Anda di halaman 1dari 6

SULIT

1249/2

Bahagian A
[20 markah]
Jawab semua soalan.
1. Menurut ajaran Islam, peperangan tidak dibenarkan, namun orang Islam masih dibolehkan
berperang. Ini terbukti apabila antara tahun 622 M hingga 630M, terdapat beberapa siri
peperangan antara orang Quraisy Makkah dengan orang Islam contohnya Perang Badar
(624M), Perang Uhud (625M), Perang Khandak (627M) dan Perang Tabuk (630M)
(a) Mengapakah peperangan dibenarkan di dalam Islam ?

..
[2 markah]
(b) Jelaskan garis panduan peperangan dalam Islam.

[2 markah]
(c) Peperangan banyak membawa kemusnahan dan kesengsaraan dalam kehidupan manusia.
Buktikan
.
.
[2 markah]
(d) Sebagai seorang pemimpin sebuah negara, apakah langkah yang akan anda ambil untuk
mengelakkan berlakunya peperangan?

.
[2 markah]
2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

1249/2

(e) Dewasa ini ramai anak muda terpengaruh dengan gerakan militan untuk berjihad bersama
ISIS dalam peperangan di Syria dan Iraq.
Sebagai generasi muda yang taat kepada negara, bagaimanakah anda dapat mengelak diri
anda agar tidak terjebak dalam gerakan tersebut ?

...

[2 markah]

2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

1249/2

2. Jadual berikut menerangkan perkembangan gerakan nasionalisme yang berlaku di


Thailand .

Gerakan Nasionalisme di Thailand


Tahap Pertama

Berlaku Revolusi Thai 1932

Tahap Kedua

Nama Siam ditukar kepada Thailand

(a) Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand dianggap unik berbanding negara-negara


lain di Asia Tenggara ?

.
[ 1 markah ]
(b) Nyatakan perbezaan antara gerakan nasionalisme tahap pertama dengan tahap kedua di
Thailand.

[ 2 markah ]
(c) Sistem pemerintahan di Thailand mempunyai beberapa persamaan dengan negara kita.
Buktikan.
.
.
.
.
[ 3 markah ]
2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

1249/2

(d) Jika anda menjadi pemimpin sebuah negara, apakah langkah-langkah yang anda
lakukan untuk mengekalkan kemerdekaan dan kestabilan negara.
.
..
.
..
.
[4 markah ]

Bahagian B
2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

1249/2

[20 markah]
Jawab Satu soalan sahaja
3.

Hijrah berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud meninggalkan
satu tempat untuk menuju ke tempat lain. Ada di kalangan ahli bahasa yang memberi erti
hijrah adalah merangkumi hijrah jasmani dan hijrah rohani. Hijrah amat terkenal di
kalangan umat Islam kerana ia berkait rapat dengan peristiwa perpindahan Rasulullah
s.a.w daripada Makkah ke Madinah. Sehingga kini peristiwa hijrah masih berlaku dalam
kehidupan manusia.

(a)

Apakah perbezaan penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah dengan penghijrahan


yang berlaku pada hari ini ?
[4 markah]

( b)

Pada pandangan anda, mengapakah pandangan orientalis Barat yang mentafsirkan


peristiwa hijrah sebagai satu pelarian perlu ditolak ?
[4 markah]

( c ) i Pada pendapat anda, apakah tindakan Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam berhijrah
ke Madinah merupakan satu langkah yang wajar. Berikan alasan anda
[ 6 markah]
ii Berdasarkan pemahaman anda mengenai peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan
orang Islam Makkah, bagaimanakah anda mengaplikasikan konsep hijrah sebagai seorang
pelajar yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kelak. Huraikan.
[6 markah]
4.

Gambar berikut menunjukkan akhbar dan majalah yang terdapat di Malaysia dari
sebelum merdeka hingga kini

Terbit sebelum merdeka

Terbit selepas merdeka

Media massa seperti akhbar dan majalah memainkan peranan penting dalam masyarakat.
2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

1249/2

Sebelum merdeka pengaruh akhbar dan majalah seperti Al-Imam, Al-Ikhwan, Saudara,
Warta Malaya, Majalah Guru dan Pengasuh berperanan menyemarakkan semangat
nasionalisme di Tanah Melayu kerana berupaya menyebarkan idea-idea nasionalis serta
menanam perasaan anti penjajah kepada rakyat.
(a)

Nyatakan isu-isu yang dibawa oleh akhbar bagi membangkitkan semangat nasionalisme
masyarakat sebelum merdeka.
[4 markah]

(b)

Huraikan peranan media massa kini dalam kehidupan.


[4 markah]

( c ) i. Bandingkan kemajuan teknologi media massa sebelum merdeka dengan era globalisasi.
[6 markah]
ii. Sejak kebelakangan ini, kemajuan teknologi semakin pesat berkembang mengikut
peredaran zaman.
Pada pendapat anda bagaimanakah cara untuk memastikan tidak berlakunya sebarang
penyalahgunaan teknologi dalam kalangan rakyat Malaysia?
[6 markah]
5.

Ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka mempunyai


persamaan dengan ciri-ciri negara moden pada hari ini.

(a)

Terangkan empat ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.

banyak

[8 markah]
(b)

Bagaimanakah undang-undang dalam Kesultanan Melayu Melaka berjaya menjadikan


Melaka sebuah kerajaan yang gemilang ?
[4 markah]

(c) i. Pada pendapat anda, apakah syarat penting mewujudkan negara dan bangsa yang makmur?
[4 markah]
ii. Negara dan bangsa Malaysia dianggap unik. Berikan alasan anda.
[4 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT


2015 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Perak

[Lihat halaman sebelah

SULIT

Anda mungkin juga menyukai