Anda di halaman 1dari 4

1.

Pengenalan

Penulisan ini merupakan rumusan daripada satu pembentangan kertas kerja bertajuk
Pembangunan Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri.
Kertas kerja tersebut telah dibentangkan oleh Dr. Nasaruddin bin Basar, Ketua Penolong
Pengarah, Sektor Peningkatan Ilmu, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Pembentangan telah dibuat dalam Seminar Perkembangan Profesionalisme
Keguruan anjuran Open University Malaysia pada 26 Oktober 2013.
Secara umumnya pembentang menekankan tentang kepentingan pembangunan kendiri guru
dalam memastikan perkembangan dan pembangunan pendidikan negara. Kandungan kertas
kerja yang dibentangkan dibahagikan kepada empat aspek iaitu aspek konsep pembangunan
profesionalisme, aspek pembangunan profesionalisme kendiri, aspek kebertanggungjawaban
guru dan aspek laluan kerjaya.
2.0

Konsep Pembangunan Profesionalisme

Pembangunan profesionalisme dalam profesion perguruan merupakan anjakan keempat


seperti yang diaspirasikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Anjakan ini mempunyai objektif untuk mentransformasikan profesion pendidikan menjadi
profesion pilihan. Transformasi yang ingin dilakukan bukan bermakna sistem pendidikan
yang ada pada masa lalu dan sekarang ini terlalu banyak kelemahan, tetapi ia untuk
menjadikan sistem pendidikan negara sentiasa releven dan memenuhi perubahan-perubahan
yang begitu rancak berlaku.
Kualiti pendidikan hari ini merupakan penentu survival negara pada masa hadapan. Usaha
mentransformasikan sistem pendidikan adalah untuk meningkatkan pencapaian tahap
kemenjadian murid. Dalam dunia pekerjaan, majikan kini cenderung mengambil pekerja yang
mempunyai tiga kualiti iaitu boleh berkomunikasi dengan baik dan berkesan, boleh
berkolaborasi dengan semua pihak dan mahir dalam bidang yang dikuasainya. Untuk
melahirkan modal insan yang sedemikian maka aspek kemahiran dan keilmuan guru haruslah
dipertingkatkan.

3.0

Pembangunan Profesionalisme Kendiri

Pembangunan profesionalisme kendiri merujuk kepada keinginan dan iltizam seseorang guru
itu untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmunya atas kehendak diri sendiri bukan dipaksa
atau diarahkan berbiat demikian. Dalam erti kata lain guru mempunyai inisiatif sendiri untuk
belajar demi meningkatkan profesionalisme mereka. Kemenjadian murid tidak akan berlaku
sekiranya guru sendiri tidak mahu meningkatkan kualiti diri sendiri terutama dalam kepesatan
perkembangan teknologi seperti sekarang ini. Kualiti adalah elemen yg dinamik, sentiasa
berubah dari satu standard ke satu standard yg lain. Oleh itu proses peningkatan kualiti kendiri
haru juga berlaku dari semasa ke semasa.
Pada masa kini pelajar-pelajar sekolah diterapkan dengan kemahiran berfikir aras tinggi
(KEBAT), maka sebelum pelajar-pelajar dapat diajar teknik dan pendekatan ini guru
seharusnya terlebih dahulu menguasai kemahiran tersebut. Dalam erti kata lain, guru mesti
sentiasa releven. Dewasa ini kemahiran ICT dalam kalangan pelajar adalah sangat tinggi, oleh
itu guru juga sewajarnya tidak ketinggalan menguasai bidang tersebut. Andai kata pelajar
lebih mahir daripada guru maka guru akan kehilangan relevensinya.
Guru mesti ada nilai tambah. Pengetahuan multi-disiplin akan memudahkan seseorang guru
itu melaksanakan tugasanya mendidik pelajar-pelajarnya. Pengetahuan dan kemahiran yang
diajar di sekolah-sekolah pada masa kini sudah melampaui zaman penguasaan 3M.
Kemahiran-kemahiran yang diajar hendaklah memenuhi keperluan skill for life. Guru mesti
sentiasa berfikir ke hadapan untuk memajukan dan menambah ilmu kendiri. Kesilapan
pendidik pada masa kini akan memberi impak negatif kepada survival negara pada masa akan
datang.
Guru perlu sentiasa berfikiran positif terhadap apa juga perubahan dan keperluan terhadap
kerjaya mereka. Rungutan terhadap pelaksanaan sesuatu arahan disebabkan kekurangan
kemudahan (contohnya capaian internet) tidak sewajarnya berlaku. Kalau hendak menunggu
segala kemudahan lengkap baru hendak memulakan langkah, maka kita akan ketinggalan.
Guru seharusnay sentiasa berfikiran positif dengan mengambil sikap mulakan dengan apa
yang kita ada.

Terdapat banyak faktor yang boleh menjayakan kemenjadian murid dan peningkatan
pembangunan sistem pendidikan negara. Namun faktor yang paling penting ialah faktor guru
itu sendiri. Kalau guru itu bagus maka begitulah juga produk yang dihasilkannya. Dalam
usaha meningkatkan prosfesionalisme kendiri, guru mesti berganjak dari berorientasikan
inisiatif organisasi kepada berorientasikan inisiatif kendiri. Maksudnya dalam usaha
memperolehi dan meningkatkan kemahiran dalam profesion mereka, tidak perlulah mendapat
arahan dari pihak atasan terlebih dahulu. Sebaliknya keinginan itu wajar lahir dari kehendak
diri sendiri. Terdapat banyak cara guru dapat meningkatkan profesionalisme mereka seperti
membaca buku, membuat kajian tindakan, mengadakan perbincangan dengan guru-guru lain,
menghadiri kursus-kursus motivasi dan sebagainya.
Guru wajar menguasai kemahiran ICT yang kompeten agar pengetahuan itu dapat digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Zaman guru menulis/membaca dan
pelajar menulis atau menyalin sudah tidak releven lagi. Kemahiran dalan bidang media sosial
dan pembelajaran seperti aplikasi Youtube, Facebook, aplikasi-aplikasi dalam talian dan
banyak lagi wajar dimanfaatkan. Hal ini bukan sahaja memudahkan guru tetapi juga
menjadikan P&P lebih menarik dan berkesan.
4.0

Kebertanggungjawaban Guru

Pendidikan yang diberikan oleh guru akan memberi impak kepada pelajar-pelajar. Pendidikan
yang betul akan memberi impak yang baik dan begitu pula sebaliknya. Justeru itu pendekatan
dan teknik yang betul dan berkesan dalam P&P wajar diterapkan agar hasrat melahirkan
modal insan berkualiti akan tercapai. Untuk itu guru memikul beberapa tanggungjawab untuk
merealisasikan hal ini. Antara tanggungjawab para guru ialah:
i)

Menghasilkan pendidikan berkualiti. Pendidikan berkualiti adalah pendidikan yang


dapat merangsang pemikiran pelajar, membentuk sahsiah yang baik dan

ii)

pengetahuan yang kompeten.


Meningkatkan kemajuan kendiri agar guru sentiasa releven kepada pelajar-pelajar
mereka. Pengetahuan ala kadar dan terhad kepada satu-satu bidang sahaja tidak
akan membantu memperkembangkan potensi pelajar. Peningkatan kendiri ini
perlulah seiring dan sesuai dengan kemajuan pelajar yang ingin dicapai.

5.0

Laluan Kerjaya

Pihak Kementerian Pendidikan menerapkan penilaian prestasi guru pada akhir tahun dengan
hasrat melahirkan guru berprestasi tinggi. Guru akan dinilai berdasarkan instrumen bersepadu.
Guru dikelompk kepada dua kelompok.
i)
ii)

Guru berprestasi tinggi


Guru berprestasi biasa (laluan time base).

Justeru bagi guru-guru yang sentiasa berusaha meningkatkan profesionalisme kendiri mereka
lebih mudah mendapat laluan kerjaya yang tinggi. Usaha dan kerja keras mereka akan terbalas
dengan menmperolehi laluan kerjaya yang lebih cepat meningkat.
5.0

Kesimpulan

Kompetensi guru mestilah sentiasa ditambah baik, seiring dengan perubahan. Kejayaan dan
kecemerlangan guru wajar diikuti oleh kejayaan anak didik mereka, kerana tanda kejayaan
seseorang guru itu adalah kejayaan yang dicapai oleh anak didiknya. Guru perlu proaktif dan
inovatif, kerana zaman diarah telah berlalu. Guru wajar belajar memberi cadangan
penambahbaikan daripada menjalankan arahan atas nama penambahbaikan.

Anda mungkin juga menyukai