Anda di halaman 1dari 2

POLIGAMI

Semoga kita semua sentiasa didalam naungan Rahmat dan Kasih SayangNya. Buat
pertama kali ummi menulis sesuatu yang jarang berlaku di dalam masyarakat apabila
seorang isteri memohon suaminya berpoligami dan isteri sedia untuk mencarikan calon
isteri buat suaminya.
Bukan lah semudah mengungkap kata, "bang,kahwin la seorang lagi." Sebelum isteri
berkata begitu, isteri telah bermujahadah, telah mohon petunjuk dan bertawakkal
kepada Allah. Setiap saat isteri bermonolog dengan penciptanya, berdoa agar terus di
mantapkan iman dan menetapkan hati di dalam membuat keputusan. Memang sesuatu
yang jarang berlaku, apabila isteri yang menyaran suaminya agar berpoligami. Maka bila
isteri mengusulkan perkara ini, bermakna isteri itu telah bersedia. Hanya mungkin suami
yang belum bersedia,maka dia masih seseolah dalam kejutan. Adakah benar apa yang
didengar dari mulut isterinya ini.
Inilah paradigma yang sukar untuk dilakukan di dalam masyarakat hari ini.
Menyarankan pada suami untuk berpoligami. Seseorang isteri menyarankan suaminya
berpoligami bukanlah bersebab, bukan mesti ada sebab kerana kekurangan diri atau
sebagainya. Isteri mahu meningkatkan kualiti dalam beramal, dan menjadikan dengan
bersabar, menjaga hati dari sifat tercela di dalam pergaulan hubungan sesama manusia
sebagai satu ibadah kepada Allah SWT. Memag fitrahnya, pasti akan ada sifat tamak,
cemburu, ingin menguasai, buruk sangka di dalam hati manusia. Tetapi itu semua
merupakan jalan-jalan pintu syaitan untuk menghasut manusia menjadi orang yang
dilaknat oleh Allah.
Maka jika kita berusaha menjaga hati dan diri dari sifat tercela ini, menjaga hati dari
dimasukki oleh syaitan maka, itu juga merupakan satu ibadah kepada Allah. Bermakna
isteri menyarankan suami berpoligami kerana Allah semata-mata. Ini yang dikatakan
berpoligami tanpa sebab. Jika orang bertanya pun, pasti isteri atau suami tidak
mempunyai jawapan,kenapa mahu berpoligami. Bukan kerana kurang kasih sayang,
bukan kerana nafsu, bukan kerana tidak ada anak, bukan kerana sudah hambar dalam
hubungan kasih sayang atau apa sahaja.
Hubungan suami isteri tetap hangat, mesra, intim dan bahagia. Tidak ada apa-apa
kekurangan. Selama usia perkahwinan, hingga saat menyarankan suaminya berpoligami,
isteri ditatang bagaikan mutiara, permata dan kaca oleh suaminya. Saling menyayangi
dan mencintai. Kasih sayang dan cintai itu sangat utuh tanpa tergugat dalam apa jua
keadaan. Semua ini terdidik kerana sifat saling percaya mempercayai yang ditanam sejak
berumahtangga. Tidak ada sekelumit pun sifat curiga di dalam hati terhadap kasih
sayang dan cinta di hati suami isteri.
Maka baik isteri atau suami mahu menjadikan berpoligami ini sebagai satu ibadah
kerana Allah semata-mata. Semoga apa yang diinginkan oelh suami atau isteri diredhai
Allah dan terus memantapkan iman dan hati di jalan Allah. Semoga isteri yang hadir
nanti akan lebih mengintimkan kasih sayang dan cinta antara 3 manusia ini. Ya Allah,
mantapkan, sempurnakan iman mereka dan tetapkan mereka dijalan MU,Ya Allah.
Peliharan mereka agar sentiasa berada di dalam Islam, Iman,Ihsan yang sempurna dan

mati di dalam redha MU.

Anda mungkin juga menyukai