Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta
nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya, maka dapatlah
juga saya menyiapkan tugasan Unit Beruniform Pengakap ini, iaitu pembentangan
berkenaan Penggunaan dan Penjagaan Pisau Kecil dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada
pensyarah yang telah mengajar, membimbing saya dan memberi banyak
pengetahuan dalam selok belok Pengakap, iaitu En.Zulkifli Bin Ariffin. Tanpanya,
saya tidak akan memperoleh ilmu yang sebegini rupa.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
rakan-rakan saya yang banyak membantu saya dalam menyelesaikan tugasan ini.
Mereka telah memberikan saya segala kemudahan seperti menyumbang idea dan
pendapat yang bernas untuk menjadikan objektif tugasan ini tercapai.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada ibu bapa saya yang
banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka juga
banyak memberi sokongan moral yang menjadikan saya bersemangat untuk
membuat tugasan ini.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai