Anda di halaman 1dari 4

PERTANDINGAN SENI VISUAL SEMPENA PERAYAAN HARI GURU

PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2015


1. Tujuan Pertandingan Seni Visual Sempena Perayaan Hari Guru adalah sebagai satu
platform untuk menghasilkan karya-karya terbaik dalam kalangan Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) dan di setiap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) / PPD / Sekolah.
2. Tema :

...Sebuah Ceritera Pendidikan


3. Objektif :
3.1. Mencungkil bakat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dalam bidang Seni Visual.
3.2. Menghargai dan mengenangkan bakat dan kreativiti Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) dalam bidang Seni Visual.
3.3. Menjadi pemangkin bagi memartabatkan bidang Seni Visual di Negeri Perak.
3.4. Memberi motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah agar meminati
bidang seni menerusi latihan kepakaran, pembelajaran dan peluang berkreatif.
4. Tarikh-tarikh Penting (Tentatif)
4.1. Pemakluman Pertandingan/ Pameran
4.2. Tempoh Pemilihan / Pertandingan
4.3. Pengumpulan karya ke PPD
4.4. Tarikh penghantaran ke JPN
4.5. Tarikh pemilihan
4.6. Pameran berlangsung (Hari Guru)

: 03 Mac 2015
: 3 Mac.15 Mac 2015
: 5 Mac 25 Mac 2015
: 27 Mac 2015
: 30 Mac 2015
: 28 Mei

5. Penyertaan
5.1. Penyertaan adalah terbuka dan percuma kepada semua Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Dan
Daerah (PPD) / sekolah yang berminat serta mempunyai bakat kreatif dalam bidang
seni visual.
5.2. Penyertaan adalah secara individu dan semua karya yang dihantar perlu disertakan
dengan Borang Penyertaan yang lengkap berserta gambar karya kepada Urus Setia
Pemilihan / Pertandingan di Peringkat Negeri (JPN)

6. Kategori Karya
6.1. Karya adalah dalam bentuk lukisan, catan dan cetakan sahaja.
6.2. Saiz karya dengan ukuran tidak melebihi 48 in x 48 in dan berat tidak melebihi 25 kg
(termasuk bingkai).
7. Spesifikasi Hasil Karya
7.1. Hasil karya mestilah ciptaan sendiri.
7.2. Keaslian: Hasil karya mestilah dihasilkan daripada idea asal peserta tanpa meniru dari
mana-mana karya seni visual yang sedia ada.
7.3. Hasil karya tidak boleh sama sekali mengandungi unsur-unsur negatif dan yang
menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan dan keagamaan.
7.4. Lukisan digital atau seni grafik yang diadaptasi menggunakan komputer TIDAK
dibenarkan. Seni Grafik secara manual adalah dibenarkan.
7.5. Semua karya yang dihantar perlu dibingkaikan.
8. Kos Penghantaran dan Pemulangan Karya
8.1. Kos penghantaran dan pemulangan/pos hasil karya ke pusat pemilihan di peringkat
negeri (JPN) untuk pemilihan adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.
9. Pengadilan Pemilihan / Pertandingan
9.1. Setiap penyertaan akan dinilai oleh panel pengadil yang dilantik oleh Urus Setia
Pemilihan / Pertandingan Peringkat Negeri (JPN). Keputusan panel pengadil adalah
muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
9.2. Pemenang terdiri daripada:
Tempat Pertama
Tempat Kedua
Tempat Ketiga
Saguhati ( Dua )

10. Syarat-Syarat Lain Dari Penganjur


10.1. Pihak penganjur berhak untuk menerbit dan mencetak semula dalam bentuk
penerbitan untuk tujuan promosi dan sebagainya.
10.2. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya hilang atau rosak semasa
proses penghantaran.
10.3. Peserta dinasihatkan menginsurankan karya mereka bagi tempoh sebelum, semasa
dan selepas pameran.
10.4. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan, kecacatan dan
kerosakan yang berlaku selepas tempoh tersebut.
11. Alamat Urus Setia Pemilihan / Pertandingan Seni Visual Perayaan Hari Guru
Urus Setia
Pameran Seni Visual
Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2015
Sektor Pengurusan Akademik
Pendidikan Perak Jabatan Pelajaran Perak,
Bangunan Maybank Trust,
Jalan Tun Sambanthan,
30010 Ipoh Perak Darul Ridzuan
No. Telefon : 05-2414000
No. Faks : 05-2421834 (u.p. Encik Mohd Fadzil bin Ibrahim)

Anda mungkin juga menyukai