Anda di halaman 1dari 2

PERANAN PENDENGARAN

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran lisan yang paling asas dan ia


berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang murid yang telah dapat menguasai
kemahiran mendengar dengan baik biasanya harus dapat mendengar dengan baik apa
sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan memahami maksud serta membuat tafsiran
daripada yang didengar.
Mendengar melibatkan tiga perkara asas iaitu mendengar, memahami dan menilai.
Mendengar bermaksud memberikan perhatian pada perkara yang disampaikan oleh
penutur. Memahami pula bermaksud mengambil perkara yang telah kita dengari dan
memahaminya dengan cara kita sendiri. Menilai pula berlaku setelah kita memahami
perkara yang disampaikan oleh penutur, kita mula memikirkan sama ada kenyataan itu
memberikan makna tertentu.
Mendengar merupakan kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui alat
pendengaran manusia, iaitu telinga. Kemasukan input bahasa yang berupa penyerapan
makna ayat dan ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses. Mendengar juga
merujuk kepada aktiviti memberikan tumpuan kepada sesuatu yang sampai ke telinga,
memberikan tindak balas secara teratur dan memberikan gerak balas terhadap bunyi.
Oleh itu, peranan pendengaran bagi setiap individu adalah untuk menerima
maklumat, memahami pertuturan, memudahkan proses komunikasi, mendengar bunyi-bunyi
penting, mendengar perkongsian ataupun luahan perasaan dan juga untuk mendengar
bunyi-bunyi muzik.
Peranan yang pertama iaitu pendengaran adalah untuk menerima maklumat.
Penerimaan maklumat boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti melalui pembacaan,
penglihatan, pengalaman dan sebagainya. Aktiviti mendengar merupakan salah satu cara
untuk mendapatkan maklumat dengan lebih jelas. Kita mendengar terus daripada individu
yang memberikan maklumat. Selain itu, kita juga boleh bertanya terus kepada individu
yang memberikan maklumat. Contohnya ialah mendengar ceramah, menonton televisyen,
mendengar radio dan juga sebagainya.

Peranan yang seterusnya ialah untuk memudahkan seseorang individu memahami


pertuturan. Mendengar sendiri lebih membantu seseorang individu untuk memahami apa
yang disampaikan berbanding melihat isyarat kerana tidak semua perkataan yang disebut
akan diisyaratkan. Oleh itu, mendengar membantu seseorang untuk memahami apa yang
ingin disampaikan oleh penyampai.
Seterusnya ialah pendengaran berperanan untuk memudahkan proses komunikasi.
Mendengar

terus

menggunakan

daripada

orang

penutur

ketiga

untuk

adalah

lebih

menjelaskan

cepat
topik

dan

lancar

tanpa

penceritaan. Individu

perlu
boleh

mendengar sendiri dan menilai berkaitan topik yang dibincangkan.


Pendengaran

juga

berperanan

untuk

mendengar

bunyi-bunyi

yang

penting

contohnya bunyi siren bomba, polis atau ambulans. Ini adalah supaya seseorang individu
boleh bertindak dengan cepat apa yang harus dilakukan seterusnya selepas mendengar
bunyi siren tersebut.
Pendengaran juga berfungsi untuk mendengar perkongsian perasaan ataupun
luahan dari kawan-kawan dan orang sekeliling. Akhir sekali ialah untuk mendengar bunyibunyi buatan manusia seperti permainan alat muzik dan juga bunyi alam sekitar
contohnya bunyi ombak. Bunyi tersebut boleh membantu seseorang individu menjadi lebih
tenang dan membantu menghilangkan perasaan bosan, sedih dan kecewa.

Anda mungkin juga menyukai