Anda di halaman 1dari 63

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

BERIKAN AKU SEPULUH ORANG PEMUDA NESCAYA AKAN AKU GONCANGKAN DUNIA

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

ISI KANDUNGAN

TAJUK
BAB 1 : PENGENALAN KONSEP USRAH DAN KEPENTINGANNYA BAB 2 : AQIDAH DAN SYAHADAH BAB 3 : KONSEP ISLAM DALAM ISLAM BAB 4 : PENGERTIAN AKHLAK BAB 5 : TASAWWUR ISLAM SEBAGAI AD-DEEN

M/S

3 13 23 27 35

BAB 6 : TASAWWUR TARBIYAH ISLAMIYAH BAB 7 : DAKWAH ISLAMIYAH SECARA RINGKASNYA EMPAT ELEMEN PENTING DALAM USRAH

45 51 60 61

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

BAB 1 : PENGENALAN KONSEP USRAH DAN KEPENTINGANNYA

1.1 TAARUF
Nama, nama panggilan, asal, Sekolah lama, Course, Hobi, Cita-cita, Mahallah, Kenapa masuk ke UIA?

1.2 DALIL
Firman Allah :

*
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).(Al-Hujurat49:13)

1.3 ISU SEMASA


Remaja tak serik
Oleh Nor Azura Abdul Jalil zura@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tidak pernah serik! Hanya selepas tiga hari dijatuhi hukuman khidmat masyarakat selama 200 jam, seorang remaja sekali lagi ditangkap atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang warga emas dengan bersenjatakan pisau, akhir bulan lalu.Muhammad Faisuseh Ibrahim Cheong, 20, yang hadir dengan kaki kiri berbalut dipercayai patah ketika ditahan 25 Mei lalu kelihatan lesu ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam. Tertuduh bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Nasir Nordin.Turut dituduh ialah seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu. Mengikut kertas pertuduhan, mereka berdua didakwa merompak dua buah beg sandang berisi pakaian dan biskut milik Yee Lee Wah, 76, hadapan rumah No 35, Jalan 28/154 Taman Bukit Anggerik, dekat sini, kira-kira jam 5.20 petang, 25 Mei lalu. Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Aishah KM Abu Bakar manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. Remaja lelaki berusia 17 tahun terbabit yang berada dalam jaminan polis turut dibicarakan atas satu lagi tuduhan merompak. Mereka tidak membantah jaminan RM10,000 setiap seorang yang ditawarkan pihak pendakwaan. Mahkamah kemudian mengekalkan jaminan RM10,000 terhadap kedua-dua tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Julai depan untuk sebutan kes.Pada 22 Mei lalu, Muhammad Faisuseh diarahkan menjalani hukuman khidmat masyarakat 200 jam selepas mengaku bersalah merompak dua bersaudara dengan sebilah parang di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, pada 30 Oktober 2008

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

1.4 PERBAHASAN TAJUK


1.41 Muqaddimah Usrah bukanlah asing di dalam Islam. Bahkan dimulakan sejak zaman Rasulullah SAW selepas Bai'ah Aqabah Terakhir pada malam Aqabah ketiga datang tujuh puluh tiga lelaki dan wanita dari Madinah berb ai'ah kepada Rasulullah SAW. Dan Rasulullah SAW memilih daripada mereka pada malam tersebut 12 orang naqib. Mereka ialah; As'ad bin Zararah, Sa'ad bin Rubai', Abdullah bin Rawahah, Rafi' bin Malik, Bara' bin Ma'rur, 'Abdullah bin Amru bin Haram ayah kepada Jabir dan Islam pada malam tersebut, Sa'ad bin 'Ubadah, al - Munzir bin 'Amru, 'Ubadah bin as - Somit dan kesembilan sembilan mereka dari puak Khazraj dan tiga daripada puak-Aus; Usaid bin al-Hadir, Sa'ad bin Khathimah dan Rifa'ah bin 'Abd al -Munzir. Manakala wanita dua orang iaitu Nusaibah binti Ka'ab bin 'Amru dan Asma' binti 'Amru bin 'Adi. 1.42 Definisi Dan Konsep Proses Tarbiyah Islamiyah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata -mata satu proses pembelajaran ilmu. Usrah yang-berasal dari perkataan Arab yang membawa makna keluarga adalah merupakan satu medan di mana ahlinya bersama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah alIslamiyah.Bila mana kita menyebut ianya sebagai satu proses pembentukan ia membawa makna penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh. Penekanan terhadap unsur-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap Islam sebagai system yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) yang akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah. Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan 'amilin (para pekerja) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tidak menafikan kepentingan orang-orang yang berfikir.Konsep usrah sering disalaherti. Sesetengah pihak menganggap usrah sebagai sesi kaunseling memupuk dan menyuburkan sifat-sifat atau ciri-ciri thiqah (kepercayaan), taat, jihad, sedia berkorban dan sebagainya. Yang penting, usrah diadakan untuk melicinkan perjalanan gerakan dakwah. Justeru, kejayaan usrah bukanlah merujuk kepada ahli-ahli usrah yang bersedia berkongsi masalah untuk diluahkan kepada naqib atau naqibah. Juga, kejayaan usrah tidak merujuk kepada keupayaan naqib atau naqibah sebagai seorang kaunselor dan pakar psikologi. Namun begitu, naqib atau naqibah harus bersedia untuk simpati dan empati kepada perrnasalahan ahli-ahli usrahnya ibarat seorang sahabat karib yang ikram atau mungkin ibarat seorang guru atau bapa atau ibu yang penyayang. Matlamat usrah adalah untuk membentuk peribadi muslim sejati dari segi semua dimensi kehidupan. Peribadi peribadi muslim yang merupakan ahli-ahli usrah itu harus diikat dengan ukhuwwah, di samping diikat dengan dakwah sehingga bersebati dalam kehidupannya. Sesi kaunseling boleh wujud dalam usrah, tetapi usrah bukanlah semata -mata sebagai suatu sesi kaunseling. Ini memandangkan kebiasaan usrah yang menitikberatkan soal ukhuwwah atau persaudaraan. Sesetengah pihak yang lain pula sering menganggap usrah sebagai suatu kelas pengajian agama atau halaqah ilmu. 1.43 Rukun Usrah 1.Taaruf. Taaruf bermaksud berkenalan secara mendalam hingga menimbulkan kasih sayang dengan tujuan al -hubbufiilah. Firman Allah: Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara ..... " Dan Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: "Orang yang beriman dengan orang yang beriman yang lain laksana satu binaan, saling kuat menguat antara satu dengan yang lain ". Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Kami mengasihi saudara kerana dia adalah saudara pada jalan Allah. Di samping itu sikap mahabbah mesti dibuktikan dalam amalan dan penghayatan bukan sekadar teori semata-mata. At-Taaruf ialah kenal mengenal dari bab mufa'alah (daripada dua belah pihak) salbi dan i-jabi (memberi dan menerima)kenal yang benar-benar, tahu selok-belok tentang saudara kita, supaya kita membuat dan bertindak untuk mengarah

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA


sesuatu yang sesuai dengannya. 2.Tafahum. Tafahum maksudnya bersefahaman. At-tafahum daripada bab mufa'alah juga, bertujuan supaya usrah membuahkan suatu sikap, satu tindakan daripada sama -sama faham, sama-sama beramal iaitu sama-sama menjalankan perintah Allah, tunduk kepada kebenaran, muhasabah diri, muhasabah sama-sama jemaah dan disusuli dengan nasihat menasihati antara saudara (ad-Dinul nasihah). Awas jangan sama sekali nasihat menasihati ini menimbulkan apa apa perasaan yang tidak senang kepada satu sama lain, baik yang memberi atau menerima, Cuba renungkan hadith di atas. 3.Takaful.

Rukun ini merupakan dasar membela nasib sesama sendiri, supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar nasibnya tidak terbela. Maksud rukun ini ialah anggota usrah hendaklah mengambil berat masalah-masalah yang dihadapi oleh saudaranya. Takaful ini merupakan pancaran pekerti yang dilahirkan daripada keimanan, dan merupakan inti sari daripada ukhuwah yang murni. Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid aku selama sebulan. Dan sabdanya lagi, maksudnya: Sesiapa yang telah memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan kesusahan dan kesukaran kepada keluarga muslim, maka Tuhan tidak melihat balasan kepadanya selain syurga. Inilah gambaran besar atau kecilnya at-takaful dalam Islam bagi rukun usrah ketiga. 1.44 Pelaksanaan usrah 1.Usrah diadakan pada tiap-tiap minggu atau tiap-tiap dua minggu sekali dan merupakan program tarbiyyah yang tetap. 2.Majlis usrah dikendalikan oleh seorang naqib atau naqibah. 3.Sembahyang berjamaah, berwirid, membaca Al-Quran adalah rukun utama majlis usrah. 4.Sebaik-baiknya majlis usrah adalah mengikut cara di bawah ini: a. b. c. Bermula dengan sembahyang (maghrib) berjemaah. Berwirid dengan Al-Mathurat Membahas dan mengkaji kertas-kertas kerja dan sebagainya, yang telah disediakan oleh naqib atau naqibah.

5.Majlis usrah mestilah mempunyai tajuk yang tertentu yang telah ditetapkan teriebih dahulu dan dimaklumkan kepada anggota, sebaik-baiknya telah ditentukan bahan rujukan atau teksnya. 6.Sesudah berbincang dan berbahas dan bertukar-rukar fikiran dengan teliti, maka majlis mengambil satu keputusan atau rumusan yang menjadi pegangan kepada semua dan usrah ditegah sama sekali ditamatkan tanpa menghasilkan sesuatu persetujuan. Perbahasan boleh dilanjutkan kepada beberapa siri usrah sehingga dapat rumusan yang bulat dan konkrit. Sekiranya tajuk perbahasan merupakan isu pokok dan memerlukan kepada pandangan pimpinan yang lebih tinggi, maka hendaklah dirujuk kepada peringkat yang lebih bertanggungjawab dalam jamaah. 7.Tajuk yang akan diusrahkan pada minggu akan datang ditentukan oleh naqib atau menurut ketetapan bersama atau menurut arahan pimpinan. 9. Sebahagian daripada waktu usrah hendakdah diperuntukkan khusus kepada organisasi dan hal ehwal semasa dan perkembangan perjuangan umat Islam di dalam dan luar negara. 10. Usrah bersurai sesudah membaca tasbih kaffarah dan suratul Al'Ashr.

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

1.45 Adab-adab usrah Di antara adab-adab usrah itu adalah seperti berikut: 1.Mengikhlaskan niat hanya kepada Allah Sabda Rasulullah, S.a.w Maksudnya: "Hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang dia niatkan. " (Muttafaq 'alaih) 2.Meminta izin untuk masuk serta memberi salam sebelum memasuki rumah anggota atau tempat diadakan majlis usrah. Firman Allah Taala: Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah engkau semua memasuki rumah yang bukan rumah-rumah mu sendiri, sehingga engkau semua meminta izin teriebih dahulu serta mengucapkan kepada ahlinya (orang yang ada di dalam). (An-Nur : 27) 3. Datang ke majlis tepat pada waktu yang dijanjikan atau ditetapkan. Sabda Rasulullah s.a.w. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tanda orang munafiq itu tiga, iaitu jikalau berkata dia berdusta, jikalau berjanji dia memungkiri dan jikalau di amanahkan dia khianat. "la menambah di dalam riwayat Muslim: "Sekalipun dia berpuasa dan bersembahyang dan mengaku dirinya orang Islam." (Muttafaq 'alaih) 4. Datang ke majlis daJam keadaan bcrwuduk dan memakai pakaian yang sopan, bersih, suci serta sempurna. Maksudnya "Dari Usrnan bin Affan r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang berwuduk lalu memperbaguskan wuduknya (menyempumakan sesempuma mungkin) maka keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarganya itu sampai dari bawah kuku-kukunya: "(Muslim) Perkara ini diperlukan supaya : Senang untuk mendirikan solat. Memudahkan apabila memegang Al-Quran dan ayat-ayatnya dalam teks usrah. Jauh dari gangguan syaitan... dapat berbincang tanpa dipengaruhinya.

5. Jika ada yang tidak dapat hadir kerana uzur syar'ie, hendaklah segera memberitahu kepada naqib atau naqibah sekurangkurangnya kepada sahabat yang menjadi tuan rumah. Hal ini bertujuan untuk: Melatih diri bertanggungjawab dalam setiap kerja. Supaya naqib dan sahabat tidak tertunggu-tunggu. Supaya dapat mengelakkan prasangka yang tidak baik. Supaya makanan yang disediakan oleh tuan rumah tidak berlebihan.

6. Datang ke majlis dengan persiapan yang telah diamanahkan setelah kita sanggup untuk menunaikannya. Firman Allah s.w.t: Maksudnya:"Dan penuhilah perjanjian kerana sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. "(Al-Isra1 : 34). Perkara ini diperlukan adalah: Supaya majlis usrah itu berjalan sebagaimana yang dirancang. Berlatih menunaikan amanah yang kecil sebelum diberi amanah yang lebih besar. Supaya menjadi pendorong dan contoh kepada sahabat yang kernudian.

Kegagalan kita berbuat dernikian dibimbangkan akan menjadi alasan kepada sahabat yang lain untuk tidak membuat persiapan di masa akan datang. 7. Membawa dan menyediakan keperluan-keperluan yang diperlukan di dalam majlis usrah seperti Al-Quran, teks usrah, bukubuku catitan, Al-Mathurat (jika perlu) dan lain-lain yang diperlukan. Ini kerana;

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA


Supaya majlis usrah berjalan dengan lancar. Kegagalan berbuat demikian akan mengganggu sahabat yang dikongsi teksnya.

8.Datang ke majlis dengan hasrat untuk mengukuhkan ukhuwwah dan berkasih sayang kepada Allah. Maksudnya:"Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah Taala berfirman pada hari Qiamat "Manakah orangorangyang saling cinta mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri. '1[Mus"lim) 9.Berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman bagi diamalkan dan disampaikan kepada orang lain... kecuali perkara yang rahsia. Maksudnya: "Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan haginya suatu jalan untuk menuju ke syurga. " (Muslim) 10. Duduk dengan bersopan santun kerana majlis itu adalah majlis zikrullah dan dihadiri sama oleh para Malaikat. Sabda Rasulullah s.a'.w.: Maksudnya: "... dari Abu Hurairah r.a. dan Abu Said r.a. katanya. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada suatu kaum pun duduk-duduk sambil berzikir kepada Allah melainkan di kelilingi oleh para Malaikat dan ditutupi oleh kerahmatan serta turunlah kepada mereka itu ketenangan di dalam hati mereka dan Allah mengingatkan mereka kepada makhlukmakhlukyang ada di sisinya yakni disebut-sebutkan hal ehwal mereka itu di kalangan para Malaikat." 11.Mendahului majlis dengan membaca Al-Fatihah dan berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Maksudnya : "Dan daripada (Abu Hurairah) dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Tiada sesuatu kaum pun yang duduk di suatu majlis yang mereka itu tidak berzikir kepada Allah Taala dalam majlis tadi, juga tidak mengucapkan bacaan selawat kepada Nabi mereka di dalamnya, melainkan atas mereka itu ada kekurangannya. Jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan menyiksa mereka dan jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan mengampunkan mereka." Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa hadith ini adalah hadith hasan. 12.Mendengar segala penjelasan, bacaan-bacaan, arahan-arahan dan pengajaran dengan teliti dan tenang sambil cuba memahami, mencatit dan mengingati dengan tepat sebelum disampaikan kepada orang lain. Maksudnya: "Dari Abu Bakrah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir kerana sesungguhnya mudah-mudahan (diharapkan) orang yang disampaikan itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham dari yang menyampaikan. "(Bukhari dan Muslim) 13.Memohon penjelasan atau mengemukakan pertanyaan selepas diberi peluang atau setelah meminta izin naqib atau naqibah. Supaya tidak mengganggu perjalanan majlis. Supaya ada sikap menghormati naqib atau naqibah. 14.Jangan mencelah ketika naqib atau sahabat sedang memberi penerangan kecuali dalam perkara yang memerlukan teguran yang segera (seperti membetulkan bacaan yang silap). Ini adalah kerana : Supaya tidak mengganggu perjalanan majlis. Supaya tidak menghilangkan penumpuan anggota usrah yang lain. Kadang-kadang naqib atau sahabat yang sedang bercakap akan kehilangan apa yang hendak disampaikan apabila dicelah ketika dia sedang bercakap.

15. Jangan mengangkat suara tinggi lebih dari keperluan pendengar. Ini adalah perkara yang dilarang olch Allah Taala sebagaimana firrnanNya : Maksudnya :"Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara kaldai. " (Luqman : 19) 16.Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu bersifat tenang dan serius. Maksudnya:"Dari Anas r.a. katanya: "Nabi s.a.w. mengucapkan sebuah khutbah yang saya tidak pernah mendengar suatu khutbah pun seperti itu kerana amat menakutkan. Beliau s.a.w. bersabda: "Andaikata engkau semua dapat

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya engkau semua akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Para sahabat Rasulullah s.a.w. lalu menutupi wajah masing-masing sambil terdengar suara esakkannya.(Mutaffaq 'alaih) 17.Jangan banyak bergurau, kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh -sungguh dalam semua perkara: Ini adalah kerana: Supaya hendaklah bergurau di dalam perkara yang benar sahaja. Banyak bergurau akan menjadikan majlis usrah kurang bermanfaat. Banyak bergurau akan menjadikan majlis usrah bertukar mcnjadi majlis jenaka, gurau senda atau gelak ketawa. 18.Jangan mempersoalkan atau mempertikaikan arahan-arahan yang telah diberikan dengan jelas dan menepati syara': " Sesungguhnya binasa uma tsebelum kamu kerana mereka banyak menyoal (yang tidak berfaedah) dan mereka suka menyalahi Nabi-nabi mereka. (Mutaffaq 'alaih) 19.Minta izin dari naqib sebelum keluar dari majlis kerana sesuatu keperluan. Ini adalah kerana keluar dari majlis tanpa izin adalah perangai orang munafiq. (An-Nur : 62) 20.Jangan sekali-kali bertengkar kerana ia akan merenggangkan ukhuwwah. Sebabnya : Sedangkan di antara matlamat usrah ialah untuk memupuk ukhuwwah. Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu.. " (Al-Hujuraat : 10) 21. Sentiasa berusaha di dalam dan di luar majlis usrah untuk mengenali sahaba t-sahabat satu usrah. 22. Akhiri majlis dengan membaca Tasbih Kafarah dan surah Al-'Ashr secara sedar dan memahami serta menghayati maknanya. Maksudnya: "Dari Abu Barzah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda pada penghabisa nnya jikalau beliau s.a.w. hendak berdiri dari majlis yang ertinya: "Maha Suci Engkau ya Allah dan saya mengucapkan puji-pujian pada Mu. Saya mcnyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Engkau, saya mohon ampun serta bertaubat kepadaMu kemudian ada seorang lelaki berkata: "Ya Rasulullah! Sesungguhnya Tuhan mengucapkan sesuatu ucapan yang tidak pernah Tuan ucapkan sebelum ini. "Beliau s.a.w. bersabda:"Yang demikian itu adalah sebagai kaffarah (penebus) dari apa saja yakni kekurangan-kekurangan atau kesalahan-kesalahan -yang ada didalam majlis itu. " 23. Bersalam dan saling bermaaf-maafan selepas selesai majlis. Maksudnya:"... dan orang-orang yang menahan marahnya serta memaafkan (kesalahan) orang dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat demikian. (Ali Imran : 134) 24. Terus pulang apabila selesai majlis kecuali ada keperluan yang penting.-Ini adalah kerana: Memberi peluang kepada tuan rumah untuk berkemas. Mungkin tuan rumah letih dan hendak segera berehat atau dia ada urusan lain. 25. Merahsiakan setiap perbincangan, maklumat atau arahan yang telah diputuskan tentang sesuatu perkara itu sebagai rahsia atau setiap perkara yang dikirakan tidak patut untuk disebarkan. 1.46 Pentadbiran Usrah Setiap naqib hendaklah memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapi dan kemas dan jangan sampai kepada peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah. Dalam hubungan ini, isi usrah hendaklah jangan dijumudkan hanya kepada pembacaan teks dan hafalan tetapi dipelbagaikan bertepatan dengan ciri tarbiyah kita yang mempertekankan segenap a spek Islam itu sendiri. Kepelbagaian ini boleh dibuat dalam bentuk pembacaan, perbincangan, rehlah (perkelahan), nadhah (sukan), majlis qiamullail dan sebagainya. Usrah mempunyai beberapa ciri yang membezakannya dari nizam al-tarbiyah yang lain dan di antara ciri-ciri tersebut ialah:

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

1. Usrah hendaklah bersifat mutawasil (berterusan): Sesuatu pembentukan yang bersifat sekali sekala atau terputus -putus tidak akan dapat mencapai kesan yang diharapkan. Ciri ini akan membantu proses perkembangan dan penghayatan secara yang lebih berkesan. 2.Merangkumi keseluruhan ahli samada pengikut, pekerja mahupun pimpinan. Ini adalah untuk memastikan agar tidak ada ahli yang terlepas dari program tarbiyah. 3. Mempunyai perancangan (al-takhtit) yang rapi dalam semua sudut. 4.Kesungguhan semua pihak yang terlibat samada nuqaba' mahu pun ahli. 5.Di antara ciri-ciri keberkesanan sesuatu usrah itu akan dapat dilihat bila persoalan ini ditanya dan dapat dijawab dengan sesempurna mungkin: a.Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam ? b.Sejauh mana pula konsep al-ta'awun (bekerjasama) di kalangan paia ahli dalam membantu proses penghayatan Islam ? c.Sejauh mana ikatan dibentuk dan sejauhmana pula pelaksanaannya dalam bentuk amalan ? 1.47 Peranan Nuqaba

"Naqib adalah teras jemaah kerana ia memiliki hak tarbiyah, takwin, pengambilan baiah, pengaliran qiadah, dan membuat keputusan (qarar)" - Said Hawa, Al Madkhal Ila Al-Muslimin : Hal 95-96

Pengertian nuqaba' berasal dari kata asal - maknanya ertinya : seorang yang mengurus dan mengendalikan urusan masyarakat. 4 Firman Allah Taala : Al-Maidah : 12 Perkataan naqib maknanya pengurus ertinya : Pemimpin masyarakat yang bertanggungjawab tentang urusan mereka. Naqib di dalam Harakah Islamiah bermaksud : seorang ahli jamaah yang mempunyai kelayakan thaqafah, khasais dan iltizamat yang mantap dan diamanahkan untuk memimpin dan mentarbiyah ahli-ahli jamaah mengikut wasilahwasilah tertentu (umum dan khusus). As-Sheikh Sa'id Hawa membahagikan ahli jamaah kepada empat peringkat :5 Pertama Kedua Ketiga Keempat A) NUQABA' / NAQDIAT DALAM KACAMATA ISLAM Nuqaba' / Naqibat merupakan tenaga penggerak yang amat penting dalam jamaah, sebab itu jamaah tidak akan memiliki kekuatan sekiranya berlaku kepincangan di dalam institusi nuqaba'. Jamaah akan menghadapai persolan : Bagaimana ahli dapat dipimpin arah perjuangan ? Bagaimanakah ahli-ahli dapat ditarbiyah rohani, jasmani dan thaqafah mcreka? Seterusnya jamaah akan menghadapi kesukaran-kesukaran untuk menyerahkan mandat-mandat penting dalam mengendalikan tugas-tugas jamaah. Semua persoalan dan kesukaran itu tidak akan terjawab selama mana tidak adanya di dalam saf jamaah suatu barisan tenaga nuqaba' yang mempunyai kelayakan dan persediaan yang cukup.' Untuk mengatasi persoalan-persoalan beginilah maka usaha yang bersungguh-sungguh mesti dilakukan oleh jamaah untuk melahirkan tenaga nuqaba' yang baik. Dengan itu dapat menjamin kelahiran ahli jamaah yang berkualiti. Itulah secara ringkas gambaran tentang kepentingan para nuqaba' / naqibat dalam sebuah jamaah Islam. Seterusnya perlu digambarkan di sini tentang kedudukan para nuqaba' di dalam saf jamaah, supaya kita semua mendapat tasawwur yang sejelasjelas'nya tentang tanggugjawab dan peranan masing-masing. Naqib di dalam kacamata jamaah Islam merupakan sepohon pokok yang'baik dan berguna kepada manusia dan alam seluruhnya sebagairnana firman Allah Taala (Ibrahim : 24). Ini bererti institusi Nuqaba'/ Naqibat adalah merupakan pokok-pokok yang tersebut yang menghiasi taman gerakan Islam. Untuk menghasilkan kekuatan dan keutuhan jamaah maka setiap pokok itu hendaklah dirangkai dengan pokok-pokok yang

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA


lain dengan ikatan-ikatan berikut:

10

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Ikatan iman dan amal Ikatan ukhuwwah dan mahabbah. Ikatan saling hormat-menghormati Ikatan kerjasama dan jihad Ikatan syura Ikatan taaruf, tafahum dan takaful Ikatan perasaan.

B) CIRI-CIRI ASAS PARA NUQABA' DAN NAQIBAT Apa yang dimaksudkan dengan ciri-ciri asas para Nuqaba' ialah ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh para Nuqaba' dan Naqibat bagi menjamin suatu pengendalian usrah yang sempurna dan berkesan, seterusnnya menjayakan peranan mereka sebagai Nuqaba' di luar usrah. CIRI PERTAMA Ciri-ciri Murabbi : Naqib ialah seorang Murabbi yang mempunyai syakhsiah yang unggul, semangat dan kesungguhan yang tinggi untuk mentarbiah, melatih, mendidik, membina akhlak, sikap dan perjalanan hidup ahli-ahli sehingga mampu memikul amanah perjuangan di semua peringkat. Para Murabbi adalah orang-orang yang tidak mengenal putus asa, malah menghadapi tugastugas pentarbiahan dengan meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada pertolong an dan hidayah Alaah Taala. CIRI KEDUA Ciri-ciri Mu'alim : Naqib adalah seorang mu'alim yang mempunyai persiapan ilmu dan thaqafah yang luas, memiliki semangat yang tinggi untuk mencurahkan seluruh ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli usrah dan membimbing mereka di dalam bidang keilmuan. Ditegaskan di sini bahawa para Nuqaba' dan Naqibat hendaklah mendalamkan pembacan dan pengetahuan tentang Fiqh Dakwah, gerakan dan jemaah-jamaah, Fiqh Al-Bina dan At-Taqwim.

1.5 MODUL
Modul 1 : Taaruf Tisu Objektif: Berkenalan dan mula mengenali Bahan: Tisu Pelaksanaan: 1. Pelajar yang baru mendaftar diminta mengambil sebanyak mana tisu yang mereka perlukan kerana selepas ini tiada lagi tisu yang akan dibekalkan kepada mereka. 2. Selepas itu ta'aruf dilakukan mengikut sebanyak mana tisu yang dibekalkan. 3. Pelajar yang ambil lebih akan diminta menyebut lebih banyak perkara yang perlu diketahui tentang diri mereka.

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA


Modul 2 : Taaruf Bola Tenis Objektif: Mengenali diri masing-masing. Bahan: Bola tenis Pelaksanaan:

11

1. Salah seorang pelajar dipilih untuk memulakan aktiviti ini. 2. Pelajar akan diberikan sebiji bola tenis. 3. Pelajar akan memulakan taaruf dengan memperkenalkan nama dan butir -butir seperti berikut; Nama, Asal, Kelas, Hobi, Cita dan apa-apa sahaja yang dirasakan perlu oleh Naqib. 4. Selepas selesai peserta pertama akan melontar bola ke arah sesiapa yang dikehendaki. 5. Ulangi sehingga semua pelajar habis memperkenalkan diri.

1.6 RINGKASAN

TERAS Fokus : Pengertian usrah Matlamat usrah objektif dan keistimewaan usrah dalam Islam Sejarah usrah Konsep sebenar usrah dan perkara yang sering disalahfahami Rukun usrah Taaruf Tafahum Takaful Adab-adab dalam usrah Pelaksanaan, pentadbiran dan pendekatan usrah

WAJIB Sirah : kisah dakwah sirriyyah Nabi S.A.W di rumah al-Arqam bin Abi Al-Arqam (bina Qaedah Sulbah yang kuat walau sedikit) kuasa 12 nuqaba ke Madinah dalam membentuk sebuah Negara kisah 12 naqib Bani Israel (tafsir al-Maidah : 12) Isu semasa : perbincangan keratan akhbar masalahmasalah sosial semasa melibatkan remaja dan mahasiswa hari ini dan pentingnya berada/berkawan dengan kumpulan orang-orang Mukmin

PILIHAN Al-Quran : Al-Maidah : 12 Al-Hujurat : 1-5: 12 Hadis : Kepentingan majlis ilmu dalam Islam (riwayat At-Tirmizi)

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

12

1.7 PETA KONSEP

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

13

BAB 2 : AKIDAH & SYAHADAH

2.1 TAARUF
Pernah tak berkawan dengan kawan selain orang Islam. Kalau ada, ceritakan sedikit tentang kehidupan mereka yang anda tahu? dan apakah makanan dan minuman kegemaran anda.?

2.2 DALIL Firman Allah :

- - - - -
74. dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya Aku melihatmu dan kaummu Dalam kesesatan Yang nyata". 75. dan Demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang Yang percaya Dengan sepenuh-penuh yakin. 76. maka ketika ia berada pada waktu malam Yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada Yang terbenam hilang". 77. kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), Dia berkata: "Inikah Tuhanku?" maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika Aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah Aku dari kaum Yang sesat". 78. kemudian apabila Dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? ini lebih besar". setelah matahari terbenam, Dia berkata pula: ` Wahai kaumku, Sesungguhnya Aku berlepas diri (bersih) dari apa Yang kamu sekutukan (Allah dengannya). 79. "Sesungguhnya Aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah Yang menciptakan langit dan bumi, sedang Aku tetap di atas dasar Tauhid dan bukanlah Aku dari orang-orang Yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain)". (Al-Anam: 74-79)

2.3 ISU SEMASA


Wabak Influenza A H1N1 Dunia tiba - tiba dengan wabak yang sebelum ini dipanggil selesema babi dan kini disebut Influenza A .Wabak ini sepertimana antrak seketika dulu begitu cepat merebak ke seluruh negara sehingga memeningkan kepala WHO untuk menanganinya . Laporan awal menunjukkan wabak ini bermula dari Mexico dan kemudiannya di Amerka Syarikat . Kini dunia diletakkan dalam keadaan berjaga - jaga bagi menghadapi wabak yang membawa maut itu .

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

14

Perhatian Amerika yang selama ini difokuskan kepada Osama ben Laden atau Gerakan Al Qaeda kini terpaksa beralih kepada wabak selesema babi yang telah merebak tanpa melalui sempadan imigresen yang dikawal rapi . Setelah ratusan jiwa mati kerana mengidap wabak ini telah mencetus rasa takut yang begitu dahsyat kepada dunia .Industri pelancungan dunia tiba - tiba merudum angkara wabak bahaya ini dan menyumbang kerugian besar kepada negara - negara tumpuan pelancung termasuk negara maju seperti Amerika . Nyata mereka gagal untuk menyembunyikan keadaan "tertekan" yang dialami oleh mereka ekoran wabak ini setelah masaalah kelembapan ekonomi yang sedia mereka alami sebelumnya masih tidak dapat diatasi sepenuhnya . Saya kira ini antara bala Allah swt . yang sedang melanda dunia angkara perbuatan tangan - tangan manusia yang rakus dan zalim . Mereka melanggar ketetapan dan syariat Allah swt sebagai empunya alam ini bahkan kekejaman manusia kini sampai ke peringkat yang sangat keterlaluan . Membunuh , mencabul hak kemanusiaan , menghina agama dan mencabar hukum Allah swt .Sekarang Malaysia pula diletakkan dalam keadaan berjaga - jaga . Kedudukan Mexico yang begitu jauh dari Malaysia tidak cukup untuk menjamin keselamatan negara dan rakyat dari jangkitan wabak ini . Semalam tv memaparkan bagaimana rakyat Mexico berbondong - bondong mengunjungi gereja dan berpaut di palang salib bagi berdoa agar selamat dari wabak merbahaya ini . Apakah selepas ini kita akan melihat rakyat di negara kita juga akan segera mengunjungi masjid dan membanjiri surau untuk berdoa kepada Allah swt agar selamat dan dilindungi penyakit ini . Sebelum ini fenomena hampir serupa pernah melanda negara apabila negara dilanggar tsunami yang dahsyat . Sepanjang bulan pertama , masjid dan surau serta kelas pengajian penuh dihadhiri orang ramai yang rata - rata menunjukkan wajah insaf mereka .Malang , apabila memasuki bulan kedua keadaan kembali kepada asal . Hari ini anak - anak muda sedang berpusu - pusu menempah tiket wayang berjudul Bohsia dan lainnya termasuklah gembira dan riang mengunjungi tapak ekspo dan Sure heboh tanpa peduli waktu solat dan kelas pengajian . Apakah Influenza A adalah amaran dari Allah swt ? begitulah Rahmat dan Rahimnya Allah swt , biarpun hambaNya sering derhaka dan lupa kepadaNya , Ia masih menghantar isyarat agar hambaNya kembali insaf dan mengabdikan diri kepada Allah swt .

2.3 PERBAHASAN TAJUK


2.41 Muqaddimah Kisah keimanan Ashabul Kahfi dan Ashabul Ukhdud merupakan diantara tauladan yang wajar diamati tatkala membincangkan soal aqidah, Tauhid, Syahadah dan hal-hal lain berkaitan. Ashabulkahfi merupakan segolongan pemuda yang beriman dengan Allah SWT. Mereka berpegang dengan Aqidah yang betul bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Iltizam dan kuatnya pegangan terbukti apabila mereka dihadapkan kepada raja mereka yang zalim. Demi mempertahankan Aqidah yang suci ini, mereka terpaksa menyembunyikan diri mereka ke dalam gua. Lari bukan kerana takut, tetapi demi Aqidah yang ingin dipertahankan. Kisah Ashabul Ukhdud pula menceritakan tentang segolongan pembesar negeri yang kejam terhadap orang-orang yang beriman kepada Allah. Mereka menggali parit dan menyalakan api sehingga seluruh parit mara dengan api. Mereka melakukan pembunuhan kejam terhadap orang-orang yang beriman dengan mencampakkan mereka ke dalam api dan menyaksikan pembunuhan itu dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Orang-orang beriman yang dibakar itu tidak melakukan apa-apa dosa kepada mereka kecuali beriman kepada Allah SWT. 2.42 Pengertian Bahasa: lafaz aqidah berasal daripada kalimah( ) yang bermaksud ikatan atau simpulan atau janji yang kuat.Diumpakan tali yang ada ikatan atau simpulan memudahkan tangan berpaut.Manakala bagi haiwan,ia ibarat kandang atau tali yang mengawal kehidupan haiwan agar hidup dalam keadaan aman.Haiwan yang buas tidak akan jinak tanpa ikatan dan pasti ia akan membawa masalah kepada kehidupan yang lain.Begitu juga dengan manusia,mereka memerlukan ikatan yang dapat menjamin keharmonian manusia di dunia dan akhirat. Istilah:Aqidah ialah kepercayaan dan keimanan yang kuat kepada Allah yang tidak akan terurai dan terputus dalam apa jua keadaaan.Juga membawa erti bersungguh-sungguh dan berpegang dengan Al Quran dan As sunnah dan melaksanakannya dalam kehidupan. Dalilnya:

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

15

Tidak ada paksaan didalam (memeluk) agama (Islam) kerana sesungguhnya telah jelas kebenaran (Islam) daripada kesesatan(kufur). Oleh itu barang siapa yang ingkar kepada Thoghut dan ia pula beriman kepada Allah maka sesungguhua ia telah berpegang kepada simpulan (tali Allah) yang teguh, yang tiadak putus. Dan ingatlah bahawa Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. (Al Baqarah:256) Aqidah adalah suatu perkara yang ditetapkan malah wajib bagi pegangan Aqidah itu disertakan dengan kepercayaan dan keyakinan yang kukuh tanpa sebarang syak. Timbulnya sebarang syak merupakan satu keraguan dan bukannya Aqidah. 2.43 Kepentingan Aqidah Aqidah merupakan perkara yang amat penting kepada manusai. Tanpa Aqidah, manusia akan kehilangan arah tujuan. Hanya Aqidah yang Sahihah sahaja yang dapat menjawab persoalan yang sering berlegar dalam pemikiran manusia seperti: Dari mana asal-usulnya? Siapakah penciptanya? Apakah tujuan alam diciptakan? Apakah kehidupan lain selepas kehidupan dunia? Bagaimana bentuk kehidupan tersebut?

Dalam menghadapi persoalan-persoalan seperti di atas, maka tujuan Aqidah Islam yang terpenting sekali adalah mengajak manusia kepada Tauhid. Di dalam Islam, Iman yang berlandaskan Aqidah adalah menjadi asas sesuatu amalan, dimana amalan seseorang itu tidak akan diterima oleh Allah kecuali ianya dilakukan oleh orang beriman berlandaskan kepada aqihah yang sahih. Justeru, mereka yang tidak beriman kepada Allah dan tidak mengharapkan pahala dari-Nya serta beramal bukan kerana menuntut keredaan Allah tidak berhak mendapat pahala dari Allah diatas amalan yang dilakukan. Maka mereka yang tidak beriman ini akan diseksa disebabkan kekufuran dan kesesatan mereka. 2.44 Unsur-unsur pembentukan aqidah Secara umumnya,unsur-unsur dakam pembentukan aqidah dapat disimpulkan melalui rukun iman: Beriman kepada Allah,malaikat,Rasul,kitab,Hari kiamat,qada dan qadar. 1.Beriman kepada Allah diasaskan kepada 3 perkara, tauhid Uluhiyyah, tauhid Rububiyyah dan tauhid Asma wa ssifat. Tauhid Rububiyyah ialah beriman kepada Allah sahaja yang menjadi dan menciptakan semua makhluk. Allah sahaja yang menghidupkan dan mematikan dan bersifat dengan sifat ketuhanan yang layak bagi Allah. Tauhid Uluhiyah ialah beriman bahawa Allah sahaja yang layak disembah dan dipuja dengan sebenarnya dan menafikan penyembahan selain Allah. Tauhid Asma wa sifat ialah beriman bahawa Allah mempunyai 9 9 nama yang baik dan bersifat dengan sifat-sifat yang sempurna. 2.Beriman kepada malaikat ialah beriman dengan penuh keyakinan tentang adanya makhluk yang bernama malaikat yang dijadikan daripada nur. Tidak diketahui bilangannya kecuali allah dan yang wajib diketahui hanyalah sepuluh. 3.Beriman kepada rasul ialah beriman dengan sekalian rasul sebagai utusaqn allah untuk mengajar umat manusia akan hukumhukumNya. Bilangan mereka banyak dan yang wajib diketahui hanyalah 25. 4.Beriman kepada kitab ialah beriman bahawa Allah telah menurunkan sebanyak 104 buah kitab-kitab kepada Rasul-rasul-Nya. Diantaranya ialah: taurat kepada nabi Musa AS, Zabur kepada nabi Daud AS, Injil kepada nabi Isa AS dan al-Quran kepada nabi Muhammad SAW. Al-Quran telah menasakhkan (mansuh) semua kitab-kitab terdahulu. 5.Beriman kepada hari Qiamat ialah beriman bahawa selepas hidup di dunia ini terdapat pula hidup yang lain dimana Allah akan menghidupkan semula semua manusia untuk dihisab dan menerima balasan 6.Beriman kepada Qada dan Qadar ialah beriman bahawa segala sesuatu yang berlaku di alam ini adalah dilakukan oleh Allah dan dengan Qada dan Qadar-Nya. Manusia hanya bertanggungjawab mengenai kerja, usaha dan iktiar sahaja.

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA


2.45 Perbezaan Aqidah dan ideologi

16

Aqidah bermaksud simpulan atau ikatan atau hubungan seorang hamba dan Allah SWT. Hubungan ini disimpulkan melalui kalimah Syahadah. Aqidah adalah berdasarkan Wahyu dan ianya bersifat tetap, yang berubah hanyalah Syariat. Aqidah mempunyai daya untuk menggerakkan daya dan usaha yang menepati Aqidah tersebut. Ia mempunyai tarikan yang bersifat ghaib disebalik alam nyata. Ideologi/Idea/Teori/isme pula bermaksud fahaman yang mana ianya dicipta untuk mengatasi kelemahan sistem yang ada. Contoh ideologi yang wujud adalah seperti kapitalisme(fahaman ekonomi), Liberalisme(persamaan hak), Nasionalisme(kebangsaan), Sekularisme(pemisaan agama dengan keduniaan), Sosialisme(kemasyarakatan), dan lain-lain. Semua fahaman inidatangnya daripada akal dan tidak berkaitan dengan Wahyu. Ideologi/Teori/Isme ini bersifat dingin dan beku. Ia tidak menghasilkan pendirian yang teguh dan mantap. Ia lebih kepada angan-angan nafsu dan kebendaan. 2.46 Aqidah dan pembentuk peribadi Pengaruh Aqidah dalam mendidik hati nurani: di dalam Islam, Aqidah telah mendidik hati nurani dengan didikan yang sempurna. Hati inilah yang bertindak sebagai pengawas dalam apa jua tindakan dan kegiatan. Aqidah yang terpasak di dalam jiwa seorang mukmin akan menjadikan segala tindakan dan amalannnya seolah-olah Allah berada di hadapan mata, menyaksikan tindak tanduknya. Kesannya, seorang mukmin akan melakukan perkara yang disukai Allah dan meninggalkan perkara yang dilarang Allah. Pengaruh aqidah terhadap amal perbuatan: Perkataan amal dalam Islam berkait rapat engan perkataan ilmu, orang yang berilmu hendaklah beramal. Pengertian amal dalam Islam sangat luas. Setiap gerakan positif yang didorong pleh aqidah atau yang digalakkan oleh Islam adalah amal. Setiap amal atau perbuatan yang dilakukan mestilah ada hubungan hati dengan Allah, memikirkan apakah balasan yang akan diterima di akhirat kelak. Firman Allah: Dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan". ( At-Taubah: 105) Berdasarkan ayat ini,jelaslah seorang yang mantap huubungannya dengan Allah akan terserlah melalui akhlaknya yang mulia lagi terpuji,meninggalkan segala perbuatan maksiat dan syubhat,kerana akhlak/amal perbuatan itu sendiri merupakan pembuktian dan buah kepada Aqidah yang sahih kepada Allah.Pengaruh aqidah untuk berpegang kepada prinsip:Sesungguhnya prinsip yang kuat lahir dari pegangan yang kuat pada Aqidah.Keteguhan prinsip seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw dalam berhadapan dengan kaum musyrikin,sudah tentu tidak akan dicapai oleh manusia dengan aqidah dan keyakinan yang mantap.

2.47 Konsep Tauhid 1-Asas kepada Aqidah ialah tauhid kepada Allah.Tauhid dalam Islam adalah intipati dari Islam itu sendiri. a) Bahasa : Mengesakan Allah. b) Istilah : Beri,tikad,percaya dan yakin bahawa Allah itu Tuhan yang esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Secara ringkasnya:Orang yang mentauhidkan Allah ialah mereka yang menyakini bahawa Allah adalah satu-satunya yang mencipta alam dan mempunyai segala sifat-sifat dan nama-nama yang maha sempurna dan Dia sahaja yang layak disembah. Firman Allah : Katakanlah (wahai Muhammad),Allah yang Maha Esa,Tuhan tempat Bergantung segala sesuatu.Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada yang setara dengannya ( Al-Ikhlas: 1-4)

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA


2-Tauhid terbahagi kepada 3 bahagian: A.Tauhid rububiyyah

17

Tauhid rububiyyah ialah beri,tikad atau mengaku bahawa Allah swt yang Esa sahaja pencipta sekalian makhluk dan alam ini . Dia memiliki segala Makhluk ,menghidup dan mematikan sesuatu,memberi mudharat dan manfaat kepada sesuatu.Dia berkuasa memberi rezeki,mentadbir sekalian makhluk dan alam sama ada yang di langit dan juga di bumi. Tauhid rububiyyah diiktiraf dan diakui oleh semua manusia sama ada seorang Islam atau seorang kafir,kecuali golo0ngan mulhid(atheis) yang tidak percaya kepada adanya Tuhan.Kerana itu kalau seorang itu hanya mengakui dan beriman kepada dengan tauhid ini sahaja tidak disertaj\kan dengan tauhid lain,dia tidak boleh dianggap Islam.Untuk menjadi Islam,seseorang itu mestilah mengakui juga tauhid uluhiyyah dan tauhid asma, wa sifat bersama tauhid Rububiyyah. Orang kafir termasuk musyrikin pada zaman Rasulullah saw da sebelumnya seperti Abu Lahab dan lain-lain pengikut mengaku dengan tauhid ini. Firman Allah s.w.t: Tanyakanlah (Wahai Muhammad): "Kepunyaan siapakah bumi ini dan Segala Yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah". katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?" (Al mukminun:84-85) Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? atau siapakah Yang Menguasai pendengaran dan penglihatan? dan siapakah Yang mengeluarkan makhluk Yang hidup dari benda Yang mati, dan mengeluarkan benda Yang mati dari makhluk Yang hidup? dan siapakah pula Yang mentadbirkan urusan sekalian alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) Dengan berkata: "Allah jualah Yang Menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui Yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa? (Yunus:31) Namun apa yang perlu diperhatikan ialah pengakuan terhadap Rububiyyah Allah semata-mata tidaklah dapat menyelamatkan manusia dari api neraka malahan tidak dapat menjamin masuknya seseorang itu ke syurga.Sebagai contoh,kaum musyrikin makkah,munafik,orang Kristian ataupun yahuditurut mengakui Rububiyyah Allah.namun kesemua mereka adalah kafir dan kekal di dalam neraka selamanya.Malahan golongan kafir yang Rasulullah perangi,bunuh,rampas harta benda ghanimah dan faie dan dan halalkan wanita2 mereka itu untuk mengikrarkan Tauhid Rububiyyah dengan mengakui bahawa allah lah yang mencipta,memberi rezeki,menghidupkan dan mematikan dan yang menguruskan serta mentadbir seluruh ala mini.malah mereka juga bertawaf di Baitullah dan memberi rsedekah serta menunaikan nazar. Dalam peperangan Badar juga kita melihat bahawa Abu Jahal berdoa kepada allah agar memusnahkan tentera Muhammad saw dan memberi kemenangan kepada tentera musyrikin Makkah .Pada ketika itu abu Jahal begitu bersungguhsungguh menyangka bahawadia berpegang pada pihak yang benar.Jadi Abu Jahalpercaya bahawa yang memberi manfaat (kejayaan) dan mudharat(kekalahan) ialah Allah tetapi bukankah Abu Jahal ditempatkan di neraka. Oleh itu adakah kita telah menjadi Muslim yang cukup sempurna hanya denga mengtakan bahawa Allah yang telah menjadikan diriku,menjadi matahari,bulan dan bintang. Sudah tentu tidak.Ini kerana seseorang itu belum benar Islamnya walaupun ia mengucapkan dua kalimah syahadah,solat,zakat,haji dan puasasekiranya dia baru beriman dengan Rububiyyah Allah dan tidak mengikutinya dengan tauhid uluhiyyah.Seseorang ituhanya benar islamnya selepas iamengakui dan mengikrarkan Uluhiyyah Allah.Dan untuk inilah Rasulullah memerangi orang-orang kafir iaitu sehingga mereka mengakui Uluhiyyah Allah. Firman Allah yang bermaksud Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan Yang baik) kerana Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa Yang mereka kerjakan. (Al-Anfal :39)

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

18

B.Tauhid Uluhiyyah Tauhid Uluhiyyah yang juga dipanggil tauhid ibadat ialah menitiqad dan beriman bahawa Allah swt sahaja yang layak disembah dengan sebenar dan tidak boleh menyekutuiNya dengan sesuatu. Dia sahaja yang berhak disembah,dikasihi,dan ditaati,kepadaNya tempat bertawakkal,tempat berserah,tempat berserah,tempat menaruh harapan,permohonan dan doa.Allah swt sahaja yang mempunyai kekuasaan dan pemerintahan.Firman Allah swt : Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). (Al Fatihah:4) Kerana itu tidak boleh seseorang itu menyembah atau memuja bulan,bintang,matahari,patung berhala,batu,pokok,kubur, atau isme-isme.(fahaman ciptaan manusia :kapitalisme, sosialisme, komunisme, liberalism, nationalism, feudalism). Juga tidak boleh menyembah para nabi,wli,malaikat dan lain-lain lagi.Jika seseorang itu menyembah dan memuja perkara lain,maka perkara itu adalah Tuhannya.jika ini berlaku perbuatan tersesebut menyebabkan berlakunya syirik kerana rosaknya pada tauhid uluhiyyah. Apabila seseorang beriman dengan tauhid uluhiyyah,maka secara automatikdia beriman dengan tauhid rububiyyah dan tauhid asma wa sifat.Ini kerana tauhid uluhiyyah mengandungi dibawahnya ttauhid2 lain dan tidak sebaliknya.Sebab itu orang yang hanya beriman kepada tauhid rububiyyah sahaja tidak semestinya dia beriman dengan tauhid uluhiyyah.Ada dari mereka(orang kafir) yang beriman dengan tauhid rububiyyah;mereka menyembah dan memuja patung2,berhala2,bulan,bintang dan seumpanya tetapi mereka tidak mentaaati Allah. C. Tauhid Asma wa Sifat Tauhid asma wa sifat ialah mengitiqad dan mengaku bahawa Allah swt bersifat dengan sifat -sifat kesempurnaan dan maha suci dari segala sifat-sifat kekurangan dan Allah SWT mempunyai 99 nama yang layak dengan kebesaran-Nya. Segala nama dan sifat-sifat Allah tidak menyerupai dengan nama-nama dan sifat-sifat makhluk, ilmu Allah SWT tidak sama dengan ilmu manusia, kudrat Allah SWT berbeza dengan kudrat makhluk dan lain-lain. Firman Allah SWT: Dia lah Yang menciptakan langit dan bumi; ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); Dengan jalan Yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. tiada sesuatupun Yang sebanding Dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Asy Syura:11) Dan Allah mempunyai nama-nama Yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang Yang berpaling dari kebenaran Dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa Yang mereka telah kerjakan. (Al Araf:180)

Untuk membetulkan tauhid ini, seseorang muslim mestilah mengisbatkan nama dan sifat-sifat Allah sebagaimana yang diisbatkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW serta menafikan semua yang berlawanan dengan apa yang ditetapkan oleh Allah SWT dan Rasul. Imam Ahmad bin Hanbal berkata: Jangan sifatkan AllahSWT kecuali dengan apa yang disifatkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya dan jangan melebihi apa yang disebut oleh Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW. 2.48 Konsep Syahadah Syahadah bererti pengetahuan, penerangan, perkhabaran, dan pernyataan. Sebab itu seseorang yang bersyahadah dipanggil bersaksi, kerana dia mengkhabarkan atau memberitahu apa yang diitiqadkan olehnya. Kalimah syahadah mengandungi Iqrar, Itiraf , Itiqad: iaitu pangakuan, pengiktirafan dan kepercayaan. Pembahagian kalimah syahadah ( Nafi dan Isbat)

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

19

Kalimah ( la ilah ) bererti tiada tuhan merupakan pengakuan keimanan beserta penafian bahawa tiada sesuatu yang layak disembah kecuali Allah Kalimah ( illa Allah ) bererti melainkan Allah mengandungi penegasan dan pengecualian atau ithbat dangan menolak tuhan selain Allah dan menegaskan keEsaan Allah. Syahadatain merupakan pintu masuk Islam dan asas terpenting tegaknya Islam. Islam tidak tertegak jika tidak dilaksanakan rukunnya yang lima dan segala rukun itu tidak tertegak jika tidak sempurna.Syahadatain bahkan tidak ada Islam sebelum Syahadatain. Syahadatain adalah jiwa bagi Islam seumpama nyawa sebagai nadi kepada badan. Setiap anggota badan manusia tidak berperanan seperti manusia hidup tanpa nyawa. Begitulah Syahadatain yang merupakan nyawa bagi setiap bahagian Islam. Amalan atau ibadat orang Islam yang tidak kerana-Nya ibarat menanam benih yang mati. Oleh itu, amalan kebajikan orang kafir tiada harga di sisi Allah kerana ia diaggap bangkai. Orang Islam amalannya soleh kerana kebajikannya banyak, sekiranya tiada roh Syahadatain adalah tidak diterima oleh Allah SWT. Mengucap Syahadatain merupakan syarat dilakukan hukum dunia berhubung dengan seorang muslim seperti perkahwinan, berimamkan solat, disembahyangkan bila mati dan juga ditanam di perkuburan Islam selama seseorang itu tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan iman. Seseorang yang melafazkan Syahadatain kerana uzur seperti bisu, atau mati setelah beriman tetapi tidak sempat mengucapkan Syahadatain, maka dia adalah tetap mumin. Sebaliknya, bagi orang yang mampu dan mempunyai masa mengucapkannya tetapi enggan dan keengganannya itu kerana ingkar, maka dia adalah kafir. Soal hatinya bukan urusan kita, kalau hatinya membenarkan Islam dan segala hukumnya, maka mengikut Qaul Rajeh, dia beriman di sisi Allah tetapi tidak boleh dilakukan muamalah ke atasnya sebagai Muslim kerana tidak diketahui imannya. Sesung guhnya disebut diatas ialah kepada orang-orang yang mahu menganut Islam. Orang yang dilahirkan Islam, ia dianggap Muslim selagimana tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan iman. 2.49 Pengertian Ilah Perkataan Ilah membawa kepada pengertian yang saling melengkapi iaitu: 1.Ilah sebagai Tempat Tumpuan dan Matlamat Pengabdian Pengertian Ilah sebagai Tempat Tumpuan dan Matlamat Pengabdian ialah seorang muslim itu mestilah membentuk hidupnya agar sentiasa berada di dalam Ubudiah kepada Allah. Segala nikmat di dalam hidupnya adalah ditujukan untuk mentaati Allah. Dengan ini berertilah bahawa seseorang muslim itu menolak segala perkhidmatan yang bertentangan dengan kehendak Allah. Firman Allah: Wahai orang-orang yang beriman, rukuk dan sujudlah (solat) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu kamu (dengan mentauhidkan-Nya). Serta kerjakanlah amal-amal kebajikan, supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat). (al-Hajj:77) 2.Ilah sebagai Tempat Perlindungan Dengan Syahadah, seorang muslim itu meyakini bahawa tiada siapa pun yang mampu memberi perlindungan selain daripada Allah, segala perlindungan yang diberikan oleh mana-mana jua makhluk adalah bersifat sementara dan bergantung kepada keizinan Allah. Allah bebas menarik keizinannya bila-bila masa yang dikehendakinya. Firman Allah: Katakanlah wahai Muhammad:Aku berlindung kepada Tuhan pemelihara sekalian manusia. Tuhan yang mentadbir sekalian manusia, Tuhan yang disembah oleh sekalian manusia. (an-Nass:1-3) 3.Ilah sebagai Tumpuan Kecintaan Pengertian yang terkandung di dalam kalimah Syahadah juga menuntut bahawa Allah adalah tumpuan kecintaan yang wajib dizahirkan melebihi segala-galanya. Kasih sayang dan cinta sesama manusia hendaklah diasaskan kepada kecintaan kepada Allah. Firman Allah: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara mara kamu, isteri-isteri (atau suamisuami) kamu, keluarga dan harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan rosak, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu redai lebih daripada Allah, Rasul-Nya dan

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

20

berjihad untuk agama-Nya,maka tunggulah sehingga allah mendatangkan keputusan (azab seksaan-Nya) kerana allah tidak ememberi petunjuk kepada orang yang fasiq. (at-Taubah:24) 4.Ilah sebagai pemberi rezeki. Disini syahadah menjelaskan satu hakikat yang nyata, iaitu allah sahajalah yang memberi rezeki. Makhluknya sebagai pembawa dan penyampai-Nya sahaja;bukan pemberi rezeki dan tidak berupayanuntuk mrnambah atau menguranginya. Firman allah SWT di dalam kitab-Nya: Wahai manusia, kenagkanlah nikmat allah yang telah dikurniakan -Nya kepada kamu, tidak ada sama sekali yang menjadikan sesuatu selain daripada Allah, ia memberin rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada tuhan melainkan Dia,maka mengapa kamu rela dipalingkan (daripada menyembah-Nya)? (Fatir:3) 5.Ilah sebagai sumber perundangan. Pengertian illah juga mengandungi maksud Allah sebagai tempat rujukan dalam menentukan hukum. Allah sahaja yang berhak untuk menentukan undang-undang. Kekuasaan ini adalah mutlak dan tidak boleh dibahagikan-bahagikanseperti yang difirmankan Allah dalam surah al-Maidah:44.

2.5 Tuntutan syahadah Apabila seseorang insan telah mengucapkan syahadatain, maka tertanggunglah ke atasnya beberapa tanggungjawab sebagai membuktikan ikrar penyaksiannya terhadap ketuhanan Allah dan kerasulan Muhammad SAW. Disimpulkan bahawa tuntutan syahadataian ialah mengikut segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya (imtisalu awamirihi wajtinabu Nawahih). 1.Melaksanakan semua rukun Islam. 2.Berintima, (menggabungkan diri) dengan islam sari sudut aqidah, akhlak, keluaraga dan ibadah. 3.Berintima dengan jemaah Islam. 4.Mengakkan pemerintahan Islam (daulah Islamiah) yang mengagungkan hukum syara. 5.Melaksanakan amar maruf wan nahyu anil munkar. 6.Berusaha mebentuk khilafah Islamiah. Perkara yang membatalkan syahadah. 1. Bertawakkal dan bergantung selain kepada Allah. 2. Mengingkari nikmat kurniaan Allah. 3. Berkerja dan beramal kerana selain daripada Allah 4. Mencipta undang-undang sendiri di luar kehendak ketentuan Allah SWT. 5. Taat selain daripada Allah kecuali kepada sesiapa yang diperintahkan oleh syara supaya taat kepadanya. 6. Menjalankan hukuman selain daripada hukum Allah 7. Benci atau menentang salah satu daripada ajaran slam. 8. Mencintai dunia mengatasi akhirat. 9. Menghina al-Quran dan as-sunnah serta ulama yang menegakkannya atau mempersendakan hukum dan syiar Allah. 10. Menghalalkan yang haram oleh Allah dan sebaliknya. 11. Tidak beriman dengan al-Quran dan as-sunnah atau hukum yang bersumber dengannya. 12 . Melantik orang kafir dan munafik menjadi pemimpin tertinggi serta tidak menyintai orang mukmin. 13. Tidak beradab dengan Rasullullah SAW. 14. Mengingkari sifat-sifat ketuhanan Allah dan nama-nama-Nya. 15. Menafikan kerasulan Rasululllah SAW dan ajarannya serta menghina sifat-sifat mulia baginda malah tidak mengiktikad baginda sebagai role model (contoh ikutan). 16. Mengkafirkan orang mukmin serta tidak mengkafirkan orang yang jelas kekafirannya dan tidak menghalalkan perang ke atas mereka. 17. Melakukan ibadah diluar batasan syara.

2.51 Kesimpulan

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

21

Sesiapa yang berpegang teguh kepada aqidah tauhid membentuk kehidupannya menurut tuntutan-tuntutannya, maka selamatlah hidupnya di dunia dan akhirat. Inilah jaminan yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW dan termaktub di dalam kitab Allah.

2.5 MODUL
MODUL: Origami Islam dan Kristian Objektif: 1. 2. 3. Membandingbezakan antara aqidah sebenar orang Islam dengan Kristian Mengetahui tujuan dan matlamat hidup manusia di muka Bumi Tuhan Menimbulkan rasa keinsafan dan kesyukuran kerana dilahirkan sebagai seorang Muslim

Bahan-bahan: Kertas A4, Gunting Pelaksanaan: 1. Naqib akan membuat demonstrasi origami kepada ahli-ahli usrah dengan menggunakan kertas A4 dan gunting. (pelaksanaan akan diterangkan semasa multaqa nuqaba)

2.6 RINGKASAN TERAS Fokus: Pengertian dan kepentingan aqidah Kaitan antara aqidah (hati) dan syahadah (lafaz) Unsur pembentukan aqidah Peranan aqidah ke atas kehidupan Keistimewaan aqidah Islam Perbezaan aqidah dan ideologi Memahami konsep Tauhid Uluhiyah, Rububiyah, Asma was Sifat Memahami konsep Syahadah WAJIB Sirah : Kisah perjuangan aqidah para sahabah (cth : Bilal bin Rabah) Isu pasca Isra Nabi dan as-Siddiq Abu Bakar (keimanan Ghaibiyyat) Kisah Ashabul Ukhdud Kisah Sumayyah dan Masyitah (muslimat) PILIHAN Al-Quran : Ibrahim : 24 Al-Buruj : 1-10 Hadis : Ya Ghulam Inni Uallimuka Kalimaat

Isu semasa : isu-isu aqidah terkini melibatkan umat Islam spt murtad, anti-Tuhan, anti-hadis dan ajaran sesat seperti ajaran ayah Pin, tarekat sesat dan sebagainya.

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

22

2.7 PETA KONSEP

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

23

BAB 3: KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

3.1 TAARUF
1. 2. 3. 4. First impression terhadap rakan seusrah anda. Ceritakan peristiwa pahit/manis yg berlaku terhadap rakan anda pada minggu ini. Ciri-ciri individu yang ingin anda jadikan sebagai pasangan hidup. Suasana kampus yang anda idam-idamkan. Jika diberi pilihan universiti manakah yang menjadi pilihan di hati dan kenapa?

3.2 DALIL
Firman Allah :


Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan Segala malaikat, dan Segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orangorang miskin dan orang Yang terlantar Dalam perjalanan, dan kepada orang-orang Yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang Yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang Yang sabar Dalam masa kesempitan, dan Dalam masa kesakitan, dan juga Dalam masa bertempur Dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang Yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang Yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang Yang bertaqwa. (Al-Baqarah : 177)

3.3 ISU SEMASA


RAHSIA MAMAK BERTAHAN Dalam blog rasmi Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) terdapat dakwaan dan serangan ke atas rangkaian bisnes India Muslim atau mamak mengenai isu-isu makanan halal dan penipuan hingga menimbulkan persepsi kurang positif terhadap perniagaan kaum ini. Menurut lidah rasmi laman web ini, "beberapa penjelasan terperinci mengenai perkara seumpama ini telah dibuat sebelum ini, namun masih belum difahami dan diterima oleh segolongan masyarakat khususnya masyarakat Melayu yang menjalankan perniagaan restoran." Menurut Presiden KIMMA Kebangsaan, Syed Ibrahim Kader, "restoran India Muslim mempunyai pengaruh yang besar dalam menguasai perniagaan restoran. Semua ini adalah hasil kerja keras dan sikap tidak putus asa serta semangat juang dalam menguruskan serta memperkembangkan empayar perniagaan kami."Selain itu isu mandrem atau penggunaan sihir sebagai pelaris dilihat sebagai senjata sebahagian peniaga bagi membantutkan kerancakan perniagaan India Muslim di Malaysia. Cabaran peniaga India Muslim adalah isu penggunaan ilmu sihir sebagai pelaris perniagaan mereka. Kisah sihir dan ilmu hitam ini direka dan disebarkan secara konsisten dari mulut ke mulut atau melalui sebaran elektronik seperti e-mel. Sehingga ke hari ini, isu pengamalan ilmu hitam oleh peniaga-peniaga India Muslim masih berlegar dan sukar dibendung penyebarannya.Punca

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA


utama tersebarnya kisah penggunaan ilmu hitam sebagai pelaris bisnes India Muslim kerana faktor ia mampu menarik pelanggan yang ramai dan tetap pada satu-satu masa.

24

Selain itu, kecepatan perkembangan perniagaan India Muslim berbanding pesaing-pesaingnya menjadikan isu sihir dan ilmu hitam menjadi bahan cerita yang digunakan untuk melambatkan atau membantutkan bisnes tersebut. Bercakap di hadapan hadirin ketika program bicara Rahsia Bisnes Mamak di ruang legar Mahkota Parade, Melaka sempena ulang tahun ke-60 syarikat Buku Thai Kuang baru-baru ini, penulisnya Muhammad Faisal Sharbuddin menjelaskan perniagaan India Muslim sentiasa menjadikan ibadah sebagai formula nombor satu dalam apa jua perniagaan yang diceburi kaum India Muslim. Perniagaan India Muslim dan ibadah dimanifestasikan melalui pembinaan masjid dalam komuniti yang bertahan sehingga kini.Ia memberi gambaran peniaga mesti mendapatkan harga bahan mentah lebih murah daripada pembekal selepas berlaku transaksi dan pembelian bahan mentah kali kedua bagi terus bertahan dalam pasaran. Dilihat dari kaca mata ibadah, nombor 786 menjadi ingatan kepada peniaga agar memulakan perniagaan dengan bacaan bismillah. Ia melambangkan proses pendidikan bisnes bermatlamat ibadah. Ibadah menjadi kata kunci dan saringan bagi memastikan perniagaan India Muslim kekal relevan dalam industri. Ia menjadi tunjang kepada stabiliti perniagaan meskipun dihimpit krisis kenaikan harga yang semakin meruncing. KESIMPULAN: Segala amalan harian yang diniatkan sebagai ibadah akan mendapat barakahNya

3.4 PERBAHASAN TAJUK


3.41 Pengertian Ibnu Taimiyyah di dalam buku al-Ubudiyyah menjelaskan bahawa asal makna ibadah ialah kehinaan tetapi ibadah yang disyariatkan oleh Allah Taala merangkumi makna kehinaan dan kecintaan bersama. la adalah puncak kehinaan diri seseorang bila berhadapan dengan Allah di samping kemuncak kecintaannya terhadap-Nya. Islam mempunyai keistimewaan dengan menjadikan seluruh kegiatan manusia sebagai ibadah apabila diniatkan dengan penuh ikhlas kerana Allah demi untuk mencapai keredhaan-Nya serta dikerjakan menurut cara-cara yang disyariatkan oleh-Nya. Islam tidak menganggap ibadah-ibadah ritual sahaja sebagai amalan soleh malah ia meliputi segala kegiatan lain sebagaimana firman Allah: Maksudnya: Bukankah aku telah memerintahkan kamu wahai anak Adam, supaya jangan kamu menyembah syaitan. Sesungguhnya ia terhadap kamu adalah musuh yang nyata. Dan (aku perintahkan)hendaklah kamu menyembah Ku, inilah jalan yang lurus. (Yasin : 60 -61) Inilah matlamat kewujudan manusia dan jin. Hanya dengan ibadat yang ditunaikan dapat membuktikan hakikat matlamat yang dituju. Sesiapa yang cuai beribadat atau enggan melaksanakannya, bermakna ia menyimpang dari matlamat yang sebenar. Maka kehidupannya tiada arah, kosong tiada bermakna sedangkan, matlamat tersebut adalah asas utama dalam pembentukan nilai hidup.
3.42 Pembahagian ibadah

1. 2.

Ibadah Khususi : Ibadat yang telah ditetapkan caranya dan tidak harus diubah dan ditokok-tambah . Ibadah Umumi : Setiap aktiviti manusia yang menepati dua perkara :Niat yang ikhlas & Matlamat yang mulia.

Firman Allah s.a.w.: Maksudnya: Katakanlah: "sesungguhnya sembahyang ku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam. ( Al- An'am: 162 - 163 ) 3.43 Intipati Ibadah yang Berkesan

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

25

1..AI-Hubba war Redho (rasa cinta dan berserah diri) Maksudnya : Katakanlah (tvahai Muhammad) : " Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lag: Maha Mengasihani. ( Ali- Imran : 31) 2.Al-Khafo war Raja' (rasa takut dan mengharap) Maksudnya: "(Engkau lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takatkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya ? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang - orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orangorang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang -orang yang berakal sempuma. (Az-Zumar : 9) 3.Al-Ehsan wal Muraqabah (ikhlas dan berhati-hati} Rasulullah.saw menerusi apa yang diriwayatkan daripada Umar bin Al Khattab bahawa Jibril bertanya tentang Islam kemudian tentang iman kemudian bertanya pula apakah darjat yang tertinggi iaitulah ihsan: Maksudnya.' Berkata Jibril : "Beritahukan aku tentang Ihsan " Bersabda Nabi Muhammad saw : "Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat Allah. Sekiranya kamu tidak melihat Allah Sesungguhnya Allah melihat kamu ". Al Ustaz Al Maududi berkata bahawa : "Empat martabat akhlak di dalam Islam iaitu Iman, Islam, Taqwa dan Ihsan. Semua martabat ini tersusun secara fitrah di dalam keadaan berturutan. Unsur yang kedua diasaskan di atas unsur yang yang pertama. Selagi mana unsur pertama belum kukuh maka unsur kedua sukar untuk dibina. Iman adalah asas dalam binaan kepada Islam, kemudian binaan tesebut dikembangkan dengan sifat Taqwa dan diikuti dengan Ihsan". 4.As-sakinah wal al-mutmainnah Maksudnya : (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu ) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh, supaya mereka bertambah iman dan yaqin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada. (Al-Fath : 4)

3.5 MODUL
MODUL : Makan vs baca Al-quran yang manakah Ibadah? Objektif : Semua perlakuan adalah ibadah selagi tidak melanggar syariat dan disertai dengan niat lillahitaala Bahan : Al-Quran, makanan Pelaksanaan : 1.Bahagikan ahli usrah kepada 2 kumpulan. 2. Salah satu kumpulan disuruh untuk makan dan satu kumpulan lagi baca al-Quran. 3.Selepas beberapa minit tanya yang manakah adalah ibadah?

3.6 RINGKASAN
TERAS Fokus: Pengertian ibadah Klasifikasi ibadah dalam Islam Syarat amal mencapai status ibadah Intipati ibadah yang berkesan Istimewanya ibadah dalam Islam Salahfaham sekitar konsep ibadah WAJIB Sirah : kisah kualiti khusyuk ibadah solat para sahabah (dipanah tetapi teruskan solat) kisah Salahaddin memilih tentera Saf hadapan Isu semasa : Beza ibadah dan adat Perbincangan keratan akhbar pelajar sekolah tak solat Kenyataan kartina aziz, azlina PILIHAN Al-Quran : Al-Fath : 29 Az-Zariat : 56 Yaasin : 60-61 Hadis : Hadis bengkak kaki solat tahajjud Nabi

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA


aziz berkaitan bermusim isu tudung

26

3.7 PETA KONSEP

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

27

BAB 4: PENGENALAN AKHLAK

4.1 TAARUF
1. 2. 3. Pernah tak memiliki kawan karib. Jika ya, apakah sifat yang membuatkan anda tertarik dengannya? Apakah program yang telah berjaya anda lakukan di sekolah lama? Apakah cirri- ciri keluarga yang anda inginkan pada masa hadapan?

4.2 DALIL
Firman Allah :

"Dan janganlah Engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." (Luqman : 18-19)

4.3 ISU SEMASA


Tolak hukum Allah, jenayah dan masalah sosial semakin berleluasa KOTA BHARU, 14 Ogos (Hrkh) - Sumbang mahram, jenayah serta pelbagai jenis salah laku yang berlaku dewasa ini akibat manusia menolak hukum Allah. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata akibat menggunakan hukuman sendiri menyebabkan gejala sosial, jenayah, sumbang mahram, rompakan dan berbagai lagi jenis salah laku akibat menolak hukum Allah, khususnya hudud.Teks ucapannya dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah, yang mewakili Tuan Guru bagi merasmikan Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan, di Balai Islam, semalam. Sebagai contoh, katanya dari tahun 1998 hingga 2001 sumbang mahram sebanyak 1,369 kes dilaporkan berlaku dalam tempoh itu. "Bagi jenayah kecurian kenderaan pula sebanyak 56,879 kes telah berlaku pada tahun 2000, bagaimanapun ianya telah meningkat sebanyak 60,049 kes di seluruh negara. Ini bermakna sebanyak 6.85 buah kenderaan telah dicuri bagi setiap satu jam,"ujarnya. Sekarang ini, menurutnya lagi pelbagai jenis kecurian telah berlaku yang mengakibatkan jutaan ringgit telah berlaku seperti diperbankan, kedai emas dan kapal pedagang. Tuan Guru berkata, ianya berlaku akibat manusia menolak hukum Allah, sebaliknya menggunakan hukum sendiri. Akibatnya, tambahnya lagi gejala jenayah berlaku seumpama barah yang tidak mampu dibendung lagi. Untuk itu, umat Islam wajib kembali pada hukum Allah bagi mendapat keberkatan dan pertolongan dari-Nya dalam menyelesaikan segala kekusutan yang berlaku. Lebih 600 orang peserta menghadiri program sehari yang dianjurkan oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jahaik). mks *Adakah ini ciri-ciri akhlak islamiyah yang ada pada seseorng yang mengaku dirinya seorang muslim ? *Siapakah yang bertangggungjawab dan berperanan mengatasi situasi ini? *Adakah masalah ini dapat diatasi dengan mengetatkan lagi undang-undang ( contohnya- mewajibkan anak gadis gadis memakai cawat besi, memperbanyakkan CCTV di kawasan awam @ seumpamanya? ) ATAU dengan memberikan kesedaran

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA


terhadap masyarakat (memperbanyakkan risalah @ peringatan islamiyah melalui media massa..???)

28

4.4 PERBAHASAN TAJUK


4.41 Pengertian Akhlak Menurut bahasa: Perkataan akhlak berasal daripada perkataan al-akhlak iaitu kata jama' daripada perkataan al-khulq bererti tabiat, kelakuan, perangai, tingkahlaku, maruah adat kebiasaan, malah ia juga bererti agama itu sendiri. Perkataan al-khulq ini di dalam AlQuran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya: "Dan sesungguhnya engkau (Muhammad') benar-benar berbudi pekerti yang agung." (Surah Al-Qalam : 4) Sementara perkataan al-khalq bererti kejadian, ciptaan , bermaksud kejadian yang indah dan baik. Apabila dirujuk daripada manusia, ia bermaksud struktur tubuh badannya yang indah dan seimbang. Jika dirujuk kepada alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah, seimbang, tersusun rapi, menurut undang-undang yang tepat. Di dalam Al-Quran terdapat 52 perkataan al-khalq merujuk kepada kejadian manusia, alam sarwajagat danIain-lain. Antara lain firman Allah Taala: "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan burnt, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia menghidupkan bumi sesudah mati (kering) nya, dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. " Istilah: Antara definisi akhlak menurut istilah ialah : Sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan pemaksaan. Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentaarifkan akhlak itu ialah keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian. Imam Ghazali r.a. mengatakan : akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang keluar itu baik dan terpuji menurut syara' dan akal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk. 4.42 Pengertian Akhlak mengikut Islam 1.Islam mempunyai dua sumber utama al-Kitab dan al-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiah. Prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya. Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak itu, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut: "Satu ilmu yang membahaskan tata nilai, hukum-hukum atau prinsip-prinsip tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sijat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridhwanullah). " 2.Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai suatu sifat keperibadian yang melahirkan laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempuma berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah. Dengan kata lain, akhlak itu ialah satu system yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, jin dan juga dengan alam sekitar. 4.43 Skop & ruang lingkup akhlak dalam Islam Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai baik dan buruk (good and bad), betul dan salah (true and false). Penilaian ini berlaku dalam semua lapangan kehidupan manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu itu? Apakah alat pengukur untuk menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk, betul atau salah, benar atau palsu? Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh ilmu akhlak.

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

29

Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang menjadikan kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam kehidupan. Ada pula yang menjadikan pangkat kebesaran dan kekuasaan, ada yang mencari nama dan kemasyhuran. Ada juga yang berusaha mencari ilmu pengetahuan dan ada pula golongan yang memandang remeh terhadap kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat zuhud dalam kehidupan dunia, memadai dengan cara hidup yang sederhana. Mereka lebih menumpukan peningkatan rohaniah dengan mementingkan persoalan hidup akhirat. Perbezaan pandangan inilah menyebabkan timbulnya beberapa aliran dalam memahami akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama, tidak dapat kita jadikan sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yang yang seharusnya dicapai manusia. Oleh itu, tentulah disebaik pandangan atau perbezaan tersebut ada suatu matlamat yang hakiki yang wajib dituntut manusia. Itulah juga yang menjadi ukuran tepat dalam meneliti tindak-tanduk dan perbuatan manusia. Apabila sesuatu perilaku atau perbuatan itu selaras dengan timbangan tersebut, itulah yang dikatakan buruk atau jahat dan sebagainya. Persoalan-persoalan inilah yang menjadi skop bahasan ilmu akhlak, iaitu ilmu yang menerangkan pengertian baik dan buruk, dan juga menerangkan sesuatu yang sepatutnya dilakukan seseorang dalam perjalanan hidup ini. Ilmu ini juga cuba menerangkan matlamat yang seharusnya dirujuk oleh manusia dan ia juga menggariskan jalan-jalan yang seharusnya dilalui untuk melaksanakan sesuatu dalam hidup ini. Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan manusia. la menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan seseorang. Semua yang berlaku pada manusia yang bersifat tidak irada (bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan, detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam skop bahasan ilmu akhlak. Jadi tidaklah boleh diberi nilai atau hukum ke atas kejadian itu sebagai baik atau buruk. Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dengan ikhtiar samada hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar, hubungan dengan diri sendiri semuanya mengandungi nilai akhlak. Segala tindakan manusia baik yang berupa peribadi mahupun bersifat sosial, ekonomi, politik, kenudayaan dan sebagainya mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada setiap mereka yang terlibat di dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan diberi balasan seksa. Jadi, bidang akhlak itu hanya meliputi laku perbuatan dan tindakan manusia yang dilakukan dalam lingkungan dan suasana berikut: Dilakukan dengan sedar dan niat. Dilakukan dengan ikhtiar sendiri. Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam keadaan lupa atau bersalah.

4.44 Perbezaaan antara akhlak & moral Menurut istilah, moral berasal daripada bahasa latin 'moralis' atau 'mores' iaitu jamak daripada perkataan mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti atau perangai. Dictionary of Education menjelaskan moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk menentukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan yang secara layak dapat dikatakan benar, salah, baik dan buruk. Manakala perkataan etika pula berasal daripada Yunani 'ethikos' daripada ethos yang juga membawa erti adat kebiasaan, perangai dan sebagainya. Kedua-dua istilah ini adalah bermaksud tatasusila, peraturan-peraturan atau norna-norma yang mengukur tentang baik buruknya, salah atau betulnya sesuatu perbuatan manusia. la merupakan tindakan lahiriah manusia dalam hubungan sesama manusia berdasarkan kepada pemikiran dan pandangan umum dalam sesuatu kumpulan, masyarakat pada sesuatu masa dan tempat yang tertentu. Nilai-nilainya bersifat relative, subjektif dan temporal. Oleh itu, ia mungkin beribah menurut sesuatu lingkungan pemikiran, suasana dan tempat. Secara harfiahnya, kedua-dua istilah tersebut dapatlah disamakan dengan istilah akhlak daripada bahasa arab yang membawa erti perangai, tingkah laku, perilaku, tatasusila dan budi pekerti. Islam sebagai agama yang syumul, komprehensif dan sempuma, menjadikan akhlak sebagai satu cabang yang asasi dalam program hidup individu, malah ia merupakan tuntutan wajib bagi setiap orang. Kesyumulan akhlak Islam ialah ia tidak terpisah dengan semua bidang-bidang kehidupan manusia. la menetapkan satu neraca terhadap seluruh tindak-tanduk manusia. Akhlak Islam tidak mengakui sebarang pemecahan di dalam menerapkan penilaian. Ini. Asas keimanan kepada Allah adalah sendi-sendi akidah Islam, manakala asas akhlak terbina di sekitar usaha dan amal untuk memenuhi segala tuntutan yang terkandung dalam sendi-sendi tersebut. Jelas di sini bahawa binaan akhlak yang mulia sebenarnya hanya dapat ditegakkan di atas asas aqidah yang sahih dan syumul. Sedangkan sesuatu perbuatan yang pada zahirnya dianggap sebagai akhlak yang muh'a tidak dapat teguh dan kekal sekiranya tidak ditegakkan di atas asas aqidah. Besarnya kedudukan akhlak Islam hinggakan hadis-hadis Rasulullah s.a.w merumuskan kedudukan akhlak sebagai: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempumakan akhlak yang mulia. " "Wahai Rasulullah s.a.w apakah Deen itu?

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA


Baginda menjawab: Akhlakyang baik. " "Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah yang paling baik Deen nya. " 4.45 Ciri-ciri akhlak Islamiyyah Antara ciri-ciri akhlak Islamiah ialah: 1. 2. Bersifat mutlak dan menyeluruh : Akhlak Islamiah bersifat mutlak, tidak boleh dipinda atau diubahsuai, dikenakan kepada seluruh individu tanpa mengira keturunan, warna kulit, pangkat, tempat dan masa. Melengkapi dan kesempurnaan tuntutan : ditinjau dan sudut kejadian manusia yang dibekalkan dengan pelbagai naluri, akhlak Islamiah adalah merangkumi semua aspek kemanusiaan - rohaniah, jasmaniah dan aqliah, sesuai dengan semua tuntutan naluri dalam usaha mengawal sifat-sifat tercela (sifat mazmumah) untuk kesempurnaan insan, bukan untuk menyekat kebebasan peribadi seseorang. Bersifat sederhana dan seimbang : Tuntutan akhlak dalam Islam adalah sederhana, tidak membebankan sehingga menjadi pasif dan tidak pula membiarkan bebas sehingga menimbulkan bahaya dan kerosakan.

30

3. 4. 5.

Mecakupi tuntutan suruhan dan larangan : bagi kebaikan manusia, perlaksanaan akhlak Islamiah meliputi suruhan dan larangan dengan tidak boleh mengutamakan atau mengabaikan mana-mana aspek tersebut. Bersih dalam perlaksanaan : untuk mencapai kebaikan, akhlak Islamiah memerintah supaya cara dan metod perlaksanaan sesuatu perbuatan dan tindakan itu hendaklah dengan cara yang baik dan saluran yang benar yang telah diterapkan oleh akhlak Islamiah. Ertinya untuk mencapai sesuatu matlamat, cara perlaksanaannya mestilah bersih menurut tatacara Islam. Islam tidak menerima falsafah : "Matlamat menghalalkan cara." Keseimbangan : Akhlak dalam Islam membawa keseimbangan bagi tuntutan-tuntutan realiti hidup antara rohaniah dan jasmaniah serta aqliah, dan antara kehidupan dunia dan kehidupan akhirat sesuai dengan tabii manusia itu sendiri.

6.

4.46 Pembentukkan Akhlak melalui Islam Akhlak dapat dibentuk dengan baik sekiranya kita benar-benar mengikut lunas-lunas yang disyariatkan oleh Allah dan rasulNya. Akhlak yang dibentuk berasaskan kesedaran dan hidayah Allah mampu dimiliki setiap manusia yang mahu dirinya bergelar hamba. Antara jalan terbaik untuk membentuk akhlak yang mulia ialah : 1.Ilmu Pengetahuan Setiap mukmin perlu mempelajari apakah akhlak yang terpuji (akhlak mahmudah) dan apakah akhlak yang dikeji (akhlak mazmudah). Al-Quran telah menggariskan akhlak utama yang mesti dihayati oleh setiap mukmin. Sunnah Rasulullah pula telah memperincikannya serta telah menterjemahkannya ke dalam realiti kehidupan yang sebenar. 2.Menyedari kepentingan akhlak Akhlak adalah cermin bagi individu muslim itu sendiri malah daya tarikan Islam juga bergantung pada akhlak yang baik. 3.Keazaman yang tinggi Melalui keazaman yang kuat sahaja jiwa dapat diperkukuhkan untuk benar-benar menghayati sifat-sifat yang mulia. 4.Ibadah yang kuat dan Ikhlas Ketekunan dan keikhlasan melakukan ibadah mampu menangkis serangan mazmumah terutama bisikan hawa nafsu. 5.Bergaul dengan orang yang baik akhlak Pergaulan boleh mempengaruhi diri untuk berubah. Ini adalah kerana manusia cepat meniru orang lain. Dalam masa yang sama perlu menjauhi orang-orang yang melakukan maksiat dalam erti kata 'uzlah syu'uriyah' (pengasingan jiwa) yang mana kita tetap meneruskan usaha untuk membawa mereka kembali ke jalan yang benar. 6.Membiasakan diri dengan kebaikan Menggantikan akhlak mazmumah dengan mahmudah serta sentiasa membiasakannya agar ia dapat kekal dan bersemadi di dalam. 7.Sentiasa berlapang dada untuk menerima nasihat

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

31

Kadang-kala seseorang itu tidak menyedari kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri sendiri. Oleh itu ia perlu berlapang dada menerima nasihat-nasihat yang bertujuan untuk memperbaiki dirinya. Umar ibn al-Khattab pernah berkata : "Mudah-mudahan Allah memberikan hidayah kepada orang-orang yang menunjukkan kekurangan-kekuranganku. "

4.47 Akhlak yang baik ialah kesempurnaan


Rasulullah diutuskan kepada manusia untuk menyempurnakan akhlak sebagai mana dalam hadis baginda s.a.w. Dengan akhlak, Rasulullah memenuhi kewajipan dan menunaikan amanah, menyeru manusia kepada tauhid dan dengan jugalah baginda menghadapi musuh di medan perang. Dengan akhlak baginda memimpin rakyat dalam perjuangan mencapai cita-cita serta membangunkan negara yang berdaulat dan merdeka. Sesungguhnya akhlak mulia melengkapi sendi keimanan untuk menuju kepada kesempurnaan keperibadian manusia sebagai mana keterangan hadis yang berbunyi : Paling sempurna keimanan orang-orang mukmin ialah yang lebih baik akhlaknya. (H.R. At-Tirmizi) Dalam konteks pengamalan syariah iaitu yang meliputi pengabdian hamba terhadap Allah, dapat dilihat pada rukun Islam yang lima dan juga dalam bab muamalah, akhlak sangat berperanan untuk melengkapinya. Manakala dalam bab ibadat, kita akan dapati antara hikmat ibadah-ibadah yang dianjurkan oleh Islam terdapat pertautan yang erat antara ibadat dan akhlak meskipun ibadat itu berlainan pada rupa dan bentuknya tetapi kesemuanya menuju kepada satu sasaran yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya. Sembahyang, puasa, zakat, haji, dan lain-lain amalan yang diarahkan oleh Islam adalah merupakan anak tangga untuk mendaki kemuncak kesempumaan dan sebagai strategi untuk melindungi diri dari kerosakan dan kerendahan moral. Dengan sebab riri-ciri itu maka ibadat-ibadat tersebut terletak di tempat yang tinggi dalam agama Allah. Persiapan umat Islam untuk menjadi "Ummatan Wasathan" harus dilengkapi dengan tuntutan yang dapat dijadikan alat komunikasi dengan sesama manusia. Tuntutan itu berupa ajaran akhlak mulia, yang diharapkan untuk mewarnai segala aspek kehidupan manusia. Kerana itu, Sesungguhnya ilmu komunikasi yang paling hebat adalah ilmu yang didasarkan kepada akhlak yang muk'a. 4.48 Akhlak dalam peribadi muslim Bidang akhlak adalah bidang yang amat penting dalam sistem hidup manusia. Ini adalah kerana nilai manusia itu pada hakikatnya terietak pada akhlak dhinya. Akhlak inilah yang membezakan antara insan dengan haiwan dari segi perilaku, tindak tanduk dan tanggungjawab dalam kehidupan sehari-hari. Seseorang yang tidak berakhlak adalah sama taraf dengan haiwan malah lebih rendah darinya.Firman Allah s.w.t : "Dan sesungguhnya kami telah sediakan untuk neraka banyak sekali golongan jin dan manusia yang mana mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti dengannya, mempunyai mala tetapi tidak mahu mengerti dengannya, mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya, mereka itu seperti bunatang malah lebih sesat, mereka ialah orang-orang yang lalai.(Al-A'raf: 176) Akhlak mempunyai kedudukan paling tinggi dalam hirarki tamadun umat manusia. Oleh itu, masyarakat yang tidak mempunyai nilai akhlak tidak boleh dianggap sebagai masyarakat yang baik dan mulia walaupun mempunyai kemajuan yang tinggi dalam bidang ekonomi, teknologi dan sebagainya.
SIFAT MAHMUDAH

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Sabar Syukur Khauf - takut kemurkaan Allah Raja' - mengharapkan keredhaan Allah Benar Jujur Pemaaf Pemalu Tawadhu" - rendah hati (sesama muslim) Tawakkal - meletakkan pergantungan kepada Allah Tergesa-gesa Riya' - melakukan sesuatu dengan tujuan ingin menunjukkan kepada orang lain Dengki (hasad) Takabbur - membesarkan diri Ujub - kagum dengan diri sendiri Bakhil Buruk sangka

SIFAT MAZMUMAH

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA


8. Tamak 9. Pemarah 10. Sum'ah - melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mendapat kemasyhuran
A)MUSLIM TERHADAP TUHANNYA

32

1.Sedar dan taat akan perintah Tuhan Menyedari diri sentiasa perlukan pertolongan Allah serta mentaati perintah Allah sekalipun bertentangan dengan kehendak nafsunya. 2.Sentiasa bertaubat dan mcncari keredhaan Allah Segera memohon keampunan Allah apabila menyedari yang dirinya lalai atau berlaku cuai serta memastikan bahawa seluruh gerak kerja adalah untuk mendapat keredhaan Allah. Firman Allah s.w.t: "Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingot kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. " (Al-'Araaf: 201) 3.Perlaksanaan ubudiyyah terhadap Allah "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu." (Al-Zariyat: 56) Beribadah kepada Allah dapat dilaksanakan dalam segala gerak geri manusia selagi niatnya hanyalah semata-mata kerana Allah. Sebesar-besar ibadah ialah menegakkan hukum Allah dan membangunkan pemerintahan Islam.
B) MUSLIM TERHADAP DIRINYA

1. Memurnikan aqidah Pembersihan keyakinan, kefahaman dan pandangan supaya sesuai dan selaras dengan keterangan dan tuntutan Quran dan Hadis serta memastikan aqidah bersih dari dicemari dengan segala bentuk syirik, bida'ah, khurafat dan tahyul. 2.Memiliki ilmu yang mantap Perkara pertama yang patut diketahui danagn lebih mendalam iaJah ilmu pengetahuan berkenaan kitab Allah diikuti dengan ilmuilmu fardhu ain yang lain. 3.Memiliki bidang pengkhususan Menumpukan seluruh tenaga dan perhatian kepada jurusan yang menjadi pengkhususan sama ada pada bidang agama (fardhu ain) atau bukan. Kejayaan ilmiah yang tinggi menyebabkan seseorang itu dipandang tinggi seterusnya dakwah dan risalah yang dibawa juga akan dipandang mulia oleh manusia selagi individu tersebut merealisasikannya dengan ikhlas, bersungguhsungguh dan menjaga adab-adabnya.
C)MUSLIM TERHADAP IBUBAPA DAN KELUARGA

1.Berbuat baik kepada kedua-duanya Islam mengangkat tinggi martabat ibubapa sehingga Allah meletakkan keredhaan ibubapa sesudah keredhaanNya. Firman Allah s.w.t: "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa. " (An-Nisa': 30) 2.Mentaati keduanya selagi mana tidak bertentangan dengan syariat Islam. 3.Melaksanakan tanggongjawab untuk menyelamatkan mereka dari api neraka. Firman Allah:"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. (At-Tahrim: 6)
D) MUSLIM TERHADAP SAUDARA-MARA DAN SAHABAT HANDAI

1.Mencintai kerana Allah atas dasar iman dan ikatan aqidah Tidak mencintai seseorang kerana peribadinya semata-mata sebaliknya kerana kelebihan-kelebihan yang ada padanya yang membawa orang lain menuju keredhaan Allah. 2.Tidak membelakangi mereka Meraikan mereka sama ada di dalam keadaan senang mahupun susah 3.Memenuhi keperluan apabila diperlukan. Hendaklah menunaikan keperluan apabila diperlukan dan mendahului keperluan mereka dari kepentingan din sendiri.

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA


4.Berpesan atas kebenaran dan kesabaran Mengingatkan tentang suruhan agama yang perlu ditunaikan serta larangan-larangan yang mesti ditinggalkan

33

4.5 MODUL
MODUL: Lukisan pokok Objektif : Membuat perkaitan secara langsung antara aqidah, ibadah dan akhlaq Memberi pengertian kepada ahli-ahli usrah tentang konsep akhlaq Islamiyyah Menjelaskan kepentingan beramal dengan akhlaq Islamiyyah Bahan-bahan : Kertas A4 (bilangan mengikut ahli usrah) Pelaksanaan : 1. 2. 3. 4. Nuqaba akan meminta ahli-ahli usrah melukis satu model pokok yang sihat dan mempunyai buah yang masak ranum. Ahli-ahli usrah akan melukis model pokok mengikut kreativiti masing-masing. Nuqaba akan meminta ahli-ahli usrah untuk menunjukkan model pokok yang telah dilukis. Seterusnya nuqaba akan membuat perkaitan antara bahagian -bahagian pada pokok tersebut. (akar sebagai aqidah, batang sebagai ibadah dan buah-buah sebagai akhlaq)

4.6 RINGKASAN
TERAS Fokus : Pengertian akhlak Skop dan ruang lingkup akhlak dalam Islam Perbezaan antara akhlak dan moral Akhlak Rasulullah akhlak teragung Konsep kesyumulan akhlak Islamiyah Ciri-ciri akhlak Islamiyah Pembentukan akhlak menurut Islam Akhlak yang baik ialah kesempurnaan Islam. Kepentingan akhlak dalam peribadi muslim. 10 sifat-sifat mahmudah. 10 sifat-sifat mazmumah. Muslim terhadap Tuhannya Muslim terhadap dirinya Muslim terhadap ibu bapa dan keluarga Muslim terhadap saudara dan WAJIB Sirah : Public relation Nabi sehingga digelar Al-Amin Kesabaran Nabi di fatrah Makkiyah Akhlak Nabi dengan Yahudi yang minta hutang / perempuan Yahudi yang hina PILIHAN Al-Quran : Al-Mukminun (1-10) Al-Hujurat Hadis : Mudhghah Ala wa Hiyal Qalb (Numan bin Basyir, Sahihain)

Isu semasa : - perbincangan keratan akhbar isu2 anak bunuh ayah, mak nyah

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA


sahabat-handai

34

4.7 PETA KONSEP

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

35

BAB 5 : ISLAM SEBAGAI AD-DEEN

5.1 TAARUF
a) Jikalau terpilih menjadi president di CFSIIUM apa perkara pertama sekali kamu hendak buat? b) Matlamat hidup.

5.2 DALIL
Firman Allah :


Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Ali-Imran : 3)

5.3 ISU SEMASA


Pedoman: Syariat pandu umat bebas jenayah APABILA umat Islam melaksanakan Islam sebagai cara hidup yang syumul (sempurna), ia akan membantu untuk mencapai matlamat hidupnya yang sangat tinggi, iaitu mengabadikan diri kepada Allah SWT. Matlamat berkenaan ditentukan Allah SWT kerana Dialah tuhan yang mencipta manusia, selain Dialah yang mengetahui keperluan hidup manusia. Tiada satu pun pemikiran, tingkah laku dan segala aktiviti yang dilakukan tanpa matlamat dan tujuan, kecuali untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. FirmanNya: (Ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka men yembah dan beribadat kepadaKu. (Al-Zariyat, ayat 56) .

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

36

Oleh kerana hidup manusia mempunyai matlamat mulia, syariat Islam juga dicipta Allah SWT untuk menyempurnakan hidup manusia itu sendiri dengan lima matlamat atau disebut sebagai Maqho Sidus Syariyah. Pertama: Syariat itu dicipta untuk tujuan menjaga akal, diadakan hukuman 80 rotan terhadap orang yang meminum arak supaya akal fikiran selamat, sejahtera selain tidak rosak. Kedua: Syariat itu dicipta untuk tujuan menjaga nyawa, maka diadakan hukuman bunuh terhadap mereka yang disabitkan kesalahan membunuh. Tujuannya untuk menyelamatkan manusia daripada berbunuh-bunuhan. Ketiga: Syariat itu dicipta untuk tujuan menjaga harta manusia, maka diadakan hukuman potong tangan terhadap mereka yang sabit kesalahan mencuri dan tujuannya untuk menyelamatkan harta manusia daripada sering menjadi mangsa kecurian. Keempat: Syariat itu dicipta bertujuan menjaga keturunan, maka diadakan hukuman sebat 100 rotan terhadap orang bujang yang melakukan zina. Tujuannya untuk menyelamatkan zuriat manusia daripada tercemar dan meletakkan keturunannya tetap mulia, selain bersih asal usulnya. Kelima: Syariat itu dicipta untuk menjaga agama, maka diadakan hukuman bunuh terhadap orang yang murtad dengan tujuan supaya agama tetap dipandang tinggi dan mulia serta wajib dipelihara. Ajaran Islam mengandungi peraturan yang mengatur hubungan manusia dengan Allah SWT yang disebut sebagai akidah. Ajaran Islam juga mengatur manusia berurus niaga, bermasyarakat, berjiran tetangga, berjemaah dan berorganisasi, seterusnya mengatur siasah dan kepemimpinan yang dikenali sebagai syariat. Selain itu, Islam adalah peraturan akhlak yang mengatur persoalan tingkah laku manusia, adab suapan, perangai zahir dan batin manusia serta budi pekerti mulia yang disebut sebagai akhlak. Ketiga-tiga dasar itu iaitu akidah, syariat dan akhlak adalah kesepaduan ajaran Islam yang syumul dan tidak boleh terpisah antara satu sama lain. Firman Allah SWT: Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (de ngan mematuhi segala hukumhakamnya) secara keseluruhan. (Al-Baqarah, ayat 208)

5.4 TAJUK PERBAHASAN


Adapun berbagai-bagai agama yang ada di muka bumi ini memperolehi namanya masing-masing. Adakalanya dari orang yang mengasaskannya atau dari nama umat tertentu yang menubuhkan atau mengembangkan agama tersebut. Agama Nasrani atau Masihi mengambil nama dari al-Masih. Agama Buddha diambil dari nama pengasasnya; Gautama Buddha. Agama zarathusa berasal dari nama pembawa panji-panji,Zarathusa. Agama Yahudi pula mengambil nama daripada suatu qabilah yang dinamakan Yahudi. Berlainan dengan Islam, ia tidak disandarkan kepada nama individu tertentu, ataupun umat tertentu. Nama Islam itu menunjukkan sifat-sifat khusus yang terkandung dalam makna perkataan Islam itu sendiri. Daripada nama tersebut jelas bahwa ia tidak menunjukkan pembawa atau pengasasnya di kalangan manusia. Ia bukan khas bagi umat tertentu, tetapi ia adalah untuk seluruh bangsa. 5.41 Pengertian Islam Pengertian Islam dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut agama nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid (An-Nisaa ; 125) Berpandukan ayat ini maka Islam diertikan sebagai penyerahan diri kepada Allah dengan penuh keikhlasan diri Islam dengan pengertian induk ini tidak hanya dikhususkan kepada manusia tetapi merangkumi segala kejadian di alam semesta. Firman Allah yang bermaksud: Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu,mereka mencari lain daripada agama Allah? Padahal kepadanyalah tunduk taat segala makhluk yang ada di langit dan bumi, sama ada dengan suka atau terpaksa, dan

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA


kepadaNyalah mereka dikembalikan. (Ali-Imran; 83)

37

Dari kedua-dua ayat ini maka dapat disimpulkan bahawa pengertian Islam ini tersimpul pula dalam penyerahan diri kepada Allah. Penyerahan yang setepat-tepatnya di antara hubungan manusia dengan penciptanya ialah sujud kepada Allah dengan penuh kepatuhan ketundukan. Oleh itu jelas sekali di antara ketiga-tiganya; ad-deen, Islam dan sujud mempunyai jalinan yang erat dan tabiie. 5.42 Islam Sebagai Ad-Deen & Kewajipan Menghayatinya a) Pengertian ad-Deen Islam adalah ad-Deen (cara hidup) yang merangkumi aqidah, ibadah, politik dan negara, tanah air, kerajaan, umat, akhlak, kekuatan, rahmat, keadilan, kebudayaan, ilmu pengetahuan , kehakiman, kekayaan, jihad, dawah, ketenteraan, fikrah dan dasar perjuangan. Cara hidup Islam sahaja yang diterima oleh Allah. Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah adalah Islam. (Ali-Imran: 19) Pengertian Islam yang terkandung dalam ayat (Ali-Imran : 83) dan (An-Nisaa : 125) merupakan penyerahan diri secara total kepada Allah. Pengabdian dan penyerahan diri ini adalah manifestasi daripada tujuan sebenar manusia diciptakan- semata-mata tanda ibadah kepadaNya. Menurut Abul Ala Al -Maududi dalam buku al-Istilah al-Arbaah fil Quranmenyatakan empat kandungan ad-Deen: a) b) c) d) Peraturan Taat Kekuasaan Balasan

5.43 Ciri-ciri keistimewaan Islam 1. RABBANIAH (KETUHANAN)

Firman Allah Taala : Celupan Allah, maka siapakah yang lebih baik celupannya dari celupan Allah, dan kami kepadanya berubudiyah. (Al-Baqarah; 138)

Maksud rabbaniyah yang menjadi teras kepada wujudnya sifat-sifat Islam yang lain, adalah bererti : Islam ini adalah berasal dari sumber-sumber ketuhanan yang tulen dan asli, yakni bersandarkan wahyu Allah sepenuhnya iaitu al-Quran dan al-Sunnah, yang terpelihara dari sebarang perubahan dan tokok tambah perbuatan manusia. Inilah titik pembeda Islam dan agama lain seperti Yahudi dan Kristian yang telah dicampur aduk antara kalam Tuhan dan tafsiran pendeta-pendetanya. Oleh itu, Islam bukanlah lahir dari pemikiran dan falsafah karut yang ditaja oleh manusia yang serba kelemahan. Islam menyeru kepada tauhidullah dan uluhiyyatuliah dalam erti kata yang sebenar merangkumi segenap kehidupan, justeru tidak ada tempat untuk manusia atau pendeta atau para nabi dan mursalin Islam untuk disembah atau diberikan kompromi pemujaan. Al-ADALAH (KEADILAN)

2.

Oleh kerana Islam datang dari Allah yang Maha Adil, maka segala ajarannya adalah sempurna dan adil, jauh sekali dari segala

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

38

kekurangan (nuqsan) dan kezaliman ke atas penganutnya. Islam membawa prinsip persamaan (Al-musawah) antara manusia apabila berhadapan dengan pengadilan, tanpa memilih bulu dan beza warna kulit. Rasulullah sendiri pernah menyatakan, Sekiranya Fatimah Binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong juga tangannya. Umar al-Khattab pernah mengambil tindakan ke atas anak Amru al-Qas (bapanya menjadi Gabenor Mesir) yang telah kalah dalam perlawanan kuda dengan dengan seorang Qibti (Kristian). Oleh sebab anak Amru telah memukul orang Qibti dan telah sampai ke pengaduan Umar, maka anaknya dihukum oleh Umar r.a. 3. SYUMULIAH (MENYELURUH)

Ajaran Islam adalah ajaran yang lengkap, komprehensif, holistik merangkumi semua perkara, dari sekecil-kecil adab memasuki tandas sehinggalah sebesar-besar urusan pemerintahan negara. Menurut as-Syeikh Said Hawwa dalam bukunya al-Islam; kesyumulan Islam merangkumi 4 perkara asas: 1) 2) 3) 4) Aqidah-(beriman kepada Allah,Rasul, Malaikat, Nabi, Kitab, Hari Qiamat, perkara ghaibiyat dan sebagainya) Ibadat-(sembahyang, puasa, zakat, dsb) Panduan hidup- (sistem politik, ekonomi, pendidikan, pembentukan akhlak) Fakta pelengkap- (jihad, amar maruf nahi mungkar, perlaksanaan syariah)

Kesyumulan Islam adalah merangkumi seluruh kegiatan manusia dalam kehidupan berpandukan petunjuk dan bimbingan daripada al-Quran dan sunnah. Ianya mesti diterima dan tidak boleh dipecah-pecah atau diterima sebahagian dan ditolak sebahagian yang lain. (Al-Baqarah : 85). Ia berada seimbang dan sesuai dengan fitrah manusia. (an-Nahl : 89). Islam is the way of life yang komprehensif dan menyeluruh, mencakupi segala aspek kehidupan , bukan sekadar sejak dari lahir hingga ke liang lahad, tetapi sejak sebelum lahir di alam baqa hingga selepas mati mennuju akhirat, kesemuanya disentuh oleh Islam. Islam juga bukan semata-mata syariat atau kerohanian sahaja, tetapi Islam itu adalah aqidah dan kenegaraan, kemasyrakatan dan ekonomi, pertahanan dan ketenteraan, sains dan teknologi, dan segala-galanya. Al-Quran sendiri telah menyebut kesemua perkara asas di dalamnya dan ini dibuktikan dengan kajian saintifik dan professional dalam segenap bidang. Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nahl ayat 8. 4. ALAMIYYAH (SARWAJAGAT) a) Firman Allah Taala : Maha Suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan ke atas hamba-Nya (Nabi Muhammad) agar menjadi peringatan kepada seluruh alam. (al-Furqan : 1) b) Firman Allah Taala : Dan tidaklah kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam. (al-Anbiya: 91) c) Sabda Rasulullah s.a.w :

Aku dilebihkan dengan mengatasi nabi-nabi terdahulu adalah jika nabi-nabi terdahulu diutuskan kepada suatu kaum yang khusus, maka aku diutuskan kepada semua manusia secara umum. ( Hadis riwayat Muslim, Tarmizi dan Ibnu Majah) Alamiyah boleh diertikan sebagai Islam ini hakikatnya adalah sesuai dan bersifat rahmat (penyelamat) kesemua manusia mukallaf di atas muka bumi tanpa mengira aspek bangsa, daerah dan batasan geografi, kaum dan warna kulit, keturunan dan bahasa. Sifat universal Islam bukan hanya terbatas untuk waktu tertentu atau generasi tertentu, tetapi berlaku sepanjang masa dan tempat. Kerahmatan Islam meliputi semua makhluk sama ada binatang, manusia dan juga tumbuhan. Oleh kerana itu, ketika dalam peperangan, tentera-tentera Islam dipesan supaya jangan memusnahkan tanaman, orang-orang perempuan yang tidak menyertai peperangan, orang-orang tua yang uzur, mereka yang berada dalam rumah berhala dan kanakkanak kecil. Binatang yang hendak disembelih sekalipun, Islam meletakkan cara yang sesuai supaya penyembelihan terhadapnya bukan suatu bentuk penyeksaan.

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

39

5.

WAQIIYYAH (PROGRESIF DAN DINAMIK)

Ajaran Islam sesuai sepanjang masa dan keadaan, segingga Islam dapat memenuhi hajat manusia sehingga manusia tidak akan merasa sempit ketika menghadapi cabaraan hidup dunia. Islam telah membuktikan keselariannya dengan arus moden sesuatu zaman dengan lahirnya ulama2 Islam di bidang teknologi seperti al-Bairuni(oerubatan), Ibnu Sina (perubatan), Al-Khawarizmi (fizik) dan lain-lain. 6. AJARANNYA SENANG DAN TIDAK SUSAH

Semua ajaran Islam adalah senang dan sesuai dengan fitrah kejadian manusia yang suka perkara 2 yang baik dan menyenangkan. Contohnya ketika melakukan ibadah solat, ia boleh dilakukan di mana 2 asalkan bersih. Sekiranya musafir melebihi 2 marhalah, boleh dilakukan solat jama dan qasar. Ibadah puasa hanya pada mereka yang mampu melakukannya. Boleh berbuka puasa pada ibu hamil yang bimbangjan jesihatan anak dalam kandungan, oranbg musafir, orang tua yang tidak berdaya menegerjakannya. Islam mengarahkan supoya menutup aurat, kerana ia memelihara maruah dan harga diri manusia. Tetapi Islam tiddak menentukan bentuk pakaian yang tertentu, yang penting ia mentup aurat. Pakaian perempuan tidaklah boleh terlalu ketat sehingga menampakkan susuk tubuh, tidak jarang, bukan fesyen pakaian yang terbelah sehingga menanampakkan aurat. Pakaian ttudng hendaklah dilabuhkan sehingga menutup dada.

7.

TIDAK ADA PAKSAAN

Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah (256):Tidak ada paksaan dalam agama.. Kerana itu di dalam sejarah Islam dari mula lagi, tidak ada kes yang memaksa orang kafir menganut Islam, walaupun mereka berada dalam negeri yang diperintah oleh orang Islam. Keadaan ini berlainan dengan apa yang kita lihat pada agama lain, di mana mereka cuba memperdaya dengan tipu helah dan janji manis supaya memeluk agama mereka, malahan ada yang menggunakan kekerasan unutuk memaksa orang lain menukar agama seperti yang pernah berlaku ke atas umat Islam Sepanyol. Sekiranya Islam berkembang dengan cara paksaan, maka ramailah munafik yang berpura-pura memeluk Islam tetapi mempunyai niat jahat untuk memusnahkan Islam dari dalam.

8.

INQILABIYYAH (TEGAS)

Islam tidak boleh bercampur dengan jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempel bersama-sama dengan amalan jahiliyyah. Perubahan yang sejaajar oleh Islam dalah perubahan yang total. Ia tidak boleh beramal Islam separuh dan meninggalkan separuh yang lain, tetapi ia mesti menerima Islam secara keseluruhannya. (untuk penjelaasan lanjut, sila rujuk tajuk jahiliyyah selepas ini)

9.

THABAT (UTUH)

Islam pada prinsip dan aasnya bersifat dan kuat. Ia tidak akan mengikut kehendamanusia dan logik akal walaupun pada zahir mendatangkan kebaikankepada manusia. Islam tidak boleh ditafsirkan dengan sewenang-wenangnya oleh akal fikiran pada Islam itu ada perkara ath-Thawabit yang tidak boleh dimasukcampuri oleh pemikiran manusia yang serba lemah dan terbatas.

10. MURUNNAH Rahsia kekalnya Islam hingga ke akhir zaman kerana sifatnya yang tidak berubah pada perkara pokok dan asas tanpa boleh menerima perubahan atau penambahan(ath-thwawabit) manakala boleh berubah pada perkara ijtihadiyyah atau yang didiamkan

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

40

dari disebut secara qatiyy dalam al-Quran dan as-sunnah. Keanjalan manhaj hidup Islam ini memberikan daya untuknya menghadapi aneka permasalahan hidup yang dating silih berganti. Sibghah atau ciri ini membuatkan Islam berkebolehan untuk berijtihad atau menyimpulkan hokum-hakam terhadap perkara yang tiada nas sama ada melalui Qiyas, Masalih Mursalah, Istihsan dan sebagainya. 5.44 Kesan penghayatan Islam 1.Seseorang muslim yang menghayati sifat-sifat Islam di atas pasti akan mencintai Islam dan menjaganya sebaik mungkin dalam diri, khususnya apabila cara hidup Islam yang menyeluruh dan seimbang dibandingkan dengan cara hidup hedonisme dan penuh kekurangan yang dicipta oleh isme-isme dari Barat(Islam as the only Way of Life) 2.Seseorang muslim yang menghayati sifat-sifat Islam pastinya akan berakhlak dengan akhlak Islamiyah kerana akhlak adalah sebahagian besar dari content Islam selepas aqidah dan syariah. 3.Seseorang muslim yang menghayati sifat-sifat Islam dan menyintainya, pastinya akan memperjuangkan Islam dan menjaganya daripada penghinaan musuh dan mencintai saudara-saudara seaqidah dengannya di sekelilingnya dan di dalam dan di luar negara. 5.45 Fikrah Islam menolak jahiliyyah moden Sestengah manusia mengira bahawa Jahiliyyah adalah tempoh tertentu daripada zaman sebelum Islam di di Semenanjung Arab. Jahiliyyah adalah intipati tertentu yang mungkin mengambil gambaran yang berbagai-bagai mengikut biah, situasi, masa dan tempat. Maka semua gambaran itu serupa bahawa Jahiliyah meskipun berbagai-bagai bentuk rupa. Jahiliyah bukan lawan kepada apa yang dinamakan ilmu, makrifat, ketamadunan, madaniah, kemajuan kebenaran dan nilai-nilai pemikiran, social, politik dan kemanusiaan secara mutlaknya.Sesungguhnya Jahiliyah sebagaimana yang dimaksudkan dan tentukan oleh AlQuran ialah keadaan nafsiyyah (diri) yang menolak untuk berpandukan dengan petunjuk Allah serta system tanzimi yang menolak pemerintah dengan apa yang diturunkan Allah: Firman Allah : Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki dan hokum siapakah yang lebih baik daripada hukumm Allah bagi orang2 yang yakin". (Al-Maidah : 50) Ibnu Qayyim berkata: Panggilan dengan panggilan (slogan) Jahiliyah seperti panggilan kepada qabilah 2 dari puak bagi seseorang dan seumpamanya taasub dengan mazhab 2, golongan2, tuan2 guru, melebihi setengahnya ke atas sesetengah yang pada sudut hawa nafsu dan asobiyah. 5.46 Ciri-ciri Jahiliyah Moden 1.Jahiliyah ialah penyelewengan daripada peribadatan yang sebenar kepada Allah . Peribadatan ini terlaksana dengan penghakiman Allah sahaja di dalam seluruh urusan kehidupan. Aqidah ialah penyusun hubungan, ikatan, tasawur dan pemikiran manusia. Apabila batul aqidah, luruslah imej dan langkah-langkah manusia. Arab Jahiliyah beriman dengan kewujudan Allah. Tetapi mereka tidak mengenali dan tidak beriman dengan sebenarnya kepada Allah dan tidak menjadikan Allah sebagai hakim kepada segala urusan mereka. Demi, jika engkau bertanyakan pada mereka: Siapakah yang menciptakan langit dan bum i nescaya mereka menjwab : Ialah Allah. (Luqman : 25) Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya. (Al-Anam : 91) 2. Mengikut hawa nafsu bagi setiap jahiliyah adalah lahir daripada tidak beriman dengan Allah dan Islam. Engkau hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka dan waspadalah terhadap mereka supaya jangan mereka menyesatkan engkau, dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada mereka. (Al-Maidah : 49)

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

41

Tapi syariat Allah terlepas dari hawa nafsu kerana Allah tidak berhajat kepada apa-apa maslahah makhluk.

Ertinya : Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan. (Al-Zariyat : 57) 3. Kewujudan taghut di muka bumi yang beertugas untuk memalingkan manusia daripaada pengabdian kepada Allah dan pemerintah dengan syariatnya supaya berubah untuk menjadi untuk mengabdi taghut 2 dan memerintah dengan hawa nafsu mereka. Allah pelindung orang2 yang beriman. Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman), dan orang2 yang kafir, pelindungnya ialah syaitan yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). (Al-Baqarah : 257) Sama sahaja taghut itu, berbentuk peribadi, puak, jamaah, taqlid atau apa kekuatan yang menjadikan manusia hamba kepada mereka. Manusia tidak boleh keluar daripada arahan dan perintah mereka. Taghut akan berpendirian permusuhan dengan aqidah yang sebenar kerana ia menghendaki wala untuknya dan kemaslahatannya bukan wala kepada Allah. 4. Terjebak di dalam arus syahwat hasil daripada jauh dengan manhaj Allah. Syahwat ialah perkara yang dicintai oleh manusia. Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita2, anak2, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang, itulah kesenangan hidup di dunia. (Ali-Imran : 14) Berbagai-bagai sebab yang menjadikan syahwat menguasai dan menghancurkan imej manusia, di antaranya ialah kesibukan taghut yang memerintah dengan sesuatu yang lain daripada yang diturunkan Allah, maka ia sebenarnya taghut. Oleh itu ia tidak menghiraukan penyelewengan manusia pada urusan seks dan tidak berusaha untuk memperbetulkannya. Kemungkinan juga yang menjadi sebab ialah usaha taghut dengan sengaja untuk menyebarkan dan berseronok dengan keseronokan yang haram atau melalaikan manusia daripada kezaliman yang berlaku ke atas mereka dengan tenggelam di dalam keenakan seks yang keji. Ciri2 terpancar pada asalnya daripada ciri yang utama iaitu penyelewengan daripada pengabdian kepada Allah. Setiap jahiliyah di dalam sejarah memilki ciri2 yang khusus selain ciri ciri ini: a) b) c) d) e) Kemajuan keilmuan yang tinggi digunakan untuk menyesatkan manusia daripada petunjuk Allah dan merngenakan keburukan dan kepedihan terhadap makhluk Allah. Manusia berbangga dalam menghadapi pencipta, dalam keadaan disamarkan dengan natijah 2 ilmu dan kemajuan kebendaan sehingga manusia mengira bahawa manusia tidak berhajat kepada Allah atau dia menjadi seperti Allah. Teori keilmuan yang berbagai-bagi yang menghadapkan manusia kepada penyelewengan sosial, ekonomi, psikologi dan semua bidang kehidupan. Fitnah dengan tatawwur atau perkembangan. Kebebasan wanita

Sesungguhnya fitnah besar di dalam jahiliyah moden ini kerana ia banyak memiliki pada sudut ilmu dan kekuatan kebendaan. Ia boleh memastikan perjalanan ketamadunan kebendaaan yang banyak kepada diri manusia di atas muka bumi di dalam keadaan menghimpun setengahnya di atas asas kebaikan dan manfaat kepada manusia. Tidak dapat dinafikan bahawa akan terhimpun satu bahagian daripada kebaikan yang zahir di dalam diri kemanusiaan. Tetapi kebaikan ini tidak bersandarkan kepada kebenaran dan manhaj yang sohih (seperti penerapan nilai2 Islam) mereka akan menyelewengkan pendengar2 manusia dan mereka mengira bahwa mereka bukan jahiliyyah. Dan mereka mengira mereka mendapat petunjuk. (Al-Araf : 30)

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

42

Keilmuan, kekuatan dan peraturan hidup adalah ciri - ciri zaman moden dan alat - alat yang dipergunakan oleh taghut pada hari ini untuk meneguhkan jahiliyyah. 5.47 Kesimpulan Jahiliyyah moden merosakkan segala tasawwur manusia terhadap Allah, alam, kehidupan dan manusia, penyelewengan yang menjerumuskan segala kehidupan manusia di dalam kefasadan dan kegelapan. Seorang falsafah barat berkata : Telah tamat zaman yang dipimpin oleh(orang putih). Sesungguhnya kehancuran jahiliy yah memberi peluang kepada manusia untuk mendirikan kehidupan di atas asas kebaikan yang berpandukan manhaj Allah dan beriman kepada kebenaran daripada Allah.

5.5 MODUL
MODUL : Modul critical thinking of Islam

Objektif : Menunjukkan Islam itu syumul. Islam tidak tertakluk kepada sesuatu perkara sahaja. Bahan-bahan : Kertas dan pen. Pelaksanaan : 1. 2. 3. Bahagikan ahli kumpulan kepada beberapa pasangan. Setiap pasangan diberi skop bidang masing-masing cth: politik, pendidikan, ekonomi dan sosial. Mereka perlu buktikan bahawa bidang yang mereka dapat memainkan peranan terpenting berbanding dengan bidang lain dalam Islam.

5.6 RINGKASAN
TERAS Fokus :

WAJIB Sirah : Pengertian Islam Kaitan Islam, Iman dan Ihsan Perkataan Islam di dalam alQuran Islam Sbg Ad-Deen dan kewajipan menghayatinya pengertian ad-Deen Ciri-ciri keistimewaan Ad-Diin Islam Rabbani (dari Allah) Adil Syumuliyah (lengkap) Alamiyah (universal) Waqiiyyah (progresif dan dinamik) Ajarannya senang tidak menyusahkan Tidak ada paksaan Inqilabiyyah Tsabat (teguh) Murunnah (anjal)

PILIHAN Al-Quran : Paparkan kebobrokan zaman jahiliyah dan perbezaan pada zaman Islam kalangan Arab Quraisy (politik, ekonomi, social) Keluarkan sirah nabawiyah yang mempraktikkan Islam sebagai cara hidup, dari semua aspek kehidupan (politik, ekonomi,keluarga dan seumpamanya) Al-Maidah : 3 Ali-Imran : 83, 19, 67 Al maun : 4 & 5 Hadis : Hadis Jibril Cadangan tambahan:

Isu semasa : beza sistem Islam dengan sistem agama dan fahaman (isme) lain, dari sekecil2 perkara kepada

gunakan pendekatan yang menarik seperti tayangan video penghayatan ajaran Islam secara keseluruhannya dalam kehidupan harian masyarakat boleh diperhatikan & dinilai sendiri dengan ( peranan nuqaba mengajak anak usrah

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA



43

Kesan penghayatan Islam sbg Ad-Deen Mengapa masyarakat tidak dapat memahami kesyumulan Islam kesan penjajahan pemikiran system pendidikan peranan media massa penyelewengan pemerintah kelemahan ulama sikap masyarakat yang tidak inkuiri Fikrah Islam menolak Jahiliyyah sifat jahiliyyah yang sebenar ciri jahiliyyah moden dan kesannya

sebesar2 perkara : sekularisme, nasionalisme, pragmatisme, kapitalisme, komunisme, sosialisme isu painting Islam as the new enemy perbincangan keratan akhbar kes jenayah di Negara umat Islam dengan Negara Amerika/Eropah slogan Islam is the way of life untuk penerangan konsep syumuliyah slogan Islam for all untuk penerangan konsep alamiyah

turun ke padang melihat sendiri masalah ini secara reality) melibatkan diri dalam usaha-usaha menyebarkan sinar Islam kepada masyarakat yang dianjurkan untuk pelajar-pelajar kampus

Tambahan : risalah 10 Badihiyyat Islam 20 Usul Isyrin Hassan al-Banna modul untuk penerangan inqilabiyah- ibaratkan nak bancuh susu dan kopi dalam cawan yang sama. Perlu dibasuh dulu cawan yang ada saki baki kopi agar susu yang pure & tidak tercemar dapat disediakan

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

44

5.7 PETA KONSEP

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

45

BAB 6 : TASAWWUR TARBIYAH ISLAMIAH

6.1 TAARUF
a. b. Ceritakan kisah paling sedih atau gembira anda bersama dengan keluarga anda. Siapakah cikgu yang paling anda sayangi atau benci dan kenapa?

6.2 DALIL
Firman Allah :


Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya supaya kamu mendapat keuntungan. (Al-Maidah : 35)

6.3 ISU SEMASA


Tarbiyyah Islamiyyah modul terbaik menggantikan PLKN
Oleh : HAFIZ ABBAS mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my

KUANTAN - Seramai 11 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem PLKN Summerset di Rompin ditahan polis kerana terlibat dalam pergaduhan dengan seorang pelatih lain kelmarin.Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian leher dan tubuh dipercayai akibat dipukul oleh salah satu daripada dua kumpulan pelatih yang berselisih faham di kem tersebut.Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Bahagian Siasatan dan Perundangan, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, pergaduhan dipercayai berlaku antara kumpulan pelatih dari Johor dan Terengganu pada Rabu dan Khamis lepas. Beliau berkata, kejadian bermula ketika kesemua pelatih diarah berhimpun di satu kawasan dalam kem berkenaan kira-kira pukul 11 malam."Semasa berhimpun, salah seorang pelatih dari Johor dipercayai telah mengajak mangsa yang berasal dari Pekan untuk bergaduh," kata beliau ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini semalam. Ekoran itu, Mohd. Haris menambah, mereka dipercayai bertikam lidah sehingga berlaku pergaduhan dan tumbuk-menumbuk, tetapi berjaya dihentikan oleh jurulatih PLKN di situ.Pada hari berikut, kata beliau, mangsa yang sedang tidur di asrama telah didatangi kumpulan pelatih tersebut kira-kira pukul 1 pagi."Mangsa ingin berdamai, tetapi kumpulan terbabit enggan menerima permintaan mangsa lalu bertindak menggoncang katil mangsa," kata beliau. Ulasan : Perlaksanaan PLKN yang bertujuan untuk membentuk sakhsiah remaja ternyata telah menemui kegagalan. Kegagalan perlaksanaannya adalah kerana ia hanya dilaksanakan mengikut kaedah ciptaan manusia itu sendiri tanpa merujuk kepada cara islam yang ternyata cara yang paling berkesan. Tarbiyyah islamiyyah merupakan satu metod yang paling efektif dalam menggantikan PLKN untuk membentuk akhlak remaja-remaja kita.

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

46

6.4 PERBAHASAN TAJUK


6.41 Pengertian Tarbiyah Tarbiyyah ialah suatu nidzhom (peraturan) terbaik yang mampu bertindakbalas bersama fitrah insan, dikemukakan secara langsung (perkataan) dan tidak langsung (qudwah), bertujuan mengubah manusia ke arah yang lebih baik, melalui dan menepati manhaj dan wasilah-wasilah tertentu.

Maksud tarbiah secara umum ialah apa jua usaha yang dilakukan oleh murabbi untuk mendidik seseorang muridnya supaya berdisiplin, supaya mencapai matlamat yang ditentukan. Tarbiah ini bermatlamatkan membawa manusia ke arah yang lebih baik. Tarbiah Islamiah ialah satu proses penyediaan manusia dalam segenap aspek sama ada kehidupan, pemikiran ataupun fizikal, kehidupan dunianya yang berkaitan hubungannya dengan orang lain, dan kehidupan di alam yang lain yang membawa kesan amalannya sama ada diredhai Allah ataupun dimurkai-Nya.

6.42 Konsep Tarbiyah Islamiyah Ikhwan al-Muslimin membezakan antara talim dan tarbiyah. Mereka memaksudkan talim ini hanyalah dengan hanya menghafaz prinsip-prinsip dan konsep-konsep tertentu atau satu proses transaksi maklumat antara seorang guru kepada muridnya yang belum tentu memungkinkan memberi kesan kepada sikap pelajar tersebut. Manakala tarbiyah adalah suatu ko nsep yang lebih luas daripada talim yang mana tarbiyah ini punya keterikatan dengan amalan dengan bermatlamatkan membawa perubahan seseorang itu ke arah yang lebih baik.Mereka berpendapat bahawa talim adalah antara uslub terpenting dalam tarbiyah, tetapi jika hanya setakat talim sahaja tidak akan sampai ke matlamat tarbiyah untuk mengubah sikap manusia. Namun begitu Sheikh Said Hawa berpandangan bahawasanya talim dan tarbiyah punyai makna yang sama.

6.43 Matlamat Tarbiyyah A.Matlamat Umum 1. Fardul Muslim23 (Islah an-Nafs) 2. Baitul Muslim 3. Mujtama Muslim (Irsyad al-Mujtama) 4. Daulah Isalm (Tahrir al-Watan) 5. Khilafah Islamiyyah (Islah al-Hukumah hatta Takuna Islamiyyah)

B.Matlamat Khusus 1.Sudut keahlian dan keanggotaan a. b. c. d. e. f. g. Memahami Islam secara syumul dan fikrah perjuangannya Jujur dan amanah dalam perjuangan, ikhlas semata-mata kerana keredhaan Allah Memahami matlamat perjuangan dan bekerja untuk menjayakannya Memiliki peribadi perjuangan yang luhur, sanggup berkorban dan taat terhadap imarah Memahami konsep-konsep fikrah perjuangan haraki serta kefardhuan jihad Tajarrud dari sebarang fikrah asing dan istiqamah di atas fikrah jemaah Memiliki keteguhan ukhuwwah, cinta dan keyakinan dalam jemaah

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

47

2.Sudut organisasi dan jemaah a. b. c. Membekalkan jemaah dengan sumber tanaga yang bekelayakan untuk dakwah, amal haraki, Membekalkan penerangan, pengurusan, pentadbiran, sosial, ekonomi, akademik dan kesukanan jemaah dengan tenaga kepimpinan yang baik dan terlatih Membekalkan jemaah dengan ahli yang mampu memanjangkan fikrah jemaah kepada masyarakat dan generasi mendatang

3.Sudut sosial dan kemasyarakatan a. b. Membekalkan ahli yang mampu memelihara biah solehah dalam masyarakat Membekalkan ahli yang akan mengemudi kelompok-kelompok ijtimaie tertentu.

6.44 Faktor Kejayaan Tarbiyah Berdasarkan petikan Tarbiyah Islamiyah wa Madrasah Hassan al-Banna : 1. Keyakinan yang teguh bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang mampu merubah masyarakat membentuk petugas-petugas dakwah dan satu-satunya jalan untuk mencapai citi-cita dan harapan. (tarbiyah bukan segalanya, tapi segalanya bermula dengan tarbiyah) Adanya manhaj tarbiyah yang mempunyai matlamat tertentu, perancangan yang terang, sumber yang jelas, bersifat syumul dan mempunyai kaedah pendekatan yang berbagai, ditegakkan di atas falsafah kefahaman yang terang dan diambil terus dari ajaran Islam yang tulen. Suasana jamaie yang positif (biah jamaiyyah) yang dibina oleh jemaah yang setiap anggota cuba sedya upaya melaksanakan cara hidup Islam dengan berbagai cara.

2.

3.

4. Pemimpin yang terdidik dari segi fitrah, thaqafah dan khibrah 5. Wujudnya sebilangan murabbi yang ikhlas, berkemampuan dan amanah dalam melaksanakan tugas mereka. 6. Kepelbagaian wasilah antaranya fardi dan jamaie, teori atau amal, aqli atau atifi, positif atau negatif

6.45 Aspek-aspek Tarbiyah 1. Tarbiyah ruhiyyah 2. Tarbiyah fikriyyah 3. Tarbiah akhlakiyyah 4. Tarbiyah aqliyyah 5. Tarbiah jismiyyah 6. Tarbiah ijtimaiyyah 6.46 Wasilah Tarbiyyah 1. Al-Usrah 2. Al-Katibah 3. Ar-Rehlah 4. Al-Mukhayyam (Al-Muasskar) 5. Ad-Daurah 6. An-Nadwah 7. Al-Muktamar

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

48

6.47 Marhalah Tarbiyah 1. Taarif 2. Takwin 3. Tanfiz 6.48 Penutup Dr Yusuf al-Qardhawi telah mengungkapkan keutamaan tarbiyah sebelum jihad dan proses takwin sebelum tamkin dengan kupasan yang baik dan rasional yang kukuh .Beliau menyebutkan inilah falsafah tarbiyah Rasulullah ke atas para sahabat sepanjang fatrah Makiyyah yang tidak diperintahkan ke atas mereka jihad dan serangan balas ke atas kejahatan dan perbuatan kafir Quraisy ke atas mereka. Lantaran sebesar-besar musuh yang perlu didepani terlebih dahulu adalah musuh internal iaitu syaitan dan nafsu sebelum musuh external. Rasional keutamaan kepada sektor tarbiyah ini sebelum jihad pada Al-Qardhawi adalah kerana jihad dalam Islam tidak sebagaimana konsep perang dalam agama lain, ia mempunyai asas yang suci, matlamat yang murni, adab dan disiplin yang jelas sehinggalah boleh dinobatkan seseorang itu jihad fi sabilillah28 .Firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nisa, 9 :


6.5 MODUL
MODUL : Cantum hadis

Objektif : Mengetahui gambaran tentang konsep tarbiyyah dalam Islam Menunjukkan ciri seorang pemimpin yang baik; haruslah berilmu. Melahirkan rasa tanggungjawab antara ahli kumpulan.

Bahan-bahan : Keratan-keratan kertas yang mempunyai potongan hadith mengenai tasawwur tarbiyyah dalam Islam. Pelaksanaan : 1. Nuqaba akan menampal keratan-keratan hadith yang telah dipotong di tangan setiap ahli-ahli usrah. 2. Syarat-syarat permainan diterangkan. Setiap ahli usrah: Dilarang melihat apa yang ada di tangannya dan tangan ahli usrah yang lain sebelum permainan bermula Dilarang menggunakan suara sepanjang sesi permainan ini. 3. Ahli-ahli usrah diminta mencantumkan keratan kertas tersebut menjadi satu ayat hadith yang lengkap. 4. Setelah selesai, wakil ahli usrah diminta membaca hadith yang telah dicantumkan. Ahli-ahli usrah turut diminta member pendapat tentang pemahaman mereka tentang hadith tersebut. 5. Nuqaba akan memberi sedikit penerangan tentang hadith tersebut.

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

49

6.6 RINGKASAN
TERAS Fokus : Pengertian tarbiyah (Dr. Abdul Halim Mahmud) Konsep tarbiyah Islamiah beza tarbiyah dengan talim Matlamat tarbiyah umum khusus Faktor kejayaan tarbiyah keyakinan manhaj suasana pimpinan murabbi wasilah Aspek / skop tarbiyah Islamiyah ruhiyyah fikriyyah / thaqafiyyah akhlakiyyah jismiyyah ijtimaiyyah / siyasiyyah jihadiyah Wasilah Tarbiyah Usrah Katibah Rehlah Mukhayyam Daurah Nadwah Muktamar Marhalah Tarbiyah Taarif Takwin Tanfiz WAJIB Sirah : - kisah Saidina Umar sebelum masuk Islam (tarbiyah surah Taha) PILIHAN Al-Quran : Al-Maidah : 35

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

50

6.7 PETA KONSEP

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

51

BAB 7: DAKWAH ISLAMIAH DAN AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR

7.1 TAARUF a. Ada tak pengalaman pernah dipukul kerana menasihat orang lain untuk membuat kebaikkan? b. Ceritakan apa yang kamu sering lakukan jika balik ke kampung? 7.2 DALIL
Firman Allah swt:


Dan hendaklah ada kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan , menyuruh kepada makruf dan mencegah dari munkar dan mereka inilah orang2 yang beruntung. (Ali Imran:104)

7.3 ISU SEMASA


Pemuda edar risalah dakwah pada malam merdeka
Mohd Sabri Said Tue | Sep 02, 08 | 11:31:38 am MYT

BUTTERWORTH, 2 Sept (Hrkh) - Lokasi tepi pantai sekitar Bagan Ajam, Butterworth menjadi pilihan Briged Amal Makruf Nahi Mungkar (Badar-313) untuk berdakwah kali ini. Sasaranya tidak lain, remaja yang bermasalah sosial sering berdua-duaan menunggu menjelangnya detik 12.00 malam sambil melihat percikan bunga api dari sebelah pulau. Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Hafiz Nordin dalam kenyataanya pada Harakahdaily, seramai 350 orang terdiri daripada Unit Amal, Seketariat Dakwah Pulau Pinang, Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP), Dewan Pemuda PAS Negeri, Unit Amal Nisa', masyarakat setempat dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) turut bersama menemui remaja yang berkeliaran sambil menyebarkan risalah dan nasihat berbentuk kauseling. Lebih 1,000 orang remaja ditemui dalam 'Operasi Sayangi Remaja' untuk menerangkan kepada mereka keperluan mereka meninggalkan tempat ini dan pulang ke rumah masing-masing. "Alhamdullilah Operasi Sayangi Remaja berjaya dan saya mengucapkan terima kasih pada semua yang terlibat kerana melaksanakan tanggungjawab dakwah yang menjadi teras agama kita," ujarnya. Operasi sebegini bukan dijalankan secara bermusim tetapi akan diadakan mengikut keperluan agar remaja yang didampingi dapat merasai kelainan pendekatan dakwah yang dilaksanakan. Sebenarnya banyak tempat lagi yang harus Badar pergi bagi menyampaikan mesej dakwah memandangkan lokasi mereka berkumpul merata-rata sepanjang pantai dan taman bunga, katanya. "Cara pendekatan yang dibuat mestilah berhemah supaya mereka dapat rasai dakwah sebenar. Mudah-mudahan mereka akan insaf dan tidak mengulangi perbuatan yang dilarangi oleh agama kita," tegasnya. Ulasan : Dakwah islamiyyah merupakan satu aspek yang penting dalam pembentukan sebuah daulah islamiyyah. Dakwah seperti yang dinyatakan dalam isu diatas amat perlu dilaksanakan sekerap yang mungkin bagi menjaga remaja-remaja dan juga anak-anak muda zaman kini daripada terjebak dengan perbuatan-perbuatan maksiat yang sirius. Tetapi dakwah tersebut perlulah dijalankan secara berhikmah jika kita mahu melihat hasil dakwah yang memberangsangkan seperti mana yang Rasulullah telah laksanakan.

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

52

7.4 PERBAHASAN TAJUK


7.41 Pengertian dakwah Bahasa : Menyeru atau memanggil sama ada kepada yang hak atau bathil. Istilah : Satu usaha seruan ke arah beriman kepada Allah swt dan apa yang disampaikan oleh Rasul-rasulNya (Ibnu Taimiyyah).

7.42 Kewajipan berdakwah As-Sayyid Naufal menjelaskan bahawa baginya tiada halangan untuk dikatakan bahawa hukum dakwah itu adalah kedua2nya sekali, iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah. Dakwah itu fardhu ain kerana setiap orang islam diwajibkan menjelaskan kepada orang yang masih jahul tentang ajaran asas Islam yang menjadi fardhu ain setiap orang Islam mengetahuinya. Ia juga fardhu kifayah kerana keperluan menyediakan golongan tertentu di kalangan orang islam untuk lebih dipertanggungjawabkan ke atas mereka atas urusan dakwah. Muhammad Abu Zuhrah mengemukakan pendapat yang sama. Beliau membuat kesimpulan bahawa apabila melihat kepada usaha dan tenaga yang telah dicurahkan oleh para sahabat dan tabiin yang masing2 mengambil bahagian sepenuhnya dalam usaha dakwah, maka dapatlah difahami bahawa dakwah itu fardhu ain. Di samping itu, ia menjadi fardhu kifayah ke atas jemaah islam. Dengan itu, hukum dakwah ke atas setiap individu adalah kedua2nya. Berdasarkan keterangan-keterangan di atas dan dalil-dalil di bawah, maka dapatlah dibuat kesimpulan bahawa tanggungjawab dakwah adalah terlalu besar. Ia bukan setakat fardhu ain ke atas setiap orang Islam, malah juga fardhu kifayah ke atas seluruh umat Islam, mengikut kemampuan masing-masing.Dakwah bukan setakat ceramah agama, tetapi usaha-usaha dengan baik untuk mengubah fikiran, sikap dan tabiat manusia supaya selaras dengan kehendak Allah swt dan RasulNya. Sabda Nabi saw: Umpama orang-orang yang tinggal dalam sempadan-sempadan Allah swt itu adalah seperti suatu kumpulan manusia yang menaiki kapal, Setengah duduk di tingkat atas manakala setengah pula di tingkat bawah. Oragn-orang yang duduk di tingkat bawah itu apabila hendak mengambil air (dari laut) terpaksalah mereka melalui tempat yang diduduki oleh orang2 di atas, Lalu mereka berkata: Kalau kita tebuk lubang di sebelah bawah kita ini untuk mendapatkan air tentu kita tidak akan menggangu orang-orang yang di sebelah atas,maka kalaulah mereka dibiarkan melakukan apa yang mereka niatkan itu, nescaya semua orang di atas kapal itu akan binasa. Kalau mereka dicegah, kesemuanya akan selamat.(Bukhari,Muslim) Umar Ibnu Abdul Aziz menyebut: Bahawa sesungguhnya Allah tidak mengazab orang ramai dengan sebab perbuatan dilakukan oleh orang2 perseorangan, akan tetapi kerana maksiat dilakukan secara terang-terangan sedangkan orang ramai tidak mengingatkan, maka keseluruhan kaum itu berhak mendapat seksa. Ibnu Hazm berkata: Menyuruh kepada makruf dan mencegah dari munkar adalah dua fardhu ke atas setiap orang Islam menurut kadar keupayaannya, dengan dan kalau tidak dengan kuasa,dengan lidah. Dan kalau tidak dengan kuasa juga, maka dengan hati. Itulah selemah-lemah iman. Selepas itu, tiadalah terdapat sesuatu pun dari iman.

1.

2.

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

53

7.43 Rukun Dakwah 1. Daie


Sesungguhnya pada diri Rasulullah saw itu satu contoh teladan yang baik bagi mereka yang mengharapkan Allah swt dan Hari Akhirat dan mengingati Allah swt.(Al-Ahzab:21) Sifat2 asas seorang Daie: Hubungan kukuh dengan Allah swt(taubat, taqwa,taat,khauf,raja). Mujahadah berterusan dari godaan hawa nafsu dan bisikan syaitan. Istiqamah,redha dan tawakkal apabila berhadapan dengan cabaran suasana persekitaran.

Kelayakan asas seorang Daie: 2. Madu Mempunyai kefahaman islam yang sahih Memiliki keimanan yang teguh kepada Allah swt Watak keperibadian yang baik Mengambil islam sebagai matlamat hidup

Nabi saw menyebut:


Kami para anbiya diperintahkan untuk bercakap dengan manusia dengan kadar kemampuan akal mereka Setiap madu ada ada tahap dan marhalah dakwah yang bersesuaian dengannya. Seorang daie tidak boleh meletakkan madu berada pada satu tahap yang sama. Seorang daie perlu mengetahui tahapan madu tahapan madu yang didakwahnya dan methodology yang dipilih bersesuaian dengannya. Marhalah dakwah: Dakwah umum-at-Taalim dan amar makruf nahi munkar Dakwah khusus-at-Tarbiah dan dakwah fardhiah 3. Maudhu


Katakanlah ini jalanku yang aku menyeru di atasnya kepada Allah dalam keadaan yang terang lagi nyata, aku dan mereka yang mengikutiku. Maha Suci Allah dan aku bukan dari kalangan mereka yang m ensyirikkan Allah (Yusuf:108) Maudhu dakwah islamiah adalah content islam itu sendiri. Justeru daie perlu mengetahui sifat2 asas islam itu sendiri yang mempunyai kelainan, keistimewaan dan kelebihan agama, isme dan pemikiran manusia yang lain. 4. Uslub

Firman Allah swt:

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

54

Serulah kamu ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan peringatan yang baik dan debatilah mereka dengan cara yang lebih baik. (An-Nahlu:126) Menurut Sheikh Ali Jumah, beliau menyarankan sepuluh pendekatan asas dalam berdakwah iaitu: 1) 2) - berikan teladan sebelum berdakwah - ikatan hati sebelum suntikan fikrah - pengenalan asas sebelum memberi bebanan - beransur2 dalam memberi taklif - memudahkan, bukan menyulitkan - perkara pokok sebelum perkara cabang - berita gembira sebelum berita ancaman - memahamkan, bukan menghafal - mendidik, bukan menghukum

3) 4) 5)

6) 7) 8) 9)

10) - berguru

7.44 Kelebihan berdakwah 1.Menyambung mata rantai pengutusan para Rasul dan Anb iyaa 2.Pahala yang besar kepada pengamal kebaikan yang didakwahkan (sunnah hasanah) Sabda Nabi saw: Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, dia berhak mendapat pahala orang2 yang mengikut petunjuknya, tanpa mengurangi pahala tersebut sedikit pun. Barangsiapa yang mengajak kepada kesesatan, dia berhak mendapat dosa orang2 yang mengikut kesesatannya, tidak mengurangi dosa tersebut sedikit pun . (Hadis riwayat Muslim) 3.Lebih mulia daripada mereka yang beruzlah dan beribadah semata-mata Sabda Nabi saw dari Umar r.a: Mukmin yang bergaul dengan manusia dan sabar atas gangguan mereka itu lebih baik daripada mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar atas gangguan mereka . (Hadis riwayat Ibnu Majah) 4.Mendapat pertolongan dari Allah swt Firman Allah Taala: Wahai orang2 yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan pendirian kamu.(Surah Muhammad:7) 5.Menyelamatkan diri dari ancaman khusrin (kerugian) manusia di akhir zaman Firman Allah swt: Demi masa, sesungguhnya setiap manusia itu semuanya dalam kerugian. Melainkan orang2 yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan soleh, saling menasihati dengan kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran(Al-Asr :1- 3) Iman dan amal soleh belum mencukupi untuk menyelamatkan manusia dari segala jenis kerugian dan kebinasaan sehinggalah mereka sanggup memberi nasihat dengan mesej kebenaran dan belum tentu daie penyampai kebenaran mampu melalui ujian dan dugaan melainkan mereka yang mampu bersabar sahaja.

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

55

7.45 Dakwah Islamiah dan Konsep Amar Makruf Nahi Munkar (Fiqh Taghyiir) 1.Amar makruf dan nahi munkar merupakan peringkat klimaks dan penentu kejayaan (al-Falah) dakwah. Amar makruf dan nahi munkar sebelum iman kepada Allah swt Beza iman muslim dan Ahlul Kitab dari sudut kayu ukur amar makruf dan nahi munkar. Firman Allah swt:


Dan hendaklah ada kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada makruf dan mencegah dari munkar dan mereka inilah orang2 yang beruntung. (Ali Imran: 104) Sabda Rasulullah saw:


Telah dilaknati orang2 kafir dari Bani Israel melalui lidah Daud dan Isa Putera Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka selalu tidak melarang satu sama lain tindakan munkar yang mereka lakukan. Sesungguhnya amat buruk apa yang selalu mereka lakukan.

2.Punca kejatuhan peradaban (hadharah) Bani Israel adalah kerana nahi munkar yang ditingalkan. Sabda Rasulullah saw:


Dan peliharalah dirimu dari seksaan yang tidak hanya menimpa orang2 yang zalim sahaja kalangan kamu secara khusus. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras seksaanNya.

Sabda Rasulullah saw:


Atau dalam lafaz lain:


Sabda Nabi saw: Barangsiapa antara kalian yang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangan (kekuatan)nya, dan apabila tidak sanggup, maka dengan mulut (perkataan) nya. Dan apabila dia juga tidak mampu, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya dan itu adalah selemah2 iman . (Hadis riwayat Muslim dalam sahihnya daripada Abu Said al-Khudri)

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

56

Tanggungjawab mengubah kemungkaran adalah tanggungjawab setiap orang samada pemerintah mahupun rakyat, berdalilkan kepada perkataan man (sesiapa), iaitu lafaz umum sebagaimana disebut ulamak Usul Fiqh. Perintah ini tidak dikecualikan daripada sesiapa pun daripada kalangan umatnya, bermula daripada para sahabatnya hinggalah generasi selepas mereka dan berterusan hingga hari kiamat. Adapun tingkatan memperbaiki kemungkaran menurut Imam Al-Ghazali dalam bukunya, Ihya Ulumddin, ia adalah berbezabeza dah bertingkat-tingkat . Memperbaikinya dengan kekuatan atau deklarasi dan perang adalah peringkat tertinggi. Maka tidak dibolehkan untuk melakukannya, kecuali pihak-pihak yang mempunyai kekuatan atau kekuasaan sehingga mampu mengelak berulangnya kemungkaran tersebut. Tidak boleh memperbaiki kemungkaran jika akibatnya boleh mendatangkan kemungkaran yang lebih besar ataupun sama darjatnya.

7.46 Syarat memperbaiki kemungkaran dengan tangan (kekuatan) : Menurut Dr Yusuf Al-Qardhawi. 1. Ia adalah perkara yang disepakati keharamannya. Lafaz hadith menyebut mungkaran. Maka haruslah jelas bahawa perbuatan tersebut adalah kemungkaran yang diharamkan secara qathiyy ataupun ijma oleh Imam2 umat islam. Permasalahan ijtihad dalam masalah2 khilafiyyah bukanlah 1 kemungkaran. Tidak disebut kemungkaran melainkan perbuatan haram yang dilarang oleh Allah dan mendapat azab jika melakukannya. Ia samada melakukan perkara yang dilarang ataupun meninggalkan perkara yang diwajibkan. Ia juga samada perbuatan haram yang As-Shaghair (dosa2 kecil) mahupun Al-Kabair (dosa2 besar) walaupun perbuatan As-Saghair mempunyai keringanan di sisi Allah, dengan syarat tidak membiasakan diri dengan dosa kecil ter sebut. Allah berfirman: Jika kamu menjauhi dosa2 yang dilarang kamu mengerj akannya, nescaya Kami hapuskan kesalahan2 (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). Rasulullah saw juga bersabda : Solat 5 waktu, Solat Jumaat yang satu ke solat Jumaat yang lain, dan puasa Ramadhan yang satu ke Ramadhan berikutnya, bisa menghapuskan dosa2 kecil antara keduanya, selagi menjauhi dosa2 besar. (hadith riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a). Justeru, tidak termasuk dalam kategori kemungkaran perkara2 makruh, begitu juga meninggalkan perbuatan sunat dan mustahab. Pendek kata, kemungkaran hanyalah perbuatan yang masuk kategori haram secara hakiki dari sudut syara atau dengan nas2 atau hukum2 Al-Quran dengan dalil yang jelas. Pengharamannya dinyatakan oleh nas2 syara atau kaedahnya yang qatiyy yang muncul dari kajian2 istiqra(induktif) juzuk2 syariat. Tidak boleh mengingkari perkara2 dalam lingkungan pandangan dan ijtihad yang kadang2 benar dan kadang2 salah, ataupun berubah dengan seiring perubahan zaman, tempat, adat, dan kondisi masa. Juga kemungkaran tersebut sudah ditetapkan secara ijma. Apabila masih dalam perdebatan para ulamak ataupun para mujtahidin dahulu mahupun kini, antara yang membolehkan dan yang melarang, maka ia tidak termasuk dalam kategori kemungkaran yang harus diperbaiki dengan tangan, khususnya secara berseorangan. Maka dari itu, para ulamak menetapkan bahawa bukanlah termasuk kemungkaran dalam permasalahan ijtihad ataupun khilafiyyah. (baca pendapat para ulamak dalam buku: kaifa nataamal maa al-Tirath wa al-Ikhtilaf.. terbitan Maktabah Wahbah, Cairo) Sesungguhnya pendapat majoriti (jumhur) sekalipu tidak bisa menjatuhkan pendapat manoriti, walaupun seorang sahaja, selama ia dalah seorang mujtahid. Berapa banyak pendapat yang tidak dikenal pada suatu masa, menjadi terkenal pada masa lain. Dan berapa banyak pendapat seorang faqih yang dilemahkan, kemudian datang yanng membenarkannya dan menguatkannya sehingga menjadi landasan dan pijakan fatwa. Tanpa asas inilah, akan terbuka pintu kejahatan yang tiada penghujungnya. Setiap orang yanng berpegang dengan sesuatu pendapat akan menggunakan kekuatan untuk memaksa orang lain mengikutinya pendapatnya.

2.

Munculnya kemungkaran itu

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

57

Lafaz hadith menyebut raaa bermaksud melihat dan menjadi saksi. Maka kemungkaran tersebut mes tilah bersifat jelas dilihat oleh mata, terang2an atau dilihat secara langsung serta diketahui oleh khalayak umum (manusia), tanpa harus diintip dengan kamera atau diintai perbuatan mungkar tersebut atau dirakam dengan perakam suara. Apabila kemungkaran berlaku secara tersembunyi dari pengetahuan khalayak umum atau tertutup pintunya, maka tidak boleh diperbolehkan seseorang itu mengintai2, memakai alat teropong atau memasang kamera tersembunyi atau menceroboh rumahnya untuk menangkap basah si pelaku. Hadith secara jelas menerangkan bahawa haruslah melihat kemungkaran tersebut, bukan mendengar kemungkaran dari pihak lain. Hal ini menunjukkan bahawasanya Islam menyerahkan hukuman orang2 yang berbuat kemungkaran secara tersembunyi hanya kepada Allah swt dan menghisabnya di akhirat nanti. Sesungguhnya azab Tuhan banyak diringankan kepada perbuatan yang tersembunyi dan tidak dilakukan secara terang2an. Dalam hadith dikatakan: Setiap umatku mendapat perlindungan kecuali orang yang berbuat (maksiat) secara terang2an. (muttafaqun alaihi dari Abu Hurairah, Al-LuLuwal Marjan: 1883) Seperti peristiwa lucu dialami Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a yang dikisahkan oleh Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, bab Al-Amru bil Maruf wan Nahyu Anil Munkar, pada suatu ketika, Umar memanjat rumah seseorang, kemudian terlihat olehnya sesuatu yang makruh, dan beliau pun menolak perbuatan tersebut. Pemilik rumah tersebut berkata: Wahai Amirul Mukminin, kalau saya hanya bermaksiat kepada Allah dalam 1 sisi tetapi anda telah bermaksiat dalam 3 sisi. Umar bertanya: Apa maksudmu? Pemilik rumah menjawab: Firman Allah: Dan janganlah kamu mengintai2 (al-Hujurat:12). Maka anda sekarang telah mengintaiku. Allah berfirman: Dan masuklah ke rumah2 itu dari pintu2nya (al-Baqarah:189) dan sekarang anda telah memanjat dari atas. Dan Allah berfirman: Janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum kammu meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya, (an-Nuur: 27), maka anda tidaklah memberi salam. Lalu Umar pun membiarkannya dengan mensyaratkannya dengan bertaubat. (Ihya Ulumuddin, 7/1218, terbitan Al-Syab, Cairo) Oleh itu, tiada seseorang pun berhak mengubah kemungkaran yang disembunyikan terutama kemungkaran hati seperti riya, munafik, takbur, dengki, kedekut dan sebagainya selagimana ia tidak ditonjolkan melalui perbuatan zahir. Walaupun perbuatan ini dianggap oleh agama sebagai dosa besar yang paling utama. Ini disebabkan kita diperintahkan supaya menghukum berdasarkan zahir yang kita lihat dan kita mesti berserah kepada Allah dalam perkara yang dirahsiakan.

3.

Harus mempunyai kemampuan untuk memperbaiki kemungkaran tersebut Seseorang yang mahu memperbaiki sesuatu kemungkaran, haruslah mempunyai kekuatan samada kekuatan peribadi atau kelompok, samada kekuatan material atau moral, sehinnga mampu menghilangkan kemungkaran itu dengan mudah. Syarat ini juga diambil dari hadith Abu Saad: Maka apabila tidak mampu, maka dengan mulutnya. Ertinya, apabila tidak mampu menggunakan kekuatan, maka masalah tersebut mestilah diserahkan kepada yang mempunyai kekuatan. Cukuplah baginya memperbaikinya dengan mulut (perkataan) dan penerangan, sebatas dengan kemampuannya. Perkara ini selau dikhususkan kepada orang yang mempunyai kekuasaan. Ia berada dalam lingkungan kekuasaanya seperti suami kepada isterinya, ayah kepada anaknya serta orang yang ditanggungnya, pengurus syarikat kepada pekerjanya pemerintah yang ditaati dalam lingkungan pemerintahan, kekuasaan dan kemampuan yang dimilikinya dan begitulah seterusnya. (Al-Qardhawi memaksudkan pemerintah yanng ditaati sebag ai pemerintah yang tidak mampu melakukan beberapa perkara yang berada dalam lingkungan kekuasaaanya sendiri, seperti Umar abdul Aziz yang tidak mampu mengembalikan sistem khilafah secara syura umat islam sebagai alternatif sistem pewarisan. Demikian juga An-Najasyi, Raja Habsyah yang tidak mampu setelah keislamannya untuk menjalankan hukum syarak di kalangan rakyatnya kerana mereka tidak memeluk islam seperti beliau. Sekiranya beliau cuba melakukannya, pasti mereka akan memecatnya)

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

58

7.5 MODUL
MODUL : Modul buat kopi Objektif : Setiap manusia mempunyai halatuju hidup masing-masing ke arah mardhotillah tetapi dia tidak boleh lari dari tanggungjawab azali untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Apabila melihat perkara yang tidak selari dengan syariat hendaklah kita memperbetulkannya. Bahan-bahan : Kopi, air, cawan, gula , dan sudu. Pelaksanaan : 1. Dua orang ahli dikehendaki untuk menutup mata. 2. Salah seorang yang ditutup mata dibantu oleh kawannya untuk membuat kopi manakala seorang lagi dibiarkan untuk membuat kopi sendiri.

Teras Fokus : Pengertian dakwah Hubungkait dakwah dan aqidah (Ali-Imran : 110) Konsep dakwah Islamiyah yaduuna ilal khairi yamuruna bil makruf yanhauna anil mungkar Peringkat dakwah (fiqh taghyiir dan syarat membaiki kemungkaran) bil yad bil lisan bil qalbi Rukun-rukun dakwah (Yusuf : 108) Daie Madu Maudhu Uslub / Kaedah -bil hikmah -al-mauizatil hasanah -jadilhum billati hiya ahsan Kelebihan berdakwah Bahaya meninggalkan dakwah

Wajib Sirah : Marhalah dan strategi dakwah Nabi S.A.W Hikmah penggunaan alfatah selepas nasrullah dalam Quran

Pilihan Al-Quran : Ali-Imran : 104 (teras) Yusuf : 108

Hadis : Isu semasa : bincangkan term we have the best product without a good promoter * Hadis ke dari Hadis 40 * Hadis Sahih Muslim Man Raa Minkum

7.6 RINGKASAN

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

59

7.7 PETA KONSEP

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

60

Secara ringkasnya..
a) Modul penyampaian usrah 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Ulangkaji ringkas Soalan taaruf Slot Quran & Hadis Isu semasa Perbahasan tajuk Borangkaji selidik Ringkasan tajuk akan datang

b) Tajuk 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Konsep usrah dan kepentinganya Akidah & Syahadah Konsep ibadah Pengertian Akhlak Tasawwur Islam sebagai Ad-Deen Tarbiyah Islamiyyah Dakwah Islamiyyah

c) 1. 2.

Fokus Penyampaian segala isi penting - TAHU Pemahaman terhadap tajuk - FAHAM

d) Flow pentarbiyyahan 1. 2. 3. 4. 5. TAHU melalui ilmu FAHAM melalui pengalaman SEDAR melalui pemahaman SEMANGAT JUANG - melalui kasih-sayang PENGORBANAN melalui kesungguhan & keikhlasan

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA

61

Empat elemen penting dalam usrah


Elemen 1: Anggota usrah: Sifat-sifat dan tanggunggjawab.
1. 2. 3. 4. 5. Amalan Islamiyyah harian Amalan mingguan Amalan bulanan Amalan tahunan Amalan seumur hidup

1.1 Amalan Harian a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. Bangun sebelum fajar. Tunggu solat subuh. Solat Subuh berjemaah. Berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari. Solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyat Masjid. Membaca wirid Rabitah. Membaca Wazifah Kubra atau Sughra atau wirid doa. Mengamalkan wirid Qurani. Membaca dan mengkaji buku yang sesuai dan berfaedah. Sembahyang witir sebelum tidur. Jika yakin dapat bangun di sepertiga malam,buatlah di waktu tersebut. Memperbanyakkan zikir doa dan munajat kepada Allah dalam setiap ketika dengan khusyuk,sedar dan penuh perasaan kerana doa adalah inti ibadah. m. Solat sunat Tahajjud. n. Hitung kesalahan diri sebelum tidur. o. Amalkan riadah harian. 1.2 Amalan Mingguan 1. 2. 3. 4. 5. 6. Ambil masa satu malam dalam seminggu untuk bermuzakarah dengan ahli-ahli lain agar hati erat dan jiwa bersatu serta rapat dengan isi pengajaran yang sama dan dari sumber yang sama. Peruntukkan satu malam untuk menulis. Solat subuh berjemaah. Sekurang-kurangnya bersama-sama anggota usrah atau rakan seperjuangan sekali dalam seminggu. Tetapkan satu hari sebagai hari rehlah atau riadah. Hari Jumaat: Mandi Sunat Jumaat menunggu dan mengintai waktu istijabah, membaca surah-surah yang disunatkan pada hari dan malam tersebut. Memperbanyakkan selawat dan salam untuk Nabi.

1.3 Amalan Bulanan 1. Yaum Al-Nasihah: Pada hari ni,tunaikan kewajipan menyuruh yang baik dan mencegah yang mungkar secara tersusun dan bijaksana. Ahli hendaklah mengetahui titik-titik kelemahan individu di sekitar dirinya ataupun yang berjauhan: menziarahi mereka di samping memberi nasihat dengan wajah dan cara lemah-lembut,bersendirian dan bukan di hadapan khalayak ramai. Yaum Al-Akhirah: Hari membersihkan hati dan jiwanya. Menyinsihkan diri dari hangar-bingar dunia menuju alam damai,menziarahi perkampungan akhirat dan pusaranya. Melawat perkuburan dan menghitung-hitung kesalahan diri yang telah terlanjur, memohon ampun kepada Allah. Cukuplah maut menjadi pengajaran kepada insan. Yaum Al-Iyadah: Melawat orang-orang Islam yang sakit. Gembirakan hati mereka yang gundah gulana lantaran derita penyakit yang mereka deritai. Ini boleh menautkan hubungan jiwa dan kasih sayang.

2.

3.

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA


4.

62

5. 6. 7.

Yaum Al-Taaruf dan Al-Ziarah: Hari untuk mengunjungi sebahagian saudaranya yang muslim,mengadakan haflah ataau jamuan-jamuan ala kadarnya,untuk berkenalan antara mereka dan menanam perasaan mahbbah dan mawaddah. Yaum Al-Islah: Menemui orang yang bertikai serta cuba menyelesaikan pertikaian mereka dengan sebaik dan sebijaksana mungkin berdasarkan patukan-patukan ajaran Islam. Yaum Al-Sadaqah: Ahli hendaklah mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk jalan Allah,kerabat,faqir miskin dan orang-orang yang terkandas. Latih diri jadi pemurah. Yaum Al-Arrifi: Mengusahakan kegiatan dakwah di kampung-kampung. Menjelaskan keindahan syariat Allah. Dengan ini,boleh berlatih: a. b. c. d. e. Berdakwah. Bersyarah. Mempraktikkan Islam terhadap dirinya. Mengamalkan sopan-santun Adab Annubuwwah. Melepaskan diri daripada dunia dan berserah sepenuhnya kepada Allah.

8.

Puasa sekurang-kurangnya tiga hari sebulan. Berbuka bersama rakan-rakan seusrah.

1.4 Amalan Tahunan 1. 2. 3. 4. Menyambut hari-hari kemenangan Islam. Ingatkan orang di sekeliling tentang erti hari tersebut. Beritikaf dalam sepuluh hari terakhir dalam b ulan Ramadan dengan bersungguh-sungguh. Menunaikan zakat. Menyediakan satu program yang positif untuk membina diri,keluarga dan sahabat handai supaya dapat diamalkan. Ini bertujuan menjaga tubuh, akal, kewangan, kepentingan orang lain, dakwah, melatih diri bersusah-susah dan bersifat lelaki. Keluar dengan rakan-rakan seperjuangan untuk menunaikan kewajipan berdakwah,melatih diri bersusah-susah dan bersifat lelaki.

5.

1.5 Amalan Seumur Hidup. 1. 2. 3. 4. Ahli hendaklah berusaha mendirikan rumahtangga yang menghayati Islam. Ia hendaklah diikatkan dengan rumahtangga saudara-saudaranya yang lain sehingga terbentuk satu masyarakat Islam yang sebenarnya. Menunaikan fardu Haji. Melindungi dan menjaga pencapaian Islam yang strategis. Ikut berjihad dalam setiap lapangan.

Semoga setiap anggota usrah dapat menghayati dan melazimkan diri dengan amalan-amalan di atas.

PANDUAN KELUARGA BAHAGIA


Elemen 2: Masalah dan kelemahan usrah berpunca dari naqib
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Naqib tidak mendapat bimbingan dan pengalaman mencukupi dari murabbi. Tidak mengenal madu. Para naqib tidak ada fikrah dakwah Islamiyyah Tidak membuat persediaan dan kajiaan terhadap bahan-bahan usrah Tidak segera menyelesaikan masalah Tidak peka terhadap isu-isu semasa Naqib tidak mematuhi arahan pemimpin atau ketua

63

Elemen 3 : Ciri-ciri dan keistimewaan usrah


1. 2. 3. 4. 5. 6. Majlis yang terancang dan berterusan Mempunyai ketua yang bertanggungjawab Mempunyai bilangan ahli yang kecil Keahliaan usrah merangkumi semua peringkat Usrah adalah adalah satu unit kerja berkumpulan yang sangat berkesan Usrah sebagai saluran melahir dan membentuk pemimpin

Elemen 4 : Penilaian terhadap kesan & kejayaan usrah


1. 2. 3. 4. 5. 6. Antara kejayaan awal usrah ialah kedatangan ahli usrha yang konsisten. Ahli usrah sentiasa meraikan program-program berunsur pentarbiyahan seperti ceramah-ceramah agama. Ahli secara beransur-ansur meninggalkan kebiasaaan atau amalan-amalan yang tidak memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Kualiti ahli untuk memikul beban dakwah semakin meningkat. Dapat juga dilihat semangat sanggup berkorban untuk kepentingan sahabat-sahabat yang lain. Peringkat yang lebih tinggi ialah ahli telah mampu menyampaikan dakwah kepada orang lain tanpa memerlukan bantuan usrah

- TAMAT -

Anda mungkin juga menyukai