

dan

sebagainya.
Semasa model Kounin masih menekankan pelancaran proses P&P dengan
perkembangan pengajaran yang kelicinan daripada satu bahagian kepada
bahagian yang lain,manakala, Dreikurs telah memandang berat tentang konsep
kepunyaan terhadap bilik darjah. Dreikurs berasa konsep kepunyaan terhadap
bilik darjah sebagai matlamat utama yang dapat memotivasikan sikap dan tingkah
laku murid-murid.

2.4 Kelemahan
Sumbangan model-model Dreikurs dan Kounin memang tidak boleh
dinafikan. Walakin begitu, kekuatan sesebuah perkara juga mendatangkan
kelemahan di sebaliknya. Kebanyakan guru mendapati pendekatan model Kounin
masih tidak meliputi sistem pengurusan bilik darjah yang sepenuhnya. Antara
kelemahan adalah sukar bagi guru yang perlu mengambil tindakan terhadap dua
atau lebih kelompok pada waktu yang sama. Bagi guru yang menggunakan
pendekatan model Dreikurs juga menghadapi kesukaran yang seiras, iaitu guru
akan memakan masa untuk mengenali motif tingkah laku murid satu demi satu.

Pemerhatian dan mengambil tindakan terhadap salah laku murid satu demi satu
adalah baik dan terperinci. Tetapi malangnya, guru yang terlalu terperinci terhadap
setiap salah laku murid akan kurang memberi fokus kepada masa P&P. Bagi
contoh situasi, Cikgu Aming mendapati sekumpulan murid yang sering
menggangu rakan-rakan lain dalam kelas. Dengan itu, cikgu mula memberikan
perhatian untuk mengenal pasti setiap motif tingkah laku murid-murid tersebut dan
cuba mencarikan idea yang berkesan untuk membasmi salah laku mereka.
Walabagaimanapun, Cikgu Aming pula telah menghabiskan kebanyakan masa
untuk mengenal pasti motif tingkah laku murid dan mengabaikan pengajarannya
di dalam bilik darjah sehingga menjejaskan prestasi murid-murid yang baik itu.
Dalam model Kounin pula, guru yang baru mengendali kelas baru sukar
hendak mengawal gerak geri setiap murid dengan terapi. Bagi contoh situasi, guru
yang baru dalam bidang perguruan tidak menpunyai banyak pengalaman dalam
mengawal gerak-geri setiap muris dengan terapi.

Mengikut analisis terhadap

model Dreikurs, guru akan agak sukar menangani masalah tingkah laku dalam
tempoh yang singkat, terutamanya menghadapi sekumpulan murid yang
bermasalah tingkah laku. Bagi contoh situasi, Cikgu Azhar yang baru dilantik
sebagai guru kelas 5 Matahari pada minggu lepas. Malangnya, masalah disiplin
murid-murid dalam kelas 5 Matahari telah semakin sukar ditangani. Pemerhatian
dan membuat analisis yang tepat memerlukan masa yang agak panjang
disebabkan pengumpulan dan analisis data. Dengan itu, model Dreikurs dan
Kounin telah kekurangan sesuatu prosedur yang ringkas untuk mengenal pasti
serta membasmikan salah laku murid-murid yang bermasalah dalam disiplin
dalam tempoh yang singkat supaya guru tidak bersusah payah serta memakan
masa yang berlebihan dalam menangani masalah disiplin murid.
Selain itu, dalam model kounin, salah laku masih tetap berlaku walaupun
dengan pengawasan yang terbaik daripada guru. Hal ini kerana murid dipengaruhi
oleh banyak elemen selain daripada elemen-elemen di dalam bilik darjah, iaitu
latar belakang, masalah di luar sekolah atau personaliti mereka sendiri. Sama
dengan model Dreikurs, guru sukar untuk memahami dan mengenal pasti motif
utama murid. Hal ini mempunyai persamaan dengan model Kounin kerana
pengumpulan data untuk mengenali motif murid adalah memerlukan data seperti
latar belakang murid di dalam sekolah ataupun di luar sekolah. Oleh kerana

perkembangan seseorang individu amatlah berkaitan dengan persekitarannya,


guru perlulah mengambil berat beberapa aspek yang telah disebut di atas tadi.
Hal ini menjadikan kerja seorang guru tidaklah semudah sebagai pemberi ilmu
sahaja. Guru mengikut kedua-dua model tersebut terpaksa mengambil masa yang
berlebihan untuk mengenali motif murid-murid untuk menjadi pembimbing yang
berautonomi kepada murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai