Anda di halaman 1dari 3

MUHASABAH DIRI

Ya Rabb,
Aku datang dan bersujud menyembah mu,
Hamba sedar hamba insan hina lagi banyak dosa
Setiap waktu berkalung dengan kemaksiatan
Hamba cuai dan alpha mengingat Mu Ya Rabb
Sedang Engkau tidak sesekali lupa kepadaku
Ya Rabb
Hamba datang dan menyungkur sujudku pada-Mu
Untuk meraih cintu Mu Ya Rabb,
Untuk dekat dengan Mu Ya Rabb.
Tapi hamba banyak dosa Ya Rabb
hamba malu kepada Engkau Yang Maha Melihat.
Ya Rabb,
Sekian banyak nikmat yang Engkau beri padaku
Tak aku syukuri pemberian Mu
Ya Rahman Ya Rahim Ya Razaq
hamba khilaf ya Rabb
Ya Rabb
Ku pinta pada Mu
Kurniakan aku maghfirah Mu
hamba butuh keampunan Mu
Hanya pada Mu hamba memohon
Ya Ghaffar Ya Ghaffur

Ya Rabb
Redha Mu ingin kuraih
Ya Afuw, kasihanilah hamba
Kalau Engkau tidak redha kepada hamba
Alangkah ruginya hamba
Sedangkan Engkau sahaja yang dapat meredhai hamba
Ya Rabb,
Dekatkan hamba dengan cinta Mu,
Dekatkan hamba dengan cinta orang yang mencintai Mu
Dekatkan hamba dengan hal-hal yang mendekatkan hamba
Dengan cinta Mu.
Jadikanlah seluruh cintaku melebihi cintaku terhadap nyawaku
Ahli keluarga ku, harta benda ku dan air sejuk yang hamba minum tatkala hamba
dahaga.
Ya Rabb
Aku datang lagi dan merendah diri
Menghadap kebesaran Mu
Engkau Yang Maha Agung
Engkau Maha Tinggi
Engkau Maha Besar.

Nukilan :
Siti Alsalihah Binti Yaacob
2015

Semoga bermanfaat.

Anda mungkin juga menyukai