Anda di halaman 1dari 1

Kenyataan Profesional

Saya berharap melalui latihan praktikum ini, saya dapat menyesuaikan diri
dengan keadaan sebenar sekolah, pihak pentadbiran sekolah, guru-guru yang
mengajar, murid-murid yang berada di dalam kelas dan juga pekerja-pekerja di
Sekolah Kebangsaan Sungai Suloh(SKSS). Dalam bidang profesional ini saya dapat
menimba beberapa banyak ilmu, pengetahuan dan pengalaman yang boleh saya
jadikan panduan dan pedoman pada saya dalam menjalani praktikum dan sebagai
penambahbaikan dan persediaan menjadi seorang guru yang berdedikasi. Saya
amat berharap pihak sekolah dapat menerima saya seadanya, memberi teguran,
tunjuk ajar dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang perjalanan praktikum
selama 3 bulan di sekolah ini.
Saya juga berjanji pada diri saya sendiri bahawa saya akan memberikan
sepenuh usaha dan tenaga saya kepada pihak sekolah disamping menjalinkan
hubungan baik dengan semua penghuni Sekolah Kebangsaan Seri Idaman. Saya
juga akan memberikan komitmen 100% sepanjang saya menjalani sesi latihan
praktikum, semasa proses P&P kepada anak murid dan di dalam kelas saya.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar SKSS
dan pihak pentadbir kerana memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan
praktikum di sekolah ini.

Anda mungkin juga menyukai