Anda di halaman 1dari 3

EDU 3093 2014302340013

Antara reaksi pelajar ketika mendapat keputusan UPSR, baru-baru ini. - Gambar hiasan
26 November 2015 4:00 PM

Dua minggu lalu, murid-murid darjah enam menerima keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR). Ada yang memperoleh keputusan cemerlang dan sebaliknya.

Apa yang menjadi isu hangat setiap kali keputusan diumumkan bukanlah kerana meningkat atau
menurunnya peratus murid yang cemerlang secara keseluruhan tetapi rata-rata gaya masyarakat
kini lebih gemar memfokuskan berapa A yang anak-anak mereka atau anak orang lain dapat.

Sehinggakan soalan “Anak awak dapat berapa A?” yang diutarakan menjadi soalan yang paling
ditakuti kepada ibu bapa murid-murid berkenaan kerana bimbang keputusan anak mereka
memberi aib.

Tanpa disedari ketaksuban ibu bapa dalam ‘memaksa’ anak-anak untuk berjaya dengan
cemerlang dalam peperiksaan banyak mengundang situasi kurang baik kepada anak-anak yang
tidak dapat memenuhi impian ibu bapa.

Segelintir ibu bapa yang menganggap UPSR satu peperiksaan yang sangat penting sanggup
memberikan hadiah berupa sebuah kereta Mini Cooper, telefon bimbit pintar, bercuti ke luar negara
dan sebagainya kepada anak-anak kerana berjaya memperoleh 5A. Tanpa kita sedar, tindakan itu
juga memberi tempias tekanan kepada murid-murid lain yang kurang berjaya atau berjaya tetapi
ibu bapa mereka tidak berkemampuan.

Keadaan ini mengundang rasa kecewa dan sedih kepada murid-murid berkenaan kerana telah
mengecewakan ibu bapa mereka, malah lebih buruk ada yang bertindak lebih agresif apabila
membunuh diri seperti yang pernah berlaku kepada seorang murid perempuan India di sebuah
negeri tahun lalu yang dikatakan terjun bangunan kerana terlalu kecewa tidak memperoleh
keputusan 5A.

IV
EDU 3093 2014302340013

Jika dilihat situasi ini jelas membuktikan kanak-kanak itu berasa tertekan sehingga bertindak
membunuh diri walaupun hanya gagal mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang
tidak dianggap sebagai penentu hala tuju kerjaya masa depan.

Menurut Pensyarah Perubatan dan Pakar Psikitari di Unit Kanak-kanak dan Remaja dari Pusat
Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan Kubang Kerian
Kelantan, Dr. Norzila Zakaria, keadaan berkenaan berlaku mungkin disebabkan tindakan ibu bapa
yang terlalu obses mahukan anak-anak mereka berjaya dalam apa jua peperiksaan kerana
beranggapan peperiksaan penentu kejayaan hidup anak-anak itu.

Tanpa menghiraukan kejayaan-kejayaan kecil lain yang anak-anak telah usahakan, jelas Dr.
Norzila, tindakan ibu bapa itu sendiri melahirkan anak-anak yang rendah keyakinan diri hanya
kerana tidak cemerlang dalam akademik.

“Apabila kita hanya melihat kejayaan dalam peperiksaan semata-mata, maka keputusan
peperiksaan menentukan segala-galanya. Tiada pengiktirafan kepada usaha yang telah anak-anak
lakukan dalam menghadapi peperiksaan, misalnya bagaimana mereka berusaha mengulangkaji
pelajaran pada waktu luang, perlu menjaga adik seketika sewaktu sedang membaca, bangun di
awal pagi untuk menelaah pelajaran dan sebagainya.

“Apa yang ibu bapa nampak hanya kegagalan anak-anak itu dalam peperiksaan dan kegagalan itu
seolah-olah menenggelamkan segala usaha yang anak-anak telah lakukan,” katanya.

Tambah beliau, mentaliti ibu bapa yang menjadikan kejayaan dalam peperiksaan sebagai penanda
aras kepada kejayaan masa depan harus diubah, jika mahu melahirkan anak-anak yang bukan
sahaja bijak malah mempunyai keyakinan tinggi.

Bukan sahaja ibu bapa, perubahan mentaliti itu seharusnya dilihat dari semua peringkat, bermula
daripada guru sehingga sistem pendidikan yang diamalkan di negara ini yang terlalu
mementingkan pencapaian akademik dan peperiksaan dalam menilai kejayaan murid-murid.

Jelas Dr. Norzila, sistem pendidikan yang cenderung kepada pencapaian akademik semata-mata
tidak membantu kecemerlangan secara keseluruhan generasi bijak pandai negara.

“Oleh kerana setiap sekolah mempunyai sasaran kecemerlangan yang perlu (wajib) dicapai, maka
ibu bapa merasakan sesuatu yang perlu dipenuhi bagi menjaga nama dan prestasi sekolah
manakala guru-guru juga terpaksa berusaha menghabiskan sukatan pelajaran demi memastikan
matlamat sekolah tercapai, itu belum lagi penekanan yang perlu diberikan kepada pelajar-pelajar
yang lemah.

“Ini boleh membawa kepada kebimbangan bagaimana kalau tak dapat 5A? Malu dengan kawan-
kawan, guru-guru, mengecewakan ibu bapa. Ini mengakibatkan rasa rendah diri dan kekecewaan
yang amat sangat dan boleh mengundang kepada masalah kemurungan yang mungkin boleh
membawa kepada fikiran rasa tidak berharga dan lebih baik mati.

“Malah, kerana mahukan anak-anak segera menguasai bidang akademik, seawal usia empat
tahun mereka telah dihantar ke tadika atau kelas tuisyen sedangkan waktu itu anak-anak
berkenaan harus dibiarkan mengembangkan potensi diri masing-masing secara semula jadi.

“Itulah sebahagian punca mengapa anak-anak kini menjadi terlalu tertekan dan sedih walaupun
telah memperoleh 4A 1B sedangkan keputusan itu sudah terlalu cemerlang pada sesetengah
murid lain,” jelas beliau.

V
EDU 3093 2014302340013

Berkongsi bagaimana jalan segera untuk ‘merawat’ kesedihan anak-anak dalam peperiksaan, ujar
Dr. Norzila, semuanya boleh diubah jika ibu bapa dapat menerima keputusan kurang cemerlang
dengan terbuka hati, dan menenangkan anak-anak mereka bahawa mereka sudah pun berjaya
membuat persiapan dan menduduki peperiksaan dengan cemerlang maka anak-anak sudah pasti
tidak terlalu bersedih.

Menurut Dr. Norzila, tidak kira apa agama dan bangsa, aspek kerohanian adalah menjadi tunjang
dan matlamat hidup setiap manusia, justeru anak-anak perlu dilatih tidak hanya berjaya di dunia
tetapi juga di akhirat.

“Tekanan dan kesedihan anak-anak yang gagal dalam peperiksaan pastinya berbeza mengikut
bagaimana respons orang sekeliling seperti rakan-rakan, guru-guru dan paling penting ibu bapa
dan ahli keluarga.

“Ibu bapa dan guru perlu mempunyai satu kaedah yang sesuai dan munasabah dalam
menguruskan murid yang kurang cemerlang agar usaha mereka untuk berjaya dalam hidup tidak
terhenti begitu sahaja,” ujar beliau.

Dr. Norzila juga berpendapat bahawa media massa dan laman sosial berperanan penting untuk
mengubah mentaliti masyarakat agar definisi kejayaan tidak dipandang dari sudut kecemerlangan
peperiksaan sahaja.

Sikap ibu bapa yang gemar membangga-banggakan kejayaan atau mengutuk kekurangan anak-
anak mereka dalam laman sosial boleh mengundang rasa iri hati ibu bapa lain selain menyebabkan
anak-anak berasa sedih dan menjatuhkan aib anak mereka sendiri.

Seharusnya, ibu bapa perlu bantu anak-anak menjadi seorang yang berkeyakinan dengan
kebolehan yang mereka ada dan kembangkan potensi mereka dalam apa jua bidang.

Didapati dari: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/ibu-bapa-


obses-anak-tertekan-1.162548#ixzz54jE2iGEu
© Utusan Melayu (M) Bhd

VI

Anda mungkin juga menyukai