Anda di halaman 1dari 23

HBME3203 :

PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012

HBME3203
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6

NO. MATRIKULASI

830805045509-002

NO. KAD PENGNEALAN

830805-04-5509

NO. TELEFON

017-6752622

E-MEL

ismi.zaid@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

MELAKA

HBME3203 :
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6

ISI KANDUNGAN
1. Pengenalan

2. Isu dan Salah laku

2.1 : Artikel Satu

2.2 : Artikel Dua

2.3 : Artikel Tiga

2.4 : Artikel Empat

2.5 : Artikel Lima

2.6 : Langkah Mengatasi Gejala Ponteng Sekolah

3. Rancangan Pengajaran Harian

8 12

4. Refleksi Rancangan Pengajaran Harian

13

4.1 : Kekuatan

13

4.2 : Kelemahan

13

4.3 : Cadangan Penambahbaikan

14

5. Rujukan

15

6. Lampiran Rancangan Pengajaran Harian

16 18

7. Lampiran Artikel

19 - 23

HBME3203 :
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6

1. PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka edisi ke empat, salah laku membawa erti
kepada perlakuan yang dianggap tidak bermoral atau tidak beretika. Manakala, menurut
( Mok Soon Sang, 2004 ), salah laku adalah sebarang tingkahlaku yang dianggap tidak sesuai
kepada satu tempat atau keadaan di mana ia berlaku. Tingkahlaku tidak normal dan terkeluar
dari nilai dan norma sosial masyarakat termasuklah sekolah. Konsepnya bertentangan dengan
tingkahlaku individu yang normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami
oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Tingkahlaku bermasalah timbul adalah kerana
kekurangan keupayaan individu dalam proses adaptasi / akomodasi apabila menghadapi
perubahan situasi dalam alam persekitaran.
Isu salah laku sering dikaitkan di antara pelajar dengan alam persekolahan di mana
situasi sekarang sangat membimbangkan dan perlu ditangani dengan segera. Ianya seperti satu
penyakit barah yang berada di tahap yang paling kronik yeng memerlukan tindakan dan
pengawalan yang tegas dari segala aspek menerusi semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung ataupun secara tidak langsung. Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial.
Pelbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai
sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana
golongan remaja terutamanya pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan
merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan
masyarakat. Media massa sering kali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan
remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat
kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar
membimbangkan kita.

HBME3203 :
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6

2. ISU DAN SALAH LAKU PELAJAR


2.1 : Artikel satu
Menurut petikan laporan yang disediakan oleh BERITA HARIAN pada 22 Oktober
2001 yang bertajuk Ibu Bapa dan Anak Kongsi Bahan Lucah, laporan tersebut berdasarkan
kajian sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) ke atas 381 orang murid
Tahun 6 dari mukim Ulu Tiram, Kulai dan Kota Tinggi mendapati perbuatan tidak bermoral
ibu bapa antara faktor yang mendedahkan kanak-kanak terbabit kepada bahan yang berunsur
lucah. Hasil dapatan kajian mendapati ibu bapa tidak mengambil langkah berhati-hati dengan
menonton video lucah di rumah sambil diperhatikan oleh anak-anak yang masih belum tidur.
Selain itu, lambakan vcd dan dvd lucah yang amat mudah untuk dimiliki dengan harga yang
amat murah iaitu semurah harga RM 5 sekeping membuatkan murid-murid mudah memiliki
dan menyimpannya sebagai koleksi peribadi. Mereka sering menonton aksi yang boleh
menaikkan nafsu seterusnya mendorong mereka untuk melakukan perbuatan meraba dan
merogol. Gejala ini boleh merosakkan akhlak seterusnya mengakibatkan mereka terjebak
kepada jenayah yang lebih berat di masa akan datang.
Langkah mengatasi permasalahan ini perlu diambil segera bagi menangani gejala ini
dari terus merebak di masa akan datang. Oleh yang demikian, ibu bapa seharusnya
memainkan peranan penting dalam mengawal dan menjadi teladan serta contoh yang baik
kepada anak-anak dalam kehidupan seharian agar anak mencontohi segala perbuatan dan
tingkahlaku sebagai panduan hidup mereka. Selain itu, pihak penguatkuasaan harus
membendung lambakan vcd dan dvd di jalanan agar vcv dan dvd lucah ini tidak mudah untuk
dimiliki oleh golongan pelajar. Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) juga harus membentuk
jawatankuasa bagi merangka program-program yang bertujuan menginsafkan dan memupuk
jati diri yang tinggi dikalangan pelajar agar gejala-gejala salah laku seperti ini dapat
dibendung dengan cara yang berkesan. Selain itu juga, penapisan filem atau iklan yang
berunsur lucah dari pihak yang berkenaan juga dapat menbendung gejala ini dari terus parah.
Masyarakat juga memainkan peranan dalam usaha ini seperti memantau dan mengambil berat
setiap pergerakan anak-anak di persekitaran mereka.

HBME3203 :
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6

2.2 : Artikel dua


Menurut laporan UTUSAN MALAYSIA ONLINE yang bertarikh 11 Jun 2010
bertajuk Ramai Kanak-Kanak Perempuan Merokok, menunjukkan bahawa kes kanak-kanak
(pelajar) perempuan semakin meningkat dari masa ke semasa dan kes ini semakin
membimbangkan dan mendapat perhatian di seluruh Negara. Menurut laporan Kementerian
Kesihatan, bilangan kanak-kanak perempuan berumur di bawah 10 tahun yang telah mula
merokok adalah lebih ramai berbanding kanak-kanak lelaki dalam lingkungan usia tersebut.
Timbalan menterinya, Datuk Rosnak Abdul Rashid Shirlin berkata, maklumat hasil kajian
pada tahun 2003 menunjukkan 28.8 peratus gadis di bawah umur tersebut mula berjinak-jinak
dengan rokok atas sebab-sebab tertentu. Secara keseluruhannya, kajian itu mendapati
sebanyak 16.4 peratus anak muda dalam lingkungan usia tersebut didapati mula atau pernah
cuba merokok.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan ini menunjukkan
bahawa gejala ini amat serius dan membimbangkan. Langkah pencegahan haruslah
dilaksanakan agar gejala ini dapat dibendung. Ibu bapa sekali lagi seharusnya memantau dan
mengawal tingkahlaku anak-anak mereka agar tidak terjebak dengan gejala rokok. Membuat
pemeriksaan secara berkala pada barang-barang, koleksi dan di dalam bilik-bilik mereka.
Guru juga berperanan memantau tingkahlaku murid-murid semasa mereka berada di sekolah
serta membuat laporan kepada ibu bapa jika terdapat penglibatan anak-anak mereka dalam
kes penyalahgunaan rokok di sekolah. Masyarakat setempat dan peniaga-peniaga juga harus
bekerjasama dalam membanteras isu ini dengan mengawasi dan tidak membenarkan anakanak yang dibawah umur untuk membeli dan memiliki rokok. Selain itu, meraka juga boleh
bertindak dengan melaporkan aktiviti merokok dikalangan murid-murid kepada ibu bapa,
pihak sekolah mahupun kepada pihak berkuasa seperti pihak polis. Kempen kesedaran
menerusi media massa dan di sekolah dari masa ke samasa juga akan turut membantu
mengatasi masalah ini dengan menyiarkan keburukan akibat merokok serta berkempen agar
mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat tanpa dadah.

HBME3203 :
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6

2.3 : Artikel tiga


Kajian buli di sekolah rendah oleh Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub (2003)
mendapati mangsa buli dikalangan murid sekolah rendah sebenarnya tidak tahu mengapa
mereka dibuli. Biasanya yang menjadi mangsa buli adalah murid-murid perempuan dan juga
murid yang mempunyai masalah fizikal yang gemuk dan juga kulitnya yang gelap.
Disebabkan dia gemuk dan sering berjalan lambatlah maka murid lain menolak dan
mengejeknya,katanya. Walaupun ada sesetengah pihak menganggap buli adalah sebagai
gurauan namun perkara tersebut sebenarnya mampu mendorong kepada perbuatan yang lebih
serius jika tidak dibendung. Hasil kajian beliau mendapati kejadian buli semasa pulang dari
sekolah mencatat 23.9 peratus, di kantin 18.0 peratus, di padang 17.4 peratus, di koridor kelas
16.6 peratus, semasa perjalanan ke sekolah 13.1 peratus, di tapak perhimpunan 10.7 peratus
dan di tandas sebanyak 11.7 peratus. Statisti ini membimbangkan kerana dikhuatiri meningkat
dari masa ke semasa. Kajian ini meliputi 2,528 murid di 29 buah sekolah di Perak.
Kejadian buli ini dapat dibendung jika pihak sekolah mengambil langkah yang tegas
terhadap si pelaku buli tersebut. Laporan dihantar kepada ibu dan bapa agar pemupukan nilainilai murni tidak sahaja berlaku disekolah sebaliknya bermula dari rumah. Pendekatan ke arah
keagamaan adalah pendekatan yang terbaik dalam usaha membendung isu buli di sekolah ini.
Kaunselor seharusnya bentindak menangani masalah buli ini agar si pembuli tidaki
mengulangi perbuatan tersebut dan mangsa yang dibuli harus dibantu agar tidak menjadi
trauma atas kejadian buli yang menimpanya. Selain itu, pihak masyarakat sekeliling harus
memainkan peranan yang penting dengan memantau dan menegah kejadian buli yang berlaku
di kawasan mereka. Media massa juga dapat membantu dengan menyiarkan keburukan gejala
buli dan kesannya kepada si pembuli serta mangsa buli menerusi sakuran-saluran yang
berkenaan agar gejala ini dapat dibendung supaya tidak menjadi lebih kritikal di masa akan
datang.

HBME3203 :
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6

2.4 : Artikel Empat


Arkitel yang diambil dari BERITA HARIAN bertarikh 28 Julai 2008 yang bertajuk
Kementerian Anggap Ponteng Masalah Disiplin Paling Serius. Menurut Kamus
Pelajar keluaran Dewan Bahasa Dan Pustaka mentakrifkan ponteng sebagai meninggalkan
tugas atau tanggungjawab pelajaran tanpa kebenaran. Manakala menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat mendefinasikan ponteng sebagai lari daripada tanggungjawab atau
tugas tanpa kebenaran. Walau apa pun pendefinasian yang dibuat perlakuan ponteng lebih
mudah difahami dalam ruang lingkup pelajar sekolah adalah meninggalkan tanggungjawab
yang dipikul di atas bahu pelajar iaitu hadir ke sekolah untuk belajar dengan mengikut
lunas-lunas peraturan yang dibuat oleh sekolah atau kegagalan pelajar untuk hadir ke
sekolah secara sengaja tanpa alasan yang tepat dan munasabah. Rekod Kementerian
Pelajaran tahun 2006 menunjukkan 21,060 pelajar (0.39 peratus) dikesan ponteng sekolah,
manakala 24,840 pelajar (0.46 peratus) pada tahun sebelumnya.
2.5 : Artikel Lima
Artikel ini dipetik dari laman sesawang http://zulzaidi.wordpress.com yang mana
beliau telah menilai hasil dapatan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS) yang
menyatakan bahawa pelajar yang gagal menyiapkan tugasan yang diberikan sengaja
mengambil jalan ponteng sekolah kerana takut dimarahi oleh guru tersebut. Beliau
menegaskan bahawa jika masalah ponteng ini tidak dibendung dengan segera dikhuatiri ianya
menjadi serius dan tidak mampu ditangani dalam masa yang singkat. Sementara menerusi
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, S.M. Mohamed Idris menyatakan bahawa cyber
cafe menjadi tempat pelajar-pelajar sekolah membuang masa atau lebih sinonim dengan
istilah ponteng. Segelintir pelajar masih lengkap berpakaian uniform sekolah ketika ditangkap
sedang leka bermain permainan video. Pusat permainan video ini merupakan penyumbang
utama kepada berlakunya kes-kes ponteng di seluruh Malaysia.

HBME3203 :
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6

2.6 : Langkah Mengatasi Gejala Ponteng Sekolah


Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini adalah
dengan mengetatkan peraturan sekolah. Hukuman yang lebih berat seperti digantung sekolah
dan dibuang sekolah patut diwujudkan bagi pelajar-pelajar yang mempunyai kekerapan tidak
hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah. Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah
yang lebih efektif patut dilaksanakan supaya pelajar-pelajar yang kerap ponteng sekolah dapat
dikesan dengan lebih cepat dan lebih berkesan. Khidmat kaunseling perlu diberikan kepada
mereka yang sering ponteng sekolah bagi memastikan masalah yang mereka hadapi lalu
langkah membantu boleh dilaksanakan.
Ibu bapa turut perlu meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak mereka dan
memberi perhatian yang secukupnya terhadap tingkah laku anak-anak mereka di sekolah.
Kebebasan bergaul dengan rakan di luar sekolah turut patut dikawal demi mengelakkan anakanak dipengaruhi dengan amalan suka ponteng sekolah. Didikan tidak formal sejak kecil perlu
dilakukan kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak perlu dididik untuk
bersikap lebih bertanggungjawab dan berupaya berfikir secara rasional.
Masyarakat sekeliling turut perlu berkerjasama dalam usaha menangani masalah ini
dengan melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar sekolah jika dapat dikesan. Sikap bagai
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis di kalangan
masyarakat. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan ceramah dan kempen yang berkaitan
dengan keburukan kegiatan ponteng di setiap sekolah. Ini sedikit sebanyak dapat mrmbantu
dalam mewujudkan kesedaran dalam diri pelajar mengenai keburukan gejala ponteng sekolah
kerana belakang parang diasah, lagikan tajam.
Kesimpulan, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum nasi
menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan. Tindakan
daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-sama kita berganding
bahu untuk menangani masalah ini

3. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

HBME3203 :
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6

Matapelajaran

: Pendidikan Moral

Tarikh

: 12 Mac 2012

Tahun

: 6 Bestari

Masa

: 8.40 9.40 pagi (60 minit)

Tajuk

: Amalan Ponteng Merosakkan Jiwa

Bidang

: 1.1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

Nilai

: 1.1.3 Harga Diri

Pengetahuan Sedia Ada

: Mengetahui cara menjaga penampilan diri

Hasil Pembelajaran

: Di akhir pembelajaran ini pelajar dapat,


i) Kognitif
Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima (5) akibat dan
kesan buruk akibat ponteng sekolah.
ii) Afektif
Memahami dan berusaha memajukan diri dengan
mengelakkan diri dari aktiviti ponteng sekolah.
iii)Psikomotor
Membina sebuah peta minda berkaitan punca gejala ponteng

Pendekatan

: Pembelajaran Aktif dan Pembelajaran Kooperatif

Teknik

: Perbincangan

BBM

: LCD, Laptop, Pen Marker, projektor, dan Keratan Gambar.

HBME3203 :
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Langkah /
Masa

Isi Kandungan
Aktiviti Guru

Aktiviti Pelajar

Pengurusan

Persediaan

Awal Kelas

Meminta pelajar-

menyimpan buku , alat tulis dan

pelajar bersedia

mengarahkan para pelajar memberi

sebelum P &P

perhatian

(3 minit)

STRATEGI/ KAEDAH/
BBM/ NILAI/ KBKK

i) Guru mengarahkan para pelajar

i) Pelajar memberi respon kepada


KBKK:

guru.
ii) Pelajar membaca doa.

Nilai:
Kepercayaan

Tuhan ,mematuhi arahan

ii) Guru mengarahkan para pelajar


berada dalam keadaan senyap serta

yang

meminta para pelajar meberi fokus

memberi tumpuan

di

berikan

kepada proses P & P.


iii) Guru meminta semua pelajar

Set Induksi
(7 minit)

Menarik minat

membaca doa.
Keratan Gambar

pelajar terhadap

(Rujuk Dalam Lampiran 13):

BBM:

pelajaran.
i) Memupuk minat
terhadap tajuk
yang akan
dipelajari dan

Keratan Gambar,
i)

Guru memaparkan

i)

beberapa

Pelajar memerhatikan
gambar yang dipaparkan

helaian gambar menggunakan


projektor mengenai:

oleh guru
ii) Pelajar memberi perhatian

kepada

Projektor

dan

HBME3203 :
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6

menarik perhatian

i) Aktiviti ponteng sekolah.

terhadap gambar yang

murid-murid terhadap

ii) Tempat yang selalu dikunjungi jika

dipaparkan.

tajuk yang akan


diajar

ponteng sekolah.
iii) Gejala salah laku lain semasa
ponteng.
iv) Rujuk lampiran 13

Aktiviti
1
(18 minit)

Perbincangan

KBKK:

i) Berkongsi idea

i) Guru bertanya kepada pelajar-

i) Pelajar memberi perhatian

antara guru dan

pelajar apa yang pelajar faham

terhadap penerangan guru

paparan gambar

pelajar.

tentang gambar yang dipaparkan

ii) Pelajar mengemukakan soalan

dengan pendapat

ii) membuka minda


pelajar-pelajar

melalui projektor.

jika terdapat sebarang

ii) Guru menjelaskan mengenai

tentang isi

gambar-gambar yang dipaparkan

pembelajaran.

dan meminta pelajar memberi


maklum balas.

10

ketidakfahaman.

i) Menghubung-kaitkan

pelajar-pelajar.
ii) menguji kefahaman
pelajar.

HBME3203 :
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6

Aktiviti
2
(15 minit)

Menggalakkan

Aktiviti Berkumpulan

Pelajar

i) Guru membahagikan pelajar-pelajar

berkerjasama di

dalam tiga kumpulan iaitu

dalam kumpulan

Kumpulan A, B, dan C.

i) Pelajar membentuk 3 kumpulan


ii) Pelajar bergerak dalam
kumpulan masing-masing.

i) untuk menilai

ii) Guru mengedarkan jadual kosong

pelajar-pelajar

berkaitan kesan dan akibat gejala

sama ada

ponteng sekolah.

memahami

iaitu kumpulan A,B dan C.

iii) Murid dikehendaki berbincang


dan mengisi jadual tersebut.
iv) Wakil setiap kumpulan

iii) Rujuk lampiran 14

membentangkan hasil catatan

sepenuhnya isi

masing-masing.

pembelajaran
tersebut.

Penilaian
(10 minit)

i) Pelajar di beri peta minda untuk diisi i) Pelajar dikehendaki


oleh pelajar.

melengkapkan peta minda tentang

ii) Peta minda rujuk lampiran 15

punca-punca berlakunya gejala


ponteng sekolah.

11

BBM: Jadual
KBKK:
Memberikan jawapan dan
alasan mengenai jawapan
tersebut.

HBME3203 :
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6

Penutup

Rumusan

Membuat Kesimpulan

( 7 minit)

i) Mengenal pasti

i) Guru menerangkan punca-punca

punca gejala

KBKK :

berlakunya gejala ponteng sekolah.

ponteng sekolah.

ii) Guru menjelaskan bahawa kesan

ii) Mengetahui kesan

gejala ponteng sekolah boleh

dan akibat

merosakkan masa depan pelajar

melakukan aktiviti

jika tidak dihentikan.

i) Pelajar bertanya kepada guru.

Boleh merumuskan dan

ii) Pelajar memberikan pendapat

membuat kesimpulan apa

mereka.
iii) Pelajar memberi perhatian
terhadap penerangan guru.
iv) Pelajar mengemukakan soalan

ponteng sekolah.

yang dipelajari.
Nilai :
Berani, yakin, terbuka,
dan mampu merumuskan

jika terdapat sebarang

pembelajaran yang

ketidakfahaman.

dipelajari.

Refleksi :
____________________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________________

12

HBME3203 :
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6

4. REFLEKSI PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


4.1 : Kekuatan
i.
Objektif yang disediakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mudah
ii.

dan dapat dicapai oleh pelajar.


Aktiviti yang dirangka oleh guru memastikan penglibatan secara aktif oleh semua

iii.

pelajar.
Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dilihat mampu menarik minat

iv.

pelajar untuk memberikan tumpuan.


Aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang dirangka guru dapat

v.

dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan.


Pendekatan dan teknik mengajar yang digunakan oleh guru bersesuaian dengan

vi.
vii.

tahap pemikiran para pelajar.


Aktiviti lembaran kerja disusun mengikut keperluan pelajar.
Gambar yang digunakan oleh guru menarik.

4.2 : Kelemahan
i.
Bilangan murid terlalu ramai sehingga menyukarkan guru untuk menjalankan
ii.

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


Terdapat beberapa pelajar mengganggu pelajar lain semasa proses pengajaran dan

iii.

pembelajaran berlangsung.
Tajuk yang terlalu mudah dan tidak memerlukan tahap pemikiran yang tinggi oleh

iv.

para pelajar.
Teknik belajar secara berkumpulan mengakibatkan suasana kelas sedikit bising

v.

dan mengganggu pelajar lain.


Guru terpaksa mengambil masa menyediakan projector dan LCD sebelum

vi.

memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.


Pelajar tidak melibatkan diri secara aktif di dalam aktivti berkumpulan sebaliknya

vii.

hanya beberapa ahli dalam kumpulan sahaja yang aktif.


Suasana bilik darjah yang tidak kondusif.

4.3 : Cadangan Penambahbaikan


i.
Bilangan pelajar dalam sesebuah bilik darjah harus di kecilkan mengikut
ii.

kesesuaian bilik darjah tersebut.


Guru hendaklah memastikan penglibatan kesemua pelajarnya dalam setiap aktiviti
yang dijalankan.

13

HBME3203 :
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6

iii.

Memberikan peneguhan dan penegasan kepada pelajar yang mengganggu pelajar

iv.

lain ketika sedang belajar.


Guru haruslah menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuatu

v.

yang mencapah minda para pelajar mereka untuk berfikir.


Guru hendaklah juga memastikan setiap pelajarnya menyumbangkan idea di

vi.

dalam sebarang bentuk aktivit berkumpulan.


Guru haruslah bijak menguruskan masa dalam merangka aktiviti proses

vii.

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.


Guru hendaklah bertindak bersama-sama pelajar sebelum memulakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan memastikan bilik darjah di dalam suasana
yang bersih dan ceria bagi menarik mood pelajar untuk belajar.

( patah perkataan : 2,594 )

RUJUKAN / REFERENSI

Saharudin Suhaidi ( Februari 2011 ), HBME3203 : PENDIDIKAN MORAL :


TAHUN 5 & 6, Meteor Doc. Sdn. Bhd.

14

HBME3203 :
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6

Berita Harian (Edisi Online). 28 Julai 2008. Kementerian anggap ponteng masalah
paling serius. http://mazlan66.wordpress.com/2008/07/28/salah-laku-pelajar/
Disiplin Sekolah Semakin Merosot. Retrieved Mac 11, 2012, from Pusat Maklumat
Rakyat Website:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/acticle/385-inforingkas/5668-disiplin-sekolah-semakin-merosot.html
Utusan Malaysia (Edisi Online). 11 Jun 2010. Ramai Kanak-Kanak Perempuan
Merokok. http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/2010/06/ramai-kanak-kanakperempuan-merokok.html
Marzita Abdullah, (2004). Kena Buli : Mangsa Tidak Tahu Mengapa. Retrieved Mac 11,
2012, from Blogspot Website : http://gejalabuli.blogspot.com/
Zulzaidi, (2009). Nasihati Pelajar Ponteng Dengan Al Quran. Retrieved Mac 12, 2012
from Wordpress Website : http://zulzaidi.wordpress.com/2009/02/22/nasihatipelajar-ponteng-dengan-al-quran/

LAMPIRAN RPH
Lampiran 13

15

HBME3203 :
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6

Lampiran 14
Isi Jadual Di Bawah.
Nyatakan Akibat Dan Kesan Dari Aktiviti Ponteng Sekolah
1.

2.

3.

16

HBME3203 :
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6

4.

5.

6.

7.

8.

Lampiran 15
Arahan
Anda dikehendaki melengkapkan peta minda berkaitan punca-punca ponteng sekolah.

17

HBME3203 :
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6

Punca-Punca
Berlakunya
Aktiviti
Ponteng
Sekolah

LAMPIRAN
ARTIKEL SATU

18

HBME3203 :
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6

http://mazlan66.wordpress.com/2008/07/28/salah-laku-pelajar/
Kementerian anggap ponteng masalah disiplin paling serius
PONTENG sekolah bukan sekadar masalah disiplin di kalangan pelajar, tetapi persoalannya lebih
besar, antaranya ke mana dan apakah yang mereka buat sepanjang waktu melakukan salah laku itu
serta akibatnya.
Berdasarkan pengalaman lalu, akibat pelajar ponteng bukan saja ketinggalan dalam pelajaran,
malah lebih teruk lagi termasuk terbabit gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, vandalisme,
gangsterisme, minuman keras, seks bebas, perjudian dan melepak.
Implikasi besar yang mungkin wujud akibat masalah ponteng itu menyebabkan ia dianggap
Kementerian Pelajaran sebagai salah laku disiplin paling serius.
Rekod Kementerian Pelajaran tahun lalu menunjukkan 21,060 pelajar (0.39 peratus) dikesan
ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar (0.46 peratus) pada tahun sebelumnya.
Selain ponteng, salah laku pelajar kurang sopan seperti merokok, tidak hormat guru dan pengawas
serta berbahasa kesat adalah kesalahan paling banyak berlaku di sekolah membabitkan 23,220 kes
(0.43 peratus ) tahun lalu dan 19,980 kes (0.37 peratus) pada 2006.
Kesalahan berunsur jenayah seperti mencuri, mencederakan pelajar, bergaduh dan pukul juga
antara kes banyak dicatatkan di sekolah iaitu 18,900 (0.35 peratus) tahun lalu dan 18,360 (0.34
ARTIKEL
DUA
peratus) pada
2006.
Isu lewat ke sekolah atau tidak pentingkan masa juga agak ketara dengan rekod 18,360 pelajar
(0.34 peratus) terbabit tahun lalu dan 15,120 pelajar (0.28 peratus) pada tahun sebelumnya.
Masalah kenakalan pelajar seperti membawa telefon bimbit ke sekolah mencatatkan penurunan kes
agak ketara iaitu daripada 15,120 pada 2006 kepada 8,640 kes tahun lalu.
Kesalahan laku musnah seperti merosakkan kemudahan atau menconteng di bangunan sekolah
juga berkurangan daripada 3,780 kes pada 2006 kepada 3,240 kes tahun lalu.
Kes salah laku disiplin berunsur kelucahan termasuk membuat bahasa isyarat, lukisan serta
menggunakan perkataan tidak senonoh mencatat jumlah sama pada 2006 dan tahun lalu, iaitu 2,700
kes.
Statistik kementerian mengenai salah laku disiplin pelajar dalam tempoh 2003 hingga 2007
mencatatkan kadar purata dua peratus, manakala kes jenayah yang diteliti menerusi rekod polis
pada kadar purata 0.03 peratus.
Walaupun jumlah kes disiplin pelajar negara ini jauh lebih rendah berbanding negara lain,
Kementerian Pelajaran tetap menganggap ia isu yang perlu ditangani secara serius.
Sumber: Berita Harian 28 Julai 2008

19

HBME3203 :
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6

ARTIKEL TIGA

20

HBME3203 :
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6

http://zulzaidi.wordpress.com/2009/02/22/nasihati-pelajar-ponteng-dengan-al-quran/
Sebelum kita mengupas perihal perlakuan ini harus kita selaku rakyat Malaysia
memahami apa yang diinterpretasikan sebagai ponteng. Menurut Kamus
Pelajar keluaran Dewan Bahasa Dan Pustaka mentakrifkan ponteng
sebagai meninggalkan tugas atau tanggungjawab pelajaran tanpa kebenaran.
Manakala menurutKamus Dewan Edisi Keempat mendefinasikan ponteng
sebagailari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Walau apa
pun pendefinasian yang dibuat perlakuan ponteng lebih mudah difahami dalam
ruang lingkup pelajar sekolah adalahmeninggalkan tanggungjawab yang
dipikul di atas bahu pelajar iaitu hadir ke sekolah untuk belajar dengan
mengikut lunas-lunas peraturan yang dibuat oleh sekolah atau kegagalan
pelajar untuk hadir ke sekolah secara sengaja tanpa alasan yang tepat dan
munasabah.
Masalah yang timbul berkenaan barah ponteng ini adalah disebabkan
beberapa faktor yang menjadi sebab musabab pelajar sekolah melakukan
perlakuan sedemikian. Antara faktor utama yang menjadi punca masalah ini
adalah pengaruh rakan-rakan sebaya yang boleh memusnahkan masa depan
ARTIKEL
pelajar EMPAT
sekolah ini. Ponteng ini boleh dikatakan sebagai ketagihan yang
merantai diri pelajar masa kini kerana jika sekali pelajar melakukan perbuatan
ini, pasti fenomena ponteng akan berulang dan terus berulang dengan
kegagalan dalam pelajaran sebagai kesudahannya.
Kegagalan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru juga
menjadi faktor besar penyumbang masalah ini. Sikap malas yang dibajai oleh
pelajar itu sendiri berakar umbikan pengaruh rakan-rakan sebaya yang
mempunyai sikap yang sama. Datuk Abdullah Muhammad, Pengarah Jabatan
Pelajaran negeri (JPNS) menyatakan bahawa pelajar yang gagal menyiapkan
kerja rumah yang diberikan, sengaja mengambil jalan ponteng sekolah kerana
takut dimarahi guru.
Jika kita merungkai permasalahan ini pasti kita akur bahawa persekitaran
kebanyakan sekolah masakini kurang kondusif atau kita katakan sebagai
suasana yang membosankan. Jika kita perhatikan murid-murid prasekolah
yang mana mereka amat menyukai suasana persekolahan tersebut kerana
keseronokan dan keriangan belajar berorientasikan keilmuan yang tidak
membosankan atau kita katakan sebagai Taman Ilmu. Tapi masalah yang
21 adalah suasana sekolah yang seakan
timbul di kebanyakan sekolah-sekolah
tanah perkuburan dan bukannya taman keilmuan.

HBME3203 :
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6

http://gejalabuli.blogspot.com/
Kena buli : Mangsa tidak tahu mengapa 17/02/2004 12:35 p.m.
Oleh Marzita Abdullah
NORAN FAUZIAH YAAKUB
KAJIAN buli di sekolah rendah oleh Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub mendapati ada
mangsa buli sebenarnya tidak tahu mengapa mereka dibuli.
Seorang mangsa buli iaitu murid perempuan pernah ditolak murid lain sehingga jatuh bukit dan
berubah perangai menjadi seorang yang penakut dan murung kerana sering dibuli dan tidak
tahu mengapa dibuli.
Namun daripada pemerhatian yang dibuat semasa kajian tersebut Noran mendapati, mangsa
berkenaan dilakukan sedemikian kerana keadaan fizikalnya yang gemuk dan kulitnya yang
gelap.
``Disebabkan dia gemuk dan sering berjalan lambatlah maka murid lain menolak dan
mengejeknya,'' katanya.
Tegas Noran walaupun kejadian buli dianggap oleh pihak sekolah suatu perkara biasa atau
sekadar `gurauan' di kalangan murid namun perkara tersebut sebenarnya mampu mendorong
kepada perbuatan yang serius jika tidak dibendung.
ARTIKEL
``Ibu bapaLIMA
dan guru seringkali tidak menjangka teruknya kesan buli dan memandang remeh
perbuatan tersebut,'' katanya.
``Tetapi di negara kita kejadian buli berlaku di dalam kelas semasa guru mengajar dan sebelum
guru masuk mengajar,'' katanya.
Kejadian buli di kantin dan padang sekolah di negara ini hanya mencatatkan masing-masing
18.0 peratus dan 17.4 peratus.
Kejadian buli juga banyak berlaku semasa murid pulang dari sekolah (23.9 peratus), koridor
kelas (16.6 peratus), perjalanan ke sekolah (13.1 peratus), perhimpunan (10.70 peratus) dan
tandas (11.7 peratus).
Dalam pada itu beliau berkata, dapatan kajiannya juga mendapati hanya 8.6 peratus sahaja
murid tidak pernah menjadi mangsa buli dan sebanyak 14.5 peratus murid tidak pernah
membuli.
Malah katanya, majoriti kejadian buli melibatkan murid lelaki Tahun 6 membuli rakan sekelasnya
yang juga murid lelaki Tahun 6 manakala jumlah murid perempuan yang menjadi pembuli dan
mangsa buli adalah terlalu sedikit.
``Murid-murid ini terlibat membuli secara fizikal seperti menendang, menolak dan memeras
ugut manakala buli psikologi melibatkan perbuatan mengejek, menyindir atau memanggil rakan
22
dengan panggilan tidak baik,'' katanya.
Sementara itu, kajiannya juga mendapati murid yang dibuli lazimnya akan bertindak semula
menjadi seorang pembuli kerana ingin membalas dendam sama ada kepada pembuli atau
murid lain.

Anda mungkin juga menyukai