Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.
menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi,
imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk
meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat
mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan
lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh
dan menyeronokkan. Ia menekankan kepentingan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan
yang melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan.
Mata pelajaran ini juga membantu guru-guru menjalankan aktiviti untuk meneroka,
mengalami dan ekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak juga memberi peluang
kepada untuk memahami kepentingan seni dan kaitannya dengan keinginan dan keperluan
asas kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka secara menyeluruh.
Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak
adalah melalui seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang
kreatif dan imaginatif.
Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai Karya (sajak, lukisan,
muzik da lain-lain) yang diciptakan dengan bakat ,kebolehan mencipta sesuatu yang indah.
Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat,
kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah
sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri
dengan sendiri hasil daripada tuhan. Kedua-dua ini, saling berkait rapat di dalam menghasilkan
sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika.
Boneka merupakan sebagai sebarang, benda atau objek yang digerak, dan dilakonkan
oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej.
Pemain akan cuba menghidupkan watak sama ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh
pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.Boneka digunakan sebagai alat bantu untuk
menyampaikan cerita yang berkesan. Pendengar dapat menghayati disamping melibatkan diri
secara tidak langsung melalui penggunaan boneka.

Bahagian 1 : Esei
Berdasarkan penglibatan murid dalam persembahan boneka secara berkumpulan di
dalam bilik darjah, terangkan bagaimana aktiviti ini dapat membantu murid-murid untuk
membuat penerokaan , memperolehi pengalaman dan membuat ekspresi hasil daripada
aktiviti yang dijalankan dengan berkesan.

Boneka sebagai alat pedagogi untuk pengajaran di peringkat sekolah adalah sangat unik
dan mempunyai kebaikan untuk kanak-kanak. Penggunaan boneka untuk pengajaran dapat
mempertingkatkan intrapersonal dan interpersonal kanak-kanak (Berk, 2006; Koster, 2005;
Hirsh, 2004). Hal ini demikian kerana boneka yang digunakan sebagai prop lakonan dalam
aktiviti drama tika kanak-kanak melibatkan bahasa, seni visual, drama, muzik dan pergerakan
fizikal yang dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan dan
berinteraksi dengan kanak-kanak yang lain (Machado, 2003; Coody, 1997). Memandangkan
kebaikan dan nilai pendidikan yang ada pada boneka, maka kajian ini dilaksanakan untuk
membangunkan Modul Drama tika Boneka Kanak-kanak untuk pengajaran di peringkat
prasekolah. Seterusnya diimplementasikan dan penilaian dilaksanakan untuk mengenal pasti
kanak-kanak menggunakan boneka dalam interaksi mereka semasa dan selepas aktiviti
penggunaan boneka, mengenal pasti perubahan sikap kanak-kanak daripada segi intrapersonal
dan interpersonal sebelum dan selepas penggunaan boneka.
Drama tika Boneka Kanak-kanak yang dibangunkan dalam kajian ini mengandungi
sembilan projek iaitu (i) projek membina boneka, (ii) projek membina pentas boneka, (iii) projek
perwatakan dan emosi, (iv) projek muzik dan pergerakan, (v) projek pendahuluan dan
perkembangan cerita, (vi) projek konflik dan pengakhiran cerita, 2 .
Pengkaji berharap dengan berpandukan kepada teori konstruktif Piaget (1966) dan
Vygotsky (1978), Model Reka bentuk Pembelajaran Konstruktif Gagnon dan Collay (2006) serta
modifikasi Model Reka bentuk Instruksi Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (2002) serta
Pendekatan Pembangunan Modul Russell (1974), Modul Drama tika Boneka Kanak-kanak
dapat dibangunkan untuk diimplementasikan oleh guru-guru sekolah dan seterusnya penilaian
dilaksanakan dengan jayanya.

Boneka adalah satu bahan bantu mengajar yang sangat berguna untuk guru
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak sekolah. Ianya boleh
digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita atau mesej bagi menerapkan nilainilai murni dalam diri kanak-kanak.
Menurut Piaget dan Vygotsky. Imaginasi terikat kepada cara bagaimana kanak-kanak
memahami dunia persekitarannya dan perkara-perkara yang berlaku disekeliling mereka. Murid
juga seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan
untuk pelbagai aktiviti bermain dan aktiviti seni. Apa yang penting, kanak-kanak seronok dan
menurut

kajian

daripada

penggunaan

boneka

amat

bermanfaat

bagi

meningkatkan

keberkesanan penyampaian penganjaran dan pembelajaran ataupun sebagai satu terapi untuk
kanak-kanak yang terganggu emosi.
Implikasi boneka dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dapat meningkatkan daya
kreativiti dan imaginasi murid dimana mereka dapat mewujudkan emosi marah, sedih, gembira,
sunyi, malu dan cemburu. Selain itu, murid juga dapat menggabungkan kemahiran berbahasa
dan kemahiran bersosial. Dua kemahiran ini amat penting diterapkan dalam diri murid kerana
ianya sangat membantu murid

mencapai kemahiran sosial yang positif dan bahasa yang

digunakan akan lebih tersusun kreatif dan memperluaskan diksinya.


Dalam teori Kecerdasan Manusia Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh
jenis kecerdasan pelbagai, ia amat menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam
melancarkan lagi proses pembelajaran. Boneka amat membantu guru mencapai objektif
pembelajaran dengan lebih sempurna kerana pendekatannya yang menarik dan sememangnya
mudah difahami oleh murid sekaligus akan menjadikan suasana pembelajaran menyeronokkan
dan bermakna.
Disamping itu, penggunaan boneka dalam pembelajaran juga dapat melahirkan individu
yang berdaya saing, inovatif dan unik dengan rekaan-rekaan boneka yang pelbagai. Bukan
sahaja guru yang boleh menghasilkan boneka, malah murid juga boleh diminta menghasilkan
boneka sendiri mengikut kreativiti masing-masing.
Aktiviti pengajaran menggunakan boneka dapat meransang minda murid untuk
memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan,
kefahaman dan membina sebuah cerita. Guru perlu lebih kreatif terutama dalam penyediaan
bahan.
3

Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang pengalaman


adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak menghubungkaitkan dengan keseronokan,
meningkatkan perhatian, meredakan tekanan, meluaskan perbendeharaan kata kanak-kanak
disamping memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan simbolik.
Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan
penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapat

mendalam

perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa
yang dihasratkan. Justeru itu, guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam
membentuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan demi meningkatkan prestasi
perkembangan kreativiti yang lebih positf dan tidak terhalang.
Aktiviti boneka dapat melatih murid sentiasa bersedia memberikan tindak balas iaitu
daripada peringkat Sekolah Rendah hingga peringkat Sekolah Menengah menimbulkan
keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pembelajaran kepada murid-murid.
Dapat mempertingkatkan prestasi murid pemulihan kerana penglibatan mereka juga ditetapkan.
Boneka merupakan objek dan bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang
disesuaikan dengan bahan yang diceritakan. Objek yang terdiri daripada alat sebenar atau
bahan ciptaan yang berbentuk haiwan, tumbuhan dan sebagainya yang digerak lakonkan oleh
permainanya.
Aktiviti boneka membantu murid-murid mempelajari bahasa dalam suasana yang
menarik dan berkesan serta menggunakan dan memperkukuhkan kemahiran bahasa melalui
pengalaman sebenar serta aktiviti yang mengembirakan. Kaedah ini akan mempercepatkan dan
mempermudahkan pemahaman murid terhadap sesuatu cerita. Penglibatan diri oleh semua
murid secara berkesan dan memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman.
Selain itu murid juga rasa suasana bilik darjah yang kondusif dan dapat menyemai daya
imaginasi . Pengenalpastian intrapersonal dan interpersonal murid-murid dapat dipertingkatkan
dan seterusnya membantu perkembangan kecerdasan yang lain seperti kecerdasan bahasa,
kecerdasan

muzikal,

kecerdasan

kinestetik,

kecerdasan

logikal,

kecerdasan

natural,

kecerdasan ruang dan kecerdasan kerohanian yang terkandung dalam kecerdasan pelbagai.
Aktiviti boneka dalam proses pengajaran dapat memberi kesan yang positif kepada murid-murid
daripada segi kognitif, afektif dan psikomotor.

Akhirnya, Penggunaan boneka dalam proses pelajaran dapat membantu perkembangan


keseluruhan murid-murid. Selain itu, penggunaan boneka dalam bilik darjah juga dapat
mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang kreatif dan menggembirakan.

Anda mungkin juga menyukai