Anda di halaman 1dari 12

Warisan

Anak kecil main api


Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi di pijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya Kita sudah tiada masa


Tergadai seluruh harta benda Majulah dengan Maha Perkasa
Akibat sengketa sesamalah kita Tegakkan iman kuatkan tekad
Cinta hanyut di arus zaman Kita pasti akan berjaya

Indah sungguh bumi kita ini


Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Minda Cemerlang
Kenapa minda kita tidak cemerlang?
1 Kita tidak mempunyai amalan harian yang
baik merujuk kepada minda yang cemerlang.
2 Kita tidak mempunyai amalan permakanan
yang baik yang menuju ke arah minda
cemerlang.
3 Kita tidak mempunyai strategi belajar yang
baik yang membantu kita mempunyai minda
yang cemerlang.
Amalan harian yang tidak baik.
1. Tidurnya diberkas Iblis.
2. Sengaja meninggalkan solat/doa.
3. Kehadirannya ke sekolah dalam keadaan dipaksa/ niat yang
lain.
4. Meniru, kedekut, mengganggu dan tidak menghormati guru.
5. Memberi keutamaan kepada perkara yang remeh-temeh dan
tidak menguntungkan.
6. Kerapkali menyusahkan diri dengan melanggar peraturan.
7. Menyibukkan diri sewaktu pulang dengan urusan lain.
8. Tidak bertanggungjawab terhadap tugasan.
9. Tidak belajar sendiri atau mengambil tuisyen.
10. Melukakan hati ibu bapa dengan tutur katanya.
Amalan permakanan yang tidak baik.
1. Tidak memberi keutamaan kepada makanan yang baik-baik.
2. Makan tanpa menyebut nama Allah atau berdoa.
3. Makan secara duduk yang tidak sopan.
4. Makan secara gelojoh.
5. Makan sambil berdiri/ berjalan.
6. Makan sambil bercakap bising dan menjerit-jerit.
7. Membazirkan makanan.
8. Makan bahagian dalam binatang.
9. Makan kedekut.
10. Makan sehingga sesak nafas.
11. Makan menjelang waktu tidur.
Strategi belajar yang tidak baik
1 Tidak niat belajar kerana Allah atau atas nama Allah.
2 Tidak merancang untuk berjaya.
3 Selalu berniat untuk belajar tetapi tidak melakukannya.
4 Belajar ikut mood.
5 Sering menangguhkan waktu belajar kerana hal yang kecil.
6 Waktu di dalam kelas tidak memberikan tumpuan kepada
penerangan guru.
7 Malas membuat peta minda atau nota ringkas.
8 Selalu mengharapkan ‘miracle’.
9. Selalu tension dan melarikan diri.
10. Give-up.
PROGRAM
MINDA
CEMERLANG
Oleh,
Encik Musa Awang,
Bacelor (edu) Bimbingan dan Kaunseling,
Universiti Putra Malaysia.
Minda Cemerlang Satu
 Cintailah ilmu
 Kerana ilmu yang baik itu datangnya dari Allah.
 Maka ingatlah Allah ketika mencari ilmu
 Berlapang dadalah dalam menuntut ilmu…
 Dan ucapkanlah…
 “Dengan nama tuhanku yang maha pemurah lagi
maha pengasihani….”
 Maka Allah melebihkan orang-orang yang berilmu
itu dengan beberapa tingkat daripada orang-orang
yang tidak berilmu.
Minda Cemerlang Dua
 Tidurlah malamnya dengan doa yang baik, bersama amalan para
mujahidin yang berjuang di bumi Allah.
 Bangkitlah dengan nama Allah dan kesyukuran…
 Bukalah mata dengan melihat nikmat Allah yang luas yang
disediakanNya untukmu di pagi ini…
 Basahkan tanganmu, wajahmu dan kakimu dengan air wuduk yang
sejuk sebagaimana Allah berfirman kepada Musa a.s. di Gunung
Tursina.
 Tundukkanlah wajahmu menyentuh bumi sebagaimana Allah pernah
berfirman kepada malaikat-malaikat diikuti nabi-nabinya sejak awal.
 Tadahkanlah doa dan rendahkanlah suara… seperti mana Nabi Adam
menangis ketika tiba di bumi…
 Lihatlah wajah seorang ibu yang baik… yang menyediakan sarapan..
 Lihatlah wajah seorang ayah yang sabar.. Yang turun mencari rezeki
 Makanlah dengan nama Allah… dan niatlah dengan Nya ke sekolah..
Minda Cemerlang Tiga
1 Segeralah ke kelas… bukalah buku. SCAN apa yang bakal dipelajari.
Bincang segera jika ada masalah latihan (tetapi bukan meniru)
2 Patuhi peraturan dan amalan budaya sesebuah sekolah setiap pagi.
MEMATUHI amalan budaya sekolah bermakna kita menghormati
peraturan sekolah kita.
3 SUSUN buku pelajaran kita mengikut subjek sejak awal pagi.
4 Apabila guru masuk kekelas , berdiri dan ucapkanlah salam dengan
hati yang ikhlas… dan sebutlah nama Allah…
5 Lihatlah mata guru dengan tenang dan ceria. Respon dengan baik
sepanjang masa. Catatan ringkas sangat membantumu.
6 Berlapang dadalah dengan gurumu. Kalau ada tuturkatanya yang tidak
menyenangkan… biar saja… kerana dia guru kita.
7 Bila dia keluar.. Lihat catatanmu.. Jika perlu temuinya semula sewaktu
rehat atau segera.
8 Bincang dengan rakan latihan yang diberi, berkongsilah ilmu… jika
boleh siapkan segera. Jika tidak… rumah siapa? Jam berapa?
Minda Cemerlang Empat
 Waktu Rehat.. Lepas makan gunakan waktu dengan bijak. Ke
perpustakaan/ bilik guru/ jumpa kaunselor/ siapkan kerja rumah.
 Jika ada guru yang tidak hadir… inilah kesempatan untuk menelaah.
 Waktu pulang… amalkan budaya sekolah kita.
 Sampai segera di rumah… mandi / solat / makan.. Yang mana harus
dulu… dan jangan lupa beritahu bapa atau ibu.. Program belajar kita.
 Sungguhpun begitu… sedikit masa berikanlah untuk ibu…
 Petangnya… jika ada kelapangan… sihatkan badan.
 Namun kerja rumah mesti disiapkan sebelum malam tiba.
 Solat Zohor.. Solat Asar… wajibkan diri di awal waktu..
 Kalau ada adik-adik… lihat jugalah kerja rumahnya. Bukankah kita
ini yang lebih tua?
 Sebelum senja… semua orang harus sudah ada di dalam rumah… siap
untuk menyambut Maghrib yang bakal tiba.
Minda Cemerlang Lima
1 Solat Maghrib dan Isyak…biarlah berjemaah sekeluarga.
2. Makanlah bersama-sama dan biancangkanlah perkara yang baik.
3. Lihatlah apa yang akan dipelajari esok… dan pelajarilah 2 – 3 jam
untuknya.
4. Jika membaca… buatlah nota ringkas, atau lukiskan peta minda.
5. Tampalkan di tempat yang sesuai… lebih elok kalau dapat dihurai
dengan lisan.
6. Elok juga kalau waktu membaca.. Ada rehat seketika…
7. Tidurlah awal dengan hati yang tenang. Fikirkan esok.. Kita akan
jumpa kawan-kawan semula.
8. Elok juga… kalau seketika.. Di tengah malam yang sunyi… bagaikan
rahsia antara kita dan Illahi… kita sujud seketika.. Dan berbicara
sebagaimana nabi-nabinya…
9. Besok pagi kita ke sekolah lagi…
Sekian
 Semoga kita berjumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai