Anda di halaman 1dari 3

M 15 ISL :

Perbezaan Kendiri - Konsep perbezaan individu adalah konsep yang merujuk kepada keunikan
dan ketidaksamaan yang wujud di antara manusia yang berlainan. Ia juga boleh ditakrifkan
sebagai variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan sama ada dari sifat
kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku sosial, bakat dan lain-lain aspek.

Faktor Persekitaran mempengaruhi perkembangan dan pembesarannya. Antara elemen


persekitaran yang mempengaruhi seseorang manusia ialah latar belakang keluarga , orang
yang berada di sekitarnya, rakan sebaya , tempat tinggal media massa juga sangat memainkan
peranan kepada pembinaan diri seseorang.
Faktor baka berkaitan dengan gen keturunan seseorang individu. Faktor baka
mempengaruhi perbezaan intraindividu dari segi fizikal dan rupa paras.
Definisi Kecerdasan :
Menurut Khadijah Rohani Mohd. Yusof ( 2007 ), Piaget ( 1950 ) berpendapat kecerdasan
adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan
eprsekitaran. Kalat ( 1999 ) berpendapat kecerdasan adalah gabungan antara kebolehan umum
dan kemahiran praktis. Weschler ( 1975 ) pula berpendapat kecerdasan ialah kebolehan
seseorang individu memahami alam sekitarnya, dirinya dan kepakaran yang dimilikinya untuk
membantunya menghadapi cabaran hidup. Dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa
kecerdasan ialah keupayaan untuk memperoleh dan menggunakan pengetahuan untuk
menyelesaikan masalah dan menyesuaikan dengan persekitaran.

Teori Kecerdasan Sternberg


Mengikut teori ini, kecerdasan adalah produk pengamalan strategi berfikir, pengadaptasian
konteks dan penyelesaian masalah. Ia boleh dikategorikan kepada tiga hierarki utama. Tiga
hierarki tersebut ialah Kecerdasan Berkomponen yang memerlukan pengetahuan, berfikir dan
merancang serta melaksanakan strategi. Secara mudahnya ia bermaksud murid memerlukan
ilmu tentang cara-cara mengatasi sesuatu masalah.
Kecerdasan Kontekstual pula ialah pengadaptasian konteks iaitu mengadaptasi dan
mengaplikasikan ilmu tersebut dalam situasi sebenar. Kecerdasan Berasaskan Pengalaman
pula ialah menggunakan pengalaman, pandangan dan kreativiti yang telah didapati awal dahulu
untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang baru.

Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner


Menurut Khadijah Rohani Mohd. Yusof ( 2007 ), Gardner ( 1983 ) mempercayai bahawa
kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah atau mencipta

sesuatu

hasil

kerja

dalam

konteks

budayanya

seperti

menggubah

lagu.

Anda mungkin juga menyukai