Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN BINA INSAN GURU PADA 14 DISEMBER 2009

BIG atau Bina Insan Guru adalah program yang dirangka khusus untuk
guru-guru pelatih di seluruh Malaysia oleh Bahagian Pendidikan Guru dengan
membawa bersama matlamat yang amat besar.

Adalah menjadi cita-cita

Bahagian Pendidikan guru untuk melahirkan guru yang berakhlak mulia,


mempunyai semangat juang yang tinggi, berdisiplin, menepati masa dan dalam
masa yang sama tetap mendaulatkan nilai dan norma kerohanian yang jitu.
Guru adalah pemangkin bagi generasi yang akan mewarisi usaha untuk
mendaulatkan dan memajukan negara kita.

Selain daripada itu, program BIG ini juga dirangka untuk memenuhi
beberapa objektif yang telah dikenalpasti dan sepatutnya dicapai pada akhir
setiap program. Pada akhir program, adalah diharapkan para pelatih dapat
menunjukkan ciri-ciri iman yang tinggi dalam diri sendiri, berakhlak mulia selain
patuh kepada ajaran agama atau kepercayaan masing-masing. Oleh kerana
program ini dirangka dalam sekelompok pelatih yang agak ramai, maka secara
tidak langsung program ini akan dapat meningkatkan semangat berpasukan
yang tinggi dan pelatih dapat mengamalkan cara hidup bersepakat sesama
mereka, bak kata pepatah Sepakat membawa berkat. Begitu juga dengan
rasa tanggungjawab setiap individu dengan individu yang lain, sama ada dalam
kumpulan, di antara kumpulan atau terhadap ahli jawatan kuasa dan
seterusnya kepada para pensyarah yang terlibat.

Program ini juga mensasarkan objektif untuk melahirkan pelatih yang


mempunyai daya ketahanan fizikal dan mental yang tinggi untuk menyiapkan
diri bagi menghadapi cabaran alam perguruan di dunia yang sebenar. Begitu
juga adalah diharapkan melalui program ini, guru dapat meningkatkan
kemahiran intrapersonal dan interpersonal mereka, khususnya apabila telah
berada dalam kelompok masyarakat yang besar. Aktiviti-aktiviti yang dirancang
dalam program ini juga akan melatih pelatih untuk meningkatkan kebolehan
pengurusan diri yang lebih teratur, selain dalam masa yang sama perlu
mengurus keperluan diri dengan masa yang agak terhad. Pelatih akan dinilai
bagaimana menguruskan masa dengan lebih berkesan dan efektif. Objektif
terakhir program Bina Insan Guru ini adalah untuk meningkatkan potensi diri
guru pelatih sebagai insan yang berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan
penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan.

Program BIG yang telah dilaksanakan pada Disember 2009 yang lalu
merupakan program BIG yang telah menggabungkan kumpulan guru pelatih
yang agak besar bilangan pesertanya iaitu seramai 146 orang. Kumpulan ini
telah disertai olej peserta dari kumpulan PGSR BM dan PGSR PI kohort 1,
KPLI-j-QAF Ambilan Januari / Jun dan juga KDC (PRA). Menurut En. Mazuki
Bin

Abdul

Razak,

Ketua

Jabatan

Hal

Ehwal

Pelajar

(HEP),

yang

bertanggungjawab menguruskan program ini, BIG bagi sesi Disember ini


merupakan gabungan guru pelatih yang terbesar yang pernah dilaksanakan
oleh IPGM kampus Tawau. Selain daripada itu, BIG bagi kumpulan ini juga
merupakan program yang buat julung kalinya diadakan di persekitaran IPGM

kampus Tawau sahaja, berbanding dengan BIG yang sebelum ini dilaksanakan
di luar kampus Tawau.

Pada hari pertama pendaftaran, iaitu pada 14 Disember 2009, kami telah
diberikan taklimat mengenai perjalanan program serta penerangan tentang
aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan dalam masa tiga hari.

Kami telah

diagihkan dalam beberapa kumpulan yang ahli-ahlinya terdiri dari setiap unit
yang mengambil bahagian iaitu PGSR, KPLI j-QAF dan KDC (PRA). Setiap
kumpulan telah dibekalkan dengan khemah masing-masing. Selepas aktiviti
mendirikan khemah, semua pelatih telah diarahkan untuk berkumpul bagi sesi
seterusnya iaitu taklimat dan panduan bagi menghadapi kes-kes kecemasan
dan bantu mula. Pelaksanaan aktiviti ini adalah agak ringkas, memandangkan
masa yang agak suntuk, kerana pelatih perlu menyiapkan diri untuk solat
maghrib, seterusnya solat isyak dan makan malam. Program hari pertama ini
diakhiri dengan aktiviti ice breaking. Dalam aktiviti ini, saya dapat mengenali
rakan-rakan dari kelas yang lain dengan lebih dekat dan mesra. Secara tidak
langsung dapat saya gambarkan bahawa aktiviti yang seterus akan berjalan
dengan lancar dan penuh dengan semangat bekerjasama memandangkan
perasaan malu dan segan di antara kami dapat dikurangkan.

Hari kedua program iaitu pada 15 Disember 2009, dimulai dengan aktiviti
latihan kawad kaki. Latihan ini dikendalikan oleh seorang pelatih dari KPLI jQAF yang pada hemat saya amat berpengalaman mengendalikan kawad kaki.
Kami diajar beberapa formasi kawad kaki yang agak baru dan sedikit berbeza
dari yang pernah kami pelajari semasa di maktab perguruan dahulu. Saya

telah terpilih untuk memberikan arahan kawad kaki, sebagai ujian rawak
keberkesanan aktiviti tersebut kepada kumpulan kami. Aktiviti seterusnya ialah
kembara ke Balung Eco Resort. Kami bertolak ke Balung Eco Resort pada
pukul 9.30 dengan menaiki bas IPGM kampus Tawau. Sesampainya kami di
sana kami telah dibahagikan dalam beberapa kumpulan besar dan diberikan
taklimat ringkas tentang tugasan yang perlu dilaksanakan.

Antaranya ialah

lakaran perjalanan dan jarak bagi setiap stesyen. Kami juga dibekalkan dengan
bahan mentah untuk dimasak selain dari tugasan mengumpulkan flora dan
fauna yang terdapat di kawasan kembara.

Selain daripada itu, kami juga

berpeluang melawat tempat penghasilan gula nira.

Pada stesyen yang

seterusnya kami diberikan situasi kecemasan yang memerlukan kami membuat


usungan untuk membawa pesakit ke kawasan urusetia. Di sana kami diminta
membuat persembahan dan menyerahkan tugasan untuk memunggut flora dan
fauna.

Selepas rehat, makan dan solat, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti lasak,
iaitu antara lainnya monkey trail, merentas jambatan beralun, merangkak ala
tentera dan memanjat tembok yang tinggi. Aktiviti ini sangat menyeronokkan!
Selesai dengan aktiviti tersebut, kami meneruskan aktiviti dengan aktiviti air,
lengkap dengan jaket keselamatan, kami diajar bagaimana terapung di dalam
air dan berenang. Akhirnya kami bertolak pulang ke kampus pada pukul 7.30
malam. Selepas membersihkan diri dan makan malam, slot seterusnya ialah
penerangan tentang potensi dan motivasi yang diperolehi melalui kepuasan
bekerja. Aktiviti pada malam itu berakhir dengan sesi refleksi aktiviti yang telah
dilaksanakan sebelumnya.

Seperti biasa, pada 16 Disember 2009, aktiviti bermula dengan kawad kaki
sebelum pelatih dibenarkan mengambil sarapan pagi.

Seterusnya, kami

berkumpul di dewan Rafllesia untuk bersama pensyarah dengan sebuah cerita


yang bertajuk Beruk. Isi kandungan cerita ini merupakan moral yang perlu
diterapkan dalam diri guru pelatih. Pada sebelah petang, pula kami diberikan
masa untuk berlatih bagi persembahan yang akan dilaksanakan pada waktu
malam terakhir program. Pada malam tersebut kumpulan kami telah memilih
persembahan ala teater yang memaparkan dunia yang telah dikuasai oleh
robot.
dengan

Walaupun tanpa sebarang prop, tetapi persembahan tetap berjalan


lancar.

Tahniah

kepada

semua

ahli

kumpulan

yang

telah

menyumbangkan idea untuk menjayakan persembahan tersebut.

Hari terakhir iaitu pada 17 Disember 2009, buat kali terakhir kami telah
berkumpul sekali lagi di dewan Rafflesia bagi majlis penutupan dan
penyampaian amanat serta nasihat oleh En. Mazuki kepada semua pelatih.
Walaupun program telah berakhir, tetapi kesan program tersebut kepada
semua pelatih amat dalam. Kembalinya pelatih membawa seribu kenangan,
sama ada yang baik ataupun tidak, dan sama ada program ini telah
meninggalkan impak yang besar dalam diri ataupun sekadar memenuhi
tuntutan program pembelajaran di IPG sahaja.

Walaupun pisang setandan, tapi masaknya tetap tidak sama, jika ditelusuri
program ini datang dalam pakej yang lengkap iaitu membawa bersamanya

kekuatan dan sedikit kelemahan yang perlu dibuat penambahbaikan agar


objektif akan dapat dicapai secara total. Pada pandangan peribadi saya, aktiviti
yang dirancang telah dapat memupuk nilai yang diperlukan. Antara aktiviti yang
boleh memupuk nilai kerjasama jelas terlihat, dalam aktivti kembara di Balung
Eco Resort. Walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan, tetapi pelatih
tetap mementingkan semangat kerjasama dalam kumpulan. Saya melihat satu
peristiwa, seorang pelatih PGSR Pendidikan Islam yang hampir pengsan
kerana keletihan. Kumpulannya berusaha membantu pelatih tersebut dengan
memapahnya, walaupun yang memapah adalah pelatih wanita yang bersaiz
kecil!

Semua ahli kumpulan memperlahankan pergerakan, sehingga kami

dapat memintas mereka, walaupun mereka telah jauh berada di hadapan kami.
Saya terharu melihat semangat kerjasama dalam kumpulan yang dipamerkan
oleh mereka. Begitu juga dengan ketahanan fizikal kami juga telah diuji dengan
pelbagai aktiviti lasak yang disediakan oleh penganjur. Pada ketika itu saya
melihat betapa payah dan sukarnya pelatih PGSR untuk melaksanakan aktiviti
tersebut. Rupa-rupanya selama ini guru-guru yang telah agak berumur amat
kurang, melakukan senaman!

Mengapa?

Mungkin kerana mereka

beranggapan senaman ataupun aktiviti kecerdasan hanya sesuai untuk


golongan muda belia sahaja.

Justeru selepas ini, saya pasti kami akan

mengambil iktibar dan menyiapkan ketahanan fizikal kami dengan aktiviti yang
lebih bersesuaian.

Anda mungkin juga menyukai