Anda di halaman 1dari 4

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK DENGAN PERGERAKAN

5.2 Penglibatan Individu


Apresiasi muzik merupakan satu bentuk kefahaman yang merangkumi rasa keindahan
dalam diri seseorang apabila ianya mendengar sesuatu muzik. Perkara asas untuk
membimbing kanak-kanak supaya berkeupayaan untuk membuat apresiasi konsep muzik
dalam pergerakan ialah dengan mendedahkannya dengan seberapa banyak mungkin
pengalaman-pengalaman yang diterima secara langsung dengan pelbagai unsur atau
konsep seni muzik seperti melodi, irama, harmoni, bentuk, warna ton dan ekspresi.

a) Pergerakan megikut konsep muzik


i.

Melodi/ lagu- Kedudukan pic setiap lagu sama ada tinggi atau rendah.
Untuk itu kanak-kanak akan membuat pergerakan merendahkan badan
apabila pic rendah dan meninggikan badan untuk menunjukkan pic tinggi.

Rajah 5.1: Contoh skor lagu menunjukkan pic/not menaik dan menurun.

ii.

Irama (beat) rentak, meter, tekanan, tempo


Contoh aktiviti yang boleh dilahirkan adalah seperti bergerak laju seperti
arnab untuk menunjukkan tempo yang cepat dan berjalan seperti kura-kura
untuk menu) dan menjukkan tempo yang perlahan.

Manakala dalam konsep meter aktiviti kanak-kanak berjalan sambil mengira


detik (one, two, three and four) untuk menunjukkan 4/4 (meter empatan) dan
menghentakkan kaki pada detik pertama dan ketiga. Manakala jika lagu
dalam

(meter tigaan) kanak-kanak akan mengira detik (one, two and

three) dan menghentakkan kaki pada detik/ tekanan pertama. (Rujuk skor
lagu di atas)

iii.

Harmoni
Harmoni adalah gabungan beberapa not yang dinamakan sebagai kod dan
petikan kod dinamakan sebagai arpeggio.

iv.

Ekpresi
Merupakan juga sebagai dinamik sesebuah lagu. Untuk itu kanak-kanak akan
membuat pergerakan berdasarkan dinamik sesebuah lagu sama ada lembut,
kuat, keras dan cepat.

v.

Jalinan
Jalinan adalah bentuk garisan melodi sesebuah lagu sama ada bercorak
monofonik, polifonik dan homofonik.

vi.

Warna ton/ timbre.


Bunyi ton mempunyai sifat dan kualiti tersendiri dan ini dinamakan warna ton
dalam muzik. Contoh bunyi yang mempunyai warna ton yang berbeza ialah:

suara lelaki dan suara perempuan

suara orang menjerit dengan suara berbisik

tepuk tangan dengan petikan jari

Cuba anda nyatakan contoh-contoh warna ton selain daripada di atas.


5.2.1

Aktiviti Mendengar

Pendekatan Kodaly ada menyatakan tentang kepentingan aktiviti mendengar kepada kanakkanak. Beliau menekankan tentang pendengaran dalaman (inner hearing) yang merupakan
asas penting dalam pedagogi Kodaly. Untuk itu pemahaman kanak-kanak tentang elemen
dan konsep muzik adalah penting terutamanya irama, melodi, bentuk, harmoni dan tempo.
Latihan mudah yang digunakan dalam menguatkan pendengaran dalaman seseorang ialah
dengan melalui TIGA frasa. Frasa pertama, kanak-kanak akan menyanyikan sebuah lagu
dengan kuat dan kemudian frasa kedua di dalam kepala dan frasa ketiga dinyanyikan
secara kuat semula. Menurut Kodaly tujuan utama latihan menyanyi corak mengikut frasa ini
adalah untuk menguji konsentrasi kanak-kanak dan untuk melihat keupayaan mereka
mendengar sesebuah lagu atau frasa dalam kepala tanpa menyanyikan lagu tersebut.
Penggunaan isyarat tangan untuk menguji pendengaran dalaman adalah satu kaedah
pengajaran yang amat berkesan sekali.

5.2.2

Aktiviti Merasai (Feel)

Falsafah Bahasa Inggeris ada menyatakan Tell me, I forget........ show me, I
remember..........involve me, I understand. Ini merupakan moto utama dalam pendekatan
Orff. Moto ini menekankan jika guru hanya memberitahu kanak-kanak , mereka akan
melupakannya, jika guru menunjukkan cara untuk membuat sesuatu, kanak-kanak akan
mengingatinya, tetapi jika guru melibatkan kanak-kanak dalam sesuatu aktiviti, mereka akan
lebih memahaminya. Dengan penglibatan kanak-kanak ini membuatkan kanak-kanak itu
merasai aktiviti yang dijalankan. Untuk itu Orff menekankan bahawa penglibatan kanakkanak dalam mana-mana sesi muzikal adalah prinsip asas pendekatan Orff. Beliau juga
mempercayai kanak-kanak akan dapat belajar dan memahami dengan lebih mendalam
sesuatu aktiviti jika ianya diberi peluang untuk merasai sendiri dalam aktiviti tersebut.

5.2.3

Aktiviti Berimaginasi Kuat ( Strong Imagination)

Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam muzik dengan pergerakan memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk melatih dirinya supaya menjadi seorang yang berimaginasi kuat. Ini
dapat dilihat berdasarkan daripada latihan-latihan yang diperolehi dalam bunyi-bunyian yang

didengar, lirik-lirik lagu, unsur-unsur muzik dan pengalaman-pengalaman yang telah


diperolehi.
Dalam mempelajari bunyi-bunyian yang didengar, kanak-kanak terpaksa menggunakan
tahap pemikiran kepelbagaian kecerdasan yang tinggi untuk membuat keputusan. Untuk itu
kanak-kanak dengan dibantu oleh guru perlu banyak mengadakan latihan-latihan dan
aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dapat merangsang minda dan pemikiran mereka.
Berdasarkan lirik atau senikata lagu kanak-kanak diharapkan akan dapat membuat sesuatu
imaginasi iaitu akan cuba untuk mentafsirkan setiap lirik lagu yang dinyanyikan dengan
membuat pelbagai pergerakan.
Pemahaman yang kuat terhadap unsur-unsur muzik akan dapat membantu kanak-kanak
untuk berimaginasi dengan lebih kuat.

Anda mungkin juga menyukai