Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN CIRI-CIRI DAN MASALAH MURID PEMULIHAN SERTA CADANGAN INTERVENSI

TERHADAP MURID-MURID PEMULIHAN



TARIKH : 19 HINGGA 23 JULY 2013
TEMPAT :SEKOLAH SJK(T) CANTUMAN CHAAH,SJK(T) TAN SRI DATO
MANICKAVASAGAM TANJUNG MALIM PERAK DAN SJK(T) NORTH HUMMOCK,KLANG
MASA :8.00 -10.30
GAMBAR MURID DIPERHATIKAN
1.0 CIRI-CIRI DAN MASALAH MURID PEMULIHAN
Pelajar pelajar di dalam kelas pemulihan adalah berbeza dari segi minat, bakat, dan
kebolehan. Begitu juga dengan pelajar pelajar di kelas yang normal. Oleh sebab kebolehan
pelajar pelajar adalah berbeza, maka kadar pembelajaran juga berbeza. Jadi, dalam suatu
tempoh masa tertentu, memang terdapat pelajar yang masih belum menguasai satu satu
kemahiran. Dengan itu, pendidikan pemulihan adalah diperlukan bagi pelajar pelajar yang
menghadapi masalah dalam pembelajaran.
Siapa Dia Kanak kanak Pemulihan?
Terdapat berbagai-bagai definisi untuk mentakrifkan siapa dia murid pendidikan pemulihan.
Para pendidik menganggap kanak-kanak pemulihan sama dengan kanak-kanak lembam
ataupun slow learner yang mempunyai pencapaian lebih rendah daripada rakan sebaya
mereka di kelas.
Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran sama ada
dalam membaca, menulis atau mengira. Mereka menunjukkan simptom atau gejala kesulitan
untuk membaca, menulis atau mengira. Selain sering melakukan kesalahan dalam kerja
sekolah dan memperoleh keputusan ujian dan peperiksaan yang kurang memuaskan, murid-
murid ini juga memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin, rendah konsep diri, pasif terhadap
kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa.



Berdasarkan pemerhatian kami terhadap tiga buah sekolah dan pemerhatian terhadap pelajar-
pelajar pemulihan kami dapat mendefinisikan siapakah murid pemulihan,sudah jelasnya
bahawa kita dapat memahami ciri -ciri murid pemulihan. Antara ciri- ciri murid pemulihan yang
kami dapat dikategorikan ialah seperti berikut :
Emosi dan tingkah laku
Aspek kognitif
Aspek psikomotor
Kesediaan belajar
Ciri-ciri positif
Kesihatan
Pengamatan
Aspek akademik

Mengikut pemerhatian kami terhadap sekumpulan pelajar pemulihan dari segi aspek emosi dan
tingkah laku. Pada kebiasaannya murid pemulihan mempunyai sikap ataupun perasaan risau
dan rendah diri. Kelihatan muka mereka berasa sedih dan duka. Mereka tidak begitu aktif dan
malah berasa bosan dan jemu terhadap pelajaran. Sekiranya sesiapa menggangu ataupun
diusik, mereka akan berasa marah dan tujuk kehebatannya.Dengan itu,mereka akan
menunjukkan rasa takut pada perkara yang mereka belum dirasai ataupun belum dikenali.
Mereka juga tidak mendengar arahan yang diberikan dan suka berdegil.Contohnya ,semasa
kami menghadirkan diri ke kelas mereka.Mereka berasa takut untuk berkomunikasi dengan
kami kerana kami merupakan orang yang tidak dikenali oleh mereka.
Berdasarkan aspek sosialnya, kanak kanak pemulihan ini sentiasa suka bergerak di dalam
kelas dan pada masa yang sama mereka suka mengusik kawan kawan yang lain. Akibat
perbuatan mereka seperti ini, kawan sekelas yang lain akan benci padanya. Secara semulajadi,
kanak kanak pemulihan ini mempunyai banyak perangai yang ganjil seperti mengigit kuku.
Mereka juga selalunya tidak hadir ke sekolah dan memberi dengan pelbagai alasan. Ini kerana
mereka tidak begitu suka pada pelajaran dan ada kalanya mereka akan menangis dengan
alasan enggan masuk ke kelas.Semasa pemerhatian kami seorang pelajar itu enggan masuk
dan menangis di tepi kelas kerana dia tidak suka subjek Bahasa Melayu.
Manakala mengikut aspek fizikal atau kesihatan pula , tubuh badan segelintir murid pemulihan
kelihatan lemah dan tidak aktif. Ini kerana kemungkinan besarnya badan mereka kekurangan
zat makanan yang berkhasiat. Dengan itu juga, pertumbuhan tubuh badan mereka tidak
seimbang. Tumpuan perhatian mereka terhadap pelajaran adalah terhad. Pergerakan motor
murid murid pemulihan ini juga agak lemah kerana ada murid yang mempunyai motor yang
kasar dan ada yang mempunyai motor yang halus. Mereka juga selalunya berasa sakit dan
jatuh sakit. Ini menyebabkan kesihatan tubuh badan mereka sentiasa terganggu. Ini kerana
mereka tidak mengambil inisiatif terhadap kebersihan diri mereka. Pada kebiasaannya murid
murid pemulihan ini tidak sedar dengan keadaan diri mereka .Contohnya pakaian mereka
kotor,koyak dan sebagainya.Di sekolah SJK(T) Cantuman Chaah,salah seorang murid
pemulihan tidak menghadirkan diri ke sekolah sepanjang saya berada di selama seminggu
kerana sakit.
Dari segi aspek pengamatan,murid murid pemulihan ini tidak boleh mengkenal bentuk dan
juga perbezaan turutan. Tahap pendengaran dan rentak mereka agak lemah. Mereka juga
sentiasa keliru mengenal konsep ruang dan susah mengecam arah.Pada masa yang
sama,murid pemulihan ini mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu kerja yang
diberikan oleh guru dan tempoh untuk mengelas sesuatu benda adalah agak lama. Mereka
selalu menghadapi kesukaran untuk menghubung pelajaran yang lama dengan yang
baru.Sekiranya mereka menghadapi sesuatu masalah, mereka tidak dapat menyelesaikan
ataupun sukar untuk mencari jalan penyelesaian yang sesuai.Seperti membeli makanan di
kantin.Mereka tidak dapat mengenal nilai duit tersebut.
Mengikut pemerhatian melalui aspek kesediaan belajar, pada mulanya mereka kelihatan belum
bersedia untuk menerima ilmu pada waktu pagi.Mereka sibuk membincang tentang perkara
yang berlaku dirumah semalaman. Perbendaharaan kata yang mereka gunakan adalah kurang.
Tahap pemahaman mereka adalah lemah. Pada kebiasaannya, mereka tidak begitu percaya
terhadap diri sendirinya. Dari segi pemerhatian terhadap diri mereka, mereka kelihatan kurang
matang. Ini kerana IQ mereka tidak seimbang dengan umur hayat mereka.
Pelajar di dalam sesebuah bilik darjah berbeza dari segi minat, kebolehan, dan bakat. Oleh itu,
apa yang dapat dilihat ialah ,menarik minat seorang pelajar mungkin gagal menarik minat
seorang pelajar yang lain. Begitu juga kebolehan pelajar pelajar. Ada yang cepat mengalah
dengan sesuatu konsep yang dilakukan berulang kali. Pelajar pelajar pemulihan ini lambat
membentuk sesuatu konsep mungkin disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah masalah
pembelajaran, masalah fizikal dan deria, masalah kesihatan, masalah mental dan masalah
emosi.
Dari segi aspek ciri ciri positif pula ,murid pemulihan ini agak berbeza dengan pelajar
biasa.Antara ciri positifnya ialah sporting,suka menolong,bersemangat,mengikut arahan ,rendah
diri, dan lebih menghormati guru.Ini mengikut keadaan mereka.Kadang kala mereka tidak
sporting dengan guru.Semasa kami di sekolah ada juga pelajar yang langsung tidak membuka
mulut.Ada antara mereka yang suka menolong guru seperti menggambil buku dan sebagainya.
Melalui ciri aspek psikomotor pula ,pelajar pemulihan ini lemah dalam motor kasar dan halus.Ini
disebabkan mereka kurang diberikan pergerakan dan juga latihan yang mencungkil bakat
mereka.Selain itu mereka sangat malas untuk bergerak ke satu tempat.Semasa PBS kami telah
mengadakan aktiviti untuk mereka menjalani motor kasar dan halus.Dengan melakukan aktiviti
motor kasar mereka dapat melakukan seperti mewarna dan menulis.Semasa menguji motor
kasar mereka berasa penat ,ini kerana aktivi tersebut melibatkan seluruh anggota badan.Murid
tersebut memberi alasan seperti sakit tangan ,kaki dan lutut.Kami dapat merumuskan bahawa
,guru mereka tidak melibatkan mereka dengan aktiviti .
Konklusinya ,dengan pemerhatian selama lima hari terhadap murid-murid pemulihan ini,kami
dapat mengenal siapa itu murid pemulihan dan ciri-ciri mereka serta masalah yang dihadapi
oleh murid-murid pemulihan tersebut.
2.0 Cadangan intervensi terhadap murid murid pemulihan
Terdapat beberapa cadangan intervensi bagi memulihkan murid-murid pemulihan. Antaranya
ialah :
o Intervensi awal
o Intervensi akademik
o Intervensi bagi sosial dan emosi
o Intervensi bagi kemahiran motor
o Intervensi bagi aspek bahasa, komunikasi dan pertuturan

Intervensi awal
Intervensi awal rancangan pemulihan merupakan satu pelan tindakan yang dilakukan bagi
mengatasi serba sedikit masalah ketidakupayaan kanak-kanak pemulihan terhadap sesuatu
objektif secara lebih terperinci bagi memperkayakan kemampuan dan kelebihan kanak-kanak
secara maksimum. Rancangan intervensi ini boleh dilaksanakan oleh guru dengan
menyesuaikan jenis ketidakupayaan murid dengan menekankan dua faktor dalam aktiviti iaitu
mengenalpasti kelainan dan kecacatan seawal mungkin dan menjalankan intervensi awal
mengikut jenis masalah yang dihadapi. Pentingnya dua faktor ini dititikberatkan kerana kadar
pembesaran dan sikap ingin tahu kanak-kanak di peringkat ini sangat tinggi dan perubahan ini
sangat penting bagi memastikan matlamat pendidikan dapat dicapai.
Intervensi akademik
Ibu bapa merupakan pihak yang sangat penting bagi melaksanakan dan melancarkan rancangan
intervensi yang berfokuskan kepada perkembangan mental kanak-kanak. Ini termasuklah dengan
keperluan ibu bapa membawa anak mereka ke pakar perubatan seperti doktor, agar mengetahui
jenis dan tahap perkembangan anak mereka selain memperoleh maklumat bermakna berkenaan
penjagaan anak yang berlainan keupayaan ini. Dengan adanya kerjasama daripada ibu bapa dan
guru ini, maka beberapa jenis sumber aktiviti terutamanya melibatkan teknik meransang daya
ingatan, hafalan, pengamatan . Aktiviti yang menggalakkan murid untuk berfikir seperti sesi soal
jawab dan kepelbagaian aktiviti berfokuskan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira)
perlu ditekankan berdasarkan tahap kemampuan murid agar perkembangan mental murid tidak
kekal rendah. Penjelasan ini menunjukkan betapa pentingnya khusus kepada kanak-kanak
pemulihan.Ia mengelakkan murid untuk mengikuti modul pembelajaran yang bersesuaian dengan
kemampuan mereka.

Intervensi bagi sosial dan emosi

Proses interaksi sangat penting bagi menggalakkan perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak
dengan positif. Keperluan itu memerlukan guru mempelbagaikan jenis dan teknik perbualan
terhadap kanak-kanak secara terkawal untuk melihat tindak balas atau respon murid terhadap
sesuatu interaksi itu. Beberapa langkah seperti mewujudkan kumpulan kecil boleh dilaksanakan
bagi menggalakkan proses komunikasi semasa proses p & p sekaligus dapat mengawal sikap
mengasingkan diri kerana malu dengan ketidakupayaan diri mereka sendiri. Ibu bapa juga perlu
memainkan peranan penting dalam mewujudkan nilai sosial anak yang positif.Galakan ini dapat
dilaksanakan melalui menjemput rakan-rakan berkunjung ke rumah supaya proses interaksi itu
kekal berterusan. Dari sudut emosi, guru pula memberikan pelbagai jenis peneguhan seperti
ganjaran dan pujian bagi tingkahlaku yang positif manakala teguran dan dendaan bagi tingkahlaku
yang negatif. Peneguhan ini sangat penting bagi menggalakkan murid lebih bersemangat dan
bersikap positif berdasarkan tingkahlaku mereka. Guru juga perlu lebih berperanan bagi
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan mempunyai elemen kasih sayang yang
tinggi. Sehubungan dengan itu, guru sendiri perlu lebih bersedia mempunyai nilai emosi dan
mental yang bersifat kasih sayang dan oleh mengadaptasikannya melalui proses p & p yang
dijalankan.

Intervensi bagi kemahiran motor

Kanak-kanak Pemulihan sangat memerlukan kemahiran motor. Pergerakan otor kasar yang lancar
sangat penting bagi membantu murid melakukan aktiviti yang bersifat memerlukan sedikit kerahan
tenaga yang lebih. Ini boleh dilakukan terutamanya semasa menjalankan aktiviti Pendidikan
Jasmani di mana pergerakan lokomotor kasar perlu dirancang dan dimaksimumkan oleh guru.
Konsep ini perlu ditekankan selain dapat mewujudkan pembelajaran yang berkesan, menarik dan
menyeronokkan murid itu sendiri. Aktiviti berupa sukaneka dan permainan kecil ini menggalakkan
sambil memaksimumkan lebihan tenaganya (berdasarkan kes penghidap ADHD) dengan
membuat aktiviti larian dan lompatan secara bersungguh-sungguh.

Bagi skop pembelajaran motor halus pula, guru perlu lebih kreatif terutamanya memilih teknik
yang mudah supaya objektif kemahiran yang mahu dicapai dapat dilaksanakan dengan mudah
dan dikuasai sepenuhnya. Aktiviti ini memerlukan koordinasi mata dan tangan yang selari dan
serentak dan ianya boleh dilakukan terutama semasa aktiviti berpusatkan kreativiti dan estetika.
Aktiviti berupa melukis, mewarna, mengikut garis dot dot, melipat dan membentuk origami,
menampal dan seumpamanya merupakan sokongan awal dalam membentuk kemahiran
lokomotor halus murid.

Intervensi Bagi Aspek Bahasa, Komunikasi dan Pertuturan

Intervensi bagi aspek bahasa, komunikasi dan pertuturan juga penting bagi murid pemulihan.
Komunikasi merupakan medium penting dalam menyampaikan sesuatu itu agar lebih mudah dan
dapat difahami. Guru memainkan peranan dalam usaha memperbaiki tahap bahasa murid agar
lebih bermakna dan memperkayakan jenis penggunaan bahasa supaya murid dapat
berkomunikasi dengan lebih baik lagi. Rangsangan berterusan ini juga boleh dilakukan dengan
mewujudkan kumpulan kecil semasa aktiviti dilakukan supaya proses komunikasi ini dapat
digalakkan melalui penglibatan murid lain melalui perbincangan dalam kumpulan. Secara tidak
langsung, sampel akan dapat menghakis rasa rendah dirinya kerana tidak dapat menguasai
bahasa dengan betul dan membantu sampel untuk melakukan dan menyiapkan aktiviti yang diberi
dengan mudah.

Anda mungkin juga menyukai