Anda di halaman 1dari 6

MEMAHAMI KONSEP MENCEGAH KEMUNGKARAN

Di antara kewajipan asas dalam Islam adalah Amar Makruf dan Nahi Mungkar. Kewajipan yang dijadikan Allah sebagai sebab utama ummat ini dimuliakan oleh Allah S.W.T. Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (AliImraan: 110) Dan di antara sifat utama bagi seorang mukmin itu dalam kaca mata Al-Quran adalah: Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang ilmu pengetahuan atau berjihad, yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu. (AtTaubah: 112)

Sebagaimana Allah memuji mereka yang menjalankan Amar Makruf Nahi Mungkar, Allah juga mencela mereka yang meninggalkan perbuatan tersebut sebagaimana firmanNya: Telah dila'nati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan munkar yang mereka perbuat. (AlMaidah: 78-79) Muslim sebegini baik untuk dirinya sahaja, berbuat baik dan menolak kejahatan serta hidup dalam lingkungan mereka sahaja. Mereka tidak peduli dengan kebajikan. Mereka melihat kehancuran yang bertunas dihadapannya tetapi masih tidak menghiraukannya. Bahkan seorang Muslim itu harus menjadi seorang yang baik serta berusaha memperbaiki yang lain. Inilah yang digambarkan di dalam Al-Quran: Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, Kecuali orangorang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran. Maka setiap kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat Muslim tidak berlaku kecuali disebabkan kecuaian, kelemahan dan pertikaian yang berlaku dalam masyarakat Muslim itu sendiri. Maka dengan itu berlakulah ketidakstabilan serta rasa tidak aman bahkan tidak dapat menikmati keindahan Syariah Islam itu sendiri. Walau apapun kemungkaran yang diburu, seperti penjenayah yang dihukum bunuh atau penjara seumur hidup, ia tetap akan berlaku tetapi tidak, sekiranya di sana adanya keadilan.

Maka, muslim disuruh untuk menentang mungkar supaya kemungkaran itu tidak dibiarkan kekal di bumi yang bukan buminya, rumah yang bukanrumahnya dan kaum yang bukan kaumnya.

Hadis sahih yang menerangkan tuntutan mengubah kemungkaran serta tertibya. Diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri, daripada Nabi S.A.W: Sesiapa melihat kemungkaran, hendak dia mengubah dengan tangannya (kuasa), maka barangsiapa yang tidak mempunyai kemampuan itu, maka ubahlah dengan lisannya, maka jika tidak mampu juga, hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim, Kitab Iman) Maka hadis ini jelas menerangkan kewajipan mengubah kemungkaran bagi sesiapa yang melihatnya. Buktinya adalah, "barangsiapa yang melihat" daripada lafaz yang umum, sebagimana yang dikatakan oleh ulama' Usul Fiqh bahawa ia umum merangkumi kesemua yang melihat kemungkaran, pemerintah atau yang diperintah. Maka hadis ini mewajibkan kepada semua yang melihat bermula daripada Sahabah Rasulullah sehinggalah generasi terkemudian dan sehingga berlakunya Hari Qiamah. SYARAT-SYARAT MENCEGAH KEMUNGKARAN Setiap mereka yang ini mencegah kemungkaran perlulah memenuhi prasyarat yang telah ditetapkan oleh lafaz haids tersebut. SYARAT PERTAMA: Perkara yang disepakati sebagai haram. Iaitu kemungkaran itu adalah kemungkaran yang sebenarnya. Kemungkaran itu tidak disebut kecuali pada apa yang diharamkan oleh syarak serta ditumtut supaya meninggalkannya secara pasti. Perkara yang haram itu akan diazab oleh Allah samada ia perbuatan yang dilarang atau diperintah untuk meninggalkannya. Samada ia merupaka dosa besar atau kecil dan sekiranya ia dosa kecil lalu ia meremehkannya serta melakukannya secara berterusan, maka ia akan termasuk dalam dosa besar. Firman Allah Ta'ala: Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga). (AnNisa': 31) Rasulullah S.A.W. bersabda: Solat lima waktu, dari Jumaat kepada Jumaat, dari Ramadhan ke Ramadhan, diantaranya penghapus doa sekiranya menjauhi dosa besar. (Riwayat Muslim) Maka tidak termasuk dalam kemungkaran walaupun ia perkara makruh atau meninggalkan sunnah. Telah sahih dalam banyak hadis, dimana seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W. tentang apa yang difardhukan dalam Islam. Maka jawab Baginda S.A.W. iaitulah solat, zakat dan puasa. Lalu lelaki itu bertanya: Adakah selainnya? Maka jawab Baginda S.A.W." Kecuali apa yang disunatkan. Setelah selesai, lelaki itu berkata: Demi Allah Wahai Rasulullah, aku tidak menambah sedikitpun daripadanya dan aku pula tidak menguranginya. Maka balas Rasulullah: Berjayalah sekiranya kamu benar atau kamu akan dimasukkan ke dalam syurga jika kamu benar. (Muttafaq 'Alaih darpada Talhah bin Ubaidillah) Oleh itu, sepatutnya mungkar itu adalah semata-mata pada perkara yang haram. Iaitu yang dinyatakan oleh nas syarak atau kaedah fikah. Bukan kemungkaran itu

berdasarkan pandangan dan ijtihad kerana ia boleh jadi benar atau salah dan ia juga berubah mengikut peredaran suasana dan masa. Sekiranya berbeza pandangan ulama' dalam hukum bergambar, bernyanyi dengan alat atau tidak, membuka wajah wanita atau menutupnya, atau dalam menetapkan tarikh puasa dengan melihat anak bulan dan pengiraan atau sebagainya yang mempunyai perbahasa panjang di kalangan ulama', tidak harus bagi seorang Muslim memaki hamun kepada mereka yang tidak sependapat dengannya. SYARAT KEDUA: Kemungkaran berlaku secara terang-terangan. Kemungkaran itu mestilah dilihat secra jelas. Adapun yang terlindung dari penglihatan manusia dan dia menutup pintunya, maka tidak harus bagi seorang Muslim untuk tajassus (mengintip) dengan mencipta alat rakaman atau memecah masuk biliknya supaya dapat dipastika kemungkaran yang berlaku. Ini kerana Islam tidak menuntut hukuman kepada kesalahan yang terlindung kecuali Allah sendiri yang akan menghisabnya di akhirat dan Allah tidak menyediakan jalan di dunia untuk membongkar rahsianya. Malah hukuman Allah adalah untuk menutup apa yang ingin ditutupinya dan tidak jelas kemaksiatan yang dilakukan sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda: Setiap ummatku dimaafkan kecuali apa yang dilakukan terang-terangan. Oleh itu, tidak sepatutnya bagi seorang penguasa untuk menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan yang tersembunyi. Begitulah juga maksiat hati seperti riya', nifak, kibr dan hasad. Oleh itu, kita dituntut untuk menghakimi apa yang jelas sahaja. Inilah apa yang berlaku kepada Amir Al-Mukminin, Umar Al-Khattab R.A. yang disebut oleh Imam Al-Ghazali dalam karyanya, Ihya'. Bahawa Umar telah memanjat rumah seorang pemuda, maka ia memurkainya. Lelaki itu berkata: Wahai Amir Al-Mukminin, sekiranya aku melakukan satu maksiat kepada Allah, maka kamu telah melakukan tiga jenis kemaksiatan kepadaNya. Allah berfirman: Jangan kamu mengintip, dan kmu telah mengintip aku. Allah berfirman: Datanglah kerumah seseorang dari pintunya, maka kamu telah memasukinya dari bahagian atas. Allah berfirman: Jangan kamu masuk ke rumah seseorang yang bukan rumahmu sehinggalah kamu diberi izin dan memberi salam kepada ahlinya, maka kamu tidak memberi salam. Lantas Umar meninggalkannya dan beliau bertaubat. (Ihya' 1218/7 Al-Qaherah) SYARAT KETIGA: Kemampuan dalam mencegah kemungkaran. Disyaratkan kepada yang ingin mencegahnya mempunyai kekuatan maddiyyah dan ma'nawiyyah yang memungkinkan ia menghapuskan kemungkaran itu dengan mudah. Ini juga syarat yang dirujuk berdasarakan hadis Abu Said kerana ia menyatakan, sesiapa yang tidak mampu, maka cegahlah dengan lisannya. Dan inilah yang berlaku di antara suami dengan isterinya serta ayah dengan anaknya. Ini keran kekuatan yang dimiliki oleh ayah dan suami bukanlah kekuatan kebendaan, bahkan ia merupakan penghormatan dan rasa hormat yang menjadikan kata-katanya didengari dan diaati. Sekirannya kemungkaran itu berlaku dari sudut pemerintahan:

Inilah yang sering timbulnya permasalahan dari pihak pemerintah negara yang mempunyai kekutan kebendaan dan ketenteraan. Adakah ke atas individu itu kewajipan dalam mencegah kemungkaran itu? Jawabnya tidak, bahkan mereka yang mempunyai kekuatan itulah perlu mencegahnya. Dalam zaman ini, mereka itu adalah: Pertama : kekuatan ketenteraan yang menjadi sumber kekuatan kebanyakan negara pada zaman ini- terutamanya negara Dunia ketiga- untuk mendokong kerajaan dan melaksanakan polisi pentadbiran mereka serta menutup mulut pembangkang secara kekerasan. Punca kekuatan kerajaan seperti ini bukanya kekuatan logik tetapi logik berdasarkan kekuatan. Sesiapa yang memiliki kekuatan ini pasti akan mampu untuk memukul setiap gerakan rakyat yang ingin melakukan perubahan sepertimana apa yang kita telah saksikan di kebanyakan negara dan yang terakhir ialah apa yang berlaku di China. Mereka meghapuskan secara kejam revolusi pelajar yang menuntut kebebasan. Kedua : Parlimen yang mempunyai kekuasaan perundangan, mengeluarkan undangundang dan mengubahnya berdasarkan keputusan mejoriti yang dipakai oleh sistem Demokrasi. Sesiapa yang mempunyai suara mejoriti yang berada dibawah naungan sistem demokrasi yang sebenar dan bukan yang palsu akan dapat mengubah setiap kemungkinan yang dilihatnya dengan mengunakan undang-undang yang diwajibkan. Sesiapapun tidak dapat untuk menidakkanya walaupun dia seorang Menteri, perdana Menteri atau Presiden. Ketiga : Kekuatan rakyat jelata yang bersatu. Apabila mereka bergerak ke mana-mana arah , tidak ada satu kekuatanpun yang mampu menghadapinya atau menyekat perjalananya. Ini kerena ia adalah Ibarat ombak di lautan ataupun air banjir besar yang tidak dapat ditahan oleh sesiapa walaupun kekuatan ketenteraan sendiri. Ini kerana tentera pada akhirnya akan bersama-sama mereka kerana rakyat jelata itu tidak lain melainkan ahli keluaraga mereka sendiri, ayah, anak atau saudara mara mereka sebagaimana yang jelas kita lihat dalam revolusi Iran. Sesiapa yang tidak memiliki salah satu daripada tiga faktor kekuatan ini, dia hendaklah bersabar dan mempersipakan diri sehinggalah kekuatan tadi dapat dimilikinya. Dia hendaklah mengubah kemungkaran itu dengan lidah, pena, dakwah, nasihat dan pesanan sehinggalah terbentuk satu pandangan umum rakyat yang kuat memimta supaya kemungkaran itu dihapuskan. Dia juga hendaklah berusaha untuk mendidik generasi perintis yang beriman dan bersedia untuk mengubah kemungkaran serta sanggup menangggung akibatnya. Inilah yang dinyatakan oleh haditsh Abu Thalabah alkhashni ketika beliau bertanya kepada Rasulullah saw. Tentang firman Allah yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. ( Al-maaidah : 105) Lalu Rasulullah saw bersabda kepadanya yang bermaksud : Bahkan kamu hendaklah menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran, sehingga apabila kamu melihat sifat kedekut ditaati , hawa nafsu diikuti, dunia yang memberi pengaruhnya dan setipa orang merasa takjub dengan pendapat mereka. Ketika itu kamu hendaklah menjaga diri kamu sendiri dan tinggalkanlah orang awam. Sesungguhnya di belakang kamu ada beberapa hari di mana orang yang sabar adalah

seperti menggengam bara pai. Ganjaran orang yang beramal pada hari-hari tersebut adalah sama seperti ganjaran lima puluh orang yang beramal seperti apa yang kamu amalkan. Dalam setengah riwayat dinyatakan : Aku melihat perkara yang kamu tidak mampu untuk melakukanya. SYARAT KEEMPAT: Tidak bimbang berlakunya kemungkaran yang lebih besar. Iaitu kita tidak merasa bimbang akan berlakunya kemungkaran yang lebih besar rentetan daripada kemungkaran yang dicegah dengan menggunakan kekuatan. Seperti ia menjadi penyebab kepada fitnah yang membawa kepada pertumpahan darah orang yang tidak berdosa, pencabuan kehormatan dan perampasan harta. Akibatnya, kemungkaran semakin bertambah kukuh, kesombongan pelakunya dan kerosakan akan semakin bertambah. Oleh sebab itu ulama telah menyatakan boleh berdiam diri terhadap kemungkaran yang berlaku apabila dibimbangi akan berlakunya kemungkaran yang yang lebih besar. Dengan itu kita telah melakukan perkara yang lebih ringan mudaratnya daripada dua perkara yang memudaratkan dan menaggung perkara yang lebih sedkit kejahatannya daripada dua kejahatan yang jelas . Dalam hal ini, terdapat hadith sahih yang menjelaskan bahawa rasulullah saw. Telah bersabda kepada Aisyah r.a : Kalaulah tidak kerana kaum kamu baru sahaja meninggalkan syirik, nescaya aku akan membina semula kaabah di atas tapak asas yang didirikan oleh Nabi Ibrahim. Didalam Al-Quran terdapat kisah yang menguatkan lagi apa yang kami nyatakan. Kisah Nabi Musa a.s dengan kaumnya Bani Israil ketika baginda pergi menemui Tuhanya selama 40 malam. Semasa ketiadaan baginda , kaumnya telah disesatkan oleh al-Samiri dengan patung anak lembunya yang dibuat daripada emas sehingga menyebabkan kaumnya menyembah patung tersebut. Nabi Harun a.s saudara nabi Musa a.s telah menasihati mereka tetapi mereka tidak mempedulikan nasihatnya dan berkata : Mereka menjawab: "Kami akan tetap menyembah patung anak lembu ini, hingga Musa kembali kepada kami". ( Surah Taha: 91 ) Selepas kembalinya Nabi Musa a.s baginda diperlihatkan dengan kemungkaran yang buruk ini-penyembahan anak lembu- lalu baginda amat mengingkari sikap saudaranya, lantas menarik janggut saudaranya disebabkan kemarahan yang melonjak . Firman Allah swt yang bermaksud: Berkata Musa: "Hai Harun, apa yang menghalangi kamu ketika kamu melihat mereka Telah sesat,. (sehingga) kamu tidak mengikuti Aku? Maka apakah kamu Telah (sengaja) mendurhakai perintahku?". Harun menjawab' "Hai putera ibuku, janganlah kamu pegang janggutku dan jangan (pula) kepalaku; Sesungguhnya Aku khawatir bahwa kamu akan Berkata (kepadaku): "Kamu Telah memecah antara Bani Israil dan kamu tidak memelihara amanatku". ( Surah taha 20: 92-94 )

Maksudnya , Nabi Harun a.s telah mengutamakan untuk menjaga perpaduan kaumnya sewaktu ketiadaan saudaranya sehingga apabila kembalinya Nabi Musa a.s, mereka akan bersepakat mengambil cara yang lebih tegas dan berhikmah untuk berdepan dengan keadaan yang genting ini. Inilah empat syarat yang mesti ada pada sesiapa yang ingin mengubah kemungkaran dengan tanganya ataupun dengan kata lain mengubah kemungkaran dengan kekuatan dan kekerasan. MENCEGAH KEMUNGKARAN SECARA SEPARA BUKANLAH SATU PENYEMBUHAN Saya ingin menekankan di sini kepada siapa yang terlibat secara langsung dalam reformasi ummat ini, bahawa kerosakan yang berlaku sepanjang era kezaliman dan era sekular ini, tidak cukup dengan haya kita mencegah kemungkaran secara separa seperti menghapuskan konsert nyanyian, wanita yang melampau dalm berhias di jalan raya atau penjualan video yang mengandungi perkara yang tidak diharuskan. Perubahan perlu dilakukan secara menyeluruh melibatkan pemikiran dan kefahaman, meliputi akhlak dan kelakuan serta merangkumi undang-undang serta syariat Islam. Maka sebelum itu, sepatutnya kita mengubah manusia dari dalamnya dengan pendidikan yang berterusan serta teladan yang baik. PENTINGNYA KESANTUNAN DALAM MENGUBAH KEMUNGKARAN Perkara lain yang tidak patut kita lupakan adalah pentingnya lemah lembut dalam merawat kemungkaran serta mengajak kepada kebenaran keran itulah yang diwasiatkan oleh Baginda S.A.W. kepada kita. Allah mengutuskan Musa dan Harun A.S. kepada Firaun yang zalim dengan berfirman: Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, Sesungguhnya dia Telah melampaui batas;Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, Mudahmudahan ia ingat atau takut".(Taha: 43-44) Walaupun Firaun telah melampau dalam melakukan kezaliman, tetapi Allah memberi petanda bahawa para pendakwah tidak harus putus dari pengharapan serta menggunakan cara yang lembut selagi mana mereka tidak menggunakan cara keganasan.

Anda mungkin juga menyukai