Anda di halaman 1dari 1

1.

0 FOKUS KAJIAN
1.1 Isu Kajian

Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, setiap murid sekurangkurangnya menghasilkan satu hasil kerja berdasarkan objektif pelajaran samada secara
individu atau berkumpulan. Tumpuan utama permasalahan ini adalah bertujuan memupuk
minat murid dan meningkatkan kreativiti dalam membentuk dan membuat binaan.
Berdasarkan pemerhatian awal penyelidik, hasil dapatan menunjukkan murid-murid kurang
menunjukkan minat semasa dan bersikap kurang yakin dengan kemampuan diri dalam
melakukan sesuatu karya. Oleh yang demikian, penyelidik ingin memperkenalkan inovasi
yang boleh menarik minat dan meningkatkan kreativiti murid dalam menghasilkan arca
mobail. Selain itu juga, pemahaman murid mengenai prinsip imbangan dan kinetik dapat
ditingkatkan.
Arca mobail merupakan salah satu arca 3 Dimensi di mana bahagian-bahagiannya
dicantum dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan
dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga boleh dikenali sebagai arca bergerak atau arca
kinetik.

Hal ini demikian kerana bahagian mobail yang dicantum pada sendi bagi

membolehkannya bergerak, berputar atau berombak. Mobail juga biasanya digantung di atas
siling atau dibuat tapak untuk membolehkannya berdiri
Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau
membuat binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman,
pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih
berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan seperti teknik picitan, Lipatan , Potongan,
Cantuman, pembungkusan , guntingan dan luakan.

Anda mungkin juga menyukai