Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH
JURNAL

Bilangan Jurnal

: Ke- 11

Minggu Praktikum

: 12

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 20.4.2015 HINGGA 24.4.2015


Tajuk Jurnal

: Masalah kawalan kelas

1. Masalah /Peristiwa:
Pada minggu kesebelas praktikum saya telah mengalami masalah kawalan
kelas di mana anak murid saya, suka bercakap, kurang memberi perhatian semasa
saya mengajar, suka mengadu, suka mengganggu kawan dan suka membuat bising.
Masalah kawalan kelas agak kurang memuaskan. Masalah yang saya hadapi
sekarang adalah saya sukar untuk mengawal kelas ketika membuat aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terutamanya sewaktu membuat kerja
dalam kumpulan. Kadangkala mereka akan bergaduh demi perkara yang kecil
seperti mengambil pemadam kawan-kawan untuk kegunaan sekejap. Bagi situasisituasi tersebut, saya terpaksa mengambil masa untuk menyelesaikan masalah
tersebut sebelum pengajaran yang seterusnya dan akan mengganggu rancangan
pengajaran saya.
Jadi, isu-isu disiplin tersebut telah menyebabkan saya terpaksa berhenti
mengajar kerana kebisingan sesetengah murid ini di dalam kelas telah menganggu
pengajaran sehingga murid-murid yang ingin belajar pun tidak dapat memberi
perhatian kepada pengajaran saya. Saya percaya bahawa murid-murid ini masih
kecil maka unsur kenakalan masih wujud di kalangan mereka. Setakat ini syukur
saya masih dapat mengawal kelas walaupun terpaksa menggunakan pelbagai
kaedah. Dengan cara ini juga ia dapat menambah ilmu pengetahuan saya di dalam
mengatasi masalah tingkah laku murid. Lagipun saya merupakan seorang guru yang
baru, tidak berapa tegas dan suara saya kurang jelas semasa mengajar di dalam
kelas. Mungkin ini salah satu punca murid-murid saya mengawal kelas ketika
membuat aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
2.Analisis
Perancangan yang teliti adalah penting untuk mengajar. Mengikut Clark and
Lampert (1986), perancangan guru menentukan apa yang diajar di sekolah-sekolah.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
Perancang yang baik melibatkan peruntukan penggunaan masa dan pemilihan
kaedah mengajar yang sesuai agar boleh menarik minat pelajar dan mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang produktif. Malah aktiviti yang menarik dapat
menarik minat pelajar untuk belajar. Maka di sini murid-murid tidak akan menganggu
pengurusan guru dengan karenah-karenah yang dihadapi semasa mengikuti
pembelajaran.
3. Cadangan Tindakan Susulan

Saya akan bertanya kepada guru pembimbing tentang permasalahan yang

berlaku.
Selain itu, saya juga akan meminta pendapat guru pembimbing setelah saya

menetapkan nilai-nilai dalam pengajaran seharian saya.


Menerapkan nilai yang sesuai dengan aktiviti.
Menyebut nilai yang perlu diterapkan oleh murid berulang-ulang kali
Langkah-langkah yang perlu saya ambil adalah seperti berikut :
1) Memberi peneguhan yang positif kepada murid sekiranya ia berkelakuan
baik dan tidak mengganggu rakan-rakan yang lain.
2) Mengadakan teknik pembelajaran yang menarik dan menggunakan
pelbagai bahan yang sesuai serta menggunakan teknik variasi rangsangan
bagi menarik minat mereka.
3) Menetapkan satu kaedah untuk menarik perhatian mereka seperti Guru:
hello, sayang! Murid: Ya, saya. Seterusnya meminta mereka senyap dan
memberi perhatian terhadap pengajaran guru.
4)Menasihati dan menegur mereka jika tidak menunjukkan tingkah laku yang
kurang sopan.
5) Memberi mereka dendaan atas perbuatan yang mereka lakukan sebgai
pengajaran dan peringatan bagi mereka supaya tidak mengulangi kesalahan
tersebut.
6)Mengenakan Time-out terhadap murid yang telah melakukan tingkah laku
negatif.
7) Menjadi seorang guru yang mesra tetapi tegas terhadap tingkah laku
murid.

Disemak oleh Guru Pembimbing


oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :..............................................
Tandatangan :..............................................
Nama

:..............................................

Disahkan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
Nama
Tarikh
Tarikh

:..............................................
:..............................................
:..............................................

Anda mungkin juga menyukai