Anda di halaman 1dari 2

Laporan Program Bina Insan Guru Fasa IV (Latihan Dalam Kumpulan 1)

Program Bina Insan Guru (BIG) adalah program wajib yang harus disertai oleh
para guru pelatih di Institut Pendidikan Guru. Ianya adalah sebagai salah satu aktiviti
untuk melatih guru untuk membentuk ciri-ciri seorang guru dalam diri mereka dan
membantu mereka bergaul dengan masyarakat di sekeliling mereka. Oleh sebab itulah
ianya diadakan sebelum para guru pelatih keluar untuk menjalani aktiviti Kembara
Sosial di kawasan perkampungan Bagi program BIG Fasa IV untuk Latihan Dalam
Kumpulan (LDK 1) ini, ianya telah diadakan pada 29 Ogos 2013 iaitu hari khamis jam
8.00 malam sehingga 11.00 malam, bertempat di Balai Ilmu Institut Pendidikan Guru
Kampus Tun Hussein Onn(IPGKTHO).
Penceramah yang telah dijemput bagi LDK 1 ini ialah penceramah dari
IPGKTHO sendiri iaitu En. Saiful Lizam bin Suparman. Beliau merupakan penceramah
pada malam itu. Sebelum bermulanya aktiviti, ianya dimulai dengan doa terlebih dahulu,
maka doa pembukaan telah dibaca oleh saudara Syed Ali Bin Syed Abdullah Thani.
Setelah itu, barulah aktiviti dimulakan. Aktiviti yang dilakukan dalam LDK 1 ini ialah
berkaitan dengan Kemahiran Intrapersonal iaitu dimana rakan sendiri akan membuat
penilaian terhadap diri kita.
Mula-mula, penceramah menyuruh para guru pelatih duduk berdua-dua bersama
rakan mereka yang paling rapat dengan diri mereka. Walaupun ianya kelihatan seperti
aktiviti biasa, tetapi ianya merupakan aktiviti yang amat menyeronokkan. Setelah itu
kaunselor memberi kertas A4 setiap seorang satu dan kertas tersebut dilekat pada
belakang badan rakan mereka dengan menggunakan Solatape. Setelah itu, barulah
para guru pelatih disuruh untuk menulis bergilir-gilir untuk menerangkan kelebihan dan
kelemahan rakan mereka. Yang menariknya, para guru pelatih tidak dibenarkan untuk
melihat terus apakah yang ditulis oleh rakan mereka mengenai diri mereka. Sebaliknya,
setelah setiap pasangan selesai menulis kebaikan dan kelemahan rakan-rakan masingmasing barulah kertas tersebut boleh diambil dan di baca. Secara keseluruhannya,
melalui aktiviti ini pelajar dapat membuat refleksi diri tentang kebaikan dan kelemahan
diri masing-masing demi untuk memajukan diri sendiri. Selain itu, dapabila diperhatikan,
semua pelajar begitu seronok ketika aktiviti ini dijalankan.

Apabila selesai, penceramah telah meminta beberapa orang guru pelatih untuk
tampil kehadapan dan berkongsi mengenai apa yang telah ditulis oleh rakannya tadi.
Melalui aktiviti ini, para guru pelatih dapat membuat refleksi diri mengenai sikap yang
ada pada diri masing-masing yang mana mungkin kadang-kala membuatkan rakanrakan berasa tidak selesa untuk mendekati diri kita. Walaupun apa yang ditulis rakanrakan itu mungkin agak kurang menyenangkan, tetapi sebagai bakal guru, kita haruslah
berfikiran terbuka dan menerima nasihat atau pendapat orang lain tentang diri kita demi
untuk memajukan diri kita. Hal ini demikian kerana jikalau tidak, kita akan masih berada
di takuk lama lagi.
Kesimpulannya, walaupun LDK 1 ini diadakan dalam jangka waktu yang singkat
dek kekangan waktu yang ada, namun setiap guru pelatih mendapat sesuatu untuk
meningkatkan lagi diri mereka disamping mengembangkan potensi diri mereka. Justeru
itu, aktiviti seperti ini adalah sangat bermanfaat kerana selain belajar pedagogi sahaja,
seorang bakal guru juga haruslah melibatkan diri dengan aktiviti lain untuk memajukan
diri mereka.

Anda mungkin juga menyukai