Anda di halaman 1dari 7

Universiti akan Mati!

oleh Terry Eagleton


Beberapa tahun lepas, saya telah dibawa untuk melawat sebuah universiti yang agak
terkemuka di Asia oleh presidennya. Sebagai seorang yang dilihat terkenal, beliau diiringi
oleh dua orang pengawal muda yang lengkap dengan sut dan cermin mata hitam, yang
saya sedari membawa Kalashnikov disebalik jeket mereka. Mendengar ucapannya
mengenai sekolah perniagaan baharunya yang gemilang dan institut pengurusannya
yang dalam keadaan state-of-the-art, presiden tersebut berhenti sejenak bagi memberi
ruang kepada saya untuk memujinya. Saya malah menyatakan bahawa di kampus belia
tiada pengajian kritikal atau seumpamanya. Beliau melihat kepada saya dengan wajah
yang kelihatan keliru, sepertinya ketika saya menanyakan berapa banyak Ph.D tarian
tiang yang telah mereka anugerahkan setiap tahun, dan menjawab dengan agak tegang
Komen anda akan kami amati. Beliau kemudian mengeluarkan gejet kecilnya yang
canggih, mengaktifkannya lantas bercakap sepintas lalu dengan agak kasar dalam
Bahasa Korea melaluinya, kemungkinan Bunuh dia. Sebuah limosin yang agak panjang
kemudian sampai, yang padanya presiden tersebut bersama pengawalnya masuk dan
pergi. Saya melihat keretanya berlalu pergi, sambil tertanya-tanya bilakah arahan
tersebut akan dilaksanakan.
Perkara tersebut berlaku di Korea Selatan, tetapi ia juga mungkin berlaku hampir di
seluruh pelusuk muka bumi ini. Dari Cape Town kepada Reykjavik, Sydney hingga ke So
Paulo, kejadian yang mengesankan dengan caranya yang tersendiri seperti revolusi Cuba
atau penjajahan Iraq kian hampir berlaku: kematian beransur universiti sebagai pusat
tinjauan mendalam (critique) terhadap kemanusiaan. Universiti, seperti di Britain yang
mencecah usia 800 tahun, secara tradisinya diejek sebagai Menara Gading, dan yang
pastinya terdapat kebenaran terhadap cemuhan tersebut. Jarak antara mereka dan
masyarakat umumnya boleh membuktikan kebenarannya juga kekurangannya,
membenarkan mereka untuk merenung kepada nilai, matlamat, dan perhatian mereka
akan tata-sosial yang secara fanatik terikat pada pengejaran praktikal jangka pendek
mereka yang sebenarnya sangat memerlukan kritikan sendiri. Di seluruh dunia, jarak
kritikal tersebut sekarang semakin hilang hampir tiada, institusi yang telah menghasilkan
Erasmus dan John Milton, Einstein dan Monty Python, telah menyerah tak berdaya
kepada keutamaan kaku kapitalisme global.
Perkara sebegini mungkin amat rapat kepada pembaca dari Amerika. Stanford dan MIT,
lagi pula, adalah model kepada universiti keusahawanan. Walau bagaimanapun, apa
yang telah berlaku di Britain adalah boleh diperkatakan sebagai pengAmerikaan tanpa

kemewahankemewahannya, yang sekurang-kurangnya wujud pada sektor pendidikan


swasta di Amerika.
Hal ini malah telah menjadi suatu kenyataan kepada sekolah tradisi bagi elit Inggeris,
Oxford dan Cambridge, iaitu kolej yang sentiasa dihina akibat penajaan kewangan yang
terlalu mewah dari pengaruh ekonomi umum sepanjang abad. Beberapa tahun lepas,
saya telah meletakkan jawatan sebagai pengarah bagi Universiti Oxford (kejadian yang
hampir langka seperti gempa bumi di Edinburgh) apabila saya menyedari bahawa saya
diharapkan dalam beberapa hal untuk bersifat lebih sebagai CEO berbanding sebagai
seorang sarjana.
Ketika saya pertama kali datang ke Oxford 30 tahun lalu, bentuk profesionalisme seperti
itu akan dipandang jelek oleh kaum elit di sana. Teman-teman saya yang mengejar telah
menghabiskan banyak masa untuk menghabiskan Ph.D mereka kadang kala
menggunakan gelar Mr. berbanding Dr., kerana kelihatan bagi mereka gelar Dr.
menggambarkan bentuk pekerjaan yang amat tidak budiman. Menerbitkan buku
dianggap projek yang kasar. Artikel ringkas setiap 10 tahun atau seumpamanya
berkenaan ilmu kalimat (sintaksis) Portugis atau tabiat pemakanan Carthage kuno
dianggap sipi-sipi sahaja dibenarkan. Pernah ketika dahulu tutor kolej langsung tidak
kisah untuk menyusun jadual tutorial kepada pelajar sarjana muda mereka. Malah,
mahasiswa sendiri akan dengan mudahnya singgah di bilik mereka tatkala semangat
untuk memahami gelas sherry dan perbahasan yang beradab menganai Jane Austen
atau fungsi pankreas menjengah mereka.
Hari ini, Oxbridge kelihatan masih kekal dengan semangat collegialnya. Para don
(pensyarah) yang akan menentukan bagaimana untuk melabur duit kolej, atau bunga
apa yang hendak ditanam di taman, potret siapa yang perlu digantung di bilik umum
senior, dan bagaimana penjelasan terbaik yang akan mereka jelaskan kepada pelajar
akan mengapa mereka berbelanja lebih kepada simpanan wine berbanding kepada
perpustakaan kolej. Kesemua keputusan penting dibuat oleh felo-felo kolej dalam sesi
penuh, dan segalanya dari hal-hal kewangan dan akademik kepada rutin pentadbiran
diaturkan oleh komiti akademik yang dipilih oleh badan felo umum. Beberapa tahun
kebelakangan, sistem pengurusan-sendiri yang menggagumkan ini terpaksa berdepan
dengan beberapa cabaran untuk pemusatan dari universiti, yang membawa kepada
pengunduran saya daripadanya; yang walaupun begitu masih kekal utuh. Pastinya hal ini
disebabkan kolej-kolej Oxbridge adalah institusi yang paling bersifat pra-moden, bilangan
mereka yang langka menyebabkan mereka bertindak sebagai model demokrasi
nyahpusatan (decentralized), dan ini adalah prestij menjengkelkan yang hanya mereka
sahaja dapat terus nikmati.
Sedang lain-lain tempat di Britain, situasinya jauh berbeza. Berbanding pemerintahan
oleh para akademik, pemerintahannya kini adalah oleh hierarki bersifat birokrasi
Byzantine, professor junior yang kecil yang mengalami kerahan kerja, dan Naib

Chancellor yang bertindak seperti mereka sedang menguruskan General Motors.


Professor-professor senior kini adalah para pengurus senior, dan suasananya tebal
dengan cakap-cakap mengenai audit dan akauntansi. Buku-buku yang merupakan
fenomena pertapa, yang teramat prateknologi semakin dilihat tidak menyenangkan.
Paling kurang sebuah universiti British telahpun menyekat bilangan rak-rak buku
professor di pejabat mereka agar dapat mengurangkan amalan perpustakaan peribadi.
Bakul kertas buangan semakin langka seperti langkanya intelektual Tea Party,
memandangkan kertas kini dianggap ketinggalan zaman.
Pihak pentadbiran yang bersifat anti-intelektual (Philistine) memenuhkan kampus dengan
pelbagai logo yang tidak masuk akal dan mengeluarkan pengumuman-pengumuman
mereka dengan prosa yang barbar dan hampir buta sastera. Seorang Naib Cancelor Irish
Utara telah mengambil-alih satu-satunya bilik umum yang tinggal di univeriti tersebut,
yakni bilik umum yang dikongsi bersama pelajar dan pensyarah, untuk digunakan
sebagai bilik makan khusus yang akan digunanya bagi menggembirakan orang-orang
kenamaan dan para usahawan. Apabila mahasiswa bertindak menawan ruang tersebut
dalam sebuah protes, beliau mengarahkan pengawal keselamatannya untuk
menghancurkan bilik umum tunggal tersebut. Naib Cancelor British selama ini telah
bertindak menghancurkan universiti masing-masing, tetapi jarang sekali dengan
bertindak seliteral itu. Di kampus yang sama, pengawal keselamatan akan
menggerakkan mahasiswa jika mereka dilihat sedang berkumpul. Ideal bagi mereka
adalah universiti yang tiada makhluk yang berserakan dan yang tidak dapat dijangka ini.
Di tengah-tengah kecelakaan ini, kemanusiaan menjadi mangsa berbanding yang lain.
Kerajaan British terus mengagihkan geran-geran kepada universiti-universiti untuk
bidang sains, perubatan, kejuruteraan, dan seumpamanya, tetapi ianya seperti telah
kehabisan sumber buat bidang seni. Ianya tidak syak lagi jika hal ini berterusan, fakulti
kemanusiaan bakal ditutup dalam beberapa tahun mendatang. Jika jabatan bahasa
Inggeris masih berjaya dikekalkan, ianya mungkin mudahnya kerana demi mengajarkan
pelajar jurusan perniagaan tentang bagaimana hendak menggunakan semi-kolon, yang
pastinya tidak pernah difikirkan oleh Northrop Frye dan Lionel Trilling.
Fakulti Kemanusiaan pastinya perlu menampung diri mereka dari hasil yuran tuisyen
yang mereka terima dari pelajar-pelajar, yang bermakna institusi-institusi yang lebih kecil
yang bergantung kepada sumber ini hampir sepenuhnya akan diswastakan melalui pintu
belakang. Universiti swasta, yang semenjak dari dahulu lagi Britain cuba mengelak,
telahpun bergerak maju memasukinya. Meskipun begitu, kerajaan pimpinan Perdana
Menteri David Cameron juga terlepas pandang mengenai kadar yuran yang tinggi, yang
bermakna pelajar akan bergantung kepada pinjaman dan terbeban dengan hutang,
mengharapkan standard yang tinggi bagi kelas mereka dan juga lebih layanan peribadi
sebagai balasan bagi wang yang dibayar mereka ketika mana fakulti kemanusiaan
sedang singkat kewangannya.

Tambahan pula, mengajar telah menjadi perniagaan yang kurang menguntungkan buat
univeriti di British berbanding pengkajian. Kajianlah yang memberikan mereka wang,
bukan subjek Expressionism atau Reformation. Setiap tahun, kerajaan British akan
menjalankan pemeriksaan secara mendalam terhadap setiap universiti mereka, mengira
kajian yang telah dikeluarkan oleh setiap jabatan secara terpeinci. Atas dasar inilah
geran-geran kerajaan dianugerahkan. Ianya justeru tidak menggalakkan ahli akademik
untuk mengajar, bahkan memberi banyak sebab kepada mereka untuk mengeluarkan
kajian dengan tujuan pengeluaran semata, menghadam artikel-artikel yang tiada
maknanya, memulakan journal-journal dalam talian yang tidak perlu, menurut saja
pemohonan geran-geran kajian dari luar meskipun mereka tidaklah perlu padanya, dan
menghabiskan masa dengan mencantikkan CV meraka.
Peningkatan yang besar pada birokrasi dalam pendidikan tinggi British, bersama dengan
berkembangnya ideologi pengurusan dan permintaan yang tak putus-putus pemeriksaan
dari kerajaan, bermakna para ahli akademik hanya mempunyai masa yang terhad untuk
persediaan bagi mengajar. Merit akan diberikan oleh pemeriksa kerajaan bagi artikelartikel yang penuh dengan nota kaki, tetapi hanya sedikit jika kepada buku teks terkenal
yang ditujukan kepada pelajar-pelajar dan pembaca awam. Para ahli akademik
kebanyakannya cuba menaikkan nama institusi mereka dengan mengambil cuti seketika,
mengambil masa untuk tidak mengajar bagi meneruskan kajian mereka.
Mereka bahkan akan meningkatkan sumber mereka dengan lebih lagi jika mereka
meninggalkan dunia akademik dan menyertai sarkas, kemudian menjimatkan kewangan
tuan mereka dan membenarkan birokrat untuk menyebarkan kerja antara mereka yang
ketika mereka sudahpun terlalu terbeban dengan kerja-kerja profesor mereka. Banyak
ahli akademik di Britain menyedari bertapa ghairahnya institusi mereka yang gemar
untuk melihat siapa di belakang mereka yang punya nama-nama besar agar dapat
menarik sebanyak mungkin pelanggan. Tidak berlaku sebenarnya kekurangan penyarah
yang meminta persaraan awal, kerana suasana akademik yang dahulunya sejak berabad
adalah masih boleh diterima sebagai tempat untuk bekerja dan sekarang teramat
menjengkelkan bagi kebanyakan pekerjanya. Bagai jatuh ditimpa tangga, wang pencen
meraka juga bakal dikurangkan.
Seperti para professor yang berubah peranannya kepada pengurus, begitu juga berlaku
kepada pelajar yang berubah kepada pengguna. Univeriti telah jatuh antara satu sama
lain dalam keadaaan yang sangat memalukan demi menjaga kewangan mereka. Tatkala
pelanggan telah selamat memasuki gerbang, tekanan diberikan kepada profesor mereka
agar tidak menggagalkkan mereka, atau jika tidak akan menghadapi risiko hilang wang
dari yuran mereka. Idea umumnya adalah jika pelajar gagal, maka ianya adalah salah
profesor, seperti mana di hospital yang bagi setiap kematian adalah tanggungjawab
pegawai perubatannya. Natijah bagi pengejaran kepada dompet pelajar ini adalah
tumbuhnya kursus yang disesuaikan dengan apa sahaja yang sedang popular di
kalangan remaja yang berumur 20 tahun. Bagi disiplin saya yakni pengajian Inggeris, ia

bermakna vampire berbanding Victorian, seksualiti berbanding Shelly, majalah popular


berbanding Foucault, dunia kontemporari berbanding medieval. Ini bermakna yang
bertindak menggubal silibus kini ialah kekuatan politik dan ekonomi yang mendalam .
Mana-mana jabatan Inggeris yang menumpukan tenaga meraka kepada kesusasteraan
Anglo-Saxon atau kepada abad ke18 adalah seperti memenggal kepala mereka sendiri.
Seperti kebuluran kepada wang-wang yuran, beberapa universiti British sekarang
membenarkan pelajar dengan ijazah sarjana muda yang tidak cemerlang untuk
meneruskan kursus sarjana, sedang pelajar luar negara (yang umumnya terpaksa
membayar dengan harga yang amat tinggi) mendapati diri mereka memulakan sarjana
Inggeris dengan keadaaan yang terkapai-kapai. Selama ini memandang hina penulisan
kreatif sebagai suatu pengejaran Amerika yang kesat, jabatan Inggeris kini dengan
terdesaknya telah menggaji beberapa novelis kecil atau penyajak yang gagal demi
menarik minat bakal-bakal Pynchons, mengambil biaya mereka dengan sangat tinggi,
ilmu sinikal yang kebarangkalian bagi mereka untuk menerbitkan novel pertama mereka
atau jilid puisi mereka melalui penerbit di London adalah lebih rendah berbanding
mendapati diri mereka terbangun pada suatu pagi menjadi seekor kumbang gergasi.
Pendidikan memang sepatutnya bersifat responsif terhadap keperluan masyarakat.
Tetapi ini tidaklah sama seperti merelakan diri sebagai stesen servis bagi neokapitalisme. Sesungguhnya keperluan masyarakat lebih dapat dipenuhi dengan efektif
jika dapat mencabar model pendidikan yang terasing (alienated) ini. Universiti-universiti
medieval telah berkhidmat kepada masyarakat umum dengan sangat baik; mereka
melakukannya dengan menghasilkan pastor, peguam, teologis, dan pegawai pentadbiran
yang membantu mereka menguruskan gereja dan negara, bukan dengan mengancam
tiap bentuk aktiviti intelektual yang dilihat tidak memberi pulangan dalam bentuk wang
secara pantas.
Zaman telah berubah. Menurut kerajaan British, setiap kajian akademik yang menerima
biaya mestilah meganggap ianya sebagai sebahagian dari ekonomi ilmu, yang boleh
memberi impak yang dapat diuukur oleh masyarakat. Impak yang sepertinya hanya
dapat diukur oleh jurutera aeronatik berbanding sejarawan kuno. Ahli farmasi dapat
dengan bermain dengan baik dalam permainan ini berbanding para fenomenologis.
Subjek yang gagal menarik perhatian geran-geran kajian dari industri swasta, atau yang
kelihatan gagal menarik ramai bilangan murid, akan tercampak ke dalam krisis yang
kronik. Merit akademik dikira berdasarkan sebanyak mana wang dapat dikumpulkan,
sedang pelajar yang cemerlang didefinasikan semula kepada yang berjaya mendapat
pekerjaan. Ini bukan masa yang baik untuk menjadi seorang ahli paleografi atau ahli
numismatologi, pengejaran yang tidak berapa lama lagi tidak akan mampu dieja, apatah
lagi diamalkan.
Kesan penganaktirian bidang kemanusiaan dapat dirasai oleh sistem pendidikan di
sekolah menengah, yang bahasa modennya sedang mengalami kemerosotan yang

curam, sejarah hanyalah bermakna sejarah moden, dan pembelajaran subjek klasik
secara umumnya hanyalah dikurung dalam institusi swasta seperti Eton College. (Ianya
graduan lama Eton, Boris Johnson, datuk bandar London yang sering menambah rasa
dalam ucapan awamnya dengan frasa dari Horace.)
Benar, para ahli falsafah boleh saja membuka klinik makna kehidupan di jalanan, atau
ahli linguistik moden yang meletakkan diri mereka di tempat yang strategik di mana
proses terjemahan dapat berlaku. Ideal bagi umum adalah universiti mesti mewajarkan
kewujudan mereka dengan bertindak sebagai kilang bagi keusahawanan. Sepertimana
laporan dari kerajaan dengan dinginnnya menyatakan, mereka sepatutnya beroperasi
sebagai organisasi penasihat. Bahkan diri mereka sendiri telah menjadi badan yang
mencari laba, menjalankan hotel, konsert, pertandingan sukan, menguruskan
penyediaan pelbagai fasiliti, dan lain-lain.
Jika kemanusiaan di Britain semakin sirna, sebahagian besar sebabnya adalah kerana
ianya digerakkan oleh kuasa kapitalis dalam masa yang sama juga akibat kekeringan
sumber. (Sistem pendidikan tinggi British amat kurang dari sudut tradisi kedermawanan
seperti di Amerika Syarikat, yang umumnya kerana Amerika punyai ramai jutawan
berbanding Britain.) Kita sekarang bercakap dalam masyarakat yang secara
tradisionalnya tidak pernah menganggap pendidikan sebagai komoditi yang boleh dijualbeli, yang berbeza dari masyarakat Amerika. Benar, bahkan telah terdapat dalam diri
majoriti mahasiswa Britain hari ini yang percaya bahawa pendidikan tinggi sepatutnya
disediakan secara percuma, seperti yang berlaku di Scotland; dan meski ianya jelas dari
beberapa sudut punya kepentingan peribadi dalam pendapat ini, namun padanya juga
terdapat keadilan. Mendidik para belia, seperti mempertahankan mereka dari pembunuh
bersiri, patut dianggap sebagai tanggungjawab sosial, bukan hal yang bersifat
keuntungan.
Saga juga sebagai penerima biasiswa negeri, menghabiskan tujuh tahun sebagai
mahasiswa di Cambridge tanpa membayar sesen pun. Ianya benar bahawa sebagai
natijah terhadap pergantungan yang menghambakan terhadap negeri pada usia yang
masih mentah itu menyebabkan saya membesar dengan lemah dan patah ternyahmoral,
tidak mampu berdikari atau mempertahankan keluarga saya dengan senapang patah
apabila dipanggil untuk melakukannya. Dalam pada kebergantungan yang teramat
kepada negeri, saya bahkan telah dipanggil untuk bertugas di balai bomba dari semasa
ke semasa, menghapusan api dengan tangan sendiri. Saya, walaupun begitu, rela untuk
menukarkan apa-apa sahaja bilangan kebebasan masa muda saya dengan tujuh tahun
percuma di Cambridge.
Ianya benar bahawa hanya sekitar 5 peratus sahaja dari populasi Britain yang memasuki
univeriti ketika zaman muda saya, dan ada yang menyatakan bahawa kini angka
tersebut meningkat sehingga ke 50 peratus, semangat kebebasan seperti dahulu tidak
lagi mampu ditanggung kini. Pun begitu Jerman, sebagai contoh, telah menyediakan

pendidikan percuma kepada mahasiswanya yang agak ramai. Kerajaan British yang
serius mahu meringankan beban hutang dari bahu generasi muda boleh melakukannya
dengan meningkatkan cukai kepada golongan kaya yang melampau dan memulihkan
berbilion tahunan dari pengelakan terhadap cukai yang dialaminya sekarang.
Ianya juga akan cuba mengembalikan kehormatan tradisi asal muasal universiti sebagai
sebuah arena dalam masyarakat moden (selain seni) yang padanya ideologi semasa
dapat diteliti dengan lebih teliti. Bagaimana jika nilai kemanusiaan itu terletak bukan
ketika mereka patuh kepada tanggapan dominan, tetapi bahkan tatkala mereka
menolaknya? Tidak ada nilai pada penyesuaian sepertinya. Ketika zaman pramoden, artis
lebih teliti dalam menyepadukan mereka dengan masyarakat berbanding zaman moden,
tetapi sebahagiannya bermaksud bahawa mereka seringkali adalah para ideolog, ejen
kuasa politik, jurucakap bagi status quo. Artis moden, sebaliknya, tiada niche yang
selamat dalam tata-sosial, tetapi kerana itulah yang membuatkan mereka menolak untuk
membiarkan prinsip mereka diambil lewa.
Sehingga sistem yang lebih baik akan timbul, saya walaubagaimanapun memilih untuk
menghitung nasib dengan para anti-intelektual dan peniaga tak berotak ini. Mungkin
agak memalukan, saya kini akan menanyakan pelajar saya pada permulaan sesi tentang
adakah mereka mampu untuk menterjemahkan pandangan saya kepada penulisan, atau
adakah mereka dapat memberikan komentar yang membantu walau tidak gemilang
sekalipun.
Mengenakan bayaran bagi pengetahuan adalah perkara yang amat tidak disukai, dan
bahkan mungkin sesuatu yang tidak bagus untuk mewujudkan hubungan baik dengan
pelajar-pelajar; tetapi ianya adalah kelihatan sebagai akibat yang logik bagi iklim
akademik semasa. Bagi sesiapa yang merungut tentang perkara ini akan mewujudkan
kemarahan yang berbeza antara tiap murid, saya mencadangkan bagi sesiapa yang tidak
mampu memberikan wang bagi analisa saya yang teliti maka meraka dialu-alukan untuk
melakukan pertukaran barang (barter). Pie yang segar dibakar, tong beer yang dibancuh
di rumah, baju sejuk yang dianyam, dan stout, kasut yang ditukang sendiri: kesemua ini
sesungguhnya dapat diterima. Sesungguhnya pada akhirnya, ada banyak lagi benda
dalam hidup ini berbanding wang.
Terry Eagleton adalah professor pelawat yang terkemuka dalam bidang kesusasteraan
Inggeris di University of Lancaster. Beliau adalah penulis bagi lebih dari 50 buah buku
termasuk buku How to Read Literature (Yale University Press, 2013)

Anda mungkin juga menyukai