Anda di halaman 1dari 5

7 Tips Untuk Cemerlang dan

Persediaan Menghadapi
Peperiksaan
Assalamulaikum wbt kepada semua pelawat Kalam Abu Musaddad, di sini terdapat
beberapa tip untuk cemerlang dan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan
khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) tidak lama lagi.
Bagi pelajar peringkat menengah yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan
STPM juga boleh menggunakan tip ini sebagai panduan pembelajaran dan
persediaan anda.
Sepertimana kita maklumi, kira-kira 3 minggu lagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) akan di adakan. ana percaya disaat ini pelajar-pelajar bertukus lumus
mengulangkaji pelajaran dan membuat persediaan untuk mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan nanti.
Mungkin musim cuti ini ada sekolah membuat kelas tambahan, gerak gempur,
bengkel dan sebagainya. Selain itu, ada juga pelajar-pelajar menghadiri tusyen
sebagai persediaan dan persiapan diri untuk menghadapi peperiksaan tersebut.
Apapun gunakan masa cuti ini sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran
supaya masa tidak dibazirkan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Dengan demikian, di sini kalam ini ingin berkongsi dengan pelajar-pelajar sekalian
terdapat beberapa tip sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal
dihadapi nanti. Tip ini di ambil dari akbarberita harian untuk pekongsian kita
bersama. Antaranya ialah :
1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar,
khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas
peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari
peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama
peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat
menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan

persiapan

yang

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak


latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada
lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan
kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan
membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda
kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau
kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali
belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah,
bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam
menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat,
antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu
mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang
dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini,
kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan
masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang
disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah
dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk
menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini
kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi
tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar

sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan
menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya
manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara
itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali
seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa
beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh
membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan
peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya
pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang
pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari
peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu
supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan
tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan
peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika
anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa
ke sekolah.
Ingat,

perbuatan

tergesa-gesa

menjanjikan

pelbagai

masalah,

antaranya

membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.


Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka
mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang
dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika
menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung
anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa
gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran
oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan
guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus
selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu
jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan
yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama
dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betulbetul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun
subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan
adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu,
peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa
yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu
menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda
tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu
bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau
salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika
menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah
peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak
jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda
seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu
perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT
tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal
peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah
membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada
Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina
keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian
dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di
atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk
menghadapi ujian itu nanti.

Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ? Adakah anda sudah benar-benar


bersedia ?? JommMai kongsi bersama cikgu..he he he

Anda mungkin juga menyukai