Anda di halaman 1dari 7

KEPIMPINAN - KEPEMIMPINAN

Konsep Kepimpinan
Pertamanya molek kita cuba memahami apakah maksud Kepimpinan. Untuk kita lebih
memahami Konsep kepimpinan ini lihat sahaja perbandingan definisi oleh para pemikir barat
dengan apa yang telah disampaikan Al-Quran serta Hadis. Berikut adalah definisi
kepimpinan yang diberikan oleh pemikir-pemikir Barat :
.
Kepimpinan adalah tingkah laku individu apabila dia sedang mengarahkan aktiviti
kelompok ke arah matlamat yang dikongsi bersama (Hemphill & Coons)
.
Kepimpinan adalah pengaruh antara perseorangan, yang dilaksanakan dalam sesuatu
situasi, dan diarahkan, melalui proses komunikasi, ke arah pencapaian matlamat atau
matlamat-matlamat khusus. (Tannenbaum, Weshler & Massarik)
.
Kepimpinan adalah pendayautamaan dan penyelenggaraan struktur dalam jangkaan dan
interaksi. (Stogdill, 1974)
.
Kepimpinan ialah hubungan antara perseorangan yang menunjukkan kuasa dan
pengaruh diagih secara yang tidak sama rata sehingga seorang individu boleh
mengarah dan mengawal tindakan-tindakan orang lain lebih daripada kawalan mereka
ke atas individu itu. (Fiedler, 1967)
.
Sekarang, lihat pula apa yang telah terkandung dalam Al-Quran dan telah disebutkan oleh
Nabi Muhammad s.a.w sejak 1400 tahun yang lalu:
.
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu
atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa
yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab
seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah AlAnam : 165)
.
Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi
menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak
dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan. (Surah Yunus : 14)
.
Daripada Ibn Umar r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, Tiap seorang daripada kamu adalah
penjaga (pemimpin) dan kamu bertanggungjawab terhadap penjagaan kamu (orang
yang dipimpin). Imam adalah penjaga (pemimpin) dan bertanggungjawab kepada
pimpinannya, lelaki itu penjaga (pemimpin) dan bertanggungjawab kepada pimpinannya,
orang perempuan adalah penjaga (pemimpin) dalam rumah suaminya dan
bertanggungjawab kepada pimpinannya, hamba adalah penjaga harta tuannya dan
bertanggungjawab kepada pimpinannya, dan setiap kamu adalah penjaga (pemimpin)
dan bertanggungjawab kepada pimpinan kamu. (Riwayat Muslim)
Apa yang dapat disimpulkan setelah meneliti teori dari barat dan juga konsep Islam adalah
apabila kita menterjemahkan maksud Kepimpinan, mahu atau tidak kita tidak dapat lari
untuk mengaitkan kepimpinan dengan individu yang dipanggil pemimpin. Apa yang pasti
tingkah laku, kaedah serta pergerakan yang di bawa pemimpin dalam membawa organisasi
menggambarkan corak kepimpinan beliau.

Gaya Kepimpinan
Berikut adalah gaya kepimpinan yang sering dikaitkan dengan seseorang pemimpin :Gaya Kepimpinan autokratik: memaksa pengikut membuat sesuatu tanpa mengambilkira
keperluan individu pengikut. Beliau tidak prihatin pada perasaan pengikut, oleh itu beliau
selalunya tidak digemari. Pengikut melakukan sesuatu kerja atas dasar takut (motivation by
fear).
Gaya Kepimpinan demokratik: melibatkan pengikut dalam pembuatan keputusan. Biasanya
disukai ramai kerana pengikut merasa mereka dihargai dan ada rasa pemilikan dan
kekitaan.
Gaya Kepimpinan laissez-faire: menyerahkan kepad pengikut untuk membuat
keputusan. Beliau hanya terlibat secara minimal. Keadaan mungkin huru-hara akibat struktur
tugas yang tidak jelas dan tidak terarah.
Gaya Kepimpinan Islamik : Berpandukan dan merujuk kepada kepimpinan yang
berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah serta menekankan pendekatan yang lebih Islamik
dalam segenap aspek.
Gaya Kepimpinan berorintasikan tugas: lebih mengutamakan soal-soal pencapaian
pengeluaran atau hasil kerja dari hal ehwal pengikut.
Gaya Kepimpinan berorintasikan manusia: mengambilkira keperluan individu dalam
melaksanakan kepimpinannya.
Rumusan Kepimpinan
Penghayatan berkaitan konsep kepimpinan membawa kita kepada rumusan yang boleh kita
ketengahkan seperti berikut :
Corak Kepimpinan yang terbaik oleh Pemimpin akan menjamin seseorang Pemimpin
itu dapat menunaikan tanggunjawab yang telah diamanahkan kepadanya seterusnya
membawa kumpulan/organisasi ke arah kejayaan
Definisi Kepemimpinan
Apakah yang dimaksudkan dengan kepemimpinan? Pelbagai definisi telah disusun oleh
para cendiakawan dan ahli fikir sama ada dari barat maupun dunia Islam. Namun pada
umumnya definasi Kepimpinan itu hanya terbahagi kepada 2 (dua) bahagian sahaja iaitu
yang memandang kepemimpinan sebagai satu PROSES dan kepemimpinan sebagai
SENI/KEMAHIRAN.
Kepemimpinan sebagai PROSES
1. Kepemimpinan adalah suatu proses yang kompleks di mana seseorang mempengaruhi
orang-orang lain untuk menunaikan suatu misi, tugas, atau tujuan dan mengarahkan
organisasi yang membuatnya lebih kohesif dan koheren."

Mereka yang memegang jawatan sebagai pemimpin akan mempergunakan dan


menerapkan proses kepemimpinan (keyakinan, nilai-nilai, etika, karakter, pengetahuan, dan
ketrampilan). Oleh yang demikinan kita lihat setiap seorang pemimpin akan membawa
pendekatan berbeza sepertimana dibandingkan pengurus dengan pemimpin.
Seorang pemimpin akan berusaha menjadikan kumpulan yang dipimpin ingin mencapai
tujuan dan sasaran yang tinggi, sedangkan seorang pengurus akan mengarahkan orangorang untuk melaksanakan kerja/tugasan atau mencapai sesuatu tujuan. Seorang pemimpin
melakukan perkara yang betul, manakala pengurus melakukan semua perkara dengan
betul(Leaders do right things, managers do everything right).
2. Kepemimpinan adalah "suatu proses terancang yang dinamik melalui suatu tempoh waktu
dalam situasi yang di dalamnyapemimpin menggunakan perilaku (pola/gaya) kepemimpinan
yang khusus serta prasarana kepemimpinan (sumber-sumber)
untuk memimpin (menggerakkan/mempengaruhi) bawahan (pengikut-pengikut) bagi melaks
anakan tugas/
pekerjaan(menyelesaikan tugas) ke arah (dalam upaya pencapaian) tujuan yang menguntun
gkan (membawa keuntungan timbal balik)bagi pemimpin dan
bawahan serta lingkungan sosial di mana mereka ada/hidup.
Definisi ini dikemukakan oleh J. RobertClinton dalam bukunya, The Making of
A Leader dan dimodifikasi oleh Y. Tomatala, dalam bukunya, Kepemimpinan Yang Dinamis.

AKAUNTABILITI TANGGUNGJAWAB

Akauntabiliti
Sifat bertanggungjawab kpd seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dsb
serta bersedia memberikan penjelasan, justifikasi dsb yg diperlukan: mereka yg mempunyai
kepakaran perlu diberi kebebasan mengkritik keputusan mahkamah utk memastikan ~
institusi kehakiman.
Konsep Akauntabiliti
Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan akauntabiliti di huraikan sebagai bertangungjawab
kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji ,
konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan
mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat
jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan
untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu
keputusan yang telah diambil.
Akauntabiliti keguruan.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan
oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan
tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab
seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri
guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.
Akauntabiliti guru terhadap
Pelajar
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah
termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah
mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain.
Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya
tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkaraperkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa
meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala
perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat
terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian
kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan
supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan
orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga
profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati
lagi oleh anak muridnya.

Diri
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan
tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan
juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu
tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan
bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru
gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh
menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di
sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang
berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan
aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan
fizikal.
Sekolah
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab
terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam
sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan
sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugastugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha
PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran
sekolah.
Masyarakat dan Negara
Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan
matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru
hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang
bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat
Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.
Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan
ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala
aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk
memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan
ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun
yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan
nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang
setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat
guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru
juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta
mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .
Profesion Keguruan
Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata
pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata
pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang
dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan

merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif


pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar
murid menerima ilmu yang betul dan tepat.
Penutup
Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti, guru dapat memahami tanggungjawabnya
yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat
meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut
membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan
penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi
akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan
dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang
tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf
profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan
bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap
kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih
bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian,
akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan
akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat
di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan
negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang
tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.

Tanggungjawab
Kewajiban yg dipikul oleh seseorang, segala yg wajib ditanggung: oleh sebab itu segala
pegawai polis teramat berat ~nya;

PROFESIONAL PROFESIONALISME

Profesional

Profesionalisme

Konsep Profesion dan Profesionalisme


Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting.
Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti
kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui
masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan,
mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri
untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman, 1956).
Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan
pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. (contohnya :
perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain).
Profesional ialah ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam profesion.
Menurut Ornstein dan Levine (1993), empat atribut dalam satu profesion ialah ahli perlu
menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang
tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli serta persetujuan diberi
kepada suatu profesion oleh mesyarakat untuk beroperasi.

Anda mungkin juga menyukai