Anda di halaman 1dari 1

LELAH SEORANG GURU

Seorang guru
Menahan perit pedih di dada
Hela nafas dihembus
Lelah! Penat!
Bukan kerana jerih payah
Menyampaikan ilmu
Tapi,
Terkesima dek sikap
Anak muda remaja hari ini
Tiada jati diri
Lemah menahan cabaran
Rapuh berpaut
Enggan belajar
Tidak mahu mendengar
Segan berkebaikan
Seronok berkejahatan
Nasihat dikolotkan
Teguran diperlekeh
Ambil mudah semua perkara
Manakan mahu rasa takut
Pada Sang Pecipta
Seorang guru terus sabar
Sabar dan sabar lagi
Menahan sedih dan sebak di dada
Melihat bangsa kian punah
Optimis memandang jauh
Nun ke hadapan sana
Dengan berkat doa sang guru
Buat titipan anak muda remaja
Yang bakal melangkah
Menempuh hidup sebagai dewasa
Harap terus berharap
Jika tidak sekarang
Mungkin suatu hari nanti
Semoga masih ada sinar
Yang menanti mereka.

NUKILAN : SITI ALSALIHAH YAACOB (2015)

Anda mungkin juga menyukai