Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Pada era globalisasi ini, dunia pendidikan manjadi semakin mencabar. Profesion
keguruan bukanlah lagi satu kerjaya yang mudah dan dipandang enteng lagi. Jika dulu,
guru hanya masuk ke kelas dan memuntahkan ilmu kepada murid-murid tapi kini guru
dibebani dengan tanggungjawab dalam melahirkan generasi yang berilmu sejajar
dengan misi dan visi Wawasan 2020. Oleh itu, guru dituntut untuk mengetahui serba
serbi termasuklah pengurusan bilik darjah yang efektif.
Guru yang mengambil peranan dalam membentuk modal insan yang bermadani
untuk Negara, haruslah bijak dalam mengambil langkah untuk menangani murid-murid
dan persekitaran pembelajaran. Guru perlu mengetahui cara untuk mengenal pasti
punca utama kepada masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Hal ini kerana,
kini pelbagai masalah sosial, krisis akhlak dan moral terus menular, merebak dan
mewabak dalam kalangan remaja. Oleh itu, haruslah guru mengambil perhatian dan
tindakan untuk memupuk displin yang baik dalam kalangan murid bagi membendung
hal demikian berlaku sejak dari peringkat awal lagi melalui pendidikan di sekolah.
Pada pandangan saya, disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang
bertujuan untuk membentuk para murid selari kehendak agama, norma-norma
masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Menurut Lindgren (1976) pula,
displin merupakan tindakan dan strategi yang digunakan untuk kekalkan peraturan di
bilik darjah. Guru haruslah mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam bilik darjah
bagi menghadapi dan menguruskan tingkah laku murid melalui menarik perhatian
mereka. Manakala merujuk kepada P. F. Oliva (1956), disiplin merupakan kawalan diri,
kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan tempat bekerja yang teratur, urusan
yang sistematik, cara yang menetapkan peraturan atau hukuman dengan berkesan.
Mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet, salah satu matlamat pendidikan
negara ialah melahirkan rakyat yang berdisiplin. Rakyat yang berdisiplin akan sedar
serta sanggup melaksanakan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, institusi-institusi
dan negara. Rakyat yang berdisiplin adalah penting untuk mewujudkan sebuah
masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan progresif.
Dalam sesebuah bilik darjah, murid yang berdisplin adalah penting untuk menghasilkan
pencapaian objektif pelajaran yang berkesan. Displin bilik darjah yang baik bermakna

suasana bilik darjah yang kondusif dan harmonis akan diwujudkan, maka aktiviti dan
pembelajaran juga dapat dilaksanakan secara sistematik, teratur serta licin.
Secara ringkasnya, displin murid yang baik juga sama erti dengan displin bilik
darjah yang baik. Displin bilik darjah yang baik akan mendatangkan banyak manfaat
kepada pengajaran dan pemelajaran. Antaranya ialah pengajaran-pembelajaran dapat
dijalankan secara lancar,sistematik serta dalam suasana yang kondusif dan berkesan.
Guru dapat melaksanakan rancangan pelajarannya mengikut masa yang telah
ditetapkan tanpa sebarang gangguan. Objektif pelajaran yang telah ditentukan dapat
dicapai dengan berkesan. Nilai-nilai moral dapat dipupuk dengan berkesan dalam bilik
darjah yang berdisiplin. Murid-murid dapat dilatih menjadi rakyat yang berdisiplin dan
berguna.

Anda mungkin juga menyukai