Anda di halaman 1dari 38

Sabaryah et.

al, 2014 | EED3104

EED 3104: KURIKULUM SEKOLAH RENDAH


Perbandingan KLSR dengan KBSR dan K BSR
dengan KSSR dari aspek komponen kurikulum

Penulis:
Sabaryah@Sabariah Binti Shafiee
Roslawati Binti Baharom
Ruziah Binti Ahmad
Afsah Binti Rahim

J44884
J44972
J44949
J44851

Pensyarah:
Prof. Dr. Umi Kalthum Abdul Manaf
Jabatan Pengajian Asas Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang Selangor D.E.
Program Pensiswazahan Guru
Bachelor Pendidikan
[Pendidikan Sekolah Rendah] dengan
Kepujian [Bahasa Melayu]
Semester 5 [2014/2015]

Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 1

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

SENARAI KANDUNGAN
1.0

Muka Surat

Latar belakang tajuk

1.1

Pendahuluan...................................................................................... 4

1.2

Definisi kurikulum

2.0

Komponen kurikulum................................................................................... 7

3.0

Perbandingan di antara KLSR (1955-1982) dengan KBSR (1983-1992)

4.0

12

3.1

Bahan................................................................................................. 12

3.2

Bentuk

3.3

Organisasi.......................................................................................... 13

3.4

Kandungan

3.5

Peruntukan masa................................................................................ 15

3.6

Pedagogi

3.7

Pentaksiran........................................................................................ 16

3.8

Pengurusan kurikulum

12

13

16

17

Perbandingan di antara KBSR (1993-2010) dengan KSSR (2011-2015)..... 18


4.1

Bahan

19

4.2

Bentuk............................................................................................... 19

4.3

Organisasi

4.4

Kandungan........................................................................................ 23

4.5

Peruntukan masa

4.6

Pedagogi............................................................................................ 24

4.7

Pentaksiran

4.8

Pengurusan kurikulum...................................................................... 26

4.9

Komponen lain yang berkaitan

21

24

25

26

5.0

Ringkasan: KLSR dengan KBSR dan KBSR dengan KSSR.....................

31

6.0

Kesimpulan

32

7.0

Rujukan......................................................................................................... 33

8.0

Lampiran

34

Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 2

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

PERBANDINGAN KLSR DENGAN KBSR [KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH]


DAN KBSR [KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH] DENGAN KSSR
DARI ASPEK KOMPONEN KURIKULUM

1.0 LATAR BELAKANG TAJUK


Penulisan kami kali ini bertumpu kepada perbandingan di antara Kurikulum Sekolah
Rendah (KSR) di Malaysia. Bagi tujuan pembentangan, pengisian akan dipecahkan
kepada 3 bahagian utama iaitu:Komponen Kurikulum
Perbandingan KSSR dengan KBSR
Perbandingan KBSR dengan KSSR
Pembentangan akan dimulai dengan mendefinasikan kurikulum secara umum sebelum
menyingkap tabir komponen kurikulum secara khusus. Komponen kurikulum yang
dimaksudkan pula adalah komponen KSR iaitu:Kurukulum Lama

- KLSR

Kurikulum Baru

- KBSR

Kurikulum Bersepadu

- KBSR

Kurikulum Standard

- KSSR

Seterusnya, kami akan menerangkan perbandingan di antara KLSR dengan KBSR


sebelum meninjau perbandingan di antara KBSR dengan KSSR. Perbandingan akan
mengusulkan beberapa ciri perbezaan dan persamaan.
Sebagai penutup, kami akan meringkaskan isi penting perbandingan di antara KLSR
dengan KBSR dan KBSR dengan KSSR dalam bentuk jadual sebelum kesimpulan.
[Rentetan sejarah perkembangan KSR boleh dirujuk di lampiran akhir muka surat].
Beberapa singkatan abjad kata akan digunakan untuk melancarkan penulisan. Singkatan
ini ada dilampirkan di akhir muka surat sebagai rujukan.

Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 3

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

1.1 PENDAHULUAN
Secara ringkasnya, KSR di Malaysia berevolusi mengikut peredaran masa dan zaman
seperti Rajah 1. Kurikulum ini bermula secara rasmi pada 1955. Oleh itu, kurikulum
sebelum tahun tersebut boleh dianggap sebagai kurikulum tidak rasmi atau non-formal
bagi persekolahan di Tanah Melayu.
KLSR 1955-1982 kurikulum lama
1956 Penyata Razak & 1960 Penyata Rahman Talib
1973 Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan
1979 Laporan/Penyata Mahathir dikeluarkan

KBSR 1983-1992 kurikulum baru


1988 Falsafah Pendidikan Negara digubal
1988 KBSR dicapai sepenuhnya di semua SR
1991 Wawasan 2020 diperkenalkan

KBSR 1993-2010 kurikulum bersepadu


2003 KBSR diberi semakan
2006-2010:Pelan Induk Pembangunan Pendidikan [PIPP]
2008 PPK menjadi Bahagian Pembangunan Kurikulum

KSSR 2011-2025 kurikulum standard


2013-2025:Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2016 semakan semula KSSR

Rajah 1: Perkembangan Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia

Setiap kurikulum dipelopori oleh agenda tertentu pemimpin. Pelopor utama KSR adalah:KLSR - Laporan/Penyata Razak 1956 & Penyata Rahman Talib 1960
KBSR - Penyata Mahathir 1979 & Falsafah Pendidikan Negara 1988
KBSR - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan: 2006-2010 & Wawasan 2020
KSSR - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: 2013-2025
& Pelan Transformasi Negara (KPM, 2012).

Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 4

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

1.2 DEFINISI KURIKULUM


Kurikulum mempunyai pelbagai definisi. Apa yang masyarakat tanggap sebagai sesuatu
yang penting kepada pendidikan untuk P&P, maka tujuan kepentingan tersebut boleh
dibentuk menjadi sebuah kurikulum (UNESCO, 2009). Di bawah ini kami terjemahkan
beberapa definisi mengikut peredaran masa daripada Bab 1 terbitan Sage Publication:1902: John Dewey. Kurikulum adalah kesinambungan pembentukan yang
bermula dari pengalaman semasa kanak-kanak sehingga kepada kenyataan dari
badan bertauliah seperti daripada kajian...semua itu adalah dapatan kajian ianya
adalah satu perlumbaan (ms.11-12)
1918: Franklin Bobbitt. Kurikulum adalah keseluruhan pengalaman, secara
langsung dan tidak langsung, untuk menyerlahkan kebolehan individu (m. 43)
1935: Hollis Caswell (dalam Caswell & Campbell). Kurikulum adalah semua
pengalaman kanak-kanak semasa berada di bawah bimbingan para guru...bukan
sahaja terhad kepada kandungan pelajaran, tetapi adalah suatu proses atau
prosedur (ms. 66, 70)
1957: Ralph Tyler. Kurikulum adalah semua pengalaman pembelajaran terancang
dan diarahkan oleh sekolah untuk mencapai objektif pendidikan (m. 79)
2006: D. F. Brown. Semua pengalaman persekolahan murid berhubungan dengan
peningkatan kemahiran dan strategi pemikiran kritikal dan kreatif, penyelesaian
masalah, bekerjasama dengan yang lain, komunikasi yang baik, penulisan yang
berkesan,

membaca

secara

menganalisa,

dan

membuat

kajian

untuk

menyelesaikan masalah
2009: E. Silva. Kurikulum adalah suatu penekanan kepada murid tentang apa
yang mereka boleh buat dengan pengetahuan berbanding dengan kandungan
pengetahuan yang mereka perolehi, ianya adalah intipati kemahiran di alaf 21
2010: Indiana Department of Education. Kurikulum bermaksud perancangan
interaksi murid bersama arahan kandungan, bahan, sumber, dan proses untuk
penilaian objektif pembelajaran.

Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 5

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

Disebabkan kepelbagaian definasi dan variasi kurikulum, maka pihak Kementerian


Pelajaran Malaysia (KPM) telah mendefinasikan kurikulum mengikut acuan sendiri. Bagi
SR di Malaysia, kurikulum didefinasikan menurut Akta Pendidikan 1996 (IAB, 2007)
sebagai:Satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari
segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menyampaikan pengetahuan (KPM,
2012).
Aspek KSR menekankan kepentingan J.E.R.I. [Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek]
murid. Kesemua KSR di Malaysia sekarang ini adalah kurikulum rasmi. Ia kurikulum
yang wujud (absent curriculum) dan adalah juga sejenis kurikulum yang eksplisit
(explicit curriculum) (PTGMedia); yang mengandungi arahan, langkah dan prosedur
yang telah ditetapkan, untuk dilaksanakan dengan objektif P&P dan keberhasilan
pembelajaran yang nyata mahupun yang tersembunyi. KSR di Malaysia juga boleh
dijeniskan seperti kategori di bawah (SagePub):Kurikulum bertulis

Written curriculum

Kurikulum yang diajar

Taught curriculum

Kurikulum yang disokong

Supported curriculum

Kurikulum yang telah diuji

Tested curriculum

Kurikulum yang dipelajari

Learned curriculum

Kurikulum yang dimaksudkan

Intentional curriculum

Kurikulum yang dipersetujui

Agreed curriculum

Kurikulum yang dianjurkan

Recommended curriculum

Kurikulum objektif

Objective curriculum

Kurikulum yang beroperasi

Operational curriculum

Kurikulum berdasar pengalaman

Experienced curriculum

Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 6

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

3.0 KOMPONEN KURIKULUM


Komponen kurikulum sebenarnya boleh dilihat dari beberapa aspek/sudut. Contohnya,
komponen tersebut boleh dilihat dari jenis kurikulum yang dimaksudkan seperti Rajah 2.
Di dalam komponen tersebut terdapat kurikulum yang tersembunyi, di mana murid
mempelajari dan mengutip sendiri isi pembelajaran yang rasmi dan tidak rasmi di
sekelilingnya secara sendiri.

Rajah 2: Perkaitan di antara jenis-jenis kurikulum. (Sumber: SagePub)

Di dalam bidang pendidikan SR, kurikulum adalah suatu bidang yang meliputi segala hal
yang berkaitan dengan pengajaran guru dan pembelajaran murid, seperti fokus,
Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 7

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

pendekatan, kaedah, keberhasilan, suasana, susunan bilik darjah, masalah dan gangguan
dalam P&P.
Berikut adalah komponen yang terlibat dalam sebuah kurikulum:1. KURIKULUM

[ Ka, Kp, Kt ]

Kurikulum yang diarahkan/dianjurkan


Kurikulum yang dipelajari murid
Kurikulum yang tersembunyi

2. GURU

[G]

Guru adalah sebahagian daripada komponen kurikulum. Tanpa guru kurikulum


tidak akan dapat disampaikan kepada murid.

3. MURID

[M]

Murid adalah sebahagian dari komponen kurikulum. Tanpa murid kurikulum


tidak mempunyai kepentingan kerana tujuan utama kurikulum diwujudkan ialah
untuk menjana murid.

4. SALURAN
1. Saluran (penyampaian) guru

[ SG ]

Guru harus menggunakan saluran tertentu untuk menyampaikan maksud


kurikulum yang dianjurkan oleh KPM kepada murid. Saluran utama yang
digunakan guru adalah deria mulut untuk berkomunikasi menyampaikan
pengajaran sebagai pengisian kepada kurikulum.
2. Saluran (penerimaan) murid

[ SM ]

Murid juga harus menggunakan saluran deria mereka dalam pembelajaran


untuk menerima pengajaran guru. Deria utama murid yang terlibat adalah
telinga untuk mendengar, mata untuk melihat tindakan guru, minda untuk
berfikir dan otak untuk menyimpan maklumat P&P atau kurikulum yang
dianjurkan dalam bentuk softcopy. Apa yang telah dipelajari murid akan

Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 8

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

menjadi sebagai kurikulum yang dipelajari. Ini termasuk kurikulum


tersembunyi yang dilontarkan semasa P&P dilakukan.

5. BAHAN/MEDIA/MEDIUM
1. Bahan Guru untuk mengajar murid

[ BG ]

Guru menggunakan alat atau bahan bantu mengajar seperti RPH, papan putih,
video dan audio persembahan, ujian, kuiz, Pakej Pengajaran Berasaskan
Komputer [PPBK], lembaran kerja murid, soalan, latihan dan sebagainya yang
difikirkan perlu untuk mencapai objektif kurikulum.
2. Bahan Murid untuk menyerap pengajaran guru

[ BM ]

Murid juga perlu bahan tertentu sebagai rujukan seperti buku teks, buku
latihan, pen, pensil dan pemadam untuk menyerap dan menyalin pengajaran
guru dalam bentuk hardcopy.

6. TINDAKAN/PELAKSANAAN
1. Tindakan Guru Kaedah, Pendekatan, Pedagogi
Dalam

melaksanakan

kurikulum,

guru

harus

bertindak

melakukan

penyampaian P&P. Tanpa tindakan dari guru, kurikulum yang dianjurkan


tidak akan dapat disampaikan kepada murid. Tindakan dari guru ini akan
melibatkan kaedah, pendekatan dan pedagogi dari guru terbabit. Tindakan ini
adalah salah satu komponen kurikulum.
2. Tindakan Murid
Tindakan dari murid untuk menyerap P&P juga adalah penting. Sejauh mana
murid memahami apa yang guru ajarkan akan diuji dan dinilai oleh guru atau
secara berpusat. Tanpa kehadiran murid dan tindakan daripada murid, maka
kurikulum yang diajarkan tidak akan kesampaian.

7. TEMPAT (pelaksanaan kurikulum)


Ruang atau platform pembelajaran seperti bilik darjah dan makmal sains adalah
juga salah satu komponen kurikulum. Tanpa kelas atau ruang yang tertentu, murid

Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 9

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

tidak akan dapat mengikuti P&P. Murid dan guru harus hadir di tempat yang sama
semasa penyampaian kurikulum dilakukan.

8. MASA (pelaksanaan kurikulum)


Masa penyampaian dan penerimaan kurikulum harus berlaku secara serentak.
Peruntukan masa adalah salah satu daripada komponen kurikulum.

7=TEMPAT

Ka

1=

BG

BM

5=

2=

5=

Kp

1=

SG

4=

6=Tindakan Guru:

Ajar

3=

SM

4=

6=Tindakan Murid:

Kt

Belajar

8=MASA

1=

K=Kurikulum G=Guru M=Murid S=Saluran B=Bahan


Rajah 3: Perhubungan Komponen Kurikulum

Keseluruhan komponen 1 hingga 8 akhirnya akan membentuk apa yang kami katakan
sebagai erti sebuah kurikulum yang lengkap. Jika salah satu daripada komponen ini tidak
hadir, maka kurikulum tersebut akan menjadi pincang dan tidak relevan; kerana
kurikulum adalah suatu proses lengkap yang mempunyai input, proses serta output. Di
dalam 3 proses ini akan ada badan tertentu, subjek dan objek, media, instrumen dan

Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 10

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

saluran yang digunakan, yang menjadikannya sebagai entiti atau komponen untuk
melengkapkan kurikulum tersebut (seperti di dalam Rajah 3).
Dengan demikian dapatlah kita simpulkan bahawa komponen kurikulum mempunyai
skop yang sangat meluas. Komponen kurikulum sebenar meliputi pelbagai aspek yang
nyata dan tersembunyi.
Merujuk kepada KSSR, komponen KSR boleh dibahagikan seperti berikut (BPK):Bahan

Bentuk

Organisasi

Kandungan

Peruntukan Masa

Pedagogi

Pentaksiran

Pengurusan kurikulum

Rajah 4: Kompen KSSR (Sumber: KPM)

Oleh kerana komponen KSSR ini telah dijadikan piawaian (standard), maka kami akan
menggunakannya sebagai garis panduan dalam membentangkan perbandingan di antara
KLSR dengan KBSR dan KBSR dengan KLSR yang akan dibincangkan di bab
seterusnya nanti.
Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 11

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

4.0 PERBANDINGAN DI ANTARA KLSR (1955-1982) DAN KBSR (1983-1992)


Kurikulum formal di Malaysia dianggap bermula pada tahun 1955 dengan tertubuhnya
Jawatan Kuasa Pendidik yang dibentuk pada tahun tersebut. Jawatan Kuasa Pendidik
telah menyerahkan usulnya ke dalam Majlis Mesyuarat Perundingan Persekutuan pada
1956. Usul ini telah dipersetujui dengan sebulat suara dalam keluaran Laporan Razak
atau Penyata Razak pada 1956. Daripada usul dan laporan ini maka lahirlah Dasar
Pelajaran Kebangsaan atau Akta Pelajaran pada 1957 (PMR, 2012).
Oleh itu, kurikulum sebelum tahun tersebut boleh diandaikan sebagai kurikulum tidak
rasmi atau tidak formal, walaupun pembelajarannya berlaku secara formal kerana ianya
tidak berpusat kerana tiada standard kandungan tetap untuk setiap sekolah pada masa
tersebut. Kurikulum rasmi ini pula telah dikuatkuasakan pada 1973 oleh penubuhan Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK).
4.1 BAHAN
Sebagai perbandingan pertama, banyak bahan yang digunakan dalam KLSR pada
awalnya datang daripada guru individu dan juga sekolah, manakala di dalam KBSR
bahan kurikulum datang dari pusat pembelajaran di bawah selenggaraan KPM. Bahan
mengajar guru dalam sistem KLSR menggunakan kapur dan papan hitam. Semasa KBSR
papan putih dan pen marker digunakan. Dengan penambahan MP dalam KBSR, secara
tidak langsung bahan P&P juga bertambah. Guru KBSR misalannya, menggunakan RPH,
video dan audio persembahan, bilik audio, projektor dan skrin projektor, makmal
komputer dan makmal ujikaji sains. Semasa KLSR, bahan seperti ini belum wujud lagi
dalam sistem persekolahan mereka.
4.2 BENTUK
KLSR tidak mempunyai bentuk yang tertentu kerana pengajaran pada awalnya di susun
secara rawak oleh sekolah dan guru masing-masing. Jika pun ada, mungkin dibuat pada
1956 di mana General Syllabuses & Timetable Committee ditubuhkan. Namun, secara
asasnya KLSR telah memberi rekabentuk idea kepada susunan KBSR. Di dalam KBSR,
Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 12

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

KPM telah mengambil inisiatif dengan adanya PPK untuk membentuk rangka KBSR.
Rekabentuk KBSR pada mulanya adalah secara linear (menegak) yang terdiri daripada
bidang:Komunikasi
Manusia dan Alam Sekeliling
Perkembangan Diri Individu
Asas Komunikasi KBSR ini datang daripada Ejaan, Bacaan, Tulisan, Karangan, Ilmu
Hisab dan Congak. Asas Manusia dan Alam Sekeliling datang daripada Ilmu Alam dan
Perkembangan Diri Individu datangnya daripada Latihan Jasmani.
4.3 ORGANISASI
Organisasi KLSR tidak nyata. Hanya semasa KLSR dilaksanakan, kerusi dan meja
disusun dalam barisan di mana pelajar yang rendah, bertubuh kecil dan kurang
penglihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan. Pelajar yang besar dan tinggi di
bahagian belakang. Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran
yang lebih berfokus kepada guru. Kelas juga adalah agak kecil bilangan muridnya.
Di dalam sistem KBSR, organisasi kurikulum di susun kepada 2 tahap. Tahap I untuk
murid tahun 1-3 dan Tahap II untuk murid tahun 4-6. Sesuai dengan peredaran masa dan
pertambahan penduduk semasa KBSR dilaksanakan, kelas telah ditambah kerana
muridnya bertambah. Maka, kelas telah mula diasingkan kepada 3 aras pencapaian murid
iaitu pandai, sederhana dan lemah, di mana mereka di tempatkan di kelas A, B atau C.
Organisasi KBSR pula lebih berpusat kepada murid.
4.4 KANDUNGAN
KLSR telah dimulakan dengan menekan prinsip asas 3M kerana ramai di kalangan
penduduk tidak tahu membaca, menulis, dan mengira pada zaman pendudukan British di
Tanah Melayu. Prinsip pelajaran asas 3M tersebut ialah (Jadual 1):Membaca

Ejaan, Bacaan
Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 13

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

Menulis

Tulisan, Karangan

Mengira

Ilmu Hisab, Latihan Congak

MP Tambahan

Latihan Jasmani, Ilmu Alam

Mata pelajaran (MP) ini telah menjadi intipati asas atau kurikulum dasar kepada KLSR.
Semasa KBSR dimulakan pada 1983, pihak KPM telah mengukuhkan prinsip asas 3M
tersebut dengan melakukan beberapa penambahan kepada MP yang diajar.

Darjah I

Darjah II

Darjah III

Darjah IV

Masa

Menulis

Menulis

Ejaan

Bacaan

7.00 7.30 pg

Ejaan

Menulis

Bacaan

Mengarang

7.30-8.00 pg

Ejaan

Bacaan

Mengarang Mengarang

8.00-8.30 pg

Bacaan

Ejaan

Mengarang Ilmu Hisab

8.30-9.00 pg

Ilmu Hisab Ilmu Hisab Ilmu Alam

Latihan Jasmani
Ilmu Alam
Latihan Congak

9.00-9.30 pg
9.45-10.30 pg
10.30-11.00 pg

Jadual waktu Sekolah Vernakular Melayu (1980)


Nordin Tahir, JIP

Jadual 1: Jadual lama KLSR (Tahir, EDU3101)


Mata Pelajaran (MP) yang harus dipelajari murid di dalam kurikulum baru adalah lebih
banyak berbanding dengan kurikulum lama. Mata pelajaran ini menjadi intipati kepada
KSR

seterusnya

dengan

beberapa

semakan

semula,

pengubahsuaian

dan

penambahbaikan. Mata pelajaran KBSR tersebut ialah (Ahmad, 2012):1. Bahasa Melayu

sebelumnya diajar dalam bentuk EBTK

2. Bahasa Inggeris

MP tambahan

3. Sains

MP tambahan

4. Matematik

sebelumnya, Ilmu Hisab & Latihan Congak


Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 14

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

5. Sejarah

MP tambahan

6. Pendidikan Jasmani

sebelumnya adalah Latihan Jasmani

7. Seni Lukisan

MP tambahan

8. Pengetahuan Agama Islam

tambahan (untuk murid Melayu)

9. Pendidikan Moral

MP tambahan (untuk murid bukan Melayu)

10. Geografi

sebelumnya adalah Ilmu Alam

11. Kemahiran Hidup

MP tambahan

12. Elektif: Bahasa Arab, Cina, India

Elektif tambahan

Dengan penambahan kepada kandungan pelajaran, bahan yang digunakan dalam P&P,
seperti buku teks dan buku latihan murid juga bertambah secara tidak langsung. Sukatan
pelajaran KLSR adalah agak sempit. KBSR pula melakukan perubahan yang agak
mendadak dengan mengenalkan banyak MP kepada murid.
Di dalam KLSR semua MP diwajibkan. Di dalam KBSR, selain dari MP wajib, ada MP
yang dijadikan sebagai elektif atau MP pilihan iaitu mata pelajaran Bahasa Cina, India
dan Arab. Sistem KLSR tiada penekanan elektif bahasa.
Sistem KBSR menekankan komponen nilai-nilai murni. Oleh itu, murid bukan Islam
diwajibkan mengikuti kelas Pendidikan Moral, manakala murid Melayu diwajibkan
menghadiri kelas Pengetahuan Agama Islam. Di dalam KLSR, Pendidikan Moral dan
Pengetahuan Agama Islam belum lagi diperkenalkan. Pengetahuan Agama Islam mula
diperkenalkan kerana ramai ibubapa Melayu bertambah kurang menghantar anak mereka
ke sekolah agama kerana peningkatan kos sara hidup yang tinggi.
4.5. PERUNTUKAN MASA
Oleh kerana penambahan kandungan pelajaran di dalam KBSR, secara tidak langsung,
peruntukan masa untuk pembelajaran murid juga telah ditambah dengan di dalam sistem
KBSR. Dengan KBSR murid dibenarkan balik sekolah pada pukul 1.30 petang,
berbanding dengan KLSR, di mana murid menghabiskan masa pelajaran sebelum
tengahari iaitu pada pukul 11.00 pagi.

Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 15

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

4.6 PEDAGOGI
Dengan berlakunya perubahan masa, kaedah P&P juga turut berubah. KLSR yang
menggunakan kaedah chalk and talk telah diketepikan (Mustapa, 2013). KBSR
menggantikannya dengan pelbagai pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran
seperti kaedah induktif, deduktif, koperatif dan belajar sambil bermain.
Penyertaan pelajar dalam pelbagai aktiviti pembelajaran KBSR amat ditekankan. Aktiviti
tersebut ialah seperti sukan sekolah, pertandingan pantun, berpuisi, dan pertandingan
pidato kebangsaan di antara sekolah. Penglibatan sebegini kurang di dalam KLSR.
Disebabkan KLSR lebih berpusat kepada guru, murid harus menerima apa sahaja yang
guru beritahu dan arahkan di dalam sistem KLSR. Di dalam sistem KBSR murid telah
diberi lebih banyak ruang dan peluang untuk bertanya, memberi pendapat dan berbicara
dengan guru. Penglibatan murid lebih aktif di dalam KBSR berbanding murid KLSR.
KLSR menekankan kaedah pengajaran secara umum, iaitu fokus kepada keseluruhan
kelas. KBSR pula mula mengambil inisiatif baru dengan menitikberatkan fokus
pengajaran kepada individu dan juga secara berkumpulan. Murid yang lemah mula
diberikan tumpuan di dalam sistem KBSR.
Dalam KBSR, pendidikan pemulihan disediakan bagi pelajar lemah dan program
pengayaan disediakan bagi mengembangkan lagi kebolehan pelajar yang cepat
menguasai kemahiran pembelajaran (Mustapa, 2013). Ini tidak ditekankan di dalam
KLSR. Murid yang kurang cemerlang terpaksa memperkasakan diri sendiri melalui MP
yang diajar guru.
4.7 PENTAKSIRAN
UPSR mula diperkenalkan semasa KBSR dilaksanakan.

Di dalam sistem KLSR,

pentaksiran murid dilakukan dengan Ujian Darjah 3 (UDT) dan kemudiannya dengan
Ujian Penilaian Darjah 5 (UPD5). UDT dimansuhkan pada 1982 dan UPD5 dimansuhkan
pada 1988 dan digantikan dengan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun
yang sama.
Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 16

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

KLSR menekankan penilaian sumatif manakala KBSR menekankan penilaian fomatif


dan sumatif (Mustapa, 2013). Penilaian formatif bertujuan mengesan kelemahan pelajar
dengan tujuan memberi pendidikan pemulihan. Corak pentaksiran di dalam KBSR dalam
bentuk yang pelbagai berbanding pentaksiran KLSR yang sedikit.
4.8 PENGURUSAN KURIKULUM
Corak pendidikan KLSR bersifat agak sempit manakala KBSR pula lebih luas.
Kurikulum lama menitikberatkan hafazan/hafalan (Mustapa, 2013) manakala KBSR lebih
menekankan pendidikan harfiah yang menumpukan keupayaan 3M murid dari pelbagai
aspek seperti dari sudut sains, seni lukisan, sejarah dan kemahiran hidup. Ini bermakna,
skop pengetahuan dan pemahaman murid KBSR bertambah meluas berbanding dengan
murid yang menggunakan konsep EBTK di dalam KLSR.
Dalam sistem KLSR, pendidikan prasekolah kurang diberi penekanan. Semasa KBSR
dilaksanakan, pendidikan prasekolah mula diperkenalkan di sekolah-sekolah rendah
terutamanya di kawasan luar bandar bagi membolehkan kanak-kanak di bawah umur
tujuh tahun mendapat pengalaman persekolahan (Mustapa, 2013). Langkah ini diambil
bagi membantu ibubapa yang kurang mampu untuk menghantar anak mereka ke tadika
dan taska.
Jika ditinjau dari segi perlaksanaan, KBSR adalah susulan daripada perubahan yang
dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran
yang dikeluarkan pada tahun 1979 [Penyata Mahathir] (KPM, 2012). KLSR pula adalah
hasil susulan daripada Laporan Barnes, Laporan Fenn-Wu, Penyata Razak dan Penyata
Rahman Talib. Pada 1985, aktiviti di luar kurikulum pula (Kokurikulum) diperkenalkan
dalam sistem KBSR dengan peruntukan masa 60minit.
[Untuk melihat pengurusan kurikulum mengikuti rentetan sejarah peristiwa, pembaca
boleh merujuk kepada Lampiran B di akhir muka surat].

Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 17

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

5.0 PERBANDINGAN DI ANTARA KBSR(1983-2010) DAN KSSR(2011-2025)


Tujuan KBSR diperkenalkan ialah untuk memberi tafsiran (taksiran) baru dalam beberapa
aspek tertentu kurikulum supaya dapat memantapkan pelaksanaan KBSR dengan
berkesan (KPM).
Perubahan dari kurikulum baru kepada kurikulum bersepadu adalah cetusan berterusan
objektif Falsafah Pendidikan Negara [FPN] yang digubal pada 1988. FPN pula adalah
hasil daripada cetusan mesyuarat Penyata Mahathir 1979. Antara isu yang dibincangkan
di dalam Penyata Mahathir ialah perkembangan sosio-ekonomi semasa, unsur dalaman
dan luaran, cabaran pembangunan kemanusiaan, penegasan kepada sains dan teknologi,
dasar kerajaan dan kepentingan serta wawasan negara (KPM, 2012).
KBSR disemak semula pada tahun 2003 kerana Dasar Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). KBSR (semakan) telah digubal
semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras
kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 [PIPP] (Nor Aziz, 2012 dan
BPK).
Kurikulum bersepadu pula telah diperkenalkan secara rasminya pada 1993 di semua SR.
Hasil semakan semula KBSR pada 2003 telah menghasilkan KSSR pada 2011 dan
diperkenalkan secara rasmi ke sekolah rendah di Malaysia pada tahun tersebut. Ianya
dinyatakan sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah. KSSR adalah lebih jelas,
tersusun, padat dan agak global. KSSR mempunyai kerangka dan matlamat yang
sangat meluas.
Sedikit penerangan yang diberikan di atas adalah untuk tujuan kefahaman transisi KLSR
kepada KBSR dan kepada Kurikulum Bersepadu dan seterusnya kepada Kurikulum
Standard.

Dengan pemahaman yang lebih jitu, kita akan mudah membezakan dan

membuat perbandingan seterusnya bagi mana-mana kurikulum yang kita inginkan.

Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 18

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

Jadual 2: Perbandingan KBSR+KBSR dengan KSSR (Sumber: BPK)

5.1 BAHAN
Bahan Kurikulum Bersepadu disebut Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran,
manakala KSSR menyebutnya sebagai Dokumen Standard Kurikulum. Sukatan dan
huraian pelajaran ini digunakan sebagai istilah kurikulum oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK-1973). Istilah ini diganti dengan Dokumen Standard Kurikulum yang
digunakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK-2008). Bahan Kurikulum
Bersepadu dan Kurikulum Standard dihasilkan oleh badan yang sama, oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Cuma PPK ini ditukar nama kepada BPK pada 2008. Kementerian
Pendidikan pula sebelum ini dipanggil Kementerian Pelajaran.
5.2 BENTUK (KPM, 2012)
Bentuk kurikulum berkonsep 6 tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR (Rajah 5). Ia
merupakan 6 bentuk pengklasifikasian bidang. Konsep ini berfokus kepada pembentukan
modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek sesuai dengan aspirasi
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan Akta Pendidikan 1996 (KPM, 2012).
Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 19

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi
asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Penstrukturan
bidang secara eksplisit meletakkan setiap tunjang sebagai saling berhubungan.

Rajah 5: Bentuk KSSR berasaskan 6 Tunjang Utama (Sumber: BPK)

Rekabentuk kurikulum bersepadu pula berdasarkan 3 bidang. Susunan asal bentuk ini
adalah secara linear ini di dalam KBSR, tetapi telah disepadukan dalam bentuk rangkaian
di dalam KBSR (Rajah 6). KBSR menekankan unsur kritis dan kreatif sahaja.

Rajah 6: Bentuk Kurikulum Bersepadu (Sumber: BPK)


Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 20

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

5.3 ORGANISASI (BPK)

Jadual 3: Organisasi KBSR (Sumber: KPM)

Organisasi KBSR sebelum ini adalah seperti Jadual 3. KSSR diorganisasikan dalam
bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang
dikenali sebagai modul. Organisasi KSSR dibahagi kepada Tahp 1 dan Tahap 2 sama
seperti KBSR. Subjek KBSR dan KSSR adalah serupa, Cuma organisasi KBSR adalah
secara linear.
Mata pelajaran (MP) KSSR diorganisasikan secara modular iaitu kandungan mata
pelajaran disediakan dalam bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-contained). Setiap
modul mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk
dikuasai oleh murid.
Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 21

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

Organisasi Tahap I - Pada Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas,
Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Komposisi KSSR Tahap I seperti Jadual 4.

Jadual 4: Organisai KSSR Tahap I (Sumber: BPK)

Organisasi Tahap II - Pada Tahap II, kurikulum diorganisasikan secara modular dalam
MP Teras dan MP Elektif. Kandungan MP disediakan dalam bentuk modul. Komposisi
KSSR Tahap 2 adalah seperti Jadual 5.

Jadual 5: Organisasi KSSR Tahap II (Sumber: BPK)


Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 22

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

5.4 KANDUNGAN (BPK)


Kandungan KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri
daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid
dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan (BPK).

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Penyataan spesifik tentang perkara yang


murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam
suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau petunjuk


( indicator ) kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap
standard kandungan.

Jadual 6: Pernyataan Standard (Sumber: BPK)

Sumber: BPK
Standard kandungan dan standard pembelajaran KSSR dicontohkan seperti di atas. Di
dalam KBSR, pernyataan standard tidak wujud. Kurikulum bersepadu menggunakan
sukatan dan huraian pelajaran.

Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 23

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

5.5 PERUNTUKAN MASA


Dari aspek masa pembelajaran murid, peruntukan KBSR dan KSSR adalah sama. Murid
KBSR dan murid KSSR perlu hadir pada jam 7.00 pagi sehingga 1.30 petang.

Jadual 7: Peruntukan masa menyeluruh KSSR (Sumber: BPK)

5.6 PEDAGOGI

Rajah 7: Pedagogi KSSR (Sumber: BPK)


Pedagogi adalah sains dan seni pengajaran. Corak pedagogi KBSR dan KSSR sama.

Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 24

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

5.7 PENTAKSIRAN
Pentaksiran KBSR dan KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan
perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran, menggunakan kaedah
pentaksiran yang pelbagai. Pentaksiran bersifat autentik dan holistik. Di dalam KSSR,
pentaksiran Band 1- Band 6 digunakan. Murid tidak lagi dibandingkan dengan murid
yang lain kerana di dalam KSSR, setiap murid adalah entiti unik. Sebelum ini di dalam
KBSR, pencapaian murid selalu dibandingkan dengan murid lain. Itu adalah tujuan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang di laksanakan oleh sistem KSSR pada masa
kini (BPK).
Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, murid KBSR dan KSSR akan
menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Sistem penilaian berpusat UPSR
ini masih sama di dalam KBSR dan KSSR. Cuma penggunaan Band 1 - Band 6 telah
dikuatkuasakan di dalam KSSR (Jadual 8). Di dalam KBSR, sistem Band belum
diwujudkan.

Jadual 8: Standard Penilaian Dokumen KSSR (Sumber: KPM)


Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 25

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

5.8 PENGURUSAN KURIKULUM


Pengurusan kurikulum bersepadu dan kurikulum standard diuruskan oleh PPK yang
kemudiannya diberi nama BPK pada 2008. Pengurusan KBSR dan KSSR adalah secara
berpusat dan dari pusat yang sama. Di antara fungsi utama BPK ialah seperti berikut
(BPK):
menggubal dan membangunkan kurikulum persekolahan
menyebar dan melaksanakan kurikulum
mengesan dan memantau pelaksanaan kurikulum
menyediakan bahan sokongan kurikulum
menjalankan penilaian untuk pembangunan kurikulum

5.9 KOMPONEN LAIN YANG BERKAITAN


FOKUS (BPK)
Fokus KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi
penekanan kepada 4M iaitu kemahiran Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul.
Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan
menggunakan akal atau logik. Fokus KBSR hanya kepada pengukuhan dan peluasan 3M.

Rajah 8: Fokus KSSR (Sumber: BPK)

Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 26

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran KSSR menekankan penguasaan asas 4M.
Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai
kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu
kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK.
Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di
samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks,
pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.

Rajah 9: Fokus Kurikulum KSSR [Sumber: BPK]

Semasa KBSR, penekanan hanya diberi kepada 3 aras pencapaian murid, iaitu:Baik dan cemerlang
Sederhana dan memuaskan
Lemah dan perlu usaha lagi
Pecahan Tahap I dan Tahap II murid dibuat semasa KSSR dilaksanakan. Standard
prestasi juga telah diperkenalkan di prasekolah sebagai fokus baru murid taska/tadika
(KPM, 2012).

Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 27

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

HASRAT (BPK)
Hasrat KSSR ialah untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif melalui 6 bentuk tunjang. Sebenarnya, hasrat ini sudah wujud di dalam KBSR.
Cuma ia belum dinyatakan secara umum kepada warga murid, pendidik dan masyarakat.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan FPK dan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE)
dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan
UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak
(learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk
membentuk peribadi (learning to be) (KPM, 2012).

Rajah 10: Hasrat KSSR (Sumber: BPK)


Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut (BPK):Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial
Warganegara yang bertanggungjawab
Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)
Pekerja berilmu
Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 28

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

ELEMEN (BPK)
Elemen Merentas Kurikulum [EMK] (BPK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan
dalam proses P&P selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini
diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang
dihasratkan supaya dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Elemen merentas
kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam
Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme (KPM). Elemen EMK wujud semasa KBSR.

Rajah 11: Perhubungan Elemen KSSR (Sumber: BPK)

Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan,
serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha
memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. Elemen TMK wujud dalam KBSR.
Guru hendaklah memastikan kesemua EMK diterapkan secara efektif dalam proses P&P
demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Hubungan EMK yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang seimbang
digambarkan melalui Rajah 11. Elemen ini dinyatakan secara jelas di dalam KSSR.

Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 29

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

PRINSIP (BPK)
KSSR mengekalkan kesemua prinsip KBSR (BPK). Prinsip ini dikekalkan kerana masih
sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip
tersebut telah dinyatakan seperti berikut (BPK):
1. Pendekatan Bersepadu. Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan
bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya
wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
2. Perkembangan Individu Secara Menyeluruh. KSSR digubal untuk memastikan
semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan intelek, rohani,
emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.
3. Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid. KSSR memberi peluang yang luas
dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.
4. Pendidikan Seumur Hidup. KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran
yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran
kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.

2016 - SEMAKAN SEMULA KSSR


Menurut kenyataan akhbar Utusan (KSSR, 2013), KSSR akan disemak semula oleh pihak
KPM pada 2016. Ekoran daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010
[PIPP] yang diisytiharkan oleh Mantan PM, Tun Abdullah Hj Badawi dalam RMK9,
Dato Sri Najib telah mengisytiharkan pula sebuah pelan komprehensif yang baru iaitu
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam RMK10 (PPPM, 2012).
PPPM ini adalah suatu strategi transformasi pendidikan yang agak global dan sedang
dilaksanakan melalui KSSR. Di antara penekanan baru yang diberi ialah hal berkaitan
pengantarabangsaan sekolah rendah (KPM, 2012).

Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 30

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

5.0 RINGKASAN: KLSR DENGAN KBSR DAN KBSR DENGAN KSSR


Ringkasan ini hanya mengambil isi penting untuk tujuan pengukuhan kefahaman.

Perbezaan:
Tahun
Kepimpinan
Pelopor
Masa
Bahan
Aktiviti
Pentaksiran
Persamaan
Kelebihan

Kekurangan

Perbezaan:
Tahun
Kepimpinan
Pelopor

Fokus
Rekabentuk
Bahan
Pentaksiran
Persamaan:
Masa
4prinsip
FPN
Pengurusan
Aktiviti
Elemen
Kelebihan

Kekurangan

KLSR-Kurikulum Lama

KBSR-Kurikulum Baru

1955-1982
Di bawah 4 Perdana Menteri
Penyata/laporan Razak 1956
& Penyata Rahman Talib 1960
7.00-11.00pagi
Daripada guru/sekolah

1983-1992
Hanya di bawah Tun Dr Mahathir
Penyata Mahathir 1979

Sumatif, Sekolah
Konsep 3M (asas)
MP hanya sedikit hanya Ejaan,
Bacaan, Tulisan, Karangan, Ilmu
Hisab, Congak, Ilmu Alam, Jasmani
Masa belajar yang sedikit
Skop pengetahuan murid sempit

7.00-1.30petang
Sukatan Pelajaran diperkenalkan.
Kokurikulum diperkenalkan
Formatif, Sumatif, Berpusat
Konsep 3M (lebih meluas)
MP berkembang kepada pelbagai bidang
4 prinsip FPN diperkenalkan: bersepadu,
menyeluruh, saksama, seumur hidup
Skop pengetahuan murid lebih meluas
Bebanan P&P bertambah

KBSR-Kurikulum Bersepadu

KSSR-Kurikulum Standard

1993-2010
Di bawah 3 Perdana Menteri
Wawasan 2020 pada 1991
Falsasah Pendidikan Negara 1988
PIPP 2006-2010
Konsep 3M bersepadu
3 bidang bersepadu
Sukatan Pelajaran
& Huraian Pelajaran
Formatif & Sumatif, Berpusat

2011-2025
Sehingga kini hanya Dato Sri Najib

7.00-1.30petang
Bersepadu, menyeluruh, saksama,
seumur hidup
PPK-Kementerian Pelajaran
Kokurikulum dikekalkan
TMK, EMK - sama
Kritis dan kreatif
kesepaduan

7.00-1.30petang
Bersepadu, menyeluruh, saksama, seumur
hidup
BPK-Kementerian Pendidikan
Kokurikulum dikekalkan
TMK, EMK sama
Unsur inovatif
Pernyataan standard
Penekanan global
Meluas, ada Standard
Teramat meluas, standard menjadi tinggi

Tahap glokal

PPPM 2013-2025
Konsep 4M yang menekankan standard
6 tunjang modular
Dokumen standard: Standard Kandungan
& Standard Pembelajaran
Standard: Band 1-6, PBS, pelbagai jenis
-ujian aptitud am thn 3, ujian psikometrik

Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 31

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

6.0 KESIMPULAN
Setelah meneliti isi penulisan, ringkasan dan perbandingan, dapatlah kami membuat
beberapa rumusan.

Definasi dan komponen kurikulum amatlah meluas dan kurikulum telah menjadi
isu global disebabkan kepentingan yang tinggi terhadap pelajaran dan ilmu
pengetahuan untuk bersaing secara global di alaf 21.
Kurikulum lama-KLSR adalah asas yang telah merekabentuk KBSR.
Kurikulum baru-KBSR ternyata amat berbeza dengan KLSR disebabkan banyak
penambahan MP dilakukan kepada KBSR.
Kurikulum bersepadu-KBSR hanyalah susulan penambahbaikan kepada KBSR.
Cuma pendekatan dan susunan KBSR telah dibuat secara lebih bersepadu,
berangkai dan menyeluruh, yang diubahsuai dari KBSR.
Kurikulum standard-KSSR mempunyai banyak persamaan dengan KBSR. Cuma
KSSR adalah suatu penambahbaikan dan pengubahsuaian yang berterusan kepada
KBSR dan kini dinyatakan dalam bentuk standard dan dijadikan piawaian
pendidikan dengan beberapa penambahan.

Penyata Mahathir 1979 dan cetusan Wawasan 2020 pada 1991 oleh Tun Dr Mahathir
telah membawa banyak perubahan dalam dunia pendidikan SR. Lantas dengan itu
lahirlah berbagai ideologi besar seperti Gagasan 1Malaysia, Model Ekonomi Baru,
Program Transformasi Kerajaan dan susulan RMK10 yang mendasari pendidikan
sekolah di Malaysia secara langsung (KPM, 2012). Dengan ideologi baru tersebut,
kurikulum turut berubah.

Kurikulum sebenarnya ialah panduan untuk guru mencapai matlamat yang disasarkan
negara. Pada dasarnya kurikulum terkini yang dibentuk BPK mempunyai motif untuk
mencapai dasar dan hasrat negara bagi membentuk integrasi nasional dalam kalangan
murid yang berbilang kaum, agama dan bangsa untuk bersatu padu melangkah bersama
ke era globalisasi dunia tanpa sempadan yang ternyata lebih mencabar.

Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 32

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

7.0 RUJUKAN:

Ahmad, Hussein (2012). Mission of Public Education in Malaysia: The Challenge of


Transformation. Kuala Lumpur: University of Malaya Press
BPK (t.d.). Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia: Bahagian Pembangunan
Kurikulum: Sejarah. Dipetik pada 21hb Oktober 2014 daripada
http://www.moe.gov.my/v/profil-jabatan?div=52
BPK (t.d.). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kementerian Pendidikan
Malaysia
Institut Aminudin Baki (IAB) (2007). Pengurusan Kurikulum: KPKS 07036. Dipetik
pada 19hb Oktober 2014 daripada
http://mgbbtgpdg.webs.com/nota_pengurusan_kurikulum.pdf
KPM (t.d.). Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kementerian
Pelajaran Malaysia
KPM (t.d.). Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia: Tentang web KPM: Soalan
Lazim: Soalan lazim KSSR. Dipetik pada 21hb Oktober 2014 daripada
http://www.moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?id=146&cat=30&keyword=&page=1&
KPM (n.d.) Transformasi Pentaksiran: Kronologi Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS). Dipetik pada 21hb Oktober 2014 daripada
http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/files/penerbitan/pbs/TransformasiPentaksiran.pdf
KPM (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan (Ed.3, ms.1-82). Putra Jaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
KPM (2012). Pelan Strategik Interim 2011-2020. Kementerian Pendidikan Malaysia
KSSR (2013). Blog KSSR: Kurikulum baharu mulai tahun 2016. Oleh Mohd Asron
Mustaph (dari Utusan). Dipetik pada 21hb Oktober 2014 daripada
http://kssr.bpk.my/berita/kurikulum-baharu-mulai-tahun-2016/
Mustapa, Wan Mohd Affendy (2013). Sesejuk mata memandang, semanis bahasa
berbicara: Perbezaan pembelajaran antara KLSR dan KBSR. Dipetik pada 21hb Oktober
2014 daripada http://wanmohdaffendy.blogspot.com/2013/06/perbezaan-pembelajaranantara-klsr-dan.html
PIPP (t.d.). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 (RMK9). Merintis
Pembaharuan Satu Misi Nasional (ms.1-22). Kementerian Pendidikan Malaysia
PPPM (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian
Pendidikan Malaysia
Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 33

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

PTGMedia (t.d.). Chapter 1: Components of Curriculum Implementation (ms.4-14).


Dipetik pada 19hb Oktober 2014 daripada
http://ptgmedia.pearsoncmg.com/images/9780137034833/downloads/Hoover_Ch_1_p3_
14.pdf
SagePub (t.d.). Chapter 1: The nature of curriculum (ms.2-36). Dipetik pada 19hb
Oktober 2014 daripada http://www.sagepub.com/upm-data/44334_1.pdf
Tahir, Nordin (t.d.). EDU3101: Falsafah & Pendidikan di Malaysia. Perak: Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh
UNESCO (2009). United Nation Educational, Scientific, and Cultural Organization:
Education: Different meanings of curriculum. Dipetik pada 19hb Oktober 2014 daripada
http://www.unesco.org/new/en/education/themes/strengthening-educationsystems/quality-framework/technical-notes/different-meaning-of-curriculum/
________(t.d). Topik 1: Pengenalan pendidikan kokurikulum (ms.1-12). Dipetik pada
25hb Oktober 2014 daripada http://lms.oum.edu.my/econtent/HBEF2703SMP/content/16105408HBEF2703/Topik%201%20Pengenalan%20P
endidikan%20Kokurikulum.pdf

8.0 LAMPIRAN A: SINGKATAN ABJAD


3M
4M
BM
BPK
EMK
EBTK
FPK
FPN
KBSR
KBSR
KLSR
KPM
KSR
KSSR
MP
PIPP
PPK
PPPM
RMK
SR
TMK

Membaca, Menulis, Mengira


Membaca, Menulis, Mengira, Menaakul
Bahasa Melayu
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Elemen Merentas Kurikulum
Ejaan, Bacaan, Tulisan, Karangan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Negara
Kurikulum Baru Sekolah Rendah
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
Kurikulum Lama Sekolah Rendah
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kurikulum Sekolah Rendah
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Mata Pelajaran
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
Pusat Perkembangan Kurikulum
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Rancangan Malaysia Ke
Sekolah Rendah
Teknologi Maklumat Komunikasi

Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 34

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

8.0 LAMPIRAN B: RENTETAN PERISTIWA SEJARAH PERKEMBANGAN KSR


1786: Sir Francis Light Menduduki Pulau Pinang
1815: Sekolah Vernakular Cina di Melaka
1816: Penang Free School
1816: Sekolah Vernakular Melayu
1816: Sekolah Vernakular Tamil
1819: Sekolah Vernakular Cina di Singapura
1824 (sebelum): Pengajian AlQuran hanya di pondok/madrasah-tidak formal
1824-1957: Kependudukan Inggeris di Tanah Melayu
1826: Sekolah Vernakular Melayu di P.Pinang
1856: Blundell menubuhkan sekolah Vernakular Melayu di Singapura
1858: Sekolah Melayu Pulau Pinang
1863: Sekolah Melayu Melaka
1941-1945: Penjajahan Jepun di Tanah Melayu
1946: Penubuhan UMNO
1949: Laporan Barnes
1951: Laporan Fenn-Wu
1952: Asas Ordinan Pelajaran
1955: Jawatankuasa Pendidikan ditubuhkan
1956: Laporan Jawatankuasa Pelajaran, 1956 (Penyata Razak)
1956: General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan
1957: Akta Pelajaran dibentuk
1957: The Education Ordinance (Asas Ordinan Pelajaran) - Dasar Pelajaran Kebangsaan
1957: BM.Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah
1957: Negara Merdeka
1957: MSSEE dimulakan di sekolah rendah
1960: Laporan Jawatankuasa Kajian Semula Pelajaran, 1960 (Penyata Rahman Talib)
1960: SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dimulakan
1961: Akta Pendidikan Asas/Dasar Pendidikan Kebangsaan
1963: Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak - 1971)
1963: Pembentukan Malaysia dengan penyatuan Sabah & Sarawak
1963: MSSEE dimansuhkan
1964: General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan
1964: MCE (Malaysian Certificate of Education) dimulakan
1964: SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan
1965: Pendidikan Komprehensif dimulakan
1967: Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi
Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 35

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

1967: PDL (Penilaian Darjah 5) dimulakan


1967: Akta Bahasa Kebangsaan - diperkuatkuasakan
1967: Report of the Committee on Curriculum Planning and Development
1970: BM Bahasa pengantar Darjah 1
1970: Rukun Negara (de facto Malaysian pledge of allegiance) diisytihar
1971: Akta Universiti dan Kolej Universiti dibentuk
1972-1974: Cross National Survey: A study of opinions about education and society
1973: Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan
1973: Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran dan Masyarakat
(Laporan Keciciran)
1973: UDT (Ujian Darjah 3) dimulakan
1974: Akta Politeknik Ungku Omar ditubuhkan
1974: Jawatankuasa Kabinet Menteri - mengkaji Laporan Rahman Talib
1975: Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan
1976: BM sebagai bahasa pengantar Tingkatan 1
1977: PPK berpindah ke lokasi baru di Jalan Duta
1979: Laporan Jawatankuasa Kabinet Menteri mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
(Penyata Mahathir dikeluarkan)
1980: Akta Majlis Peperiksaan Malaysia dibentuk
1982: KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan
1982: UDT dimansuhkan di sekolah rendah
1983: KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah
1983: BM sebagai bahasa pengantar di semua universiti
1984: Amalan Perdagangan disisipkan ke dalam subjek Kemahiran Hidup
1985: Aktiviti kokurikulum diperkenalkan (peruntukan masa: 60minit)
1987: SPM di seluruh Malaysia dimulakan
1988: PDL dimansuhkan di sekolah rendah
1988: UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan
1988: Falsafah Pendidikan Negara (FPN) digubal secara rasmi
1988: Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai
1988: Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa
1989: Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain
1989: Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1
1989: Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah
1989: Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah
1991: Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan
1991: Wawasan2020 diperkenalkan
1991: Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1,000 buah sekolah rendah
Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 36

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

1991: Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1


1992: MP Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3,000 buah sekolah rendah
1993: PMR (Penilaian Menengah Rendah) dimulakan
1993: SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek. Menengah) dimulakan
1993: KBSR diberi nama baru Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah sempena
hasil penilaian berterusan KBSR
1993: Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolah rendah. Sekolah yang
telah melaksanakannya - meneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah rendah
1994: Mata pelajaran Alam dan Manusia dipisahkan menjadi Sains dan Kajian Tempatan
1996: Akta Pendidikan Baru (New Education Act)
1996: University & College (Amendment) Act
1996: National Council of Higher Education Act
1996: Private Higher Educational Act
1996: National Accreditation Board Bill
1997: Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)
1999: Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan pertama dicetak
2001: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan
2003: KBSR (Semakan)
2004: Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan semakan diterbitkan
2006-2010: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) -Tun Hj Abdullah (Mantan PM)
2008: PPK menjadi Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
2009: Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
2011: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan menggantikan KBSR
2011: PBS dilaksanakan mulai Tahun 1, dan penambahbaikan UPSR pada 2016
2012: Dialog Pendidikan Nasional
2013-2025: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Sept2012) - Dato Sri Najib (PM)
2016: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan Semula)

Tajuk tugasan: Bandingkan KLSR dengan KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dan KBSR
(Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dengan KSSR

dari aspek komponen kurikulum. (Compare

between KLSR and KBSR (Kurikulum Baru) and KBSR (Kurikulum Bersepadu) with KSSR from curriculas
components aspect)

Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 37

Sabaryah et.al, 2014 | EED3104

Bahan
Pengurusan

Bentuk

Kurikulum

Pentaksiran

KOMPONEN
KURIKULUM

Pedagogi

Organisasi

Kandungan
Peruntukan

Masa

Perbandingan : KLSR vs KBSR & KBSR vs KSSR 38

Anda mungkin juga menyukai